Friday 30 December 2011

NAJIB TIDAK AKAN MENANG BESAR PRU13



Saya TIDAK SETUJU.

Hujah Prof yang berkata "selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya  pertama mereka " , tak boleh pakai dalam kes Najib sebab walaupun beliau baru, rakyat telah punya 3 tahun untuk menilai prestasi Najib. Pengundi telah punya gambaran bentuk bagaimana cara pemerintahan dan halatuju yang bakal dibawa oleh Najib.

Malah Prof sendiri pelik dalam ramalan 'menang besar' Najib dengan “Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”  BESAR sangatlah 1-2 kerusi tuh .....

Yang bakal menentukan kemenangan adalah pengundi atas pagar dan pengundi BN yang merajuk semasa PRU12. Penyokong pembangkang akan tetap mengundi pembangkang walau apapun isu yang timbul termasuk kes liwat Anwar. Pengundi cina majoritinya saya lihat akan mengundi pembangkang kecuali kerusi yang melibatkan calon Pas.

Saya akui prestasi Najib lebih baik berbanding PakLah cuma saya risau akan satu trend yang semakin lama semakin terserlah ada pada Najib. Bukan soal Najib itu mempunyai sifat Melayu Liberal, suka bodek / terlalu menjaga hati atau soal penerimaan konsep 1Malaysia .... yang itu saya malas nak sebut, tapi trend yang saya maksudkan adalah Najib takut untuk membuat keputusan tiapkali timbul isu.

Terpulanglah anda nak kata itu cara berhati-hati ke atau mahu mengkaji situasi dulu ke tapi saya melihatnya sebagai penakut. Sebab berhati-hati Najib terlalu over ketahap lepas tangan terus .....

Saya pernah tulis dulu, kalau Najib jenis yang tegas dan cepat bertindak, apapun keputusannya samada saya setuju atau tidak, paling kurang saya akan respek Najib atas ketegasannya. Ternyata ...... Najib penakut.

Bulan lepas saya akui Najib amat popular sebab gula-gula banyak ditabur semasa Bajet. Tapi kesannya dah semakin kurang. Mungkin akan naik balik waktu dana BR1M diagihkan hehehe ... well... saya cakap direct ni, tapi kesannya tak lama. Kalau PRU diadakan bulan Mac, mungkin kesan BR1M dah hilang.

Apatah lagi sekarang ni banyak isu tengah tergantung, terutamanya isu NFC.

sumber: DinTurtle

Friday 23 December 2011

SPRM GELEDAH PEJABAT NFC?


KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa pejabat National Feedlot Corporation (NFCorp) di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini.

Difahamkan, enam pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memasuki pejabat NFCorp sebelum 3 petang tadi.

SPRM kini menyiasat dakwaan berhubung kontroversi projek penternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (NFC), di Gemas bernilai RM250 juta yang dibiayai dana awam.

Semalam, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata sesiapa saja yang terbabit termasuk ahli pengurusan kanan syarikat akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di sini, hari ini.
Katanya, setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk dan kes ini sudah diserahkan kepada pihak polis.

"Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat secara telus serta profesional yang mungkin," kata beliau.
Sumber: KLIK

Tuesday 20 December 2011

PAS PEMECAH BELAH UMAT

PAS dari dulu lagi kerjanya memecah belah umat islam negara ini kerana perasan diri lebih islam dari orang lain. Walhal kalau tengok perangai mereka tak lebih dari orang kebanyakan, cuma yang beza rupa yang pamerkan imej islam. Sebenarnya mereka tidak ada peluang buat jahat je, kalau ada tengoklah kes2 yang telah terbongkar. Macam tak percaya kan, kopiah atas kepala tapi perangai kalahkan anak muda.

Terbaru PAS buat hal lagi di Terengganu. 

KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Pas perlu bertanggungjawab berikutan masih berlaku kejadian solat Jumaat berasingan dalam satu kariah di negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti itu sewajarnya dipersalahkan kerana membeza-bezakan antara masjid milik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan masjid Pas.
''Keadaan itu akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah-belah, sebab itu kita minta pemimpin-pemimpin parti itu bersungguh-sungguh mengikis sikap ego agar para penyokongnya tidak lagi terikut-ikut dengan 'fatwa' mewajibkan solat berasingan dengan umat Islam dari parti lain khususnya UMNO,'' katanya.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Friday 16 December 2011

TAHAN PASSPORT ANWAR


Menjelang pengumuman kes liwat Anwar 9 Januari nanti, aku cadangkan passport Anwar di tahan. Ini kerana mamat ni suka buat benda2 pelik bila terdesak contohnya dia pergi tumpang makan tidur kat kedutaan Turki bila Saiful buat laporan polis tentang kes liwat 2.0. Dulu masa kes liwat 1.0 dia arahkan polis tangkap Ummi Hafilda seumpama penjenayah besar, masa tu dia ada kuasa sbg TPM. Skang ni dia boleh arah, hasut musuh2 negara kat luar untuk timbulkan ancaman pada negara. Ini orang bukan boleh percaya.

Anwar, kau dah CHECK-MATE!!!!!

~ pengikut Muhammad saw

Wednesday 14 December 2011

ISU NFC: MESTI TEGAS KALAU MAHU RAKYAT PERCAYA BN


Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan UMNO dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

Katanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan UMNO, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana UMNO tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata UMNO bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya. Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun. - BERNAMA

Note: Sharizat, dengarlah nasihat orang tua yang berpengalaman seperti Tun. Apa yang Tun cakap betul dan ada kebenaran. Memang usaha blogger pertahan Sharizat dalam kes ini demi kebaikan UMNO dengan berkata ia tiada kaitan dgn Sharizat sebab itu syarikat suaminya. Namun, mesti ingat suami Sharizat dapat projek itu atas kapasiti Sharizat. Kalau UMNO-BN mau disegani oleh rakyat, msti bersikap tegas dan telus dalam apa jua kesalahan dibuat.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

ANWAR MENGAKU BERADA DI TEMPAT KEJADIAN LIWAT

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Senjata makan tuan. Itulah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila keterangan membela diri dari kandang tertuduh yang dibuat sebelum ini tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

Tidak cukup dengan itu, keterangan tanpa sumpah itu yang lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar kesnya tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tertuduh juga pada bila-bila masa tidak pernah membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan bagaimana air maninya boleh ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Perkara tersebut merupakan antara keterangan yang langsung tidak dinafikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinyatakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi di sini pada penggulungan hujah di akhir kes pembelaan.

Keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.

“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.

Mengenai isu konspirasi pula, Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.

Secara keseluruhannya, hanya sedikit keterangan Anwar dari kandang tertuduh yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi olehnya.
Sementara itu, menurut Mohd. Yusof, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit.

“Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004,” kata Mohd. Yusof.

Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong.

Tindakan pakar luar negara itu memberikan komen-komen liar dan menyatakan bahawa langkah-langkah yang dibuat oleh Lay Hong dalam menjalankan analisis DNA adalah kerja-kerja yang hanya dilakukan oleh robot di negaranya adalah satu perkara yang sangat dipertikaikan dan menyeleweng.
“Bukan sahaja dalam kes kita, malah kes-kes lain juga kredibiliti, kepakaran, kelayakan dan objektiviti Dr. McDonald telah dipertikaikan. Antaranya dalam kes Robert Charles Bropho apabila hakim Goetze DCJ telah menolak keterangannya,” kata Mohd. Yusof.

Timbalan Pendakwa Raya itu untuk beberapa minit yang berikutnya menyenaraikan beberapa lagi kes luar negara yang mana hakim-hakim yang mengendalikan kes tersebut mempertikaikan ‘kepakaran’ McDonald.
“Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” kata Mohd. Yusof.

Sebelum mengakhiri hujahnya, Peguam Cara Negara II itu memetik kata-kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang antaranya menyebut bahawa keterangan tertuduh yang dibuat melalui kandang tertuduh, yang tidak boleh disoal balas oleh sesiapa tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan seseorang yang memberi keterangan dari kandang saksi.

Sejurus selepas Mohd. Yusof selesai berhujah, peguam bela utama tertuduh, Karpal Singh memohon agar pihaknya diberi masa untuk membuat hujah balas.

Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk barisan pembelaan berbuat demikian.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday 13 December 2011

SYABAS DATUK MOHD YUSOF, ANWAR SEMAKIN HAMPIR MASUK JAIL


Anwar dah boleh suruh isterinya wan azizah pack up barang-barang keperluannya untuk kegunaan di jail nanti. Datuk Mohd Yusof selaku ketua pendakwaraya mematah mudah hujah peguam pembelaan yang dibaca semalam.

