Monday, 31 October 2011

PERJUANGAN ISLAM PAS ADALAH PALSU




Pihak Youtube tidak akan 'remove' apa2 rakaman video yang di'upload' ke lamannya sehinggalah ada individu yang  melaporkan ke pihak Youtube.

Paparan gambar diatas berlaku juga semasa ledakan video seks Anwar Ibrahim di Jalan Ampang pertengahan tahun ini. Saya kira lebih 10 kali juak2 Anwar membuat usaha untuk memadamkan bukti video seks Anwar yang dikatakan melanggan pelacur berbangsa Cina. Kenapa padam kalau terbukti tidak bersalah? Kenapa Anwar cukup takut? Kalau itu bukan dia. Kenapa Anwar tidak saman orang memiliki rupanya itu?

Samalah berlaku kepada bukti video yang telah dipaparkan di blog blogger tersohor Kickdefella. Juak2 PAS berusaha memadamkan bukti yang ada agar ulama2 & ustaz2 PAS terus kelihatan suci dimata manusia. Adakah mereka lupa ulama2 & ustaz2 PAS yang telah gadaikan kesucian islam demi keuntungan dunia untuk yang sedikit kelihatan sangat kotor pada pandangan Allah?

Usaha mereka memadamkan bukti tidak akan berjaya kerana Allah yang mengkehendaki ia didedahkan. Janganlah marahkan Kick & bloggers yang seangkatan dengannya tetapi muhasabahlah diri masing2 termasuk Nik Aziz dan Hadi Awang yang pada pandangan pengikut PAS seumpama nabi atau tuhan yang tidak ada dosa dan tidak pernah buat salah. Allah menggunakan mana2 orang yang dikehendakiNya. Kick dan bloggers digunakan oleh Allah untuk membuka pekung PAS yang rupa agama, cakap agama tetapi hati busuk kerana cintakan dunia dan membelakangkan untuk menagih cinta Allah. KLIK

Kalau benar islam yang diperkenalkan oleh Nik Aziz dan yang seangkatan dengannya adalah islam yang benar, kenapa perzinaan berlaku di negeri serambi Mekah itu dengan berleluasa? Kalau islam PAS adalah benar spt yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad saw nescaya pelacur akan berubah menjadi orang islam yang taat, pencuri akan berubah menjadi orang islam yang taat seperti zaman kegemilangan islam 1400 tahun lebih dulu. Juak2 PAS jangan bandingkan keadaan manusia sebelum islam datang ke Mekah-Madinah tetapi selepas fatah Mekah kira2 18 tahun kerasulan Baginda saw kerana PAS telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun yang mana sudah lebih usia fatah Mekah.

Perjuangan PAS adalah palsu semata-mata. Bodohlah sesiapa pun termasuk Bob Lokman yang menyangka islam PAS adalah islam yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Percayalah bahawa islam PAS adalah tafsiran sesat oleh ulama dan ustaz yang telah sesat hatinya dari mencintai Allah kerana tergoda dengan cinta dunia yang penuh tipu daya.


  • Kesalahan Menipu Daya Dengan Bertopengkan Agama;- Rasulullah s.a.w, bersabda: Akan tampil di akhir zaman manusia-manusia yang melakukan tipu daya dengan memakai topeng agama. Mereka menyuruh manusia memakai pakaian yang dibuat dari bulu domba (bulu kambing) yang halus, lidah mereka lebih manis berbanding gula, sedang hati mereka laksana hati serigala.";- (Riwayat Tirmidzi).

  • Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).

~ pengikut Muhammad saw

Saturday, 29 October 2011

NIK AZIZ DAN HADI JADIKAN DAP GURU AGAMA MEREKA




Kesesatan yang nyata!.
Inilah padahnya bila mengkafirkan saudara islam. Sewaktu dulu PAS cukup sinonim mengkafirkan ahli dan pemimpin UMNO dalam ceramah2 mereka. Fatwa ini dipegang teguh oleh ahli mereka sehinggakan hubungan keluarga putus, solat berjemaah dibuat asing, sembelihan tak boleh makan, nikah kahwin tidak sah. 
Fatwa ini dibuat kerana UMNO bersama MCA dan MIC dalam BN.

