Monday 27 August 2012

PAS BERDAKWAH ATAU DIDAKWAH OLEH DAP?


What is the meaning of Dakwah to Pas members? According to Pas members, Muslims and non-Muslims who join Pas are doing good and those Muslims who join UMNO are doing evils. According to Pas members, the work of Dakwah is to invite Muslims and non-Muslims to join Pas and to prevent Malays from joining UMNO. What a deviation of understanding from the true meaning of good and evils as mention in the Quran. Does the iman or believe of the Muslims who join Pas increases?

Petikan: KLIK

Wednesday 22 August 2012

PAS PATUT KELUAR PR ATAU USTAZ NASHA AKAN DIKELUARKAN?


KEPALA BATAS 20 Ogos - Ahli-ahli akar umbi Pas Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa (gambar) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kesucian Islam.

Mereka juga bersependapat dengan Ahli Parlimen Bachok tersebut supaya Pas mengkaji semula kedudukannya termasuk keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi parti yang berdiri dengan sendiri.
Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Pas Cawangan Bagan, Azmi Jaafar berkata, pemimpin parti itu sepatutnya meletakkan kepentingan Islam dan perpaduan ummah melebihi agenda politik sempit mereka.

“Pemimpin atasan Pas dilihat mula menggadai prinsip perjuangan asal demi meraih sokongan politik pada pilihan raya semata-mata.

“Selama ini kami dididik oleh mereka supaya memegang teguh prinsip menegakkan Islam tetapi tiba-tiba mereka jugalah yang menggadai atau menjual prinsip tersebut demi meraih kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dihadiri oleh sekumpulan ahli Pas Pulau Pinang termasuk yang pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti itu di sini Jumaat lalu.

Khamis lalu, sebaik sahaja tiba dari Mekah, Nasharudin mengadakan sidang akhbar khas bagi membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadirannya di Tanah Suci bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohamad Nordin Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh secara terang-terangan menunjukkan beliau menentang penubuhan negara Islam.
Justeru, sebagai orang Islam, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk ahli Pas menghentikan mana-mana perbuatan menyentuh perasaan dan kesucian agama itu.

“Sekiranya Karpal sanggup menggadai nyawa untuk memastikan sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan di negara ini, maka ahli-ahli Pas juga rela berbuat perkara sama demi Islam," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Karpal dan pemimpin DAP lain supaya berhenti menimbulkan perkara sensitif sedemikian bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.

Bagi bekas Setiausaha Pas Kepala Batas, Abdul Halim Abd. Rashid, matlamat utama perjuangan Pas bukannya mahu memerintah Malaysia tetapi hendak mewujudkan keharmonian dalam kalangan semua kaum dengan cara berdakwah.
Beliau memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya dapat mengajar erti perpaduan ummah sebenar kepada rakan mereka yang bukan Islam.

Tambahnya, mereka wajar menunjukkan Islam sebagai agama yang telah terbukti berjaya menjaga keharmonian semua kaum di dunia dengan asas-asas perpaduan sesama umat.

“Sebaliknya jika Pas sendiri kini menjadi juara perpecahan umat Islam dengan sikap dwistandard mereka dalam isu perpaduan ummah. Bagaimanakah keharmonian semua kaum dalam negara ini akan terjamin?" ujarnya.

PEMIMPIN PAS KUAT MENIPU


Masih ingatkan video debat Nasrudin Tantawi dengan UFB baru-baru ni? Si Nasrudin menipu audien bahawa Karpal dah mulai menerima Hudud dan konsep negara islam bawaan PAS.

Setelah diselidik oleh para wartawan, Karpal menafikan dakwaan tersebut. 

Tidak selepas itu, bekas pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa mengecam Karpal bahawa dia bukan hanya anti hudud bahkan anti islam.

Tak semena-mena Si Nasrudin menumpang pulak keberanian yang ada pada Ustaz Nasharudin Mat Isa. Itupun kecam Karpal kat laman sosial.