Anwar nampak semakin takut dan risau.

sumber: KLIK & KLIK

~ pengikut Muhammad saw

BALA BESAR: MELAYU BAKAL HILANG KUASA PRU13



TULISAN ini diterbitkan oleh sebuah majalah di London dan telah dialihbahasakan oleh seorang penuntut Melayu dan ianya ditulis oleh seorang doktor berbangsa Cina  cukup menarik untuk kita semua bertanggungjawab merenungkannya tentang nasib bangsa kita menjeleng pilihanraya akan datang.

Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut seperti yang dinukilkan dalam rencana ini akan dapat dibuktikan memandangkan jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, separuh darinya terdiri dari bangsa Cina.

Andainya kita anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedar, insaf dan bangkit bersatu demi mempertahankan Melayu serta peribumi daripada berdepan dengan kehancuran agama, bangsa dan tanah air.

Jangan biarkan generasi merempat di tanah sendiri, Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Jangan satu ketika nanti kubur kita menjadi tandas awam untuk dikencing oleh anak cucu kita.

Mari kita renungkan bersama tulisan ini..`BERSATULAH KAUM CINA' dan sebarkanlah..!

KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. 

Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Kerja LKS makin mudah...
Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.

Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja

Lagi mudah bila Melayu rakus..
Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.  

Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. 

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.

BN perlu dipecahkan..!
Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita. Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.

Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah belahkan Dato' Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka dalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. 

Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dn semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan. Kita akan kekalkan mereka yang rasuah kerana mereka akan tetap mengikut telunjuk kita.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernag ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.

Segala bentuk pembangunan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing. 

Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.

Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi. Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.

Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.

Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Fikir-fikirkanlah…! Kalau kita ada kesedaran,sebarkanlah..!

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

PRU13 BUAT NAJIB: BERINGAT SEBELUM TERGADAI


Najib selaku presiden BN patut selesaikan masalah2 berkaitan parti sebelum 'nasi jadi bubur'. Bila nasi sudah jadi bubur memang takda peluang lagi untuk kembalikan bubur jadi nasi semula. Aku mula dengar BN Sabah goyang minggu lepas oleh kawan di facebook aku. Harini Blogger Tok Janggut keluarkan artikel berkenaan apa yang aku dengar minggu lepas.

Untuk pengetahuan pembaca lagi, apa yang aku dengar lagi ialah sokongan cina dan india kepada MCA, MIC juga sangat tenat. MCA seumpama bermain-main supaya kaum bukan islam hilang percaya kepada BN gara2 kenyataan yang dibuat oleh Chua Soi Lek berkenaan hukum hudud. Setelah banyak tuntutan cina dibuat yang jelas mengugat kepentingan melayu, undi cina tetap dikatakan akan beralih arah.

Begitu juga kes NFC, ia menampakkan akan memberi 'advantage' kepada PR sekiranya gesaan kebanyakan rakyat tidak dihirau. Aku akui blogger pro-kerajaan bersungguh2 menempis segala macam kecaman terhadap orang yg terlibat dalam kes NFC ini demi kebaikan BN, namun aku lihat tepisan itu belum mampu membuatkan rakyat jelata puas hati. Kalau kes ini tidak ditangani dengan telus seperti saranan Tun M, ia bakal jadi 'back fire' kepada BN-UMNO.

Najib dan jentera pimpinan BN, harus dengar, kaji dan buat tindakan bijak lagi telus demi kesinambungan jentera BN memenangi PRU 13.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Monday 12 December 2011

APA SUDAH JADI? SANKARA DAN KARPAL TERJERAT DALAM MAINAN SENDIRI


Karpal mengesahkan liwat berlaku suka sama suka kerana Saiful tidak melarikan diri. Akhinya pengakuan sebenar keluar akibat keadaan yang terlalu mendesak. Jika dibaca kembali kepada hujah terdahulu, kesimpulan yang dibuat ialah keadaan Saiful ialah panik. Lari atau tidak lari bukan isu pokok kerana itu hanya cara melepaskan diri. Isu utama ialah rela atau tidak rela. Saiful tidak rela diliwat dan melaporkan kepada polis.

Ada dua keadaan yang bertentangan dalam hujah Sankara dan Karpal. Seorang kata Anwar tidak meliwat kerana bukti hanya diada-adakan manakala seorang lagi kata Anwar meliwat atas dasar suka sama suka.

