Friday 30 September 2011

NAJIB MESTI TUNAIKAN TUNTUTAN KAUM CINA


Slogan " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia 2011 yang diadakan di Kuantan pada 24 September.  Tuntutan-tuntutan kaum Cina Malaysia pada persidangan tersebut patut Najib kotakan segera yang mungkin KLIK


Kalau tidak ditunaikan secepat mungkin Najib mungkin akan kehilangan undi kaum Cina Malaysia kerana kegagalan memenuhi Slogan " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' . Kedudukan Najib tidak selamat lagi bila kaum Cina tidak beri undi kepada BN.

Undi Melayu jangan dirisaukan. Melayu akan bersabar dengan apa sahaja hak kaum melayu yang dikurangkan. Apa sahaja kepentingan Melayu yang menjadi sebab undi kaum Cina kurang minat untuk undi BN, perlu dihapuskan demi undi Cina.

Perlu diingat, kaum Melayu jangan sekali pertikai hak kaum lain negara ini tetapi Melayu mesti sanggup sedekahkan hak Melayu kepada kaum lain demi kelangsungan pemerintahan kerajaaan BN.
Dalam abad-21, kaum Melayu sepatutnya mampu berdikari dan Melayu tidak perlu lagi diberi perhatian penuh oleh kerajaan BN. Mahu tidak mahu ini kenyataan yang perlu kaum Melayu ambil perhatian. KLIK

Namun, apabila kaum Cina & India tuntut perhatian kerajaan, kerajaan perlu ambil perhatian yang sangat serius demi kelangsungan politik kerajaan BN. Bila segelintir kaum Cina mempermainkan lagu Negaraku KLIK, kesucian agama Islam seperti menyimbah cat merah ke surau dan mempersendakan kaum Melayu kerajaan Najib tidak perlu ambil perhatian serius kerana Melayu ada Melayu yang layu bila dipujuk nanti. Tetapi bila ada melayu yang buat hal dengan kaum Cina, kerajaan Najib pantas dan segera ambil tindakan seperti hukuman ke atas anak Melayu yang membakar sebahagian kecil pintu gereja yang jauh lebih kurang kesalahan berbanding kesalahan simbat cat merah di sebahagian besar surau.

Kaum Cina tuntut perhatian serius diberi kepada pelajar2 cina yang sememangnya majoriti golongan berada. Tahniah, Najib kerana bertindak pantas dengan salurkan bantuan2 kepada yang memerlukan.

Peruntukan bagi pelajar2 Melayu perlu dikurangkan kerana mereka sudah lama terima bantuan meskipun tahap kemiskinan melayu masih di tahap yang tinggi kerana kerajaan patut memberi laluan kepada kaum Cina walaupun tahap kemiskinan mereka jauh rendah berbanding Melayu. Kalau tidak undi cina akan berubah tempat.

Wahai melayu bersabarlah dengan apa jua yang menimpa kamu dan janganlah berdukacita. Pohonlah keampunan dari tuhanmu dan taatlah Allah dengan kembali mengamalkan ajaran Rasul kamu Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan sebenar-benar taat sebagaimana golongan sahabat. Berlepaslah diri dari ditipu dengan perjuangan Islam palsu seperti PAS.

Yakinlah pada janji Allah. Janji Allah pasti benar apabila kita menuruti perintahNya sebagaimana Rasulmu. Janji manusia belum pasti kerana manusia memiliki hawa nafsu yang akan berubah-rubah. Janganlah wahai Melayu kamu menagih janji manusia. Tagihlah janji Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kerana janji Allah pasti benar. Bantuan Allah pasti benar bila kamu datang kepada ketaatan yang sebenar-benarnya sebagaimana Rasulmu.

Kemelut permasalahan umat islam pasti akan diselesaikan oleh Allah nanti dengan izinNya. KLIK

Bacalah kisah dalam Al-Quran yang mana kisah yang Allah nukilkan dalam AL-Quran Al-Karim dalam surah Al-Baqarah ayat 246 hingga ayat 251.

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
 
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

 
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

 
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

 
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

 
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Surah Al-Baqarah ayat 246-251)
~ pengikut Muhammad saw

ANWAR SEPATUTNYA BUAT SIDANG MEDIA BAGI MENJAWAB SOALAN DARI GAP


Anwar, kau sebenarnya dah CHECK-MATE! KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Thursday 29 September 2011

PAS SEUMPAMA DAJAL


Keraskan? Tapi ada bukti. Undi PAS masuk syurga, tidak undi PAS masuk neraka.

Undi PAS masuk syurga dan tak undi PAS masuk neraka mana satu? syurga neraka milik PAS atau syurga neraka milik Allah?

Kedatangan dajal nanti di akhir zaman ada diterangkan oleh Rasulullah saw kepada sahabat2nya. Dajal akan tawarkan syurga disebelah tangan dan neraka di sebelah tangan lagi. Nabi saw berpesan yang ditawarkan oleh dajal sebagai neraka adalah syurga Allah dan syurga ditawarkan oleh dajal adalah neraka.

PAS seumpama dajal kerana tawarkan syurga palsu seperti dajal. Buktinya PAS telah dajalkan Ummi Hafilda KLIK



~ pengikut Muhammad saw

KERANA HUDUD, PAS HILANG DI MATA RAKYAT


PAS sebuah parti yang gah kononnya sebuah parti yang memperjuangkan islam. Islamnya PAS bergantung kepada perjuangan menegakkan hukum hudud sejak dari dulu lagi dan menuduh UMNO sebuah parti kafir kerana menolak perlaksanaan hukum hudud.

PAS dulunya dibarisi golongan ulama yang dikepalai Nik Aziz dan Hadi Awang dan yang lain2. Mereka mengecam keras Tun Mahathir yang tidak bersetuju perlaksanaan hudud di Malaysia. PAS menawan Kelantan pada tahun 1990, bermakna sudah masuk 21 tahun PAS memerintah di kelantan. Tetapi hingga kini tiada hudud dijalankan di kelantan. Semasa muktamar PAS baru2 ini, perlaksanaan hudud  dan penubuhan negara islam diketepikan kerana memberi laluan kepada kepentingan politik PAS bagi menawan Putra Jaya.

PAS nampaknya sanggup ketepikan islam demi kuasa politik. PAS dahulukan usaha merebut kuasa daripada menegakkan hukum islam.

Mana patut didahulukan? samada mendahulukan apa yang Allah suka atau redha atau mendahulukan apa yang diri sendiri suka iaitu kuasa menawan Putra Jaya?

PAS bakal hilang pengundi atas pagar yang suka agama kerana PAS kelihatan tidak lagi konsisten perjuangkan isu islam. Isu kalimah Allah, PAS dilihat gagal sebaliknya meletakkan kesalahan kepada UMNO. Isu permurtadan 12 orang islam di gereja damansara, PAS dilihat gagal dan sekali lagi menyalahkan UMNO. Isu bacaan Quran di Penang, PAS kelihatan gagal lagi, sebaliknya UMNO jadi mangsa.

Sikap PAS menyalahkan orang lain dalam isu2 berkaitan islam menampakkan kepada rakyat bahawa PAS tidak bersungguh2 memperjuangkan islam. Mungkin kerana PAS takut akan DAP.

Namun, tindakan Nik Aziz ingin melaksanakan hudud di Kelantan baru2 ini benar2 mencabar kewibawaan presiden parti, Hadi Awang yang sehingga harini belum ada kenyataan rasmi darinya. PAS benar2 dilihat sebuah parti yang tidak terurus. Tiada kesefahaman diantara barisan depan pimpinan PAS.

Jelas sekali, PAS sudah jadi parti yang gagal menarik keyakinan rakyat untuk mengurus negara kerana barisan pemimpin PAS dilihat tidak mampu urus parti dengan baik dan diantara mereka tiada kesefahaman antara mereka.

Sekiranya PAS memerintah negara bersama PKR dan DAP, cuba bayangkan apa bakal berlaku kepada agama rasmi negara, apa terjadi kepada Raja-raja melayu, apa yang terjadi kepada kaum melayu?

~ pengikut Muhammad saw

Wednesday 28 September 2011

JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN UMAT ISLAM


Islam ialah agama yang diredhai oleh Allah swt untuk seluruh manusia. Islam adalah agama yang telah Allah wahyukan kepada seluruh manusia bermula Nabi Adam a.s hinggalah nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Tidak ada tokok tambah lagi dalam agama. Tidak ada tafsiran yang lain daripada apa yang Nabi saw telah tunjukkan kepada sahabat-sahabat ketika zaman Mekah 13 tahun dan zaman Madinah 10 tahun. Islam terkandung dalam kitab Al-Quran dan Sunnah.