Apa ni? dulu kau sendiri yang cakap Karpal terima, sekarang kau sanggah dia pulak!
Kau punya tembelang menipu dah pecah bila nak mengaku salah dan pohon maaf, sekarang ni satu Malaysia dah tahu kau kantoi menipu ketika berdebat baru-baru ni! Kopiah atas kepala buang jelah, jangan nak burukkan imej islam dengan tonjol imej islam pastu buat benda mungkar. Mengaku perjuangkan islam tapi buat benda-benda mungkar. 

Tantawi! kau tau tak kesan menipu? Rasulullah bagitau kalimah Lailahailallah yang disebut oleh penipu Allah takkan percaya. Macam Anwar kuat sangat menipu. 

Buruk sungguh perangai pemimpin-pemimpin PAS, kuat sangat menipu. Rupa imej islam tapi perangai menipu sebati dalam jiwa. Ahli-ahli PAS yang bodoh lagi sengal percaya mati-matian bahawa pemimpin PAS ikhlas nak tegakkan islam walhal mereka semua tamak kuasa, harta dan kebendaan serta kemasyhuran.

Tantawi ketua pemuda PAS yang kuat menipu patut sedar bahawa buruk padah orang yang jual agama untuk dapat habuan dunia. Dahla menipu rakyat bahawa kamu mahu islam.

Tuesday 14 August 2012

JEMAAH TABLIGH TAKSUB IKUT ORANG INDIA?


Ilmuan islam menyangkal dakwaan Jemaah Tabligh bahawa iman seseorang meningkat dengan keluar 4bulan, 40h hari dan 3hari.

Mana ayat Quran dan hadis yang membenarkan dakwaan mereka?

PAS DAN JEMAAH TABLIGH SAMA SPESIS


PAS ambil mudah kes ini kerana takutkan DAP. Manakala Jemaah Tabligh Malaysia tidak berdakwah kepada orang bukan islam kerana takutkan ketua-ketua mereka di India yang melarang mereka mengajak orang bukan islam kepada islam.

Walhal Allah perintahkah umat islam mencegah mungkar manusia samada mungkar yang dibuat oleh orang bukan islam dan mungkar yang dibuat oleh orang islam.

Surah Ali-Imran[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), untuk kamu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar, dengan itu kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

Surah Luqman
[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Abu Said al-Khudri r.a, sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Hadis yang berbunyi “ Demi zat yang nyawaku ditanganNya! Kamu mesti sentiasa melakukan kerja amar makruf nahi mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azabNya keatasmu, lalu kamu berdoa, maka Allah tidak akan menerima doa mu”

Hadis yang berbunyi “Kalimah Lailahailallah sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Sahabat r.hum bertanya, “ Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Nabi saw menjawab, “Apabila perbuatan mungkar kepada Allah terang-terangan dibuat dan mungkar ini tidak dicegah”

Apa dah jadi dengan PAS dan Jemaah Tabligh yang keduanya berupa rupa islam tapi kemungkaran paling besar berlaku tidak dicegah.

Adakah takut pada manusia PAS dan Jemaah Tabligh sanggup belakangkan perintah Allah yang utama ini?. 

Lupakah semua nabi-nabi mencegah mungkar manusia terdahulu seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab kerana mereka membuat mungkar yang sangat besar disisi Allah iaitu tidak mahu mengakui kewujudan Allah swt dan kerasulan para nabi yang dihantar.

Tidak takutkah ahli PAS dan ahli Jemaah Tabligh di akhirat nanti bila ditanya kenapa kamu tidak berkata benar tentang Aku kepada manusia yang sedang buat mungkar?

Friday 10 August 2012

BENARKAH NIK AZIZ SEORANG ULAMA?


Rupa Nik Aziz memang rupa ulama. Tapi amalan dan percakapan Nik Aziz membuktikan dia bukanlah ulama. 

Dajjal nanti muncul di khalayak ramai manusia berupa dan berpakaian agama. Berjubah dan berserban adalah pakaian Dajjal.