Hujah yang berbelit-belit ini pastinya menjadi persoalan apakah mampu barisan peguam bela mempertahankan Anwar di waktu ini. Tambahan pula dulu barisan peguam bela yang beria-ia mengatakan Anwar tidak meliwat dan Saiful telah memfitnah Anwar tetapi kini mereka pula yang mengakui Anwar meliwat Saiful.

sumber: KLIK 

~ pengikut Muhammad saw

KARPAL KHIANATI ANWAR: KARPAL CAKAP LIWAT SUKA SAMA SUKA


Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

Pendakwaraya membawa semua bukti untuk membuktikan di mahkamah bahawa kejadian liwat benar-benar berlaku. Hujah yang dibaca oleh Karpal mengesahkan Anwar memang lakukan liwat.

CHECK-MATE

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

SULTAN BERTITAH: JAGALAH KESUCIAN ISLAM


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu masyarakat Melayu di negeri ini supaya bersatu mempertahankan kesucian Islam dan tidak berpecah-belah hanya kerana berbeza ideologi serta fahaman politik.


Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum di negeri ini pula perlu sentiasa bersabar dan mengelak untuk menyakiti hati di antara satu sama lain selain menjauhi budaya fitnah-memfitnah yang boleh menyebabkan negeri ini menjadi huru-hara dan rakyatnya tidak dapat hidup dalam keadaan aman.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

LIWAT: APAKAH NASIB HARI TERAKHIR ANWAR HARI INI?


Anwar akan mendiami Penjara Sg Buloh kes liwat 2.0 berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya cukup kuat dan kukuh. Manakala pihak pembelaan gagal membawa alibi ke mahkamah. Mana alibi Anwar yang kau sembang dulu? mana bukti kukuh kau mengatakan kes ini palsu?

Anwar!!!!! Kau dah CHECK-MATE

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Thursday 8 December 2011

PAS JUAL ISLAM LAGI


Hadi Awang dan pemimpin PAS akan jual islam setiap kali menjelang pilihanraya. Tak habis -habis. Kalau nak tegakkan islam bukan masuk politik wahai Hadi. KLIK

Tidak ada dalam Quran atau Hadis bagitau islam tegak dengan masuk politik. Semua nabi dan rasul yang Allah hantar ke dunia dari Adam a.s hinggalah Muhammad saw untuk buat dakwah dengan mengajak manusia mengucapkan kalimah 2 kalimah syahadah ' Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, Aku bersaksi Muhammad @ rasul Allah'. Allah suka dan redha dengan dakwah nabi dan rasul, Allah yang tegakkan islam, Allah yang buat islam jadi kuat.

Jalan yang sama untuk tegakkan islam dulu kini hingga kiamat. Tidak akan berubah sunnatullah. Kalau mahu islam tegak MESTI ikut jalan atau sunnah para nabi dalam menegakkan islam.

Tidak ada nabi dan rasul bentuk parti politik untuk tegakkan islam. PAS tambah perkara baru dalam islam. Namanya bidaah dalalah. 'Sesiapa yang berbuat perkara Bidaah, akan menempah neraka' [hadis]

~ pengikut Muhammad saw

Wednesday 7 December 2011

NIK AZIZ: KUBUR KATA MARI, RUMAH KATA PERGI


Cukuplah lebih 20 tahun menjadi pemimpin negeri Kelantan. Dulu bukan main hebat PAS menghentam Tun Dr. Mahathir sehingga ada yang sanggup kata Tun Dr. Mahathir mahu mati dalam jawatan. Nah! Skang siapa yang enggan lepaskan jawatan walaupun bekas Perdana Menteri itu telah bersara hampir 10 tahun.

Sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

Tuesday 6 December 2011

BN: BERINGAT SEBELUM PADAH PRU13


Aku dengar yang kurang enak buat BN. Terkejut pun ada. Jangkaan dan kiraan yang sangat mengejutkan jika benar2 berlaku. BN bakal kalah PRU13, itu sahaja yang aku dapat tulis berdasarkan sumber2 rakyat sejak dua menjak ni. Rakyat swing terutamanya majoriti Cina semenanjung dan yang aku dengar juga Sabah & Serawak akan swing. Kenapa swing? Muhasabah segera perlu dibuat oleh seluruh pimpinan UMNO-BN. Jangan pandang enteng, ambil kira dan kaji dan buat pembaikan. Jangan melenting dan jangan terlalu optimis BN pasti menang PRU13. Anwar akan masuk penjara Sg. Buloh kes liwat akan jadi senjata raih undi simpati rakyat kepada PR. Hati-hati dan waspada agar kuasa tidak tergadai kepada musuh2 islam.