Fatwa ini memakan diri mereka. Kerana nafsu nak dunia yang gelojoh dalam diri pemimpin PAS, mereka ketepikan fatwa mereka terhadap UMNO sewaktu masa dulu. Sekarang PAS bersama DAP dan PKR. Tuduhan kafir telah kembali kepada mereka kafir. Kekafiran melanda ahli dan pemimpin PAS. 

Nabi saw bersabda ' barangsiapa menuduh seseorang kafir sedangkan yang dituduh tidak kafir, maka tuduhan akan kembali kepada penuduh'

Sekarang Allah hina PAS dengan sehina2nya dengan buat mereka ikut DAP yang bukan islam. PAS ikut DAP seperti biawak masuk lubang pun ikut juga. DAP tidak benarkan PAS join Himpunan Sejuta Umat, PAS keluarkan arahan ikut DAP oleh presiden PAS Hadi.

Nabi saw bersabda 'akan sampai masanya kamu ikut orang kafir sehinggakan mereka masuk lubang biawak pun kamu ikut masuk'

Sekarang ikutan Nik Aziz dan Hadi Awang adalah Lim Kit Siang dan Kapal.

PAS telah sesat dari jalan benar!

~ pengikut Muhammad saw

Thursday, 27 October 2011

HUDUD PAS HANYA UNTUK UNDI




PAS benar2 jual agama untuk dapat keuntungan yang sangat sedikit. Ulama dan ustaz PAS rata2nya adalah ulama suuk. Mereka jual hukum Hudud setiap kali menjelang pilihanraya. Sungguh buruk kelakuan mereka.

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday, 25 October 2011

PAS PATUH DAN TAAT PADA DAP & ANWAR, ALLAH TAK TAAT ?








PAS dah celaru identiti dan kecelaruan identiti PAS makin menjadi-jadi sejak bersama Anwar dan DAP. PAS benar2 hilang harga diri. PAS umpama jadi tunggangan DAP dan Anwar. PAS tidak berani bukak mulut untuk menyatakan yang benar. Mereka sanggup sembunyikan yang benar demi menjaga hati Anwar dan DAP.

PAS sudah jadi liberal habis sekarang, tengoklah tindakan Hadi Awang tidak benarkan ahlinya menghadiri Himpun yang dibuat atas dasar menyelamat akidah umat islam negara ini.

Sejak akhir2 ini rakyat melihat PAS sudah jadi liberal yakni sanggup buat apa sahaja demi menjaga hati manusia spt Anwar dan DAP. PAS sanggup buat apa sahaja demi DAP dan Anwar.

PAS kelihatan sudah gagal menegakkan yang haq. Tanda memperjuangkan yang haq ialah sanggup buat apa sahaja demi menyukakan Allah walaupun DAP, Anwar dan seluruh manusia tidak suka. Tapi kerana PAS sudah jadi liberal sanggup buat apa sahaja demi menyukakan DAP dan Anwar serta manusia walaupun membuat Allah murka.

PAS ialah parti liberal.

~ pengikut Muhammad saw

Monday, 24 October 2011

AHLI PAS SUDAH MELUAT DENGAN PAS, TANDANYA...






Himpun yang dengan izin Allah berjaya menghimpun sejumlah besar umat islam baru-baru ini memberi petunjuk kepada pimpinan PAS bahawa PAS tidak lagi menjadi pembela umat islam negara ini. Ini semua gara2 PAS terlalu ghairah memburu kuasa bersama DAP dan Anwar sehingga terlupa matlamat asal perjuangan PAS mahu menegakkan syiar Islam yang bertunjangkan akidah yang teguh kepada Allah swt dan berlandaskan sunnah Nabi Muhammad saw.