Ada riwayat menyebut bahawa antara pengikut Dajjal paling ramai ialah ahli kitab yang mengaku 'ulama'. Pengikut ahli kitab mengakui ketua mereka yang sebenarnya adalah ahli kitab sebagai 'ulama'. Ramai manusia tertipu jadi pengikut Dajjal kerana rupa Dajjal yang perwatakan agama. Dan Dajjal tidak mengajak manusia kepada Allah tetapi mengajak manusia taat pada dirinya dan terima apa sahaja yang keluar dari mulutnya sehingga mempertuhankan dirinya.

Bukti percakapan Nik Aziz bahawa dia hanya ahli kitab dan bukanlah ulama ialah:

1. Nabi Muhammad sebelum dilantik jadi Rasul pada umur 40 tahun, sama dengan 'mamak-mamak kapung' (kampung) yang lain. Perkataan ini menghina Nabi Muhammad saw kerana Rasulullah telah dipilih oleh Allah sebagai Rasul akhir zaman dan penghulu para Rasul dan nabi lama sebelum Allah cipta Nabi Adam a.s lagi. Nabi Adam ketika di syurga telah nampak nama Rasulullah tertulis di syurga. Ketika kelahiran baginda, api majusi yang hidup selama 1000 tahun serta merta padam. Nabi saw dibedah hatinya ketika kecil. Nabi saw diikuti oleh awan sebagai teduhan kepadanya semasa mengikut pak ciknya Abu Talib berniaga ke Syam ketika kanak-kanak. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

2. Al-Quran adalah ayat politik, dari mula ayat hingga surah terakhir. Perkataan ini menghina Allah dan kitab suci Al Quran kerana politik hanya wujud dalam sistem demokrasi. Maksud politik, maksud berpolitik dan maksud parti politik ialah untuk dapatkan kuasa dan mengekalkan kuasa. Sedangkan ayat suci Allah dalam Quran ialah menerangkan suruhan supaya mengajak manusia kepada Allah dengan mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

3. Perintah Allah solat pada rukun islam kedua dikatakan satu bentuk perbuatan demonstrasi. Perkataan ini menghina perintah Allah kerana maksud solat ialah untuk taat dan patuh suruhan Allah dengan merendahkan diri didepan Allah dengan niat untuk sukakan Allah. Sedangkan perbuatan demonstrasi bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Menyamakan perbuatan buruk berdemonstrasi dengan perbuatan yang baik seperti solat adalah merendahkan serta menghina perintah Allah. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

4. Nik Aziz melawan ayat Allah dengan menyatakan hasrat untuk berkawan dengan musuh manusia yang nyata iaitu Iblis sedangkan Allah melarang keras orang islam jadikan Iblis sebagai teman rapat. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

5. Nik Aziz menghina isteri-isteri Rasulullah iaitu menuduh ummul-mukminin pernah berdemonstrasi terhadap Rasulullah sedangkan ini tidak benar sama sekali. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

6. Nik Aziz pernah pernah menghina Allah dengan mengatakan antara sifat Allah ialah samseng. Nik Aziz mentafsir sifat Allah al-Qahhaar sebagai Allah samseng. Walhal sifat al-Qahhaar ialah sifat Allah yang mana Allah berkuasa memaksa dan menundukkan setiap makhluk yang Allah cipta kerana Allahlah pencipta, pemilik dan pemelihara seluruh alam ini. Seluruh alam ini milik Allah dan Allah berhak buat apa sahaja tanpa terikat pada mana peraturan. Tiada sekutu bagi Allah. Manakala sifat samseng ialah sifat manusia yang suka memaksa orang lain ikut arahannya walhal si samseng tersebut tidak pernah mencipta, memelihara, memiliki orang yang dipaksa itu. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

Sedangkan ulama ialah manusia yang diberi ilmu oleh Allah kerana ketaqwaan dan keimanan yang kuat terhadap Allah swt. Ahli kitab seperti Nik Aziz tahu tentang islam tapi tidak berilmu dan sangat jahil. Walaupun dia tahu tentang islam tetapi dia tidak berilmu. Semua ahli kitab jahil walaupun ada banyak pengetahuan tentang agama. Seseorang yang ada pengetahuan tentang islam belum berilmu. Ilmu kurniaan Allah kepada orang beriman. Sedangkan ahli kitab tidak beriman kepada Allah swt kerana dalam hati mereka sangat cintakan dunia.