sumber: KLIK & KLIK

Monday 5 December 2011

NABI MUHAMMAD SAW & NABI-NABI TIDAK BERPOLITIK TETAPI BERDAKWAH


KLIK

NFC: LETAK JAWATAN ATAU HADAPI KEPUTUSAN PRU13 YG MENGGEMPARKAN


Untuk pengetahuan semua pimpinan UMNO, rakyat kat bawah ni tidak kira yang memang beri undi kepada UMNO-BN atau yang beri undi berdasarkan isu semasa (atas pagar) tak habis2 berkata-kata, membuat penilaian dan cemuhan terhadap UMNO dek masalah NFC. Kalau ikut dulu zaman Tun M, siapa yang buat masalah tidak kira kawan akan diminta oleh Tun M supaya tinggalkan jawatan sebagai contoh 2 MB selangor yang terlibat dengan rasuah dan perempuan simpanan. Ingatkan.

Nampaknya UMNO bahagian Cheras sudah mula nampak impak kepada UMNO lebih2 lagi menjelang PRU13 yang makin hampir kalau kes NFC tidak ditangani dengan tegas dan telus. KLIK

~ pengikut Muhammad saw

PAS: 'USTAZ BUDAK'



KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.
“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

sumber: utusan KLIK

Friday 2 December 2011

MALAYSIAKINI: HARAPAN RAKYAT?


Apabila Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap Umno. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadangkala di dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam Umno sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.

Sumber: Malaysiakini KLIK

Thursday 1 December 2011

GEMPAR: PAS LAHIRKAN NABI PALSU AKHIR ZAMAN


Jelas nampak budak kat atas ni tak faham islam yang sebenar. Silap faham kerana jahil. Ramai orang tertipu bahawa mana2 orang yang keluar madrasah atau mana2 sekolah agama sudah dapat status orang alim agama, walhal tidak. Nabi saw dan sahabat2 r.hum ajmaen diberi ilmu yang tinggi tentang agama islam yg suci ini namun tidak pernah masuk mana2 kelas agama. Dari mana mereka dapat ilmu dan kefahaman yang benar tenatang islam? Tentunya dikurniakan oleh Allah swt. Kenapa nabi saw & sahabat2nya diberi ilmu? Nabi saw dan sahabatnya disayangi & diredhai oleh Allah kerana ketaatan mereka kpd setiap perintah Allah dan yang paling utama ialah mereka mengajak manusia kepada Allah ( hak rukun islam pertama) ; yakni yang bukan islam diajak mengucap 2 kalimah syahadah dan yang sudah islam diingatkan supaya taat Allah setiap hari tanpa henti tanpa jemu tanpa kenal erti putus asa walau apajua rintangan yang Allah datangkan.

Budak kat atas ni sebenarnya jahil agama tetapi berlagak faham agama kerana kenakan serban dan jubah dan pandai cakap agama. Jangan lupa abu jahal dan penentang2 nabi saw dulu pun berpakaian seperti budak kat ats tu. Jangan lupa ahli kitab dari yahudi dan nasrani jugak pandai berhujah guna ayat2 Allah dalam kitab mereka. Ramai orang yang jahil agama tertipu dengan orang yang jahil agama yang cakap agama. Orang sangka bahawa orang pandai cakap agama mesti orang agama, walhal palsu! kerana orang2 ini tidak amal apa yang mereka cakap dan hanya pandai cakap sama seperti ahli kitab zaman nabi saw. Mereka tahu nabi saw adalah nabi akhir zaman tapi mereka tidak amal apa yg mereka tahu.

Budak kat atas jahil sebenarnya. Nabi saw pernah berkata kepada Umar r.a bahawa 'wahai umar sekiranya ada nabi selepas aku, kau lah orangnya'. Kerana ketaqwaan & ketegasan umarlah Nabi saw berkata sedemikian. Ini bermakna tidak ada nabi lagi selepas rasulullah saw. Allah sebut dalam quran bahawa Nabi Muhammad saw adalah 'Khataman Nabi' (rasul yang akhir).

Budak kat atas telah angkat darjat Nik Aziz sama seperti Haji Kahar. Nik Aziz boleh ditangkap sekiranya dia pernah mengaku nabi seperti haji kahar rasul melayu.

Ada sesiapa simpan rekod Nik Aziz mengaku nabi?

~ pengikut Muhammad saw