Monday 27 February 2012

KONSPIRASI UMNO

Orang-orang PKR percaya ini perbuatan orang UMNO. Akal ada fikir tang mana satu bukti konspirasi?KLIK

Monday 20 February 2012

PRU 13: 50% BN 50% PR ?

An-Nisaa [59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha')

Tuesday 14 February 2012

PEMIMPIN PAS SUKA BERBOHONG

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.

Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.

Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.

‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’

‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.

Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.

‘‘Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,’’ katanya.

Monday 13 February 2012

CELAKALAH KEPADA YANG MENYOKONG KEBEBASAN BERSUARA

Seorang peguam PKR berkata "Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau (Kashgari) mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas," sambil menambah Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari.

Persoalannya, apakah menghina Nabi dan Islam adalah kebebasan bersuara? Apakah ini wajah sebenar kebebasan bersuara yang PKR dan Pakatan Rakyat perjuangkan? KLIK

BILA DUIT RAKYAT TIDAK DIJAGA

Pinjaman kerajaan RM250juta.

Dapat tanah dari Perbadanan Menteri Besar Negri Sembilan 5000 ekar di Gemas.

Operasi beli anak lembu, simpan bagi makan sampai gemuk, sembelih dan jual.

Kurangkan pergantungan import daging lembu dari luar. Kukuhkan ekonomi tempatan serta membantu peniaga dan penternak tempatan membina kekayaan.

Kalau nak diringkaskan, begitu la perjalanan projek National Feedlot Centre.

Tiada keperluan untuk melaburkan duit pinjaman RM250juta.

Tiada keperluan untuk membelanjakan begitu banyak duit milik kerajaan ke atas unit-unit kondo mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dikatakan projek tergendala kerana pengusaha utama, National Feedlot Corporation tidak berupaya untuk memberikan sokongan kepada pengusaha ladang fidlot satelit lain. Makanan lembu takde, bekalan anak lembu takde, Standard Operation Procedure untuk operasi ternak lembu takde. Jadi apa fungsi National Feedlot Corp sebenarnya?

Lepas tu habis diheret segala kepimpinan dan sayap-sayap dalam UMNO.

Habis…habis.

Apabila dikata perkara ini akan membawa mudarat kepada peluang UMNO dan Barisan Nasional, taknak dengar.

Kata perkara ini perkara terpencil, serangan peribadi ke atas keluarga.

Cik kak, artis kalau dah jadi artis…takde istilah dah personal ke tidak. Artis tu pakai baju apa pun orang akan ambik kisah. Kalau pergi shoping kat Jusco pakai short dengan bra saje, confirm orang akan bising. Masa itu tidak boleh jawab yang pemakaiannya adalah hak dan kehendak peribadi. Dah jadi public figure, begitulah pembawaannya.

Ni lagi pulak libatkan duit kerajaan. Duit kerajaan tu pulak bukan duit pak mak para Menteri nun. Ni duit aku, kau dan rakyat-rakyat tu. Nak perabis macamana, semua adalah answerable kepada rakyat.

Bukan boleh pakai suka-suka lepas tu claim, ni urusan peribadi.

Orang kata benda ini akan memberi susah kepada orang lain, tak nak dengar. Lembu kondo kini dah jadi satu trademark yang sama famous dengan tagline 1Malaysia, u know.

DS Najib laung 1Malaysia, BR1m la, Kr1m la, PR1MA la…side satu lagi laung lembu kondo…lembu kondo.. Dah sama famous, u know.

Still berkeras. Still degil. Peduli apa, kan. Nak jadi apa kat pilihanraya nanti, satu family dah senang, dah simpan stok makan anak bini 2 keturunan tak luak, kan?

Yang orang lain yang nak kena tanggung ni?

Dah orang letak jadi Perdana Menteri, bukan suruh jaga UMNO…suruh jaga rakyat. Maka jagalah kami ini. Bukan jaga sedara mara sekerat dua. jangan degil sangat. Orang dah menyampah.

sumber: KLIK

Sunday 5 February 2012

MAULIDURASUL: SUNNAH BAGINDA SAW PALING BESAR


BUKTI CINTAKAN RASULULLAH BUKAN MEMADAI SEKADAR UCAPAN SELAWAT, TETAPI BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA BAGINDA DAN MENGIKUTI AJARAN DAN SUNNAH BAGINDA SAW DAN SUNNAH BAGINDA SAW YANG PALING BESAR IALAH MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH.