Apakah Al-Quran?

Al-Quran adalah kitab yang menerangkan perintah2 Allah terhadap manusia atau apa yang Allah mahu manusia buat ketika hidup di dunia ini. Bagaimana cara melakukan perintah2 Allah adalah dengan melihat apa yang Nabi Muhammad saw lakukan. Sahabat-sahabat adalah golongan manusia yang melihat cara bagaimana Nabi Muhammad saw mentaati perintah2 Allah. Oleh itu, untuk kita tahu bagaimana mentaati perintah2 Allah, kita mesti lihat sunnah Nabi Muhammad saw dan sunnah sahabat2 ketika Nabi Muhammad saw masih hidup.

Apakah Sunnah?

Cara yang Nabi Muhammad saw tunjukkan dalam mentaati setiap perintah2 Allah dinamakan 'Sunnah' atau kata lain 'Tarikat' atau dalam bahasa melayu 'Jalan' atau 'Cara'.

Nabi Muhammad saw bersabda 'kamu tidak akan sesat sampai bila2 selagi kamu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah'

Tafsiran kepada Al-Quran adalah perbuatan Nabi Muhammad saw. Jadi, sunnah nabi Muhammad saw adalah tafsiran Al-Quran. Kerana itulah, Aisyah r.ha isteri rasulullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad saw adalah Al-Quran bergerak dan akhlak Nabi saw adalah akhlak Al-Quran. Hal ini kerana setiap perbuatan Nabi saw sentiasa menepati Al-Quran.

Selepas era kegemilangan islam, orang yang belajar agama dalam islam mulai menafsir Al Quran tanpa merujuk kepada sumber hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah saw dan Sahabat lakukan untuk mentaati perintah2 Allah yakni tidak merujuk kepada Sunnah Nabi dan Sahabat. Orang agama mulai menafsir Al-Quran tanpa melihat Nabi dan Sahabat. Mereka menafsir Al Quran mengikut kefahaman mereka semata-mata. Bermulalah era umat islam jadi sesat dan menyimpang dari ajaran sebenar islam yang dibawa oleh Nabi saw kerana tiada yang diberi faham yang betul oleh Allah bagaimana islam diamalkan melainkan Nabi Muhammad saw.

Kenapa sesat?


Kerana orang agama yang terkemudian selepas era sahabat, solefussolihin mulai tafsir Al-Quran tanpa lihat sunnah Nabi saw seperti mana hadis di atas. Kerana orang agama masing2 mahu tafsir Al Quran ikut kebijaksaan sendiri tanpa lihat sunnah nabi saw. Walhal mereka tidak ada wahyu sebagai panduan sebagaimana nabi saw.

Apabila orang agama tafsir Al-Quran tanpa lihat Nabi saw maka orang agama akan tafsir ikut faham dan akal masing2 tanpa berlandaskan Sunnah. Maka lahirlah pelbagai kefahaman dalam islam. Setiap kefahaman diketuai oleh orang agama yang mengeluarkan tafsir baru dan didokong oleh pengikut masing2 yang membentuk kumpulan atau pergerakan seperti mana hadis Nabi saw berikut;

Bani isreal pecah 72 golongan dan umatku pecah 73 golongan yang mana 72 golongan adalah sesat dan hanya 1 golongan sahaja lurus iaitu yang ikut sunnahku dan sahabatku.

Mengikut ulama haq, golongan yang sesat dari 72 golongan umat nabi saw bukanlah kafir semuanya (melainkan yang esktrem seperti Ayah Pin) atau batal syahadah sepertimana orang bukan islam atau yang murtad, namun mereka sesat dari jalan sunnah nabi saw kerana ikut tafsiran yang salah serta melencong dari ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw.

Setiap pergerakan dan kumpulan masing2 mengaku merekalah yang ikut sunnah Nabi saw walhal tidak kerana guru agama mereka menafsir islam tanpa berlandaskan sunnah Nabi saw dan sahabat. Contoh mudah di Malaysia berapa banyak kumpulan yang lahir dari tafsiran islam yang baru seperti PAS, ABIM, Jemaah Tabligh, Al-Arqam, salafi atau wahabi, kumpulan2 tarikat, Qardiani, Syiah dan banyak lagi kalau nak disenaraikan seperti golongan pengebom berani mati (al-qaeda, JI ) yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah swt. Antara kumpulan2 tersebut ada yang keluar terus dari Islam sebenar seperti Qardiani, Syiah, Ayah Pin, Haji Kahar.

Akibat dari tafsiran Al quran yang tidak merujuk kepada sunnah nabi saw, kumpulan2 umat islam perjuangkan islam tidak lagi seperti yang Nabi saw dan sahabat lakukan. Kumpulan2 islam tersebut tidak melihat apa yang Nabi saw dahulukan dan apa yang dikemudiankan.

Nabi saw dan sahabat2 tegakkan islam bermula dengan tunaikan perintah Allah pertama iaitu tunaikan hak rukun islam pertama iaitu dakwah kalimah syahadah kpd orang bukan islam dan solat selama 13 thn di Mekah, kemudian tunaikan puasa, zakat, haji dan seluruh syariat2 islam dalam pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam seperti Qisas, Takzir serta Hudud, Faraidh dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia selama 10 thn di Madinah.

Sebaliknya ulama2 PAS tafsir islam ikut kefahaman mereka, perintah Allah mula-mula nak dihidupkan ialah hukum Hudud dan negara islam, walhal ketika zaman Nabi saw ianya dilakukan kemudian di Madinah.

Jemaah Tabligh pula perintah Allah mula-mula nak dihidupkan ialah keluar jalan Allah walhal perintah itu dilakukan ketika era Madinah seperti sebarkan kalimah islam ke tempat yang jauh dari Madinah. Ketika era kebangkitan islam di Mekah, Nabi saw tidak menyuruh sahabat2 keluar ke jalan Allah seperti Jemaah Tabligh lakukan tetapi mendakwahkan kalimah syahadah sekitar kota Mekah.

Akibat dari tafsiran Al quran yang tidak merujuk kepada sunnah nabi saw, kumpulan2 umat islam yang ekstrem caci mencaci sesama islam serta berpecah belah sebagaimana hadis nabi saw dibawah;

Bila umatku mencintai dunia maka luputlah daripada mencintai islam, bila umatku meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar maka Allah akan tarik kefahaman wahyu (tidak faham Quran mengikut kehendak Allah), bila umatku caci mencaci sesama islam maka hilanglah pandangan Allah kepada umat islam.

Dalam pentas politik juga umat islam negara ini yakni yang berbangsa melayu berpecah belah diantara PAS, PKR dan UMNO sehingga bangsa lain menunggu kehancuran umat islam negara ini dengan harapan suatu hari nanti mereka akan memerintah negara ini seperti yang terjadi kepada umat islam yang berbangsa melayu di Singapura.

Apakah jalan umat islam kembali mulia, bersatu dan berkuasa?

Tiada jalan lain melainkan kembali kepada ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw dan bersedia meninggalkan ajaran islam yang menurut tafsiran orang agama yang tidak berlandaskan sunnah nabi saw yang telah menjadi punca kepada perpecahan dalam islam sendiri. Tiada yang berkuasa menyatukan umat islam melainkan Allah swt. Allah akan satukan kita umat islam bila umat islam mengamalkan islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi saw.

Apakah ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan yang telah mengikutinya iaitu golongan sahabat boleh berubah dari jahiliyah kepada golongan yang benar2 beriman?

Nabi Muhammad saw telah bersabda bahawa islam tegak atas lima rukun iaitu bersaksi 2 kalimah syahadah, menunaikan solat, puasa bulan ramadhan, berzakat dan menunaikan haji.

5  rukun islam ialah asas islam dan merupakan asas perintah2 Allah. Bersama 5 rukun yang menjadi asas islam itu, Allah syariatkan peraturan2 dalam pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia. Apabila 5 rukun islam diamalkan dgn betul seperti Nabi saw, iman meningkat yakni 6 rukun iman akan meningkat dalam diri umat islam, maka perbuatan orang islam akan jadi betul.

Apakah sebab orang islam masih tidak disatukan, dimuliakan serta diberi kuasa oleh Allah sedangkan pada umumnya orang islam sebahagiannya masih amalkan islam yang asas dalam 5 rukun islam berserta syariat2 islam yang lain dalam kehidupan mereka? Apakah silapnya?

