Tuesday 31 January 2012

DUTA PALESTIN TERKEJUT DENGAN SIKAP ANWAR

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar) terkejut terhadap kenyataan ‘pelik’ daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Jelas beliau, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (WSJ) itu nyata membingungkan kerana pihak yang memerlukan perlindungan keselamatan adalah rakyat Palestin.

“Israel mempunyai lebih daripada 200 jenis senjata nuklear dan sebuah tentera yang dilengkapi serba serbi senjata canggih.

“Pihak mana yang sewajarnya mendapat perlindungan keselamatan, adakah penceroboh atau penduduk Palestin yang setiap hari ditindas dan dikenakan sekatan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar terbongkar apabila akhbar WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut apabila dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel’'.

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Tegas Abdelaziz, Israel secara terang-terang telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan serta mengenepikan segala usaha daripada komuniti antarabangsa untuk membawa keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

“Palestin adalah isu penting bagi umat Islam, justeru adalah amat pelik dan menghairankan untuk kenyataan seperti itu datang daripada seorang pemimpin Malaysia yang beragama Islam, sedangkan Malaysia adalah perintis kepada usaha yang menyokong rakyat Palestin serta perjuangannya,” kata beliau.

Sementara itu, kata Abdelaziz, beliau amat menghargai ketegasan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

“Kami yakin bahawa sokongan kuat daripada kerajaan dan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin akan tetap berterusan,” katanya. ~ Utusan

Monday 30 January 2012

KERAJAAN LAMA TANPA DEMOKRASI MEMERINTAH DENGAN GREAT!




BUKU JINGGA BUKAN QURAN

Tidakkah isu ketegasan Azizan (atau kedegilannya) ini akan mendorong pemimpin kerabat Pakatan untuk campurtangan dan memulas sekali lagi tangan pemimpin PAS supaya mengambil tindakan mendisiplinkan Azizan seperti dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali?
Bila Hasan melanggar sempadan protokol berkerabat Pakatan dengan mempertikai kewibawaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS memecat Hasan. Adakah Azizan akan menghadapi nasib yang sama?

Jika demikianlah kesudahanya, apakah isyarat dan persepsi yang terbina terhadap mutu dan falsafah kepemimimpan PAS? Tidakkah ini akan membenarkah persepsi bahawa PAS hanya parti ‘Pak Turut” dalam Pakatan?

Adakah PAS akan mengulangi persepsi yang sama dalam rentetan kes Hasan Ali? Apabila kewibawaan dan citra parti Islamnya dipersoalkan bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Exco Agama Islam dari PAS, pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor bergegas mengadakan sidang media untuk menyatakan keyakinan terhadap pengetahuan agama Abdul Khalid dan kesesuaian beliau menjawat exco agama Islam!

Yang mempertikaikan tindakan Azizan bukan sekadar ahli biasa. Ia termasuk sayap pemuda PAS yang dipimpin ulama muda. Adakah perbezaan pendapat ini membawa rahmat? Mungkin ia akan menonjolkan sikap tolenrasi dan demokratik PAS terhadap perbedaan pandangan di kalangan pemimpinnya.

Namun tidakkah gelagat Azizan ini mengesahkan ada pemimpin parti itu sendiri yang masih bersilang pendapat dan halatuju kerabat Pakatan lain?

Jika demikian keadaannya, persoalan yang pasti berlegar di kalangan rakyat atas pagar ialah, bagaimana hendak percaya PAS benar-benar berjuang di atas motto “PAS for All” jika pandangan komponen dalam kepemimpinan partinya sendiri mampu (dan dibiarkan) menyanggah pendirian kerajaan campuran Pakatan yang hendak didirikan?

Apapun ketegasan Azizan mungkin menyemarakkan semangat sesetengah ahli PAS bahawasanya Buku Jingga yang menjadi anutan Pakatan bukan al Quran. Azizan telah membuktikan bahawa lantaran itu, ahli PAS boleh memilih untuk menuruti piagam Buku Jingga atau menolaknya bila-bila perlu.

