Monday 13 May 2013

PENTING!! HAPUSKAN SISTEM VERNAKULAR SEBELUM NEGARA HANCUR



KUALA LUMPUR 12 Mei - Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas.

"Bagi saya, dalam agenda perpaduan yang melibatkan UMNO dan Pas, ia mesti jadi agenda berterusan. Namun, apa yang saya tidak boleh terima, bila ada kenyataan kalau ada usaha untuk menyatukan Pas dan UMNO, muka orang itu akan diludah. Ajaran agama mana ini?

"Saya tahu selepas ini akan ada bermacam tohmahan dan tuduhan tentang kenapa saya memilih pentas bangsa. Salahkah kita bicara tentang bangsa kita? Adakah perjuangan bangsa ini salah di sisi agama?," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sebuah hotel di Menara Mara di sini hari ini.

Wacana yang dikendalikan oleh Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar itu turut menampilkan barisan panel iaitu tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah dan Felo Himpunan Keilmuan Muslim, Wan Ahmad Fayhzal Wan Ahmad Kamal.

Nasharuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan oleh itu hanya UMNO dan Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.

"Kita berbicara soal perpaduan, hari ini mungkin ramai yang lihat dalam akhbar, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir juga datang melawat dan mereka lupa sekejap siapa UMNO dan Pas. Persoalannya, adakah nak tunggu sehingga orang kena potong kaki, masuk hospital atau ranap bangsa baharu kita nak bicara tentang perpaduan sesama kita?," soalnya lagi.

Oleh yang demikian menurut beliau, isu perpaduan Melayu Islam memerlukan tindakan serta kesungguhan semua pihak dengan kepentingan terhadap keperluan UMNO dan Pas berbincang melihat masa depan negara dengan lebih konstruktif.

"Perkara besar seperti ini mungkin tak dapat natijah dalam tempoh singkat tetapi ia perlu dilakukan untuk kesinambungan Islam dan Melayu sebagai teras negara. Dalam hal bangsa, tiada salah untuk kita berbincang dengan syarat berteraskan Islam," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Pas bertindak menyingkirkan mana-mana ahlinya yang bergerak menyatukan parti itu dan UMNO, beliau berkata: "Padang ini luas dan kalau tak boleh bermain di padang ini, kita boleh bermain di stadium lain".

8 comments:

  1. SJK MESTI dihapuskan kalau ingin agenda perpaduan berjaya. Kalau tidak, baik tak usah cakap pasal program perpaduan. Suatu ketika dulu, ada dijalankan Rancangan Integerasi Perpaduan Untuk Murid(RIMUP) di sekolah sekolah. Hasilnya tiada, membazir wang, tenaga dan masa sahaja. Buat tiap tiap tahun pun tak guna. Rimup hanya berlangsaung beberapa jam sahaja, sedang pengasingan sekolah adalah sepanjang tahun. So, kalau nak perpaduan berjaya, TUTUP SEMUA SJK. NOKTAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dgn agenda tsbt.... negeri melayu mengapa ada sekolah cina dan tamil... kadazan dan iban macamana? mereka adalah bumiputra.. mansuhkan semua SJK dan adakan satu sekolah untuk semua..

      Delete
  2. SETUJU BENAR, SJK NI SEBENARNYA MUSUH DALAM SELIMUT. BETAPA KUAT MEREKA PERTAHAN SJK.
    MELAYU KINI KURANG BERSATU, SUARA LEMAH, MAKA KAUM CINA NAIK ERANI. MEREKA TAHU KIA BERPECAH, SEBAB ITU MEREKA AMABIL KESEMPATAN.
    MELAYU MESTI BERSATU DENGAN SEGERA, MAKIN LAMBAT BURUK PADAHNYA.
    LEBIH BANYAK SEMINAR DAN DISKUSI DIADAKAN UNTUK KEPENTINGAN PERPADUAN E
    AYU.
    ANAK MUDA MELAYU BANYAK YANG LEKA, MEREKA TAK SEDAR BAHAYA PERKAUMAN YANG MENDATANG.
    MELAYU MESTI BERSATU, SUNGGUHPUN DR ASRI KATA RASIS ITU HARAM.
    MELAYU TAK RASIS, TETAPI MELAYU BERHATI HATI MEMILIH KAWAN.
    KITA PUN DI UNJUR OLIH ISLAM KALAU NAK BERPASANGAN PILIH LAH YAN BERAHLAK MULIA.
    KALAU CINA TIKAM BELAKANG ITUKAH AKHLAK MULIA DARI SUDUT PANDANG DR ASRI ?