Jawapannya ialah umat islam di seluruh dunia termasuk Malaysia selepas era sahabat & salefussolihin telah meninggalkan tuntutan atau hak kepada rukun islam yang pertama iaitu bersaksi 2 kalimah syahadah. Orang islam menyangka selepas mengucap penyaksian 2 kalimah, tidak ada apa2 tuntutan atau hak pada kalimah mulia ini. Walhal selepas mengucap atau menerima kalimah ini, tuntutan atau haknya ialah mendakwahkan kalimah syahadah kepada golongan bukan islam seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat2nya telah lakukan. Manakala sesama islam berpesan-pesan tentang janji orang islam untuk taat perintah2 Allah swt ketika melafazkan penyaksian kalimah ini dan berpesan2 sesama islam akan maksud kalimah mulia ini.

Era kebangkitan Islam zaman Mekah menyaksikan selama 13 tahun Nabi saw bersama sahabatnya menunaikan hak rukun islam pertama ini dengan mendakwahkan kalimah syahadah kepada golongan bukan islam dan pada tahun ke 11 di Mekah, rukun islam kedua diturunkan iaitu solat. Selama 13 tahun di Mekah hanya 2 rukun islam Allah fardhukan. Ini menunjukkan asas utama islam ialah berpegang kepada 2 rukun islam ini yang menjadi tunjang kepada keteguhan iman umat islam yang melakukannya seperti golongan sahabat.

Selama 10 tahun di Madinah selepas Hijrah, 3 lagi rukun islam difardhukan berserta syariat2 islam yang lain seperti pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam seperti qisas, takzir, hudud dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Ini jelas menunjukkan bahawa golongan sahabat mendapat iman yang teguh setelah bersama Nabi saw mendakwahkan 2 kalimah syahadah kepada golongan bukan islam di Mekah beserta menunaikan solat fardhu. Iman sahabat terus meningkat apabila perintah2 Allah yang diturunkan di Madinah mereka taati dengan patuh sebagaimana yang Allah kehendaki.


Kebangkitan islam bermula era Mekah selama 13tahun dan kecemerlangan & keagungan islam zahir di era Madinah selama 10 tahun yang dipimpin oleh Rasulullah saw sendiri dan diteruskan di era Khulafak Rasyidin.

Islam akan bangkit di Malaysia kembali bila umat islam tegakkan islam sepertimana yang Nabi saw dan sahabat2 telah lakukan iaitu bermula di era Mekah dan era Madinah.

Hancurnya islam dan umat islam harini ialah kerana apa yang Nabi saw dan sahabat2 lakukan di era kebangkitan islam selama 13 tahun yakni menunaikan hak rukun islam pertama iaitu mendakwahkan kalimah syahadah kepada bukan islam telah ditinggalkan oleh semua lapisan orang islam. Bermula dari orang agama yakni ustaz2 beserta ulama hinggalah orang islam yang biasa, semuanya telah berhenti daripada mengajak orang bukan islam kepada mengucap 2 kalimah syahadah seperti Nabi saw dan sahabat2 lakukan. Walaupun masih ada lagi orang islam yang tunaikan solat, puasa, zakat dan haji namun orang islam sudah tinggalkan tuntutan atau hak rukun islam pertama. Kerana itulah dan inilah jawapan kepada soalan kenapa orang islam tidak dimuliakan oleh Allah, tidak diberi kuasa oleh Allah spt kuasa khalifah di zaman sahabat, tidak diberi harta seperti zaman era kegemilangan islam dulu.

Sayangnya Jemaah Tabligh yang mendakwa jemaah dakwah gagal mendakwahkan kalimah syahadah kepada bukan islam seperti nabi saw lakukan di era kebangkitan islam dan era kecemerlangan islam kerana asyik dengan mengajak orang islam ke masjid duduk dalam majlis ceramah mereka dan bertukar jadi seperti mereka keluar 3h, 40h dan 4B dengan mengasingkan diri daripada realiti kehidupan. PAS pula asyik fikir siang malam untuk berkuasa dan menyahkan UMNO dari Putra Jaya sehinggakan islam tergadai satu demi satu.

Sebagaimana gesaan Agong Malaysia Tuanku Mizan dan Raja Nazrin dalam Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia supaya umat islam berusaha martabatkan islam dan menghalang mana2 anasir yang cuba meruntuhkan kesucian islam.

Umat islam negara ini perlu perlu sahut gesaan ketua agama islam negara ini dengan kembali amalkan islam sebenar yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan sahabat2nya bermula di era kebangkitan islam di Mekah sehingga Allah redha dan Dia akan mengurniakan kemuliaan, kekuasaan dan kebaikan kepada umat islam negara ini seperti era kegemilangan islam di Madinah sebagaimana janji Allah swt dalam Quran;

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. - Surah Annur ayat 55

Khilafah dan Nubuwah sudah lama terpisah dalam umat islam. Islam datang ke Nusantara melalui sebilangan orang islam dalam bentuk persendirian dan bukan dibawah Khilafah. Permulaan kehancuran umat islam apabila kerja Nubuwah dan Khilafah terpisah. Khilafah yang terakhir hancur pada tahun 1924. Bila sampai masanya, Nubuwah(kerja dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul) dan Khilafah(pemerintahan yang Allah kurniakan kepada segolongan orang beriman sepertimana janji Allah swt dalam surah annur ayat55) akan kembali disatukan oleh Allah swt sebelum kedatangan Imam Mahdi dan Isa a.s. dan seterusnya dunia ini akan berakhir dengan Allah kiamatkannya dan bermulalah kehidupan semua manusia di tempat yang kekal abadi samada neraka atau syurga......

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday 27 September 2011

NAJIB, BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA


Tidak ramai yang ingin menulis tentang hal ni kerana takut mengundang bala besar kepada parti pemerintah sekarang. Hakikatnya, kebanyakan orang melayu tahu hal ini dan bincang hal ini diluar tetapi kebanyakan di alam-maya semua tutup mulut. Bercakap benar tentang sesuatu lebih baik daripada membiarkan sesuatu menjadi lebih buruk berlaku masa hadapan. Masa zaman Pak Lah, Tun Mahathir buat teguran secara direct disebabkan kedegilan Pak Lah dan keangkuhan menantunya, KJ. Dan kesan Tun buat teguran secara terbuka, pakatan rakyat ambil peluang untuk pancing undi dengan menggunakan modal kelemahan Pak Lah dan kritikan Tun yang membuahkan hasil pada PRU12, 5 negeri tumbang ke tangan pakatan rakyat. Sekarang kesilapan dan kelemahan Najib tidak ditegur oleh Tun secara terbuka kerana tidak mahu beri peluang kali kedua kepada pakatan rakyat dalam PRU13 akan datang. Namun pandangan dan kenyataan yang tersirat oleh Tun boleh dibaca antaranya Tun baru2 ini ada suarakan kerisauan beliau tentang hak melayu yang semakin terhakis.

"Kita tidak mahu merampas hak orang lain, tapi jangan pula ada orang cuba merampas hak kita"

Kerisauan ini lahir apabila melihat kaum cina dan india yang mulai berani menuntut kesamarataan hak dan mempersoalkan hak melayu dan islam. Dalam erti kata lain hak istimewa melayu dan islam dituntut supaya dihapuskan dan semua kaum negara ini miliki hak yang sama termasuk semua agama diberi hak yang sama seperti yang didokong oleh Anwar iaitu fahaman pluralisme.Tuntutan bangsa lain menjadi semakin ketara dan lebih berani dibuat semenjak 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib.

Kegagalan Najib menjelaskan secara jelas konsep 1 Malaysia menyebabkan setiap kaum membuat tafsiran sendiri. Cina dan India membuat tafsir bahawa sama rata semua perkara tanpa lihat perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada melayu dan islam yang merupakan tuan asal Tanah Melayu. Sebaliknya melayu semakin gusar kerana melihat hak istimewa melayu terhakis zaman Najib satu demi satu dan lebih parah apabila penasihat2nya seperti Idris Jala, Koh Tsu Kun dan terkini Maximus dilihat menggunakan peluang yang ada untuk melenyapkan legasi Tun Mahathir terhadap bangsa melayu. Contohnya, apa telah terjadi pada Petronas? apa telah terjadi pada MAS? apa jadi dengan hak pemberian biasiswa kerajaan kepada pelajar melayu? Hidden agenda oleh pihak tertentu dalam pemerintahan najib ditutup atas dasar nama program Pelan Tranformasi termasuklah tranformasi politik dengan menghapuskan ISA?