Isyarat yang jelas dari gelegat Azizan ini ialah rakyat juga bebas percaya atau tidak percaya keikhlasan Pakatan mahu memimpin Malaysia ke arah pembentukan negara yang lebih adil dan demokratik.
 KLIK

RANJAU DURI MENEGAKKAN SYIAR ISLAM


Sunday 29 January 2012

SEBARAN SEGERA : MALAM INI HASAN ALI DAN FATHUL BARI


sebaran segera. malam ini kita akan menyaksikan pertemuan dua tokoh hebat hasan ali dan fathul bari dalam satu pentas.

lokasi dataran bukit gantang, perak. jam 9 malam.
sebarkan.


KLIK

2 PEMIMPIN ISLAM YANG DITIPU PULUHAN TAHUN, AKHIRNYA ALLAH KESIAN DAN BUKA JALAN KELUAR

Sebenarnya manusia yang dahagakan islam mudah ditipu dengan gaya dan rupa bentuk islam yang dipamerkan oleh sesebuah pergerakan yang kononnya memperjuangkan islam. Itulah yang berlaku kepada 2 pemimpin islam yang selama ini bergerak atas platform yang dikatakan bercita-cita tegakkan syiar islam.

Dua orang ini ialah satu dari PAS, Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi dari Jemaah Tabligh, Prof Dr Nasoha Saabin yang merupakan bekas Ketua Tabligh, Syura Jemaah Tabligh Malaysia.

Mereka berdua ini antara insan yang selama ini tertipu dengan manusia yang bertopengkan agama dan disangka ikhlas mahu tegakkan syiar islam walhal sebaliknya berlaku.

Sepanjang menjadi Syura Jemaah Tabligh Malaysia selama 30 tahun, Prof Dr Nasoha gigih bangunkan usaha jemaah tabligh di Malaysia sejak kepulangan beliau setelah tamat pengajian di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1980. Kegigihan beliau dalam bangunkan usaha dakwah atas platform Jemaah Tabligh kepada orang-orang islam di Malaysia mendapat tentangan hebat dari pemimpin Jemaah Tabligh India setelah kematian Ketua Jemaah Tabligh Dunia, Maulana Inamul Hassan rah.

Pada tahun 2008, apabila beliau mulakan dakwah kepada orang bukan islam di sekitar Kuala Lumpur beliau mendapat kecaman lebih hebat lagi dari semua pemimpin Jemaah Tabligh terutamanya dari pemimpin Jemaah Tabligh dari India. Satu peristiwa berlaku pada tahun awal 2009 di perhimpunan tahunan terbesar di Tongi, Bangladesh dimana beliau telah dikelilingi oleh hampir 30 ulama Jemaah Tabligh. Kesemua mereka menggesa Prof Dr Nasoha berhenti dari menjalankan dakwah kepada orang bukan islam dan mereka bersepakat menarik jawatan dan tidak membenarkan beliau berceramah dalam semua perhimpunan Jemaah Tabligh di Malaysia termasuk di markas tabligh Malaysia di Sri Petaling.

Prof Dr Nasoha tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam kerana selama 30 tahun beliau dalam Jemaah Tabligh, usaha inilah yang beliau cari dan merayu kepada Allah agar dimulakan kembali setelah semua orang islam tinggalkan dakwah kepada orang bukan islam secara ijtamie(berjemaah di setiap masjid) seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan sahabatnya di Masjid Madinah.

Oleh kerana beliau tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam, beliau sanggup hilang jawatan dalam Jemaah Tabligh dan tinggalkan Jemaah Tabligh Malaysia pada Julai 2009. Dengan peristiwa itu, barulah beliau sedar bahawa pemimpin Jemaah Tabligh selama ini menipu umat islam seluruh dunia bahawa mereka jemaah dakwah buktinya tidak mahu buat perintah Allah yang paling utama iaitu dakwah manusia kepada Allah, yang bukan islam diajak kepada islam dan yang sudah islam diajak jalankan kerja dakwah seperti apa yang Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan. Jemaah Tabligh hanya berminat untuk tambah ahli dan berbangga dengan ahlinya yang ramai yang mencecah jutaan orang di seluruh dunia



Sama juga apa yang berlaku pada Datuk Dr Hassan Ali, beliau ditentang hebat oleh pemimpin PAS sendiri apabila beliau berusaha membawa PAS kembali ke landasan yang betul setelah banyak tindakan PAS yang menunjukkan telah memberi kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada DAP yang menentang syiar islam ditegakkan di negara ini. Kerana beliau membongkar pemurtadan orang islam di DUMC beliau ditentang oleh pemimpin PAS. Kerana beliau menentang penjualan arak di Shah Alam, beliau ditentang oleh pemimpin PAS habis-habisan. Setiap tindakan beliau yang menegakkan syiar islam beliau dikecam dan dibenci sehinggalah apabila beliau menolak himpunan 901 semasa keputusan perbicaraan kes liwat Anwar baru-baru ini, beliau telah dibuang dari PAS.