Pemerhati melihat sebilangan besar yang hadir dalam Himpun ialah ahli2 PAS, mahasiwa yang pro-PAS dan paling famous ahli PAS yang juga merangkap di barisan pimpinan PAS yang turut hadir ialah Dato Dr Hassan Ali. Keputusan Hadi Awang tidak diendah oleh mereka kerana keputusan Hadi Awang ialah bersifat politik iaitu demi menjaga undi bukan islam dalam DAP terutamanya lebih2 lagi PRU13 semakin dekat dalam hitungan. Ahli2 PAS yang hadir ke Himpun melihat agenda yang lebih utama daripada politik iaitu akidah umat islam. Syabbas!!!

Sekarang kalau nak tahu sokongan ahli PAS terhadap PAS telah merudum jatuh! KLIK
Akan banyak lagi penghijrahan akan berlaku dan juga ahli2 PAS tidak akan keluar mengundi tanda protes terhadap PAS yang semakin terang tinggalkan agama demi undi.

~ pengikut Muhammad saw
 

Saturday, 22 October 2011

PAS MAKIN HANCUR

Kehadiran Dato Hassan Ali ke Himpunan Sejuta Umat benar2 membuatkan Hadi Awang hilang krebiliti kerana arahannya tidak didengar oleh orang yg berprinsip seperti Dato Hassan Ali.Nampak gayanya Hadi Awang sejenis manusia yang berupa agama, cakap agama tetapi hati liberal. Dulu bukan main lagi dia nak perjuangkan islam sehingga habis dikafirkan orang yang tak setuju dengan perjuangan PAS. Sekarang ni Hadi Awang sudah lupa perjuangan dulu kerana gilakan kuasa bersama Anwar dan DAP. Itulah dulu tuduh saudara islam dalam UMNO kafir, sekarang tindakan PAS memulaukan himpunan sejuta umat dan sebaliknya bersungguh2 menyertai Bersih 2.0 yang dipengerusi oleh si kafir Ambiga jelas menunjukkan bahawa PAS sedang menerima balasan dari Allah kerana mengkafirkan saudara islam. Kejadian ini adalah bukti dari Allah bahawa PAS sedang menuju jurang2 kekafiran.

Nabi saw bersabda orang yang menuduh saudara islam kafir sedangkan tidak maka kafir itu kembali kepada si penuduh tadi.

~ pengikut Muhammad saw

Friday, 21 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA OLEH NGO, AMBIGA BUKAN NGO KE HADI?

Hadi dah pening. Hadi cakap ahli tak boleh join himpunan sejuta umat kerana dikendali oleh NGO, Hadi lupa ke yang Ambiga juga wakil NGO?

Hadi dah pening!

Thursday, 20 October 2011

PAS SEDANG MENUJU JURANG-JURANG KEKAFIRAN

Rupa Islam, Hati Liberal

Tindakan PAS untuk tidak turut serta dalam Himpunan Sejuta Umat bagi menyatakan bantahan gerakan Kristian yang telah cuba melakukan usaha mengkristian umat melayu~islam adalah satu petanda kehancuran PAS terlalu hampir. Umat islam sepatutnya bersatu dalam usaha menegakkan kesucian islam.

Kenapa PAS sanggup mengerahkan ahli2nya supaya menyertai Bersih yang dikepalai Ambiga yang sah2 bukan islam dan tujuan Bersih pulak konon nak bersihkan cara nak kuasa di negara ini. PAS ni nak redha Allah ke atau nak habuan dunia? Kalau PAS tak nak Allah tapi hanya nak kuasa dan gunakan agama untuk penuhi tuntutan nafsu nak dunia. Sungguh buruk pelakuan PAS.

Apa pertimbangan PAS untuk tidak turut serta dalam himpunan yang berusaha tegakkan kesucian islam? dan apa pertimbangan PAS bila turut serta dalam Bersih?

Kemana sudah semangat perjuangan islam dalam PAS? sudah lenyap ditelan nafsu kerakusan memiliki kuasa. Himpunan ini dikerah oleh NGO2 islam yang turut disertai UMNO. Adakah UMNO lebih kafir dari puak Kristian yang berdakwah kepada umat melayu~islam? KLIK

PAS sedang menuju kehancuran dan Allah swt akan hancurkan dalam masa yang dekat kerana kebatilan akan lenyap bila datang haq.