Rakyat yang bijak menilai melihat bahawa Najib cuba bertindak diluar kotak realiti sebenar keadaan negara ini dengan kefahaman bahawa perpaduan antara kaum dapat diwujudkan melalui slogan 1 Malaysia. Manusia tidak akan bersatu dengan slogan. Kalau ianya terbukti boleh, semestinya dari dulu lagi Tun Mahathir atau perdana menteri sebelum2nya akan perkenalkan.


Realitinya, manusia tidak akan bersatu dalam perkara yang palsu atau batil. Sebaliknya manusia hanya dapat bersatu dalam kebenaran atau haq. Kebenaran tersimpan dalam agama Allah, Islam. Sekiranya orang islam sendiri di negara ini pun masih belum boleh bersatu, mana mungkin penyatuan antara bangsa yang berlainan agama boleh wujud! Retorik politik, ianya boleh laksanakan tetapi hakikatnya bangsa lain ambil peluang daripada pendirian Najib terhadap konsep 1 Malaysia untuk hapuskan apa2 sahaja milik melayu dan islam.

Tun Mahathir sedar dan faham hakikat diatas. Beliau sedar bahawa setiap kaum negara ini memiliki sifat rasis yang tinggi tidak kira melayu, cina dan india. Sebab itu dalam keadaan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi, percaturan politik mesti dilakukan dengan bijaksana dan tegas bagi menangani kaum2 tadi yang semuanya miliki sifat rasis yang tinggi. Kerana itu ISA atau undang2 yang lebih baik dari ISA sangat perlu diwujudkan dalam menangani masalah isue perkauman dan agama. Kesilapan demi kesilapan dilakukan. Hati melayu terus terguris dengan polisi Najib.

Rata2 orang melayu yang kebanyakan pengundi atas pagar dan juga sebahagian ahli UMNO yang nampak akan hal ini mengeluh bila sebut tentang penghapusan hak melayu dan islam yang dilakukan secara perlahan-lahan. Raja Nazrin juga menyatakan perkara yang sama dalam titahnya dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia selama 2 hari yang bermula semalam mendapat perhatian semua pihak termasuk raja-raja Melayu dan tokoh akedemik. KLIK

Cina tuduh Tun Mahathir ultra-malay kerana begitu sungguh2 menaikkan martabat bangsa melayu dan tanpa mereka sedar bahawa cina sendiri juga bersifat ultra-kiasu yang tinggi. Contohnya kes Teoh Beng Hock, bersungguh2 mereka tuntut keadilan untuk bangsa sendiri. Bila melayu bersuara tentang hak melayu dan islam, mereka tuduh melayu rasis. Begitu juga kaum india, kewujudan Hindraf membuktikan kaum india juga memiliki sifat rasis yang tinggi.

Perihal ini kita dapat faham bahawa setiap kaum atau bangsa menyanyangi bangsa sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa akan lebih sayang anak sendiri daripada menyayangi anak orang lain. Ini fitrah kehidupan manusia. Dan manusia hanya tidak akan rasis bila manusia manusia ambil agama Allah yakni islam sebagai panduan hidup.

Sekarang ini islam yang ada pada diri orang islam bukanlah islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw sebaliknya islam tafsiran masing2 yang jauh menyimpang dari ajaran sebenar Muhammad saw. Islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw akan membawa kepada penyatuan manusia dari pelbagai bangsa buktinya zaman era kegemilangan islam pelbagai bangsa bersatu dalam islam. Tetapi sayangnya bila kita sudah hilang islam yang sebenar, bukan pelbagai bangsa nak bersatu tetapi perpaduan dalam bangsa yang sama pun jadi mustahil. Contoh jelas bangsa melayu. Yang pasti sudah pecah. Ini bermakna islam yang ada pada kita semua termasuk islam yang diagung2kan oleh penyokong PAS bukanlah islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw.

Perbincangan antara melayu tentang hala tuju dan survival melayu dan islam dapat disimpulkan bahawa melayu banyak terguris dengan tindakan 2 sepupu yang lahir dari noble family ini yang jauh berbeza dengan Tun Mahathir yang menyelami kehidupan dan membesar sebagai rakyat biasa. Kebanyakan bloggers pro pemerintah banyak menegur sepupu bernama Hisham yang dikatakan penakut dan lembik apabila isu2 yang melibatkan keselamatan dan keharmonian negara tercabar. Namun teguran untuk Najib dan isterinya juga perlu sebelum keadaan makin parah. Sebelum melayu semakin naik muak seperti melayu naik muak dengan Pak Lah dan KJ, lihatlah kesan PRU12. Isteri Tun Mahathir tidak pernah inter-frame sebegini rupa sepanjang pemerintahan Tun 21 tahun. Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan Tun kekuatan hati dan fikiran yang tajam untuk bertindak bijaksana dan tegas sepanjang pentadbiran beliau. Kenapa inter-framenya semakin menjadi2? antaranya seperti diberi slot khas berucap ketika sambutan 1 syawal baru2 ini dan sangat kerap muncul di program2 TV? Adakah benar telahan bahawa the first lady akan menjadi first lady to become PM of Malaysia dengan sokongan kuasa wanita kerana pembelaan hak wanita dibuat dengan begitu ketara? Jika perkara ini tidak dihentikan jika benar berlaku dan tidak dijelaskan hal sebenar jika ianya tidak benar, ia akan jadi backfire seperti KJ jadi backfire kepada Pak Lah yang telah jadi modal politik untuk PR hentam kerajaan. Hal ini telah menjadi perbincangan melayu.

Melayu yang cintakan tanahair tidak senang hati bila perkara ini sampai kepada pengetahuan mereka melainkan melayu yang suka mengambil peluang untuk kepentingan diri dengan merelakan keburukan berlaku tanpa dicegah sebelum ia semakin parah asalkan dapat habuan tembolok masing2. Pemimpin2 melayu islam dalam PAS dan PKR langsung tidak boleh diguna pakai untuk perjuangkan hak melayu dan islam. Mereka telah terpesong jauh dan hanyut dalam angan2 mereka bersama parti komunis, DAP  untuk tawan Putra Jaya. Hanya tinggal sekarang beberapa kerat pemimpin2 melayu dalam UMNO dilihat mampu menggalas misi 'Perjuangan Belum Selesai'.

Menegur sesuatu keburukan dalam pemerintahan negara adalah tanda sayangkan negara. Membiarkan keburukan berlaku dalam pemerintahan negara bermakna sedia lihat negara ini hancur oleh tangan2 manusia yang rakus dan tamakkan kuasa, harta, kemasyuran dan kemuliaan. 

~ pengikut Muhammad saw

TITAH DIRAJA, ISLAM MESTI DIMARTABATKAN!


Pertahan Islam!

Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia selama 2 hari yang bermula semalam mendapat perhatian semua pihak termasuk raja-raja Melayu dan tokoh akedemik.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam titah perasmian mengingatkan, raja-raja Melayu akan terus berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk peribumi serta agama islam.

Raja Dr. Nazrin Shah dalam titah diraja pula menarik perhatian apabila mengingatkan mengenai cabaran dan ancaman terhadap umat islam terutamanya berkaitan akidah.

Malah Pemangku Raja Perak itu menegaskan Islam tidak harus menjadi alat bagi meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga sedia berkompromi dengan prinsip menyentuh akidah.

Baginda turut menyentuh kalimah suci Allah telah diguna pakai oleh pihak lain sedangkan ia merupakan hak eksklusif umat Islam. KLIK

"Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'meng-Allah-kan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. [Ia merupakan] satu keredhaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah"

- Raja Dr Nazrin Shah

Monday 26 September 2011

ANWAR AKAN DIREJAM SAMPAI MATI?


Anwar bersetuju dengan hasrat Nik Aziz untuk laksanakan hudud di kelantan. Anwar nampaknya kembali islamik setelah menyokong fahaman pluralisme agama. Tetapi rakyat semua boleh baca tindakan ini dilihat lebih kepada survival politik Anwar sendiri.

Ini kerana sekiranya hudud benar2 dilaksanakan di negara ini, bersediakah Anwar dibicara dalam kes video seks di Jalan Ampang dan di Thailand serta kes Liwat 2 menggunakan hukum Hudud atau Takzir?