Sebenarnya wahai Prof Dr Nasoha Saabin dan Datuk Dr Hassan Ali, bukan kamu dibuang sebenarnya tetapi kamu diselamatkan oleh Allah swt dari pergerakan islam yang menipu ribuan dan jutaan umat islam selama ini. Berapa banyak Jemaah Tabligh dan PAS mencetus porak poranda dalam masyarakat Islam.



Friday 27 January 2012

DEMOKRASI AGEN PENGHANCUR UMAT ISLAM


assalam tuan, kita sebenarnya perlu balik kpd alquran dan hadis. rakyat terlalu percayakan kepada ahli politik, perniagaan dan korporat untuk diberi amanah sebagai pemimpin yang mana otak mereka sebenarnya berorientasikan keuntungan dunia. kita sebenar meletakkan manusia yang tidak ahli pada tempatnya dan inilah kesannya pada negara. sedangkan ulul amri kita masih ydp agong dan sultan2 yg memerintah . para pemimpin politik pula hanyalah umpama pengurus2 yang menguruskan sesebuah syarikat. jika kita lihat senario UMNO dari peringkat kampung sampailah kepada negara, terlalu ramai businessman dan ahli korperat yg memegang jawatan penting dan inilah kesudahannya. pendapat saya sudah sampai masanya kita org2 melayu mengubah senario ini dgn meletakkan ahli2 kariah surau atau masjid sebagai pengurus supaya peraturan islam dan adap melayu dapat diserap kepada agenda UMNO secara tidak langsung. mulakan dari peringkat bawah. insyaallah yg di peringkat atas juga akan mengikut. yg pasti, klu yg bukan muka masjid tu tolak aje ketepi. muga negara mendapat keredaan Ilahi.tk .... mamu ampang. p/s ... dah puas bersangka baik pada ahli korperat, kenapa tak boleh bersangka baik pada ahli masjid. ramai ahli kariah yg berpendidikan tinggi dan tawaduq padaNya.
 

Thursday 26 January 2012

HATI-HATI: HADIS-HADIS PALSU

HADIS PALSU YANG DI KELUARKAN AHLI PAS YANG TAKSUB:
1.

2. UNDI PAS MASUK SYURGA


3. ALLAH MENCARUT

4. ALLAH SAMSENG

5. BOLEH BERKAWAN DENGAN SYAITAN





HADIS PALSU YANG DI KELUARKAN OLEH AHLI JEMAAH TABLIGH TAKSUB:

1. NAK IMAN, MESTI KELUAR IKUT USAHA JEMAAH TABLIGH

2. KITA TAAT ULAMA NIZAMUDIN, KITA SELAMAT

3. DAKWAH BUKAN ISLAM TAK BOLEH DIJALANKAN SELAGI ULAMA NIZAMUDIN TIDAK BENARKAN

4. SESIAPA YANG TAK BUAT USAHA JEMAAH TABLIGH, AMAL TIDAK DITERIMA

5. AL-QURAN DAN HADIS ADALAH BAHAN MENTAH YANG AKAN DIPROSES (DITAFSIR) OLEH ULAMA NIZAMUDIN SEBELUM MEREKA TERANGKAN UNTUK DIAMALKAN

6. IMAM MAHDI AKAN LAHIR DARI JEMAAH TABLIGH

Wednesday 25 January 2012

GEMPAR: KARPAL CUBA PUSING LAGI RAYUAN SAIFUL

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Januari lalu, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Karpal berkata, PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya, PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," kata beliau.

Karpal berkata, mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.


Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

PANAS: PARTI ADAT & SOSIAL (PAS)


Suara Pakatan mendapat tahu telah bertebaran di laman-laman sosial penghinaan terbaru kepada parti PAS lanjutan dari tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama islam sebelum ini dipertanggungjawab pada parti PAS.