~ pengikut Muhammad saw

Wednesday, 19 October 2011

KINI GILIRAN AZIZ BARI KETAR LUTUT. TAHNIAH PARA BLOGGERS

Aziz bari terima nasib seperti Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Mat Sabu diasak teruk oleh para blogger yang mahukan kebaikan kepada negara tercinta. Asakan para blogger berterusan, Alhamdulillah akhirnya mereka goyang kerana dek pertahankan perkara yang palsu. Kan dan kena...Tula buat baik berpada-pada, buat jahat sekali. KLIK


~ pengikut Muhammad saw

LIM GUAN ENG AKAN DIDAKWA GARA-GARA RASUAH RM200K?


Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lain.

Sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.

Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul.

Pihak berkuasa perlu membuat siasatan diatas dakwaan beberapa blog berhubung kes ramas buah dada dan rasuah tutup mulut yang bernilai RM200 ribu tersebut.

Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri, Guan Eng dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin, dimana ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Guan Eng didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.

Undang-undang di negara ini tiada pengecualian kepada sesiapa sekali pun! Guan Eng gelabah sebab dia takut hilang kuasa di Pulau Pinang! KLIK

~ pengikut Muhammad saw

SUDAH...MUKA ANWAR PUCAT LESI!!


One word...habis!!!!! KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday, 18 October 2011

PENYU TERSENYUM, GIANT MENANGIS

SELANGOR 0, TERENGGANU 2

 Terima Kasih Allah kabulkan doa aku tadi KLIK
Semoga Blogger Keris Putra tidak menangis malam ini KLIK

Tahniah kepada pasukan Terengganu

LIM GUAN ENG TERBELIT DALAM HUJAH SENDIRI...JENG!

BACA KLIK

ALLAH BERSAMA, TERENGGANU BOLEH!!!


Terengganu akan beraksi cemerlang malam ni dan bawa bekal selesa ke Stadium Sultan Nasharuddin Shah dengan izin Allah.

PETEH TERENGGANU PETEH
na..na..na..ganung kite

~ pengikut Muhammad saw

LIM GUAN ENG KECUT SUDAH?

LGE akan disiasat atas pemberian 200K untuk tutup mulut kes anaknya yang mencabul seorang pelajar perempuan Cina di sekolah lamanya sebelum dipindahkan ke sebuah sekolah baru secara tergesa2 yang diyakini kerana kes ini mulai meletup di media. KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Monday, 17 October 2011

ANWAR SAH TIDAK SAKIT BELAKANG! KANTOI LAGI....KESIAN

video
Akhirnya dapat juga rakaman Anwar tengah solat yang direkod oleh pentaksub Anwar ketika lawatan dia ke Johor pada tahun 2007. Orang yang sakit belakang teruk seperti yang digambarkan oleh doktor upahan Anwar dari Jerman tu, semestinya tidak mampu solat seperti diatas. Pesakit belakang kronik akan bersolat diatas kerusi untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian tulang belakang ketika rukuk, sujud dan kembali berdiri berulang kali setiap rakaat dalam solat. Rakaman video ni bukan konspirasi mana2 pihak kerana ia video dirakam oleh reformis yang menyokong Anwar KLIK

~ pengikut Muhammad saw

BAKAR ISTERI HIDUP-HIDUP

Ini berita sedih buat seluruh keluarga aku di Terengganu. Kerana suami cemburu punya pasal isteri sendiri dibakar. Saudara perempuan aku yang bekerja sebagai jururawat di HKL sekarang sangat kritikal. Semua kakitangan HKL dari doktor hinggalah rakan jururawat sangat sedih kerana dia merupakan seorang yang periang ditempat kerja dan doktor yang memeriksanya mengenalinya dan sangat berat nak memberitahu keluarga aku bahawa kaki kanannya mungkin tidak dapat berfungsi lagi dan mata mungkin tidak berfungsi lagi kerana kebakaran selama 10minit seluruh badan. Bayangkan 10minit panggang ikan atau daging, apa jadi? Berita terkini dari doktor HKL yang merawatnya, saudara perempuan aku tidak lagi mempunyai peluang untuk hidup, berdasarkan tahap kebakaran yang sangat kritikal, walau bagaimanapun semua yang berlaku adalah kehendak dan izin dari Allah,KLIK