Ulama diberi ilmu oleh Allah krn tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah swt. Ulama ialah orang takut Allah seperti yang Allah sebut dlm Quran.

Manakala ahli kitab sangat mencintai dunia dan mereka menggunakan pengetahuan tentang agama yang ada pada mereka untuk putar belit manusia supaya mereka dapat habuan dunia.

Nik Aziz bukan ulama tetapi ahli kitab. Nik Aziz dikutuk dan dicela kerana dia telah menghina Allah, Rasul dan kitab Allah.

Taubatlah Nik Aziz, kembalilah ke pangkal jalan dan janganlah jadi seperti 'Basisah' di zaman bani Israel.

Sumber: KLIK

Wednesday 8 August 2012

RAKYAT KELANTAN TOLAK DAP, NIK AZIZ?


Untuk pengetahan pemimpin PAS ramai sangat ahli PAS tidak suka dengan keputusan PAS berkawan dengan DAP. Kerana DAP ialah kafir yang menentang islam. Mereka pakai topeng suka islam depan pemimpin PAS tapi sebenarnya hati mereka semua seperti Karpal Singh.

Pemimpin PAS jadi bodoh-bodoh belaka tidak kira yang rupa ulama dan rupa seperti Anwar. Mereka jadi bodoh sebab cintakan kuasa dan cintakan Putrajaya melebihi cinta Allah dan Islam. Kerana itu, Allah murka dan Allah biarkan kafir yang jahat DAP perkudakan mereka.

Ahli PAS rata-rata diperbodohkan oleh pemimpin PAS yang bodoh. Semua jadi bodoh seperti lembu dicucuk hidung. Tak nampak agenda DAP mahu hancurkan islam. 

Semua pemimpin PAS menikus ketakutan bila pemimpin DAP marah mereka bercakap tentang penubuhan negara islam. DAP istikamah menentang islam tapi PAS tak dapat nak beristikamah dalam perjuangan menegakkan islam.

Semua ini berlaku pemimpin PAS sudah dihinggapi penyakit yang nabi bilang 'wahan'. Iaitu takutkan mati dan cintakan dunia.

Bertaubatlah ahli PAS jangan kamu ikut pemimpin kamu yang bodoh belaka tu, ikutlah Allah dan Rasul yang pasti kamu akan ketemui jalan yang benar lagi haq!

Tuesday 7 August 2012

APA DAH JADI DENGAN NIK AZIZ NI? NAMPAK MACAM HEBAT ISLAM TAPI...


I am sure there are no licenses being issues in Kelantan to premises, which operate on business of prostitution, but why there are still premises in Kelantan operate on business of prostitutions without license? Dato’ Nik Aziz had also discontinued issuing licenses to premises which operate on business of gambling but I am sure, there are still many premises in Kelantan even without license are operating on businesses of gambling. Dato’ Nik Aziz does not seem to know, on how to prevent evils as shown by our Prophet Muhammad saw? 

Sumber: KLIK

Friday 3 August 2012

HISHAMUDIN TOLONGLAH....

Ini harapan umat islam di Malaysia. Tolong jangan beri muka sangat kepada none-muslim demi menjaga kesucian Islam. Jangan kerana perpaduan, penghinaan boleh dilakukan sesuka hati. Semua tidak boleh menghina mana-mana agama. Dakwah Islam mengajak kepada Allah tanpa memburukkan agama lain.

Rujukan: KLIK

Thursday 2 August 2012

NIK AZIZ DAN SELURUH PAS PERMAINKAN HUKUM HUDUD


Nik Aziz dan seluruh PAS bukan ikhlas kerana Allah mahu jalankan hudud. Sebaliknya jadikan hudud sebagai modal politik mereka. 

Perintah Allah dipermainkan, politik diutamakan. Inilah gambaran dan moto yang layak untuk PAS.

Bila menjelang pilihanraya mereka mula canang mahukan hudud. Lepas habis pilihanraya, buat-buat lupa.