    ReplyDelete
  3. Sya cukup suka sgt2 dgn cara Ustaz Nasha. Itu yg dimahukn oleh sebhg penyokong UMNO dan PAS yg sedar bhw perpaduan itu penting. Perbezaan cara perjuangan boleh dibincangkn dan diselesaikn dlm muzakarah. Jgn terlalu sombong dan bongkak utk menolak apa shj yg dikatakn perpaduan. Pd sya, kalau kita menolak agenda perpaduan ini, tiada siapa yg untung pn. Kedua2 parti akan rugi. Kalau dilihat pd senario skrg ini, UMNO boleh bergerak sendiri tanpa bantuan PAS. Peningkatan kpd undi UMNO, penurunan kpd undi PAS secara amnya. Bnyk kerusi2 PAS yg menang dikws2 selangor turut disumbang oleh pengundi cina yg hampir 100% pilih PR. Kalau nk kata melayu shj....sya rasa tidak. Jgn igt bila sebhg org UMNO dan PAS berusaha ke arah perpaduan, maka sebhg pemimpin atasan PAS beranggapan UMNO melutut kt PAS minta undi. Dgn ada perpaduan UMNO/PAS, bnyk kerjasama boleh dilakukn tanpa lagi melibatkn permusuhan. Bnyk agenda bersama boleh direalisasikn terutama agenda islam, bilamana kekuatan UMNO+PAS melebihi 2/3 kerusi parlimen. Bnyk perkara boleh diusahakan diperingkat negara. Kalau dgn perjuangan PAS bersama PR skrg ni, sya hanya nmpk jalan mati kpd matlamat perjuangan PAS. DAP dan PKR begitu rapat. Dan kedua2nya tidak begitu gemar perkara berkaitan agenda islam. Cuma utk menyedapkn PAS, skrg ni diselangor PAS diberi bnyk kebebasan spenuhnya utk gunakn masjid sbg tempat menyemai kebencian terhdp kerajaan/UMNO. Sya benar2 sedih dgn keadaan ini. Smpi bila kita sekadar kutuk mengutuk sesama sendiri, tanpa mencari agenda utk perdamaian. Mmg UMNO ada salah silapnya. Salah ka kalau UMNO hendak berubah? Semua org PAS tu malaikat ka? Tolong la....usahakn agenda ini dgn sungguh2. Cina begitu takut UMNO dan PAS bersatu. Melayu berpecah yg LKS suka sgt. Melayu bersatu yg LKS paling benci.

    ReplyDelete
  4. Kite campak ke tepi puok totok PAS yg x mahu penyatuan...dulu si nik ajis tak habis2 dakwa umno tolak isle, utamakan fahaman kebangsaan....bodoh punya org tua...konsep nasionalis pun x faham, kalu sosialis dia sokong abis....aku sokong perpaduan..sampai bila umno pas nak bermusuh..DAP dah bukak langkah, kite masih bersimpuh lagiiii...

    ReplyDelete
  5. Ramai sahaja dalam PAS yang sokong dan bersetuju dalam agenda perpaduan. Cumanya segilintir dari pemimpin PAS bilamana kuasa dan kekayaan yang dikejar itu pada depan mata, terus kabur dan buta hati untuk terima. Apa yang sedih bagi saya adalah golongan muda, terperanguh secara melampau mengenai arus politik yang berbaur hasutan dan kebencian. Sedikit kesalahan digembar gembur menjadi nanah dan barah yang sukar untuk di ubati. Ketaksuban melampau ini boleh di lihat secara mudah di mana segala kebaikkan dan faedah yang pernah/sedang diberi di pandang enteng oleh mereka dan percaya bahawa kepimpinan yang mereka puja sahajalah yang menjadi solusi terbaik.
    Cacamerba dan keburukkan oleh pihak mereka seolah-olah dianggap hanyalah bagaikan penyakit ruam dan kudis yang mana-mana mereka paham hanyalah bersifat sementara dan hal kecil. Pihak kerajaan melalui ahli politik dari pemerintah serta agensi-agensi berkaitan dibawahnya juga gagal untuk menangkis seribu macam fitnah serta persepsi buruk yang sering digembar gemburkan mereka, memburukkan lagi ianya mengiyakan cerita-cerita tersebut.

    ReplyDelete
  6. Apa cina mau dah ramai orang dapat agak...APA PAS MAHU???...Ini yang melayu PAS kena jawab pada diri sendiri...Melayu Islam negeri Kedah Perlis NS Terangganu Perak dulu sokong PAS sekarang dah beralih semula ke Barisan Nasional..mereka rasional berfikir dan bertindak sepanjang 5 tahun yang lalu...kecuali Melayu Kelantan@MELAYU BUDU...Akui lah PAS dalam Pakaran Rakyat cuma No 3 selepas PKR dan DAP..Apa yang PAS mahu dalam PR.. Kalimah Allah dilacurkan,Penzina dan Peliwat diangkat jadi pemimpin,bila kroni berzina lagi banyak tayang lagi banyak pahala...dosa zina nak campak kemana, bila kroni sokong murtad PAS sokong, hudud boleh dah tutup buku.. Nak kata jadi kuasa pengimbang dalam PR atau nak tubuh negara Islam sekali LGE, Anwar dan Karpal Sing jerit senyap jadi SETAN BISU...Nak jadi kuasa pengimbang jauh skali.. hasil ajaran tok guru paling haprak malah ulama pondok pun tak sokong tok guru...MELAYU BUDU layak kerja di sektor swasta syarikat cina bukan sektor kerajaan..Ketua jabatan harap pantau melayubudu dan melayu PAS...Pada APA LAGI PAS MAHU???

    ReplyDelete
  7. Satu dunia tak buat sekolah vernakular, apasal kita baik sgt?
    Pembangkang selalu kata negara lain lagi bagus, tapi bila kita nak ikut negara lain yg tak layan sekolah vernakular dia tak mau pulak!! Hipokrit!!!!

    ReplyDelete