Monday, 30 April 2012
BLOGGER GAP TOLONG SAHKAN: HARAKAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA TERANG-TERANGAN CUBA SPIN GAMBAR PUKUL POLIS
Betapa busuk hati semua ahli pas dari atas sampai ke bawah. Dari Nik Aziz menipu, Hadi menipu, Nasarudin Tantawi, editor Harakah, ahli PAS semua kaki menipu. Amarah aku naik mendadak bila lihat penipuan ini dibuat oleh orang--orang dalam parti yang konon mahu perjuangkan islam.
GAP, aku nampak semalam gambar size besar kat blog kau budak belah kiri yang dalam gambar kat atas tengah terajang polis. Alih-alih aku tengok kat Harakah online editor nya tuduh itu adalah polis,
Ya Allah, betapa aku mahukan kebatilan PAS ini hancur serta merta kerana terlalu banyak kerosakan dalam agama suciMu berlaku dek perbuatan pemimpin dan ahli PAS.
GAMBAR TERBAIK BERSIH 3.0 DI HARAKAH-GAMBAR POLIS KENA BALUN BUKAN GAMBAR TERBAIK?
KLIK
Gambar terbaik Bersih 3.0 di Harakah. Gambar dan video polis kena pukul sepak terajang walaupun seorang anggota polis wanita tak harakah letak pula. Telus sungguh akhbar setaraf wahyu ni.
Sunday, 29 April 2012
REAKSI PEMIMPIN BERSIH 3.0 DAN PEMBANGKANG
Nik Aziz- Tahniah kepada pendemo Bersih 3.0 dan mengakui beri duit sendiri kepada pendemo yang tinggal di kawasannya untuk tambang bas dan hotel
Hadi - Bersyukur Bersih 3.0 berjaya dan akan anjurkan yang lebih besar lagi sekiranya tuntutan Bersih 3.0 tidak didengar oleh kerajaan.
LGE - Semua berlaku kerana salah polis.
Ambiga - Salahkan unit Amal PAS rempuh polis.
Pembaca nilaikanlah dengar fikiran yang rasional sikap pemimpin dalam pembangkang dan NGO pro pembangkang. Nik Aziz tanpa rasa bersalah dengan apa yang berlaku di ibu negara semalam. Hadi juga tidak rasa bersalah malahan beri ancaman akan anjurkan yang lebih besar yang pasti akan berakhir dengan rusuhan yang lebih dasyat dari semalam. LGE memang patut dibuang negara. Ambiga yang salahkan pendemo tanpa rasa sikit pun bersalah kerana anjurkan Bersih 3.0 juga patut dibuang negara kerana kalau ia tidak dianjurkan tidak akan berlaku sejarah hitam negara Malaysia 28 April 2012.
PANAS: NIK AZIZ DIKESAN TIDAK FAHAM AGAMA WAJIBKAN BERSIH 3.0
Kritikan dari Prof Dr Nasoha kepada Nik Aziz yang mewajibkan Bersih 3.0
Lihatlah video hasil fatwa Nik Aziz Yang Tidak Faham Agama
Lihat ulasan sahabat blogger dari Generasi Pejuang bangsa KLIK
Saturday, 28 April 2012
BUKTI BERSIH 3.0 MENYUSAHKAN WARGA KL KHUSUSNYA
2. Polis terpaksa buat rondaan hinggakan terpaksa guna helikopter dan aku tengok heli 2-3 biji duk pusing-pusing bandaraya KL termasuklah kawasan gombak kerana gombak merupakan gateway utama pantai timur.
3. Kos minyak heli bukan main banyak lagi kerana terpaksa ronda puluhan kali untuk pastikan keselamatan negara terpelihara.
4. Warga kl dpt azab seksa jalan raya jem teruk kerana kesan orang melayu yang taksub dalam pas dan pkr setelah mendapat fatwa join Bersih wajib oleh nik aziz.