Jika dilihat bagaimana Anwar menjalani perbicaraan kes Liwat 2 menerusi undang2 sivil yang telah membuat penangguhan puluhan kali, jadi kita boleh agak Anwar tidak akan berani menjalani perbicaraan kes liwat dan video seksnya menggunakan hukum hudud atau takzir kerana dengan bukti yang ada, dia bakal menghadapi hukuman rejam sampai mati.

Sedarlah bahawa PAS dan Anwar guna agama hanya untuk kepentingan undi supaya dapat kuasa. PAS dan Anwar guna hudud untuk modal politik semata-mata.

Kalau PAS ikhlas nak jalankan hudud dah lama boleh buat, kerana Allah takkan halang orang yang benar2 ikhlas nak jalankan perintahNya.

Orang yang benar2 ikhlas nak solat, pasti Allah bagi taufik untuk berterusan menjaga solat walau apa jua rintangan. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas dalam mengerjakan solat, tidak akan dapat berterusan menjaga solat, kadang2 solat, kadang2 tidak. Ada orang, solat, bila orang takda, tak solat. Orang suka buat, orang tak suka tak buat.

Samalah kes hudud PAS ni. Kalau Nik Aziz dan Hadi Awang ikhlas nak jalankan hudud kerana Allah, pasti takkan ada halangan. Takkan ada siapa pun boleh halang bila Allah bantu. Kerana Allah pasti bantu hambaNya yang berusaha menjalankan perintahNya.

Kita tak tahu hati manusia, tetapi kita boleh baca dari perbuatan manusia samada ikhlas kerana Allah atau kerana manusia. PAS tidak ikhlas kerana Allah untuk jalankan hudud sebaliknya hanya untuk kepentingan undi supaya melayu yang islam yang suka agama tertarik dengan PAS dan undi PAS dalam pilihanraya. Bila PAS nak berkuasa seluruh negara, PAS faham tidak boleh bergerak sendirian. Dengan itu PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Bila PAS bergabung dengan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan, PAS telah gugurkan perlaksanaan hudud dan negara islam. Bila hampir pilihanraya, Nik Aziz kembali canang hukum hudud akan dilaksanakan di kelantan.

Inilah buktinya PAS tidak ikhlas nak jalankan hudud kerana Allah. PAS tidak patut beri alasan dalam menjalankan perintah Allah. PAS tidak sepatutnya salahkan Tun sebagai penghalang sebab dia bukan tuhan. Sekiranya ada sekalipun, PAS patut teruskan melaksanakan hudud kerana Allah yang suruh.

Seseorang tidak boleh salahkan orang lain kalau dia tidak dapat solat. Dia kena salahkan diri sendiri kerana tidak dapat solat. Nik Aziz tidak boleh salahkan Tun bila tak dapat jalankan hudud tetapi sebaliknya kena salahkan diri sendiri.

PAS sebenarnya nak jalankan hudud hanya untuk dapat undi melayu. Amal yang tidak buat kerana Allah adalah amal yang tidak ikhlas. Amal yang dibuat kerana nak sukakan orang contohnya PAS berjanji jalankan hudud supaya orang islam suka pada PAS dan beri undi PAS adalah amalan yang tidak ikhlas.

Amal yang tidak ikhlas ialah amalan yang sia2 wahai Nik Aziz dan Hadi Awang. Habis ilmu agama Nik Aziz dan Hadi Awang dek dikotorkan dengan bergelumang dalam kancah politik.

~ pengikut Muhammad saw

PAS KUBURKAN PAKATAN RAKYAT


Tindakan Nik Aziz menyuarakan hasrat untuk melaksanakan hudud di Kelantan menimbul polemik politik yang hebat. Karpal tetap teguh dengan pendirian DAP bahawa tidak setuju dengan hasrat tersebut sehinggakan dia menggelarkan Nik Aziz sebagai 'si tua yang perlukan perhatian', ini gara2 Nik Aziz bersuara untuk jalankan hudud di kelantan. Nik Abduh yang bertindak keluarkan kenyataan menyokong bapannya menambah buruk lagi keadaan.

Pakatan Rakyat bakal retak teruk seperti yang dilaporkan oleh Bro GAP KLIK

Perjuangan islam PAS adalah palsu. Perjuangan islam yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat2nya lah yang semua orang islam mesti ikut tidak kira ahli UMNO, ahli PAS atau mana2 pergerakan islam kalau mahu bangsa melayu dan umat islam negara ini bersatu.

Nabi saw bersabda 'umatku takkan bersatu atas perkara yang batil(palsu), sebaliknya umatku bersatu atas perjuangan yang haq(benar).

~ pengikut Muhammad saw

Saturday 24 September 2011

IBRAHIM ALI PERTIKAI CARA ISA DIHAPUSKAN


Dalam rancangan TV1 pagi tadi, Ibrahim Ali mengatakan bahawa sebelum ISA dihapuskan sepatutnya diadakan pungutan suara rakyat Malaysia kerana ia bukan hak PM, bukan hak kerajaan tetapi hak rakyat  Malaysia yang sayangkan keamanan dan keselamatan negara.

Janganlah slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik politik.

Ibrahim Ali selaku presiden Perkasa bersuara sebagai wakil orang melayu yang mahukan keselamatan negara terjamin. Dia berkata lagi, sebelum ISA dihapuskan, sepatutnya satu undang2 baru yang lebih baik dari ISA digubal dan siap sedia dilaksanakan pada hari yang sama ISA dihapuskan.

Sepatutnya ISA atau undang2 baru bagi mengekalkan keselamata negara mesti diperbaiki supaya lebih baik dari ISA. ISA digunakan untuk tahan mana2 individu yang mampu timbulkan huru hara secara skala besar seperti ugutan tukar bendera negara, isu perkauman, agama & sejarah.

Kalau setakat kritik PM atau mana2 individu, memanglah tak sepatutnya ISA digunakan.

~ pengikut Muhammad saw

PAS IKUT PERANGAI IBLIS?

  Gambar Banner di Taman Greenwood, Gombak

PAS buat salah, nak tutup kesalahan sendiri, salahkan UMNO. Inilah perangai orang rasa diri bagus kerana dah sah masuk syurga! Macam Iblis, langgar perintah Allah tak nak sujud pada Adam a.s.

Punca iblis jadi sesat kerana perasan diri bagus daripada Adam a.s. Lantaran rasa diri bagus kerana banyak beribadat pada Allah dengan niat tak ikhlas supaya dilantik jadi Khalifah. Enggan taat perintah Allah yang menyuruhnya sujud pada Adam. Bukan Adam yang suruh, tetapi pencipta Iblis dan Adam yang suruh. Kerana enggan, Iblis dilaknat oleh Allah selama-lamanya.

Setelah Iblis dilaknat, dia tidak pernah salahkan dirinya tetapi salahkan Adam kerana dia rasa tercabar dengan peciptaan Adam kerana terlepas impiannya ingin jadi Khalifah di muka bumi yang dijanjikan sebaliknya Allah beri kepada Adam dan anak cucunya. Iblis bersumpah akan sesatkan bani adam hingga kiamat supaya bersama2nya masuk neraka.

Adam a.s ada buat salah termakan hasutan Iblis (kerana Iblis dengki dengan Adam & Hawa, ditipunya mereka berdua supaya langgar perintah Allah dengan memakan buah Khuldi dalam syurga). Tapi  Adam tak macam Iblis. Adam buat salah, dia mengaku salah dan mintak ampun serta bertaubat kepada Allah. Iblis tak macam Adam, dahla buat salah, taknak mengaku salah dan irihati pada orang yang Allah berikan kelebihan dan buat usaha sesatkan dan hancurkan orang.

Orang PAS sebenarnya bawak perangai Iblis (maaf agak keras tapi kena terima hakikat). Setiap kali kesalahan PAS, diletak pada UMNO. Tak pernah mengaku salah, walau terang2 salah dibuat oleh PAS. Tak cukup dengan itu, Nik Aziz sanggup nak berkawan dengan Syaitan kalau sanggup berjuang tolong PAS. Walhal, Allah terangkan dalam Quran bahawa Syaitan dan Iblis adalah musuh yang nyata. Perangai PAS dan perangai Iblis seakan akan hampir sama. Iri hati dengan UMNO yang Allah angkat jadi pemerintah di Malaysia sama macam Iblis irihati dengan Adam dan anak cucu yang diangkat jadi Khalifah di muka bumi.

Sedarlah wahai pejuang PAS, muhasabah diri! Jadilah macam Adam, mengaku salah bila buat salah dan jangan lagi buat perangai Iblis kalau tak nak sesat lebih dalam macam Iblis laknatullah.