Ni semua gara2 penyakit hati yang ada pada suami yang tidak dirawat iaitu cemburu. Semua orang tak ambik kisah dengan perangai buruk dan rata-rata manusia ingat penyakit hati atau perangai buruk tidak boleh dirawat, ini tanggapan yang salah. Nabi saw beritahu bahawa semua penyakit ada ubatnya kecuali maut. Aku harap sesiapa yang ada penyakit buruk perangai samada dengki, cemburu, hasad, sangka buruk, malas, suka mengumpat dapatkanlah rawatan sebelum menjadi parah seperti nasib yang menimpa saudara perempuan aku ni dek perbuatan suaminya yang bakal meninggalkan 2 orang anak masih kecil berumur 3 dan 2 tahun. Aku syorkan dapatkanlah rawatan dari doktor yang aku sendiri mengenalinya KLIK

Aku juga mengambil kaedah rawatan ini untuk menjana anak2 aku jadi cemerlang, bijak dan rajin sejak anak2 aku lahir lagi. Sekarang program rawatan ini bakal digunakan oleh kerajaan negeri Terengganu di taska-taska kelolaan YPK KLIK dan KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Saturday, 15 October 2011

ANWAR KANTOI LAGI DAN LAGI....CHECK-MATE!

video

Dalam video diatas dari minit 3:00 hingga 3:30 jelas menunjukkan dia boleh duduk tanpa bantuan sesiapa dengan pantas seperti manusia normal dan kemudian dia boleh bangun dengan pantas. Sumber rakaman ini adalah rekod dari Malaysiakini KLIK

Anwar tidak boleh menipu lagi. Harap DPP Mohd Yusof dapat bagi TKO kepada saksi terakhir Anwar dari jerman tu lusa dan Anwar bolehlah siap2 ke Sungai Buloh. Bye bye Anwar....semoga kamu bertaubat dalam penjara sana ya.

Anwar kamu dah CHECK-MATE!

~ pengikut Muhammad saw

ANWAR KANTOI MENIPU LAGI! HABISSSSS......

Jangka hayat hidup anwar yang bebas seperti sekarang sudah mahu berakhir. Anwar tidak dapat lagi bebas ke luar negara seperti sekarang. Anwar tidak bebas lagi untuk hadir ceramah dan kelentong rakyat sana sini dalam negara seperti sekarang. Habisla Anwar, semakin banyak bukti di media internet dikeluarkan oleh para blogger yang mahukan kebenaran tentang penipuan Anwar sakit belakang seperti yg didakwa oleh doktor pakar Anwar dari Jerman.

Anwar sebenarnya tidak sakit belakang!. Buktinya lihat dalam sedutan video dibawah di permulaan rakaman iaitu 5hari selepas meliwat Saiful, Anwar dengan selambanya keluar dari kereta tanpa menunjukkan reaksi muka yang dia sakit belakang. Di sepanjang rakaman, Anwar melayan para wartawan berpusing kesana kemari tanpa apa2 masalah.


Anwar kantoi menipu lagi. Habisssssss....pada 17 Oktober 2011, pendakwaraya DPP Mohd Yusof akan periksa saksi terakhir Anwar tersebut. Mana alibi?

Anwar dah CHECK-MATE!!!!

~ pengikut Muhammad saw

Friday, 14 October 2011

PERINGATAN BUAT BUAT MELAYU! KRISTIAN SEDANG BANGKIT!