5. Pihak kerajaan terpaksa tanggung belanja untuk pastikan kawalan 24jam oleh pihak berkuasa ditahap yg maximum semata-mata memelihara keamanan negara ini.
Friday, 27 April 2012
KATAKAN TIDAK WAJIB KEPADA FATWA NIK AZIZ
MASKOT BERSIH 3.0
KERANA APA? INI AKIBATNYA.....SAKSIKAN
ITULAH KESUDAHANNYA DEMO JALANAN, TIDAK AKAN KESUDAHAN BAIK KERANA PERBUATANAN INI TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH NABI MUHAMMAD SAW DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN.
KEBENARAN YANG DITUNTUT DALAM BERSIH TIDAK SAMA DENGAN KEBENARAN YANG ALLAH TERANGKAN DALAM QURAN.
DALAM QURAN KEBENARAN IALAH KALIMAH LAILAHAILALLAH DAN MANUSIA DIAJAK KEPADA KALIMAH BENAR INI SEPERTI SELURUH NABI DAN RASUL LAKUKAN.
ADAKAH NIK AZIZ DAN HADI AWANG SEMUA AHLI PAS AJAK SEMUA YANG KAFIR DALAM PR KEPADA KALIMAH BENAR INI?
Hadis [ Rasulullah saw bersabda; kami nabi-nabi diberi kalimah Laihailallah dan kepada kalimah ini kami ajak manusia kepada Allah }
TIBAI ADA 9 NYAWA? BIAR BETUL...ISH
MENJELANG perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu ini, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama yang mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.
Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari ‘blog xpressminda’ ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karakter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan, bermatlamat menarik perhatian dan simpati khalayak ramai.
Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi dan haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks dan kepuasan politik sendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU-13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.
Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing itu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh spesis kucing kurap, maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
- Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.
- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini, boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar Ibrahim.
- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang-orang Dr. Mahathir.
- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
- Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya.
Kebiasaannya orang yg menghidap HIV positif, selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.
- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV positif mahupun AIDS dan kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.
- Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV positif dan juga AIDS ternyata tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.
- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mewar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.
- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.
- Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah. Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.
- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang
- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yg disorong oleh pembantu ataupun isterinya.
- Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong Bung Anwar.
- Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
- Nyawa anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.
- Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yg bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja, Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yang complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
- Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar Ibrahim yang secara halusinasi tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
- Ketika itu, Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
- Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6, maka Anwar sanggup mengharungi kegelapan malam daripada Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di Kuala Lumpur.
- Namun, takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.
7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.
- Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
- Namun, di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar, namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor dari USA, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
- Pun demikian, tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
- Bertiuplah angin-angin sepoi-sepoi bahasa yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘insiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
- Walaupun logiknya patut Wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabie melangkaui batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.
- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.
- Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
- Demo haram Bershit 2.0 yang sepatutnya diadakan di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
- Di khabarkan, Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.
- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby, setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dengan ucapan Innalillah.
Huh.. ucapan pun ada pending dan floating macam forex. :)
9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT, hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun, fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yang memiliki 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yang mampu menyakinkan khalayak umum bahawa tahi kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yang menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dengan slambernya menjamah tahi kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut untuk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yang dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yang terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila?
Allah SWT melihat apa yang kita buat dan apa yang kita ucapkan walaupun dengan niat yang pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yang pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an boleh berfikir sejenak untuk menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran untuk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar Ibrahim.
Sumber: KLIK
Thursday, 26 April 2012
Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
Monday, 23 April 2012
Sunday, 22 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Friday, 20 April 2012
KENAPA KEBAL SANGAT MAHASISWA HINGGA PIHAK BERKUASA MASIH BOLEH BENARKAN MEREKA BERKHEMAH DISITU???
Aku naik hairan kenapa mahasiswa kebal sangat sampai seolah-olah 'untouchable' oleh undang-undang yang ada?
Dah masuk hari ke-5 kalau rujuk gambar di atas mereka buat macam rumah dan kampung dorang kat Dataran Merdeka ni?