Nama PAS telah dipersendakan kepada Parti Adat & Sosial - sempena portfolia Exco baru Selangor dari PAS, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang menggantikan Datuk Dr. Hassan Ali yang baru disingkirkan baru-baru ini.

Friday 20 January 2012

SEGALA PUJI BAGI ALLAH BANTU SAIFUL, MAAF DAN TERIMA KASIH AG, JAGA-JAGA ANWAR


Semoga hak saiful terbela sebagai mangsa liwat Anwar


Anwar! kau bawakla bertaubat, umur kau ni dah masuk umur risaukan azab kubur dah...


Anwar, sedarlah dunia ni sementara sahaja, kehidupan hanya ujian Allah semata-mata. Yang kau kemaruk nak jadi PM tu sangat kenapa. Kau ingat jawatan PM jawatan nak seronok ke? Jawatan tu amanah berat. Abu Bakar as-siddiq minta sahabat 'reconsider' selepas perlantikan dia sebagai khalifah pertama kerana memikirkan betapa beratnya amanah yang terpaksa dipikul. Kau ni plak beria sangat tu kenapa? Satu lagi kau taubatlah anwar wei, jangan duk layan nafsu serakah kau tu suka, sangat kau melayannya. dah-dah la. Lagi, kau dah la tipu rakyat sana sini. Rakyat dah naik muak dan menyampah dengan kau ni melainkan yang taksub pada kau dan anggap kau ni sesuci tuhan yang takda buat salah.

PERBUATAN GHANI TINGKAT KEPERCAYAAN BADAN KEHAKIMAN ADA YANG TAK KENA


Kenapa rayuan saiful tidak dilayan? Kenapa ini berlaku? Adakah sistem kehakiman sudah jadi korban percaturan politik kotor dek manusia yang gilakan kuasa terus kekal berkuasa?

Rakyat memerhati dan bukan bodoh takda otak nak fikir percaturan politik manusia yang lupakan kemurkaan Allah swt. Bukankah kemurkaan Allah datang bila manusia yang dizalimi tidak dibela?


Thursday 19 January 2012

PRU14 TIDAK ADA VS PRU13 YANG TERAKHIR


Penyokong UMNO dan penyokong PAS ada persamaan disisi agama Allah. Orang UMNO ada serta mengakui 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman, sama juga orang PAS. Nabi saw bilang islam tertegak atas 5 rukun, bersaksi 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat & haji. Persamaan orang PAS dan UMNO atas asas yang sangat kukuh.

Namun kerana agenda politik PAS telah kafirkan orang UMNO banyak kali lebih2 lagi bila tiba pilihanraya. Sedih sekali walhal orang UMNO dan PAS saudara seagama, mengakui tuhan yang satu, Allah swt, ikut nabi yang sama Muhammad saw.
Bukti orang2 yg bergelar ustaz dalam PAS kafirkan orang UMNO atau yang tidak menentang UMNO banyak sekali dan yang terkini ulama pujaan ahli PAS, ustaz Azhar yang senegeri dgn aku dan mang. Sedih sekali.

Bukti yang lama tak payah cakap la, aku penduduk negeri Terengganu melihat sendiri bagaimana fatwa ustaz PAS yang telah pecah belah umat islam di negeri kelahiran aku. Satu kampong solat jumaat ada 2. Imam nikah 2 kali krn taksah kalau jurunikah pertama dari UMNO. Sembelihan UMNO takboleh makan. Adik beradik dan anak beranak putus silaturahim krn fatwa sesat ustaz PAS.

Bagaimana nak sorok kesalahan fatwa songsang itu semua yang memecah belah umat islam? Nabi saw bersabda cukup untuk Allah masukkan seseorang ke dalam neraka dengan satu perkataan darinya yang memecah belah umat.

Jelas sekali, bila isu undi PAS masuk syurga yang diguna masa pilihanraya cuba dibahas ketika bukan musim pilihanraya bunyinya lain, orang salah faham la, orang salah tafsir kata-kata nik aziz. Walhal masa mengundi aku tengok dgn mata kepala di Terengganu perkataan undi PAS masuk syurga sungguh berat diperkatakan, yg mana orang UMNO takkan akan masuk syurga.

Kenangkanlah dan renungkanlah kata-kata Allah dalam Quran….

