KUALA TERENGGANU 24 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini
menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan
bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.
Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya
akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.
Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk
mentadbir negara ini pada masa akan datang.
Beliau mengakui cubaan ke arah itu timbul kerana dalam Perlembagaan tidak
menyatakan jawatan Perdana Menteri hanya khusus kepada pemimpin Melayu.
“Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam
menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya
mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).
“Biarlah dia (Karpal Singh) dengan impiannya (mahu orang bukan Melayu jadi
Perdana Menteri). Saya bukan menentangnya (Karpal) tapi saya tidak bersetuju
dengan Perlembagaan yang ada.
“Ini kerana, dalam Perlembagaan negara, ia tidak sebut hanya orang Melayu
boleh jadi Perdana Menteri. Di sinilah yang menjadi masalahnya dan saya memang
tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Harun diminta mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau
akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan
Perdana Menteri.
Karpal berkata, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri,
beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang
jawatan itu disandang calon bukan Melayu.
Harun seterusnya berpendapat, impian Karpal untuk melihat calon bukan Melayu
menjadi Perdana Menteri kelak tidak akan tercapai kerana beliau yakin orang
Melayu tidak akan dapat menerima seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan
Melayu atau bukan Islam.
“Impian beliau (Karpal) mungkin tercapai jikalau orang-orang Melayu mengundi
beliau atau calon-calon lain yang bukan Melayu. Namun saya yakin orang Melayu
tak akan undi mereka," ujarnya.
Ditanya pula mengenai percanggahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
berhubung isu muzakarah, Harun berkata, apa sahaja yang boleh membawa kebaikan
kepada umat Islam, beliau akan sokong.
“Saya serah kepada keputusan kepimpinan parti (Pas) sama ada muzakarah
diteruskan atau sebaliknya, saya sokong apa saja keputusan parti,"
ujarnya.
************************
“Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam
menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya
mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).
“Biarlah dia (Karpal Singh) dengan impiannya (mahu orang bukan Melayu jadi
Perdana Menteri). Saya bukan menentangnya (Karpal) tapi saya tidak bersetuju
dengan Perlembagaan yang ada.
Nampak gayanya Harun Taib main politik agar tidak nampak konon dia membantah Karpal walhal kenyataan akhbar dia jelas tunjuk dia menentang dan tidak bersetuju dengan Karpal. Nampak sangat nak bercakap benar orang agama dalam PAS pun takut-takut.
Sepatutnya ulama kena berani bercakap benar walaupun manusia tidak suka asalkan menyukakan Allah (inilah sifat ulama haq dan bukan ulama politik yang cakap kluk klek), belum lagi nak berkata perkara yang benar-benar haq iaitu ajak Karpal masuk islam, sepatutnya Harun bukan sahaja berani berkata benar bahawa PM Malaysia mesti yang beragama islam, bahkan Harun sepatutnya berani ajak Karpal mengaku 'Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah" seperti Allah dan Rasul suruh umat islam lakukan.