Kalau mereka 'untouchable' oleh undang-undang yang ada ini akan jadi masalah besar kepada negara kalau ramai lagi yang terpengaruh dengan sikap kurang ajar keras kepala degil tak bertempat ni.
Takkan pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa atau takut untuk ambil tindakan tegas kerana takut hilang undi?
Aku tak setuju. Contohilah ketegasan Tun M dalam ambil tindakan kepada yang buat salah.
PANAH! KOMEN PEMBACA DI BLOG DIN-TURTLE
Para pembaca2 sekelian, isu YB2 yg 'menyimpan' perempuan adalah perkara biasa. Saya salah seorang rakyat Sabah dan perkara2 spt ini sebenarnya sudah lama berlaku. Yg menjadi sempadan ialah kebanyakan YB2 Sabah yg saya kenal adalah bukan beragama Islam menyebabkan isu2 spt ini dianggap tidak menyalahi dari segi taksiran ektika mereka walau pada hakikatnya jelas bertentangan dari segi moral yg baik. Untuk pengetahuan anda semua, kawasan Pantai Timur Sabah memang terkenal dengan budaya berkahwin lebih dari satu. Majoriti penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada suku kaum Bajau dan Bugis dan amalan memiliki isteri lebih dari satu seolah-olah melambangkan 'status' mereka. Contoh terbaik spt Bung Mokhtar dan yg lain2 masih dapat melaksanakan konsep 'damage control' dengan baik.
Tentang aspek serangan politik, sebenarnya keluarga 'Aman' mungkin lebih tragis lagi. Bapa kepada Musa dan Anifah merupkan berbangsa pakistan dengan rekod 9 org isteri (kahwin-cerai, mcm Syiah). Anifah jugaklah penyebab team bola Sabah (Badak) terjun dalam penentuan perlawanan (rasuah). Semua rakyat Sabah tahu tentang perkara ini. Tak payah berselindung di kedutaan Turki!
Saya bukan pembangkang tapi bukan juga penyokong membabi-buta-tuli kerajaan. Lihat kes Osu, Salleh dan lain-lain YB UMNO Sabah...
Lihat kes IOI dan AOKAM (Anwar, balak dan Sykt Projass)
Bandingkan pula kes NFC dengan PTPTN (sudahkah Salleh bayar pinjaman tersebut?)
Kesimpulannya, hampir kesemua pemimpin2 di Malaysia hanya tahu merompak rakyat dan tanggungjawab kita sebagai rakyat janganlah terlalu memberi muka kepada sesiapa pun pemimpin yg menjadi idola kita. Anda semua boleh contohi bro Dinturtle kita, salah tetap salah, semua penjuru dia tembak! KLIK
Tentang aspek serangan politik, sebenarnya keluarga 'Aman' mungkin lebih tragis lagi. Bapa kepada Musa dan Anifah merupkan berbangsa pakistan dengan rekod 9 org isteri (kahwin-cerai, mcm Syiah). Anifah jugaklah penyebab team bola Sabah (Badak) terjun dalam penentuan perlawanan (rasuah). Semua rakyat Sabah tahu tentang perkara ini. Tak payah berselindung di kedutaan Turki!
Saya bukan pembangkang tapi bukan juga penyokong membabi-buta-tuli kerajaan. Lihat kes Osu, Salleh dan lain-lain YB UMNO Sabah...
Lihat kes IOI dan AOKAM (Anwar, balak dan Sykt Projass)
Bandingkan pula kes NFC dengan PTPTN (sudahkah Salleh bayar pinjaman tersebut?)
Kesimpulannya, hampir kesemua pemimpin2 di Malaysia hanya tahu merompak rakyat dan tanggungjawab kita sebagai rakyat janganlah terlalu memberi muka kepada sesiapa pun pemimpin yg menjadi idola kita. Anda semua boleh contohi bro Dinturtle kita, salah tetap salah, semua penjuru dia tembak! KLIK
Thursday, 19 April 2012
KELAH MB GANUNG...
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.