~ pengikut Muhammad saw

Friday 23 September 2011

UMAT ISLAM PERLU BERSATU, PERCAYALAH SEBELUM TERLAMBAT!


Dulu aku pernah keluarkan posting yang menjangkakan akan ada usaha ahli parlimen bukan islam akan buat kejutan dengan bersatu dibawah satu payung. Ianya bukan yang mustahil untuk berlaku. Kenyataan DAP oleh Chua Soi Lek bahawa MCA akan keluar BN jika laksanakan hudud adalah antara klu hal tersebut.

Pernahkan UMNO cakap nak jalankan hudud seperti PAS? Tak pernah, hal ini kerana keadaan umat islam samada pemimpin dan yang dipimpin di Malaysia belum lagi mencapai tahap beriman yang membolehkan perlaksaan hudud seperti zaman Rasulullah saw dan pemerintahan Khalifah Islam pada zaman emas dulu.

Termasuk di Kelantan, kalau jalankan hudud sekarang. Sanggup ke Nik Aziz jalankan hudud kepada anak sendiri atau pemimpin PAS serta ahlinya yang ada bukti buat salah? Aku percaya tidak! Kerana hal ADUN selinsing buat hal dengan isteri ahli PAS sendiri, Nik Aziz gagal jalankan hukum islam dengan adil sebaliknya bertindak seperti father kristian memaafkan dosa bagi pihak ADUN tersebut. Sanggup ke Nik Aziz jalankan hukum islam samada Qisas, Hudud, Takzir ke atas kesalahan Nik Abduh, Nik Amanina atau menantunya Arifahmi jika mereka didapati buat salah? Jawapannya tidak!

Ini lah tandanya hudud belum boleh dilaksanakan selagi orang islam samada pemimpin yang berupa islam seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar dan pemimpin yang beragama islam seperti Najib Razak, Muhyidin Yassin, Noh Omar, Zahid Hamidi sehinggalah ke rakyat jelata belum memiliki iman yang kuat seperti para sahabat, hudud belum boleh dilaksanakan. Itulah sebabnya Allah swt tidak turunkan hukum hudud di Mekah selama 13 sebelum hijrah kerana sahabat belum lagi diangkat sebagai orang2 yg benar2 beriman kpd Allah swt. Di akhir2 era Madinah sebelum nabi wafat Allah wahyukan hudud. Inilah hikmah Allah swt, kalaulah hudud turun awal dari perintah2 Allah dalam 5 Rukun Islam pasti ramai orang islam di Mekah kena hukuman tersebut krn keimanan mereka belum teguh dan mereka masih lagi belum tinggalkan dosa2 sepenuhnya.

Tetapi Chua Soi Lek pusing kenyataan Muhyidin Yasin sebagai 'moving forward' ke arah apa yang aku jangkakan bahawa akan ada usaha pemimpin2 bukan islam untuk bersatu bawah satu payung dan lantik PM yang beragama kristian. KLIK,

Umat islam di Malaysia, nak seronok lagi ke tak nak kembali kepada ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw?

Nak bergaduh lagi sesama islam?

Sehingga Allah turun bala seperti Somalia ke? lantaran pergaduhan dan berbunuhan sesama islam di sana.

~ pengikut Muhammad saw

KHALID BERTUHANKAN DAP DALAM HAL HUDUD


Khalid keluarkan kenyataan seolah-olah bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi tidak ada perkenan tuhan-tuhan dalam DAP dan PKR. 

Sepatutnya dia kena beri penjelasan dari segi sudut islam bukan dari sudut politik kerana hudud adalah sebahagian dalam hukum islam. Sepatutnya dia perlu cakap, selagi orang islam sendiri tidak kembali amalkan islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw yang mana natijahnya orang islam di Malaysia belum mencapai tahap beriman seperti para sahabat, maka selagi itulah hudud belum boleh dijalankan.

TETAPI SEBALIKNYA KHALID DAN SALAHUDDIN BERKATA SEUMPAMA UNTUK LAKSANAKAN HUDUD MESTI TUNGGU ARAHAN TUHAN-TUHAN DALAM DAP & PKR...


Khalid Samad pula jelas berdolak dalik namun akhirnya tetap akur bahawa hudud tidak akan dapat dilaksana sekiranya tidak mendapat kebenaran dari tuhan DAP.

Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad berkata, jika satu referendum mengenai perkara itu diadakan dan keputusan menunjukkan bahawa rakyat menyokong, maka ia harus dilaksanakan.
Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau juga berkata, PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan undang-undang itu tanpa persetujuan daripada DAP dan PKR.
"Tetapi ia bukanlah sesuatu yang kita akan laksanakan tanpa persetujuan rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 

Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Orang PAS tau tak? Tuhan satu je tau yakni Allah swt
Bersaksilah Tiada tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah.

~ pengikut Muhammad saw

DAP AKAN KELUAR PAKATAN RAKYAT? BILA?

Bila DAP akan keluar? PRU 13 hampir tiba. Hilanglah angan2 nak tawan PutraJaya, kesian Anwar.

~ pengikut Muhammad saw

KARPAL GERTAK PAS?


Dulu Karpal pernah buat kenyataan media berkenaan perlaksanaan hudud dan negara islam oleh PAS bila berkuasa memerintah Malaysia. Karpal telah cabar PAS....

"OVER MY DEAD BODY TO MAKE MALAYSIA AS ISLAMIC COUNTRY"

Adakah Nik Aziz lupa gertakan Karpal dulu tu? atau hanya gimik politik menjelang PRU 13 bagi menarik balik undi melayu-islam kepada PAS yang terbukti undi melayu telah banyak berkurang dalam setiap pilihanraya kecil. KLIK

Adakah Nik Aziz sedar betapa murkanya Allah bagi orang yang menjual agama untuk dapat habuan dunia-kuasa?

~ pengikut Muhammad saw

PRESIDEN PAS TOLAK DESAKAN NIK AZIZ LAKSANAKAN HUDUD

Tunggu apa kata Hadi Awang berkenaan gesaan Nik Aziz laksanakan hudud di Kelantan. PAS memerintah di dua negeri iaitu satu lagi di Kedah. Azizan tak laksanakan hudud ke atau sependapat dengan presiden parti untuk laksanakan negeri kebajikan. 

Pimpinan PAS nampaknya semakin bergegar lagi. Mat Sabu dahla memeningkan barisan pimpinan PAS untuk jawab isu Mat Indera. Tak sejuk lagi kes Mat Indera dan Mat Sabu, Nik Aziz buat hal pulak.

Tunggu Mustafa Ali counter damage. Apa dia akan cakap sebab dia tukang jawab PAS.

~ pengikut Muhammad saw

NIK AZIZ TIDAK LAGI SEHALUAN DENGAN HUSAM DAN BARISAN PEMIMPIN PAS


Nik Aziz dilihat tidak lagi sependapat dengan barisan pimpinan utama PAS seperti Hadi Awang selaku presiden PAS dan juga Husam. Mursyidul Am PAS mahu Hudud dijalankan selepas terkejut melihat statistik pesakit AIDS di kelantan muncul juara dalam bilangan tertinggi berbanding negeri2 lain.

Bro GAP telah keluarkan artikel terkini di blognya berkenaan pembohongan barisan pimpinan PAS mengenai perlaksanaan hudud KLIK

Rakyat semakin jelas bahawa hudud PAS adalah modal politik semata2 dan bukanlah atas matlamat mencari keredhaan Allah swt. Tak usahla PAS menyalahkan mana2 pihak termasuk UMNO kerana setiap orang bertanggungjawab ke atas amalan masing2. Kalau orang PAS tak dapat solat, takkan nak salahkan UMNO halang? sama jugak hudud atau mana2 perintah2 Allah termasuk dakwah bukan islam kepada islam. Janganlah salahkan sesiapa kalau diri sendiri tak dapat jalankan perintah Allah.

~ pengikut Muhammad saw

Thursday 22 September 2011

ISLAM JADI MAINAN ANWAR DAN NIK AZIZ

  
Kerana tamakkan kuasa, pemimpin PAS dan Anwar main2kan agama. Masa dalam UMNO, Anwar perlekehkan PAS nak jalankan hudud. PAS pula dulu bersungguh2 nak jalankan hudud. Bila dapat tawan Kelantan 1990, tunggu punya tunggu tak jalan2kan jugak hudud dan disalahkan Tun M menghalang laksanakan hudud di Kelantan. 