Umat islam di negara ini wajib bangkit untuk tegakkan kembali kesucian agama islam KLIK

Kalau umat islam terus tidak mengendahkan peringatan ini tunggulah azab dari Allah seperti yang sedang berlaku sekarang ini, sudah berapa ramai umat islam yg melayu murtad dan peluk agama kristian. Pihak gereja telah memaksimakan usaha mereka menarik orang2 melayu supaya memeluk agama kristian. Percaya atau tidak KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Thursday, 13 October 2011

JOM DESAK LUCUT ABDUL BARI DARI UIAM!!!

Orang macam ni sepatutnya dinyahkan dari bumi Malaysia. Orang macam ni belit kuat. Perangai sama macam Mat Sabu. Cakap main lepas je, bila orang dah desak2, takut hilang jawatan terus tukar statement, cakap orang pusing cakap dia. Bodoh sangat nampaknya, bab agama islam tergugat sungguh2 backing pihak gereja. Padahal dengan kes ni, terbukti ada usaha memurtadkan orang islam dan disahkan oleh ADUN Gombak Setia, Hassan Ali. Kita sebagai umat islam patut desak orang macam ni dilucut jawatan dari UIAM kerana mencabar keputusan sultan tentang kesucian agama islam.

~ pengikut Muhammad saw

BOB LOKMAN DIBURU HIDUP-HIDUP


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke Ibu Pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya ketika dihubungi mengulas kes Bob Lokman mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai ketidakhadirannya ke pejabat Jais.

Malah, pengacara itu seterusnya mengeluarkan perkataan kesat kepada wartawan. Laporan muka depan Harian Metro, semalam menyiarkan bahawa Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, pada Isnin lalu.

Marzuki dipetik berkata, Bob Lokman tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah. Laporan semalam turut memetik sumber Jais, selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, walaupun diminta berbuat demikian.

TAHNIAH BUAT DATO' SERI!




Pemimpin yang berani bercakap benar susah nak dapat sekarang sebab semua diulit dengan mimpi kuasa harta duit wanita. Rata-rata takut bercakap benar kerana takut hilang kepentingan diri. Tengoklah Anwar berbohong sana sini sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana nak kuasa, harta duit dan wanita.

Selanjutnya KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Wednesday, 12 October 2011

DIN TURTLE TANYA, PENGIKUT MUHAMMAD SAW JAWAB




Din Turtle menulis:

'Bangsa yang menentukan nasibnya sendiri .... bukankah itu bermakna bangsa Melayu sendiri yang memilih jalan kehancuran ?'

Komen di Blog Din Turtle:

Jabalnur said... Pak Din, secara ikhlas saya katakan, selagi kita anggap segala masalaah dapat diselesaikan melalui politik, maka, selagi itulah kita tidak akan dapat menyelesaikan masaalah kita yang sedang menimpa umat.

KLIK

Jawapan Pengikut Muhammad saw:

Umat islam negara ini perlu perlu sahut gesaan ketua agama islam negara ini dengan kembali amalkan islam sebenar yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan sahabat2nya bermula di era kebangkitan islam di Mekah sehingga Allah redha dan Dia akan mengurniakan kemuliaan, kekuasaan, perpaduan dan kebaikan kepada umat islam negara ini seperti era kegemilangan islam di Madinah sebagaimana janji Allah swt dalam Quran

KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday, 11 October 2011

BOB- DARI ARTIS JADI PEROSAK ISLAM

Ramai orang islam yang kurang dan cetek pengetahuan tentang ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw tertipu dengan islam yang ditafsir oleh ustaz2 dan ulama2 yang bukan haq dari PAS. Ulama dan ustaz dalam PAS sama seperti ahli2 kitab zaman bani Israel yang telah tukar ajaran islam sebenar yang dibawa oleh nabi dan rasul yang dihantar oleh Allah kepada bani israel. Kerana ketaksuban kaum bani isreal kepada ahli2 kitab mereka yang dikenali sebagai rabbai (ulama bani israel), mereka ikut membuta tuli kepada ulama2 mereka walhal ulama mereka telah ubah ajaran islam sebenar yang Allah wahyukan kepada nabi dan rasul mereka supaya kena dengan selera dan kemahuan dunia mereka. Perbuatan mereka samada ulama2 ataupun kaum bani israel telah Allah cela dan laknat seperti yang diterangkan dalam Quran. Perbuatan yang taksub kepada ulama membuta-tuli sehingga membelakangkan Nabi Muhammad saw telah berlaku ditahap yang serius terutamanya dalam PAS dan Jemaah Tabligh.