“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian sehingga tamat.“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit.“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.
“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian sehingga tamat.“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit.“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.
MANSUHKAN YURAN PASTI SEBELUM DESAK KERAJAAN MANSUH PTPTN
Email Pembaca:
1. kalau yuran mahal, hasil macam aulad takpe la jugak.
2. anak murid diajar dgn silibus yg tak sesuai dgn umur disebabkan guru2 PASTI yg tak terlatih (tak melalui proses kajian & penentuan silibus secara berpusat)
3. kualiti makanan di sekolah PASTI jauh lebih teruk drpd KEMAS
4. yuran mahal2 sudahnya masuk ke poket mursyidul am, presiden & lebai-lebai dungu yg seumpama dengannya
5. menghantar anak ke PASTI ibarat berbelanja LEBIH untuk kualiti pendidikan yg LEBIH BURUK
6. secara tak sedar, ahlol2 PAS yg kononnya hidup tertekan disebabkan sara hidup yg meningkat sebenarnya merelakan diri diperbodohkan kerana terpaksa berbelanja lebih utk yuran PASTI
7. UMNO yg takde kena mengena dgn PASTI jugaklah yg akhirnya dipersalahkan kononnya kejam, makan duit rakyat dsb
di samping bercerita pasal PTPTN, sapa2 yg rajin ke markas PAS bolehlah tlg sampaikan mesej di atas.
itu pun kalau tak takut kena pecat mcm hasan ali ataupun yg tak pernah berbaiah gugur talak 3.
p/s: terbukti PAS tak lebih daripada sekadar parti politik haram jadah
Wednesday, 18 April 2012
HISHAM TOLONG BERTINDAK TEGAS, JANGAN DUK WARNING2 JE..AMBIL TINDAKAN
Kalau tak silap aku akta baru yang menggantikan ISA ada menyebut mana-mana usaha seperti membenci Yang Di-Pertuan Agong samada secara individu atau berkumpulan boleh dikenakan tindakan.
So jangan tunggu lama-lama untuk ambil tindakan wahai Hisham.
Tuesday, 17 April 2012
KANTOI: JUAL AGAMA KERANA KUASA POLITIK
Semakin PRU13 hampir, PAS start kerja tipu orang melayu yang cetek agama tapi mahukan agama. Tengok kat kain rentang yang dinaikkan di kawasan Gombak tertulis ayat Quran "Innaddii Naindallahilislam" -Sesugguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam.
Mana-mana orang yang cetek agama akan terpersona dengan sepotong ayat quran tu walhal PAS gunakan ayat quran hanyalah untuk tarik undi supaya membantu mereka bersama DAP yang bencikan islam menawan PutraJaya.
PAS konon bila PR menawan Malaysia, mereka akan kerah DAP ikut mereka dan supaya DAP ikut cakap mereka untuk tegakkan hukum-hukum islam.
Sebenarnya semua tu tak benar sama sekali dan hanyalah angan-angan yang takkan jadi kenyataan.
Percayalah wahai umat islam jangalah tertipu dengan orang yang telah jual agama untuk dapat habuan dunia pangkat kuasa harta dunia.
Meraka hanya mahu pangkat kuasa harta dunia sebagaimana semua ahli politik mahukan.
Mereka tidak mengajak kamu wahai umat islam kepada Allah dan Rasul tetapi ajak kepada bertuhankan kepada mereka secara halus yang kamu tidak sedar. Mereka telah ubah agama islam ikut nafsu selera mereka semata mata supaya kena dengan perjuangan kotor mereka untuk berkuasa.
Monday, 16 April 2012
AHLI PAS DAKWA ANWAR KENA IKUT ARAHAN TUN SUPAYA LULUSKAN PTPTN
Harap blogger RBF jawab dakwaan ahli PAS bahawa anwar terpaksa ikut arahan Tun M untuk luluskan PTPTN tahun 1997.
Sunday, 15 April 2012
Friday, 13 April 2012
Thursday, 12 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)