An-Nisaa: [59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Pada aku UMNO dan PAS keduanya saudara islam. Perebutan kuasa politik PAS dan UMNO seumpama 2 pasukan bola sepak merebut bola. PAS jersi hijau-putih dan UMNO jersi Biru-merah. Kalau nak tegakkan islam yang sebenar tinggalan Rasulullah saw bukan cara yang ditunjuk oleh ulama PAS tetapi ikutlah cara Muhammad saw. Kenangkanlah apa yang Rasulullah saw buat bersama sahabat 13 tahun di Mekah yang membuatkan Allah redha dengan mereka dan menguatkan iman mereka sehingga Allah tunaikan janjiNya seperti yang Allah terangkan spt dibawah;

An-Nur: [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Allah janji kurniakan kuasa kepada orang islam bila mencapai tahap iman yang teguh yg Allah redhai spt yang sahabat2 kecapi di Madinah. Allah menentukan kuasa kpd Nabi saw & sahabat di Madinah setelah mereka mentaati perintah Allah yg paling Allah redhai di Mekah selama 13tahun. Harini orang islam tinggalkan apa yang telah Nabi saw dan sahabat2 telah lakukan selama 13 di mekah dan natijahnya iman orang islam lemah dan kesan dari itu kuasa yang Allah janjikan kepada umat islam yang beriman belum Allah kurniakan.

Untuk itu umat islam terpaksa menggunakan system yang dicipta orang bukan islam dalam urusan memilih ketua kita namanya mudarat. Contoh mudah, babi haram dimakan tetapi dalam keadaan darurat takda makanan Allah izinkan makan sekadar mengalas perut. Setelah ada makanan yang Allah halalkan tinggalkan makan babi tu kerana dah ada yang baik.

Samalah keadaan umat islam sekarang, dalam keadaan belum ada segolongan orang yg beriman dikalangan kita yg mana Allah tentukan kuasa dikurniakan kpd orang beriman, kita terpaksa berkongsi kuasa dengan orang bukan islam seperti UMNO, MCA dan MIC. Keadaan ini terpaksa bukan kita meredhainya tapi terpaksa dalam keadaan mudarat sehinggalah Allah ubah seperti yang Allah janjikan setelah kita umat islam mengikuti apa yang dilakukan 13 tahun di mekah.

Lupakah PAS yang dulu pernah menuduh UMNO kafir krn berkongsi kuasa dgn MIC dan MCA, sekarang ludah itu terpaksa dijilat balik oleh PAS dengan berpakat dengan DAP dan PKR tanpa menunjuk rasa bersalah atas tuduhan lama pd UMNO? Walhal UMNO dan PAS adalah saudara seagama.

Aku tidak setuju dengan perjuangan UMNO dan PAS kerana aku bersetuju dengan perjuangan Rasulullah saw. Tapi dalam keadaan mudarat sekarang aku berpandangan UMNO lebih baik dari PAS kerana mereka tidak menggunakan agama untuk berkuasa. Aku percaya kalaulah PAS memegang negara ini bersama DAP dan PKR, apa saja kemungkaran yang dibuat oleh kerajaan BN akan diulangi sama oleh PAS malahan lebih teruk lagi. Apa yang berlaku di Terengganu dipegang oleh PAS ketika 1999-2003 sudah cukup jelas apa yang bakal berlaku nanti. Ketika itu PAS tak bersama DAP seakrab harini pun dah berkelakuan sedemikian, bayangkanlah bila dah bersama DAP.

Pesan nabi saw, aku tinggalkan Quran dan Sunnah, jika kamu berpegang pada keduanya, kamu takkan sesat selamanya.


Tuesday 17 January 2012

PRU 14 TAK ADA DAN PRU 13 YANG TERAKHIR KERANA BERAKHIRNYA SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA


Pemerintahan dalam negara dan jajahan islam mengalami revolusi berkadaran mengikut tahap keimanan dan tahap amalan orang islam terhadap ajaran Islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw. Makin bagus ketaqwaan orang islam dan perbuatan orang islam terhadap perintah2 Allah, makin bagus pemimpin yang Allah akan angkat kepada umat islam. Makin buruk dan hilang ketaqwaan orang islam terhadap Allah dan perintah2 Allah, makin buruk pemimpin yang Allah akan angkat untuk memimpin orang islam.