Ulama dan ustaz PAS telah ubah ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw kepada tafsiran islam yang baru. Mereka tafsir boleh perjuangkan islam melalui parti politik walhal ia tidak pernah dibuat oleh mana2 nabi dan rasul yang Allah hantar ke muka bumi Allah swt. 

Islam ditegakkan dengan kerja dakwah yang mana setiap nabi dan rasul diperintah oleh Allah supaya mengajak orang yang bukan islam supaya mengaku dan bersaksi 'Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah' dan mengingatkan orang islam yang engkar supaya mentaati segala perintah2 Allah swt.

Selanjutnya KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Monday, 10 October 2011

KHALID KEBAS DUIT VS PUNCA PAS TERENGGANU TUMBANG


Kenapa PAS memerintah Terengganu hanya satu penggal (1999-2004)? semuanya kerana penduduk negeri darul Iman sedar bahawa pemimpin PAS di negeri kelahiran aku ini buat perangai sama macam Khalid buat kat Selangor.

Pemimpin2 PAS sebahagiannya telah guna duit yayasan negeri Terengganu untuk biayai pengajian anak mereka ke luar negara walaupun kelayakan anak mereka tidak cukup kelayakan untuk terima tajaan tersebut. Ini merupakan salah satu antara punca Terengganu kembali ke pangkuan BN PRU11.

Khalid Samad buat perangai sama macam pemimpin PAS Terengganu, Selangor bakal tumbang PRU13KLIK

~ pengikut Muhammad saw

RAJA PEMBELA KEUTUHAN ISLAM, PAS PEROSAK ISLAM


Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011

HABISLA ANWAR.. JANGAN CABAR GOMO


Anwar perlu jawab kat sidang media harini. Jangan tangguh2 lagi tau. Nanti macam2 persepsi rakyat terhadap kau nanti. Dulu kan kau terus buat sidang media dalam menghadapi kes video seks di Jalan Ampang. Kalau kau tak nak layan tekanan ini bermakna kau memang dalam video  yang dirakam diatas.Video yang dirakam di Bangok ini dan yang direkod di Jalan Ampang jadi bukti kukuh Anwar tidak sakit belakang dan tidak mati pucuk. 

Video di Jalan Ampang sah video tulin setelah mendapat pengesahan dari pakar dari Amerika, Korea dan oleh pakar Malaysia.

 Anwar, rakyat tunggu sidang media kau nih! Kami para bloggers pulak tunggu apa spin kau video di atas. KLIK

Anwar kau dah check-mate!!!

~ pengikut Muhammad saw

Sunday, 9 October 2011

PERSEDIAAN PERANG PAS PRU 13, GEMPAK TAK?


Isu siapa lebih panas? Anwar rasanya yang dalam kepanasan.





Aku tak ada selera untuk lihat Pakatan nak memerintah negara ni. Hancur lebur adalah. Nak memerintah 5 negeri pun kelam kabut. Perbuatan buruk setengah2 pemimpin Pakatan melampau2 sangat kerana baru memerintah hampir 3tahun pelbagai keburukan terserlah. Aku tak tolak keburukan setengah2 pemimpin BN kerana memang ada setelah berpuluh tahun memegang kuasa, tetapi bayangkan baru memerintah 5 negeri dan baru usia 3 tahun dah pelbagai keburukan lawan sultan, halang amalan orang islam dan etc cuba bayangkan Pakatan memerintah negara seusia pemimpin BN. Jawabnya habis serba mak nenek tergadai di tangan hantu2 raya yang bertuhankan nafsu syaitan, nafsu dunia, nafsu gila perempuan tak kira yang berkopiah atau tidak. Semuanya hantu raya.