Baru-baru ini, Nasarudin Tantawi menipu atas nama Karpal dimana kononnya Karpal setuju untuk menerima cadangan PAS jalankan hudud. 

Apa ni? Ustaz sanggup menipu guna nama orang lain demi menangkan hujah ketika berdebat dengan UFB. Kerana kesalahan menipu itu, bila Karpal menafikannya, PAS nampak tambah hina dina.

Kenapa nampak hina? kerana bila Karpal mengaum, semua pemimpin PAS yang nampak macam harimau garang nak membaham orang UMNO, jadi menikus dengan pemimpin kafir yang menentang keras agama islam.

Nampaknya PAS hanya berani sesama islam dan sesama melayu sahaja. Tapi bila kena sergah oleh pemimpin kafir, tak berani dan tampak kebaculan.

Apa ni? Bunyi bukan main garang lagi nak hidupkan islam, sanggup bermandikan darah untuk rampas Putrajaya. 

Tapi bila datang keadaan dimana semua orang islam di negara ini mahu lihat bukti dan kebenaran PAS mahu hidupkan islam, ternyata mengecewakan!

Takut macam tikus!

PAS bacul!

Sebenarnya, PAS bukan ikhlas kerana Allah mahu jalankan hudud. Mereka tidak lebih mahu tipu umat islam yang bodoh negara ini supaya beri undi kepada mereka sahaja. Itu sahaja. Kalau mereka ikhlas, dah lama mereka jalankan tanpa beri seribu alasan.

Seperti orang yang yakin dan percaya solat adalah perintah Allah, walaupun dimana jua berada, apa jua keadaan, mereka tetap akan jaga solat walaupun terpaksa menyabung nyawa.

PAS tidak begitu dalam menjalankan hudud. Mereka jelas tidak ikhlas. Bukti tidak ikhlas ialah dari tindak tanduk mereka dalam hal menjalankan hudud ini.

Jangan beri alasan. Beri alasan adalah tanda tidak mahu buat!

Nik Aziz dan seluruh pemimpin PAS akan dilaknat oleh Allah jika mereka tidak bertaubat dari menggadai islam demi dapat keuntungan dunia yang sedikit.

Rujukan: KLIK

Wednesday 1 August 2012

KUASA DI TANGAN ALLAH, BUKAN DI TANGAN RAKYAT


Allah beri kuasa kepada siapa yang Allah kehendaki. Bila ada orang beriman iaitu mencapai tahap iman yang Allah redha, pasti Allah tunaikan janjiNya utk kurniakan kuasa kepada orang beriman. Allah redha pada Nabi Muhammad saw dan sahabat r.hum, mereka dikurniakan kuasa di Madinah setelah para sahabat jadi beriman kesan daripada 13 tahun di Mekah mereka menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak kalimah syahadah pada Rukun Islam Pertama) iaitu cegah mungkar orang bukan islam supaya menerima penyaksian 2 kalimah syahadah (dakwah kalimah syahadah) dan ajak orang islam mentaati perintah-perintah Allah.

An-Nur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Bila tidak ada orang beriman iaitu tidak mencapai tahap iman yang Allah redha kerana meninggalkan tuntutan/amal menunaikan hak Rukun Islam Pertama, Allah biarkan batil berkuasa seperti Allah biarkan Firaun lakukan kekejaman kepada bani Isreal yang merupakan orang islam tetapi engkar pd Allah dan Rasul yang dihantar pd zaman tersebut iaitu Musa a.s dan Harun a.s

Sekarang ini bila umat islam tinggalkan tuntutan Rukun Islam pertama selepas mengucap syahadah walaupun kita masih tunaikan rukun islam kedua hingga kelima, iman kita tidak dapat mencapai tahap iman yang Allah kehendaki kerana Allah menjanjikan iman yang teguh akan diberi oleh Allah kepada orang islam bermula dengan menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak rukun islam pertama).