"[55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." An-Nur


[105]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Al-Anbiyaa
 


[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Ya Sin
 

Thursday 12 January 2012

ALLAH BERKUASA MENURUNKAN KERAJAAN, MENUKAR KERAJAAN & MENAIKKAN KERAJAAN BILA TIBA MASANYA


Allah akan tukar kerajaan mengikut amal rakyat Malaysia yang beragama islam. Lebih baik amal umat islam di negara ni, lebih baik kerajaan yang Allah akan angkat memerintah negara ini. Kekal buruk atau bertambah buruk amal orang islam negara ini, lebih buruk dan kekal buruk lah kerajaan yang Allah akan angkat berkuasa di negara ini.

Kalau rakyat Malaysia nakkan pemimpin yang baik dan kerajaan yang baik, usaha untuk ubah amal umat islam dari amal hantu kepada amal yang baik. Usaha untuk ubah dari syirikkan Allah kepada beriman kepada Allah.

Inilah ketetapan Allah yang tidak akan berubah selamanya sebagaimana dalam Quran.

Bila Allah suka dengan amal umat islam negara ini, pemimpin yang lebih baik dari pemimpin yang ada sekarang samada dalam UMNO(orang islam) dan PAS(orang islam) akan diangkat oleh Allah swt.

Bukan Najib, Muhyidin, Anwar, Azmin, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua bukan orang yang kuat berpolitik tetapi orang yang kuat taqwanya kepada Allah dan mengajak manusia kepada Allah swt seperti sahabat r.hum ajmaen, berlaku adil kepada setiap insan.

sumber inprasi menulis: KLIK

IJTIHAD SEORANG HAKIM

Jawatan bermakna amanah. Sesiapa yang pikul amanah bermakna mentaati perintah Allah dan sesiapa mengkhianati amanah bermakna melanggar perintah Allah. Siapa yang memilih untuk taat perintah Allah akan diberi kebaikan dan kejayaan disisi Allah swt dan sesiapa yang memilih untuk langgar perintah Allah akan ditentukan keburukan dan kegagalan disisi Allah swt.

Manusia bebas membuat pilihan samada mahu taat Allah atau engkari perintah Allah. Allah tidak akan halang orang yang memilih untuk langgar perintah Allah, orang yang memilih untuk berzina tidak akan dihalang oleh Allah malahan sehingga lahirkan zuriat namun dia akan bertanggungjawab untuk terima balasan dari Allah. Orang yang memilih untuk menipu tidak aka dihalang oleh Allah namun dia akan bertanggungjawab terhadap penipuan yang dibuatnya.

Manakala orang yang memilih untuk taat perintah Allah akan dizinkanNya dan atas pilihan yang dibuatnya akan diberi keredhaan Allah kepadanya apabila dia mentaati Allah dgn niat hanya sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah swt semata-mata.

Manusia bebas memilih. Siapa yang pilih untuk taat Allah akan diberi kebaikan dunia dan akhirat. Siapa yang pilih untuk ikut nafsu dan sukakan hati dan belakangkan apa yang Allah suka manusia buat akan diberi api dunia dan api akhirat.


Bidang kehakiman adalah sebuah institusi yang mulia kerana ia diwujudkan bertujuan memberikan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang Negara. Namun menjadi seorang hakim juga terdedah dengan pelbagai risiko seperti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, sedangkan di akhirat pula seorang hakim itu akan diancam dengan bakaran api neraka jika menjatuhkan hukuman tidak sesuai dengan yang apa yang sepatutnya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Sabda Rasulullah saw ini :

“Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api, sehingga ia menuju syurga atau neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan ad Dailami).

“ Barangsiapa diangkat menjadi seorang hakim, maka ia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud ).

Itulah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang Hakim. Di tangannya lah kebenaran adalah benar dan yang salah menjadi salah ATAU sebaliknya yang benar menjadi salah dan yang salah seolah-olah menjadi seperti benar.