~ pengikut Muhammad saw

NAJIB SILA AMBIL PERHATIAN SEBELUM PRU 13


Sila buat penambahbaikan sebelum nasi jadi bubur kerana ia sangat serius jika melayu buat undi protes seperti PRU12 KLIK

Saturday, 8 October 2011

HABISLAH KAU ANWAR KALI NI...PARAH LAGI!


Sumber KLIK

SIAPA ADA GAMBAR TERKINI ANWAR SEDANG MEMBONGKOK?

kredit kepada Bro Kickdefella KLIK


Anwar keluar dari kereta yang perlu kepada kekuatan otot dan tulang belakang dengan muka ceria tanpa riak wajah sakit seperti yang digambarkan oleh doktor upahan dari Jerman

 kredit kepada Mr Google image

Anwar kau dah check-mate!!!

~ pengikut Muhammad saw 

ANWAR KANTOI LAGI DENGAN HAL SAKIT BELAKANG


Sebelum ini doktor dari Jerman cakap anwar tidak boleh membongkok. Setelah ditunjukkan dengan rakaman CCTV di tempat kejadian liwat berlaku bahawa dalam rakaman tersebut anwar ada membongkokkan badan tanpa menampakkan keuzuran sepertimana yang didakwa oleh peguambela anwar, terus doktor dari Jerman ubah kenyataan bahawa anwar tidak boleh membuat pergerakan pantas pulak. Kantoi lagi lah kau anwar.

Aku sendiri dengan mata kepala aku tengok pujaan kau tu si Anwar solat sunat kat masjid aku di Gombak tahun ni. Pada masa tu dia datang bersama Azmin Ali. Aku tengok dia solat macam biasa seperti orang lain dan ketika rukuk dan sujud langsung tidak nampak seperti seorang yang uzur.

Sebenarnya bukan masalah anwar sakit atau tidak yang mana doktor dari Jerman tu boleh di bayar ikut skrip drama Anwar sejak pemeriksaan tulang belakang selepas keluar penjara Sg Buloh dulu. Pertuduhan kepada Anwar sekarang ialah berlaku atau tidak liwat kerana DNA Y dalam rektum saiful sama dengan DNA yang didapati pada barang2 Anwar di lokap polis.

Anwar dah check-mate!

~ pengikut Muhammad saw 

TINDAKAN BIJAK TERHADAP NAMEWEE


Tindakan bijak! Tiada lagi kata2 yang dapat diungkapkan dengan tindakan ini. Tak pasti apa Nawewee akan bagitau Chua Soi Lak dan Najib lepas ni. KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Friday, 7 October 2011

JANGAN TAKSUB KEPADA ANWAR


Janganlah taksub kepada Anwar wahai pencacai Anwar sebab dia bukan nabi. Hanya manusia yang Allah angkat sebagai nabi atau rasul sahaja boleh taksub kerana mereka dipimpin oleh Allah swt dan kesalahan mereka Allah terus tegur dalam wahyu dan kesalahan mereka diketahui oleh umatnya.

Kalau tak tahu diam jelah. Aku sendiri dengan mata kepala aku tengok pujaan kau tu si Anwar solat sunat kat masjid aku di Gombak tahun ni. Pada masa tu dia datang bersama Azmin Ali. Aku tengok dia solat macam biasa seperti orang lain dan ketika rukuk dan sujud langsung tidak nampak seperti seorang yang uzur. 

Kesian sebenarnya kepada pentaksub Anwar ni sebab menjadikan orang yang tidak layak jadi pemimpin sebagai idola mereka. KLIK

Ni bukan masalah anwar sakit atau tidak yang mana doktor dari Jerman tu boleh di bayar ikut skrip drama Anwar sejak pemeriksaan tulang belakang selepas keluar penjara Sg Buloh dulu. Pertuduhan kepada Anwar sekarang ialah berlaku atau tidak liwat kerana DNA Y dalam rektum saiful sama dengan DNA yang didapati pada barang2 Anwar di lokap polis.

Anwar dah check-mate!

~ pengikut Muhammad saw