Bila tidak ada orang islam yg mencapai tahap iman yang Allah kehendaki, maka Allah biarkan batil berkuasa dan berada diatas. Oleh kerana itu, Allah biarkan harini batil bermaharajalela seperti sistem riba, sistem demokrasi, sistem kapitalis, seks bebas, rasuah didokong termasuk oleh orang islam yang belajar agama islam. Ketua yang Allah angkat menjadi ketua orang islam ialah dari yang buruk dan zalim seperti Allah hina bani Isreal kerana engkar perintah Allah dan rasul dengan diangkat Firaun sebagai ketua. Ketua orang islam harini walau rupa islam tapi fasiq kerana hati cinta dunia, kuasa dan harta.

Jadi untuk Allah beri kita ketua yang taqwa, bijaksana, tegas, pemurah dan adil bukan ubah ketua dengan cara sistem demokrasi yang dicipta oleh orang kafir. Tetapi kita ubah amal kita dengan mentaati perintah Allah dan ajak manusia lain samada yang islam dan bukan islam  supaya mentaati perintah Allah iaitu yang bukan islam ajak mereka taat perintah Allah pertama/mula-mula pada mereka iaitu mengaku ‘Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah’ dan yang sudah islam ajak taat perintah Allah bermula dgn tunaikan hak kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji (asas agama iaitu 5 rukun islam) dan perintah-perintah Allah yang lain.

Bila orang islam lakukan semua perintah Allah tersebut, akan lahirlah orang beriman di kalangan kita seperti lahirnya para sahabat walaupun asal mereka dari orang jahiliyah. Harini umat islam sudah lakukan semua perintah Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan perintah Allah yg lain namun masih belum mencapai tahap beriman yang Allah kehendaki tandanya Allah belum lagi tunaikan janjiNya mengangkat dari kalangan orang islam jadi khalifah samada di sesebuah negara atau dunia.

Ini berpunca kerana orang islam tinggalkan satu perintah Allah yang besar iaitu tidak menunaikan tuntutan/hak rukun islam pertama iaitu menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti Nabi Muhammad saw lakukan dan mengabaikan solat. Walhal dua perintah ini besar disisi Allah yang merupakan hak Rukun Islam pertama dan Rukun Islam kedua yang mesti diambil berat menunaikanya.

Luqman
[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Hukumnya fardu kifayah ditunaikan secara berjemaah disetiap kariah masjid dan fardu ain ditunaikan secara sendirian. Sepatutnya setiap kariah masjid mesti hidup seperti masjid Nabawi dizaman Rasulullah saw dimana mesti ada orang islam secara berjemaah lakukan kerja amar makruf nahi mungkar setiap hari dan setiap hari berjemaah menunaikan solat fardhu 5 waktu.

Surah Ali-Imran[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan dengan mengajak kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Allah akan tunaikan janjiNya beri kuasa kepada orang beriman adalah pasti dengan syarat umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw. Allah akan ubah keadaan kita dari buruk kepada baik setelah kita mentaati perintah Allah. Allah akan ubah pemimpin yang buruk kepada yang baik bila kita mentaati perintah Allah. Allah tidak akan tukar pemimpin yang buruk dengan kita langgar perintah Allah iaitu melibatkan diri dalam sistem kafir sebagaimana Allah tidak akan berkati ekonomi orang islam dengan menjalakan sistem riba.

Tidak ada perintah Allah supaya dapatkan kuasa. Yang ada ialah Allah perintah umat islam mentaati perintah Allah sehingga kita dapat redha dan Allah suka kepada kita. Bila kita dapat Allah, dapat Allah redha, dapat Allah suka kepada kita maka Allah akan beri ketua atau pemimpin umat islam yang taqwa, baik, adil, bijaksana, tegas dan pemurah.

An-Nur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Note: PERCAYA KUASA DITANGAN RAKYAT, SYRIRIK!!! ORANG KAFIR MELALUI SISTEM DEMOKRASI MENGAJAR UMAT ISLAM JADI SYIRIK DENGAN ALLAH SELAMA INI. KERANA ITULAH ALLAH MURKA KEPADA UMAT ISLAM, UMAT ISLAM BERPECAH BELAH KESAN DARI SYIRIK DENGAN ALLAH PERCAYA KUASA DITANGAN RAKYAT.

Rujukan: KLIK