Tugas seorang Hakim yang arif itu adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh kerana tugas ini amat berat maka dulu Imam Abu Hanifah pernah menolak jawatan itu yang ditawarkan kepadanya walaupun beliau mempunyai cukup kelayakan bahkan tidak ada seorang pun yang lebih hebat daripadanya dari segi ilmu di waktu itu.

sumber: sangtawal

Wednesday 11 January 2012

GEMPAR: BANTUAN ALLAH KEPADA SAIFUL, RAKYAT MALAYSIA DOAKAN KEADILAN UNTUK SAIFUL


Buletin Utama: Pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yg melepas dan membebaskan dsai isnin lalu dr tuduhan meliwat

Perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan nik suryani megat deraman

"Dengan segala bukti yang ada, saya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan".

Beliau akan bertemu Peguam Negara bagi menyatakan pendirian barisan pendakwaraya beliau dalam kes ini secepat mungkin. Sumber: Parpukari


Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Sumber: sangtawal

GEMPAR: BAPA SAIFUL AKAN BUAT SIDANG MEDIA PUKUL 5 PETANG

sumber: theUnspinner

FAKTA KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR ADA BENDA TAK KENA- AYUH BANGKIT RAKYAT YANG MAHUKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG


Saiful kamu jangan sedih, ini ujian Allah atas kamu. Hak keadilan untuk kamu dinafikan oleh manusia yang tidak takut kepada Allah kerana takutkan manusia mengatasi takut Allah.

Jutaan rakyat Malaysia sedar dan faham dan percaya bahawa keputusan mahkamah 9 Januari 2012 adalah ADA BENDA TAK KENA DENGAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA MALAYSIA.
Yang dicanang bahawa UMNO tidak terlibat dengan konspirasi Liwat 2.0 jauh meleset sebaliknya rakyat makin percaya bahawa ini semua konspirasi bagi menjayakan agenda politik BN yang konon dengan keputusan 3 Minit BUKTI badan kehakiman bebas dari mainan politik BN. Oh tidak, kami jutaan rakyat malaysia tidak percaya itu semua tapi sebaliknya kami percaya ada agenda kotor disebalik itu.

Janganlah bodohkan rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Kami bangkit dan menadah tangan pada pencinta alam semesta memberi keadilan kepada mangsa kezaliman politik kotor di Malaysia.

sumber: GOMO

ANAK EMAS NAJIB

Sumber: KLIK

Tuesday 10 January 2012

PEMBEBASAN ANWAR TANDA SISTEM KEHAKIMAN BEBAS? OH TIDAK...


Sebenarnya untuk orang yang dapat lihat permainan kotor politik lain pandangan sebenarnya.

Pembebasan Anwar dengan bukti yang didedahkan oleh pihak pendakwaraya di mahkamah jelas menampakkan Anwar terlibat dengan pertuduhan yang dibuat dan bukti yang didedah sangat kukuh bukan setakat DNA dalam dubur namun DNA ketika Anwar dilokap, CCTV dan keterangan saiful yang cukup konsisten.

Dengan bukti yang ada yang begitu kukuh, perjalanan perbicaraan memakan masa 3 tahun lebih dan diakhir perbicaraan Anwar diputuskan bebas dengan alasan yang sangat dangkal yang dibuat oleh hakim yang tidak tahu pasal DNA krn bukan ahli & pakar dalam sains DNA seperti pakar dari HKL dan jabatan Forensik, ini menunjukkan ada tak kena dengan sistem kehakiman negara.

Sepatutnya sebagai seorang hakim yang adil sepatutnya membuat keputusan  berdasarkan bukti yang diperoleh dari ahli sains dan pakar dalam bidang DNA dan kebijaksanaan hujahan terhadap bukti-bukti yang ada yang dikemukakan oleh pendakwaraya. Namun sebaliknya berlaku semalam apabila penemuan pakar DNA dan hujahan pendakwaraya bagaikan tidak dipertimbangkan langsung sebaliknya menolak dengan alasan yang sangat dangkal.

Ijtihad hakim atas bukti yang Allah zahirkan dan bukan atas percaturan politik manusia.

Bila keputusan semalam dibaca, sebenarnya bagi yang melihat begitu dalam dan teliti sebenarnya ada benda tak kena berlaku dalam badan kehakiman negara.

Aku faham dengan keputusan semalam, Najib dan penyokong UMNO gembira kerana berjaya menepis tohmahan pembangkang bahawa kes ini konspirasi UMNO.