Ali-Imran
[31]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Yusuf[108]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, menyeru manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata, kerja aku dan orang-orang yang mengikuti aku. Dan aku menegaskan, Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

1. Sejarah kebangkitan islam jelas menunjukkan bahawa 10 tahun pertama kerasulan Nabi Muhammad saw membuktikan sebelum Allah fardhukan rukun islam kedua pada ketika peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah saw dan sahabatnya menjalankan kewajipan kepada rukun islam pertama iaitu mencegah mungkar manusia yang tidak mengucap 2 kalimah syahadah dengan mengajak seluruh bangsa arab menerima 2 kalimah syahadah. Inilah bukti Rasulullah saw dan sahabat menunaikan hak/TUNTUTAN rukun islam pertama selepas menerima pengakuan kalimah syahadah.

2. Kerja amar makruf nahi mungkar, merupakan hak kalimah syahadah.

3. TUNTUTAN rukun islam pertama ialah menjalankan 'kerja amar makruf nahi mungkar' seperti Rasulullah saw tunjukkan.

4. Apakah kerja amar makruf nahi mungkar? Kerja amar makruf nahi mungkar ialah mencegah mungkar manusia dengan mengajak kepada yang makruf (kebaikan). Manusia ada 2 golongan umumnya iaitu golongan bukan islam dan golongan orang islam. Kemungkaran kedua-dua golongan ini wajib dicegah.Tidak ada alasan yang boleh membatalkan perintah mencegah mungkar kedua-dua golongan manusia ini.

Ali-Imran
[32]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

Al-Maidah
[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (tidak menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.


Ali-Imran[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), (kerana) kamu mengajak kepada kebaikan(amar makruf) dan mencegah keburukan(nahi mungkar), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).


Fusillat[33]
Dan tidak ada perkataan yang lebih baik daripada perkataan orang yang menyeru manusia kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”


Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Thursday 2 February 2012

GEMPAR: CIA CUBA PORAK PORANDAKAN NEGARA INI



Mungkinkah CIA yang buat angkara ni setelah Bersih 2.0 gagal kecohkan negara ini dan cadangan Bersih 3.0 tak dapat berjalan dengan baik. Motif negara ini kecoh supaya mudah kuasa luar cengkam negara ini? Kenapa istimewa sangat ke negara ini? Ya istimewa sangat. Orang yahudi tahu rahsia keistimewaan dari kitab mereka. KLIK

AZIZAN BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI HASSAN ALI


ALOR SETAR 1 Feb. – Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.

Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.
Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.

“Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.

Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.

“Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan,” jelasnya.

Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.

Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.

“Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa,” katanya.

Wednesday 1 February 2012

AHLI PAS DAN JEMAAH TABLIGH DISERU JANGAN IKUT USTAZ DAN ULAMA BUTA TULI, GUNA AKAL YANG ALLAH BERI


"JANGAN IKUT USTAZ DAN ULAMA BUTA TULI, FIKIR DENGAN GUNA AKAL YANG ALLAH KURNIAKAN BERDASARKAN BUKTI DAN DALIL AYAT QURAN DAN SUNNAH NABI SAW"


Allah perintah guna akal untuk memikirkan sesuatu perkara yang berdasarkan bukti dan dalil Quran & Sunnah. Ahli kitab yang diberikan kitab-kitab menggunakan nafsu mereka setelah jelas bukti dan dalil kedatangan Muhammad saw dalam kitab mereka dengan menolak kerasulan Muhamamd saw.

Sama juga ulama jemaah tabligh menggunakan nafsu dalam mentafsir ayat Quran dengan beri alasan untuk tidak dakwahkan orang bukan islam walhal itu adalah perintah Allah yg sgt besar disisi Allah swt. Ia merupakan hak kalimah syahadah sebagaimana Nabi saw dan sahabat telah tunaikan hak kalimah dgn dakwah kpd bukan islam.


AnNisa:[59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu... perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.