Semasa Muktamar PAS baru2 ni, tak nak pulak jalankan hudud sebab takut kepada DAP dan naik syok berkawan dengan DAP yang ada lubuk duit. Tiba2 Nik Aziz bersuara pulak beberapa hari lepas nak jalankan hudud di Kelantan setelah statistik AIDS paling tinggi di negeri Serambi Mekah tersebut. Tiba2 pulak Anwar sokong pulak kenyataan Nik Aziz nak jalankan hudud di Kelantan. Walhal semua orang dah tengok rakaman Youtube Anwar mempertikaikan hukuman syariah ke atas Kartika yang dikenakan hukuman rotan dan Anwar bersetuju bahawa negara Malaysia patut melaksanakan pluralisme agama yang tidak mengangkat tinggi agama islam sebagai agama rasmi negara ini.

Anwar sokong Nik Aziz atas sebab minta talian hayat daripada pimpinan PAS dan penyokong2 PAS agar bersama dia dalam kes Liwat 2 dan Video Sex. 

Nik Aziz pula beria2 nak jalankan hudud sebab pilihanraya ke 13 hampir tiba atas dasar minta talian hayat orang melayu supaya sokong PAS kerana PAS sangat risau penolakan undi Melayu terhadap mereka kerana marahkan PAS jadi tunggangan DAP.

Wahai umat islam di Malaysia, janganlah percaya kepada orang2 yang jual agama islam seperti Nik Aziz dan Anwar untuk kepentingan duniawi. Mereka hanya berpura2 cakap agama dan rupa agama walhal mereka adalah pembohong besar!

~ pengikut Muhammad saw

AHLI PAS TOLAK NIK AZIZ BERTANDING DALAM PRU13


Sudah sampai masanya Nik Aziz buat keputusan bersara daripada arena politik perdana seperti Tun M. Umurnya sudah di penghujung, fikiran makin lemah dan ingatan makin kurang yang mana acap kali Nik Aziz bercakap yang tidak menunjukkan dia seorang ulama. Percakapan atau ulasannya terhadap sesuatu isu menyerlahkan dia seorang yang kurang faham agama dan dari segi politik menampakkan dia seorang yang langsung tidak mahir dalam arena politik.

Pandangannya banyak sekali memburukkan imej PAS. Terkini Ustaz Wan Ji daripada PAS menggesa Nik Aziz tidak bertanding dalam PRU13 nanti. KLIK

Dahla Nik Aziz. Makin lama duk dalam politik makin buruk imej PAS dan makin banyak buat dosa pecah belahkan umat islam di Malaysia.

~ pengikut Muhammad saw

SAKSI ANWAR AKUI DNA ANWAR DALAM REKTUM MANGSA


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.
Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.
Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.
Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.


Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.
Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Wednesday 21 September 2011

TANDA ALLAH MURKA PADA MAT SABU


Mat Sabu makin dibuka aib sedikit demi sedikit oleh Allah KLIK

Taubatlah Mat Sabu sebelum nasib kamu jadi macam Anwar, satu demi satu aib dibuka sebelum kamu masuk lubang kubur.

~ pengikut Muhammad saw

NIK AZIZ KURANG AGAMA BERBANDING TUN M


Tun M sebenarnya memiliki kefahaman agama lebih dari Nik Aziz. Walaupun Nik Aziz kelihatan rupa agama, cakap agama pandai sana sini, namun tak lebih dari rupa agama semata2. Kefahaman agama Nik Aziz sangat terpesong dari ajaran sebenar Muhammad saw. Dia berfatwa Allah mencarut sedangkan Tun M tak pernah. Dia kata kawan dengan syaitan boleh asalkan boleh tolong perjuangan PAS, Tun M tak pernah setuju dengan musuh yang nyata bagi manusia seperti Allah sebut dalam Quran.

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.


Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa yang sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
- Bernama

PEMIMPIN PAS PANDAI BERPURA-PURA


Selama ini ramai orang terpedaya dengan rupa agama, cakap agama dan perjuangan agama oleh pemimpin PAS. Walhal mereka semua pandai berpura2. Kickdefalla mengesahkan penipuan dibuat oleh Husam KLIK

Mereka sebenarnya mahu dunia dengan gunakan agama. Sungguh buruk manusia yang gunakan agama dan jual agama untuk dapat habuan dunia.

Sehingga harini kerajaan islam yang diterajui oleh segolongan orang islam yang beriman belum ada seperti zaman Khulafak Rasyidin termasuk negara Malaysia.
Jadi, dalam keadaan negara kita masih menjalankan sistem demokrasi (sistem ciptaan Yahudi & Nasrani) yang memerlukan undian rakyat sebagai penentu siapa memerintah. Bila keluar mengundi, jangan undi PAS kerana perjuangan Islam mereka menipu dan palsu semata-mata. Undi UMNO adalah baik kerana mudaratnya kurang berbanding mudarat beri undi kepada PAS. Mengundi PAS mudaratnya banyak kerana mereka gadaikan agama untuk dapat kuasa.

Bila tiba masanya nanti janji Allah pasti datang.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Surah Annur ayat 55

~ pengikut Muhammad saw

MAT SABU, PAS DAN BUKIT KEPONG


Apakah agaknya alasan Mat Sabu tidak mengaku salahnya tu? Sebenarnya, sudah menjadi adat kebiasaan orang PAS untuk tidak mengaku salah. Dulu semua orang tahu bahawa, PAS menuduh orang UMNO kafir dengan berpakat dengan MCA dan MIC. Sekarang kalau tanya, PAS tidak akan mengaku. Dulu PAS haramkan makan sembelihan orang UMNO, sekarang kalau tanya, PAS tidak akan mengaku. Dulu PAS fatwakan nikah dengan juru nikah kerajaan tidak sah, sekarang kalau tanya, mereka takkan mengaku. Dulu nak jalankan Hudud, masa muktamar baru2 ni tak nak laksanakan Hudud dengan alasan rakyat ramai tak faham, menjelang pilihanraya nak laksanakan balik. Kalau tanya orang PAS, mereka takkan mengaku.

Harini, Mat Sabu tidak mengaku salah walaupun rakaman di Youtube mengesahkan kesalahan mulut celupar Mat Sabu.

BUTTERWORTH 21 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. - 21/09/2011 10:56am

Dipetik dari Utusan

Nabi saw bersabda bercakaplah yang benar atau diam.

~ pengikut Muhammad saw

NIK AZIZ KEMBALI CANANG HUKUM HUDUD


Nik Aziz mula bercakap hukum Hudud kerana pilihanraya menjelang tiba. Kenapa semasa Muktamar PAS baru2 ini tidak disebut? Perlaksaan hukum Hudud adalah dalam pemerintahan kerajaan islam. Jadi, kenapa Hadi Awang sendiri cakap penubuhan negara islam tidak ada dalam quran?

Ini namanya kepura-puraan. Dalam bahasa agama namanya Munafik. Dalam bahasa biasa namanya Hipokrit. Kenapa sekarang baru cakap? Sebab pilihanraya dah dekatkan? dan tujuannya supaya pengundi melayu yang majoriti islam yang suka islam pangkah PAS kan?

Dulu Hadi Awang sendiri cakap Hudud dalam Islam hanya beberapa 0.xxx peratus.

Sekarang bila tiba pilihanraya, Nik Aziz canang nak jalankan Hudud pulak dan beri alasan dulu tak dapat laksanakan kerana Tun M tak benarkan. Semua tipu dan cakap berbelit dan suka letak kesalahan sendiri pada orang lain. Takda muhasabah diri dan menganggap diri tak ada dosa dan tak ada salah seumpama tuhan.

Sekarang guna modal agama nak tarik undi. Sungguh buruk perbuatan menjual agama untuk dapat dunia!

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday 20 September 2011

ANWAR TERIMA BALASAN AKHIRNYA


Anwar sepatutnya mengaku bersalah. Bukti terlalu kukuh untuk dinafikan. Mc Donald sendiri mengaku air mani boleh bertahan 113 jam.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Dipetik dari Putra Merdeka

~ pengikut Muhammad saw

PENDAKWARAYA TIDAK IKTIRAF KEPAKARAN McDONALD!


Kesian Anwar Ibrahim. Melabur duit banyak2 upah mamat aussie ni supaya kes gugur kerana kesilapan teknikal seperti pendakwaan Liwat 1 1998, nampaknya menemui jalan buntu.

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf.

10:47 pagi: Yusof membaca satu lagi kes yang sama juga menggambarkan McDonald bukan seorang pakar yang diiktiraf

10:57 pagi: Yusof terus mempertikai pakar DNA yang diimpot oleh Anwar McDonald dan kepakaran dengan menunjukkan kes beberapa mahkamah juga menolak dan mempersoalkan keterangannya.