Namun jutaan rakyat malaysia percaya ada benda tak kena dengan keputusan semalam. Kepercayan mulai tebal dikalangan rakyat bahawa keputusan dibuat atas dasar percaturan politik Najib. PRU13 yang menjelang tiba, jika Anwar ditangkap dengan kes ini Najib takut kehilangan banyak undi atas pagar yang merupakan undi penentu samada BN atau PR yang akan memerintah negara ini. Najib takut pengundi atas pagar hilang kerana termakan tohmahan PR bahawa Anwar difitnah dan undi simpati pada Anwar meningkat dan kemungkinan besar PR akan dapat tawan Putrajaya.

Jika apa yang rakyat fikirkan ini benar, maka sebenarnya percaturan Najib untuk selamatkan kuasa BN dari jatuh kepada PR adalah sangkaan yang sangat silap. Hal ini kerana jutaan rakyat Malaysia percaya Anwar bersalah dengan begitu yang kukuh menyebelahi Saiful. Rakyat Malaysia yang mahukan keadilan untuk saiful yang jelas nyata bahawa dia tidak bersalah. Kerana apa? kerana bukti yang ada kukuh dan sumpah laknat dibuat oleh saiful sungguh mengerikan kerana jika dia berdusta laknat Allah keatasnya. Laknat Allah kepada yang berdusta atas namaNya tidak akan memakan masa lebih 3 tahun. KLIK

Jika ini benar, maka percaturan  Najib untuk selamatkan BN telah silap. Sangkaan Najib bahawa keputusan ini menandakan sistem kehakiman negara bebas dari kerajaan BN adalah silap. Malahan jutaan rakyat Malaysia percaya sistem kehakiman dipengaruhi oleh percaturan politik kerajaan BN yang takut kehilangan undi jika memutuskan Anwar bersalah. KLIK

Keputusan hakim Zabidin Md Diah melanggari perintah Allah keatasnya yang memikul amanah untuk menghakimi dengan adil berdasarkan bukti dan bukannya kerana arahan orang dek percaturan politik. Bila penghakiman dibuat dalam keadaan melanggar perintah Allah, tunggulah keputusan Allah kepada hakim dan yang mengatur hakim.

Kemurkaan Allah cepat kepada mereka yang menzalimi yang dianiayai dan doa orang yang dizalimi tidak ada hijab disisi Allah swt. Kemurkaan Allah dasyat wahai manusia. Taubatlah wahai manusia, janganlah kamu terpersona dengan dunia yang fana dan penuh dengan fitnah ini. Takutlah kepada Allah dan jangan kerana keseronokan dunia kamu menidakkan hak mereka yang dizalimi.

Sesungguhnya kehidupan yang baik ialah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah swt.

~ pengikut Muhammad saw

BILA HAKIM MELANGGAR PERINTAH ALLAH SWT, TUNGGULAH AZAB ALLAH!

Saudara usin,

Dalam kes liwat 2.0 ni bukan hakim lain yang langgar perintah Allah tapi hakim Zabidin Md Diah yang telah langgar perintah Allah.

Seperti orang yg mahu berzina, Allah izinkan dia berzina tapi rasakan azab Allah atas pilihan yang dia buat. Sama juga hakim Zabidin Md Diah ni, Allah datangkan bukti yang kukuh untuk pertuduhan bahawa anwar bersalah tapi dia ketepikan, dan Allah izinkan dia buat keputusan ikut telunjuk orang tapi dia akan rasakan azab Allah jika tidak bertaubat.

Wassalam...

~ pengikut Muhammad saw

Monday 9 January 2012

KERAJAAN BN AKAN DIHANCURKAN OLEH ALLAH



Ini  keputusan politik! Najib takut hilang undi krn PRU13 sgt hamper krn bila  Anwar masuk dalam, Najib pikir dia akan hilang undi pengundi atas pagar yg ada simpan simpati pada Anwar! Badan kehakiman sudah tidak percaya lagi krn ada pengaruh politik! 

KERAJAAN BN AKAN DIHANCURKAN OLEH ALLAH KERANA BADAN KEHAKIMAN BUAT KEPUTUSAN YANG SALAH DAN KEPUTUSAN YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH!
BUKTI TERPAMPANG! TAPI NAFIKAN......INI SEMUA MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH SWT.

AKU DOAKAN KEHANCURAN  MEREKA YANG MEMBELAKANGKAN KEADILAN DAN TINGGALKAN KEBENARAN!!!