 

Apa lagi pakar upahan anwar ini nak jawab bila rahsia yang dia pernah 2 kali ditolak kepakarannya terbongkar. Moralnya mesti 'down' untuk menjawab dengan penuh konfiden setiap asakan soalan dari DPP Mohd Yusof.

Semalam, kawan ada bagitau Anwar pergi mahkamah dalam keadaan uzur rupanya. Sakit betul ke?

Anwar, kau dah CHEK-MATE!

Dipetik dari Sungai Rapat Online

~ pengikut Muhammad saw

ANWAR ANGKAT BENDERA PUTIH DI TANGAN TWIN BLOGGERS!



Akhirnya Anwar tepaksa mengangkat bendera putih! KLIK

Monday 19 September 2011

TUN TAK SOKONG ISA DIMANSUHKAN


Aku setuju dengan DinTurtle KLIK

Tun M bercakap terbalik. Suruh tapi dengan intonasi tinggi bermakna tidak suruh. Contohnya, seorang ibu menyuruh seorang anak membantunya mengemas rumah.

Bercakap direct, " Anak, tolong ibu kemaskan rumah ya"
Bercakap terbalik " Tak payah la kemas rumah ini, biarlah bersepah2 macam ni"

Nasihat orang tua penting kerana pengalaman mereka. Meraka tahu selok belok dalam menangani sesuatu masalah. Tapi kalau dah rasa bijak sangat, takyah hirau la nasihat ibu dan bapa mu! Kamu kan dah bijak sangat dah kan!

Bercakap benar, walau pun pahit.

~ pengikut Muhammad saw

PAS- PERINTAH ALLAH DITINGGALKAN, DUNIA DIDAHULUKAN 2



Nik Aziz pun naik S Class? KLIK

Dulu pemimpin2 UMNO teruk dibelasah oleh pemimpin2 PAS dek perbuatan mereka yang bermewahan setelah jadi ahli politik. Memang benar ia memang berlaku dikalangan dalam UMNO kerana mereka semua bukan malaikat dan tidak memiliki iman yang mampu menghalang mereka daripada berbuat demikian kerana mereka pejuang politik dan bukan pejuang islam sebenar seperti para sahabat. Ianya tidaklah menghairankan ia berlaku dalam kalangan orang UMNO.

Tetapi sangat2 menghairankan apabila orang berjubah, berkopiah, berserban, bercakap agama, mengaku pejuang islam berkelakuan seperti pemimpin UMNO. Mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kalau mereka benar2 pejuang islam. Kerana pejuang2 islam sebenar seperti para sahabat memiliki iman yang teguh dihati dan mereka tidak mudah terpedaya dan terliur dengan kemewahan dunia.

Ternyatalah bahawa PAS hanya islam rupa dan tapi dalam hati sama cinta dunia seperti orang lain yang tidak guna imej dan rupa islam seperti pemimpin2 PAS.

Dulu tuduh UMNO bermewahan, sekarang PAS buat perkara yang sama. Dulu tuduh UMNO kafir kerana bersama MCA dan MIC, sekarang PAS buat perkara yang sama namun lebih teruk (bersama DAP).

Jadi terbuktilah bahawa pemimpin2 PAS dan pemimpin UMNO sama sahaja dari sudut suka bermewahan dengan dunia.Cuma sebelum ini ustaz2 PAS tidak ada peluang seluas pemimpin2 UMNO. Jadi kerana selama ini mereka tidak ada peluang, semua penyokong PAS tertipu bahawa mereka semua ini baik, tak suka kereta mewah, tak suka main perempuan dan tak suka rumah mewah. Tetapi sejak akhir2 ini, sejak berkawan dengan parti komunis DAP dan Anwar, sifat tamakkan dunia, sukakan kemewahan hidup dunia makin membiak dalam diri pemimpin PAS. Sifat sebenar pemimpin2 PAS yang cintakan dunia makin terserlah.

Percayalah pemimpin PAS dan pemimpin UMNO adalah seumpama 2 pasukan bola sepak yang berebut bola iaitu kuasa. Satu jersi hijau dan satu lagi jersi biru. Perebutan bola telah menyebabkan penyokong2 hijau dan biru yang berbangsa melayu berpecah teruk sekali. Cina cukup suka keadaan ini kerana mudah bagi mereka mengatur langkah untuk kumpulkan ahli parlimen bukan melayu dan bukan islam bersatu dibawah satu payung dan berPMkan ketua yang beragama kristian dan mudah tukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera Roket Naik Kebulan.

Percayalah umat islam di Malaysia atau dimana sahaja hanya akan bersatu bila kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw yang bermatlamatkan mencari redha Allah swt dan bukan mencari redha manusia supaya pangkahlah saya! Selagi kita sibuk mencari redha manusia, api permusuhan tidak akan reda malahan perpecahan akan berterusan berlaku.

~ pengikut Muhammad saw

PAS- PERINTAH ALLAH DITINGGALKAN, DUNIA DIDAHULUKAN 1


Perjuangan islam PAS sebenarnya hanya rekaan semata-mata. Ulama2 PAS dan ustaz2 PAS bukan pejuang islam sebenar seperti Nabi saw dan sahabat2. Mereka sebenarnya golongan yang rupa agama dan pandai cakap agama dan belajar agama tetapi hati mereka sangat mencintai dunia seperti orang2 lain yang tidak membawa rupa agama.

Zaman Rasulullah saw, golongan ini dipanggil golongan munafikin. Mereka berpakaian seperti Nabi saw, bersolat di masjid Nabawi dibelakang Nabi saw. Mereka bergaul bersama Nabi saw dan sahabat2 sehingga Nabi saw sendiri tidak tahu siapa mereka melainkan diberitahu oleh Allah swt. Bezanya golongan munafik dan sahabat2 ialah mereka enggan berjuang di medan perang untuk menegak kalimah tauhid kerana takut mati. Mereka akan memberi pelbagai alasan untuk tidak turut serta dalam peperangan kerana hati sangat cinta dunia dan takut mati. Mereka hanya muncul setelah perang untuk bersama2 menuntut 'ghanimah' iaitu harta rampasan perang.

Allah melarang Nabi saw memberi harta rampasan perang kepada golongan munafik.

Ustaz2 PAS selama ini tidak nampak jalan untuk dapat kemewahan dunia sangat. Sekarang Allah duga mereka dengan membuka jalan setelah menang beberapa negeri dalam PRU12. Ternyata mereka gagal dengan dugaan tersebut. Ustaz Saiful Bukhari gagal diduga dengan perempuan.

Terkini ustaz Azizan, MB Kedah! KLIK

Nabi saw bersabda ' cinta dunia punca segala keburukan' dan ' bila umatku cinta dunia hilanglah daripada mencintai islam'

Pemimpin PAS tak cinta islam tetapi cinta dunia yang indah. 

Perintah Allah ditinggalkan, dunia didahulukan.

~ pengikut Muhammad saw

ADAKAH ANWAR TUHAN?


Allah menempelak bani israel kerana telah mengikut membuta tuli ulama-ulama mereka yang dikenali 'Rabbai'. Walaupun ulama2 mereka telah mengubah ayat2 Allah dalam kitab Injil dan Taurat atas maksud mendapat habuan dunia yang sedikit, dan bani israel tahu ulama2 mereka berbuat demikian tetapi kerana menurut hawa nafsu mereka menafikan kebenaran.

Allah telah menyebut dalam Quran bahawa bani isreal telah bertuhankan Rabbai mereka kerana taat patuh kepada Rabbai walaupun mereka telah mengubah ayat2 Allah.

Anwar telah mengajak pengikut2nya bertuhankan dia walau dia didapati buat salah. Anwar menyuruh penyokongnya ikut, taat dan patuh kepadanya membuta tuli.

Anwar berkata “Saya tak susah hati, kerana penyokong saya ramai mereka akan sentiasa akan menyokong saya walau pun saya buat video sekalipun,” sindir Anwar.

Hanya Allah dan Rasul sahaja kita boleh ikut membuta tuli kerana apa disuruh oleh Allah dan Rasul pasti benar. Jangan ikut buta tuli walaupun seseorang itu ulama dan contoh mudah jangan jadi seperti pengikut PAS, pengikut Jemaah Tabligh atau Al-Arqam yang sangat taksub kepada ulama mereka tanpa keraguan.

~ pengikut Muhammad saw