Saturday, 20 April 2013

PRU3 Vs PRU13


Masih ingat PRU-3 berlaku pergaduhan antara kaum?
Adakah PRU-13 akan berlaku pergaduhan antara dua saudara?

Satu pihak mau sangat merasa berkuasa.
Satu pihak mau sangat terus berkuasa.

Satu kisah zaman nabi isa a.s.....

3 pemuda bermusafir bersama nabi isa a.s dan ditengah jalan ditakdirkan Allah mereka jumpa seketul emas yang besar. Nabi Allah isa a.s melarang mereka mengambilnya tapi mereka bertiga berdegil mahu juga mengambilnya. Kerana itu nabi isa meneruskan perjalanan tanpa mereka...
Mereka bertiga mahukan emas yang besar itu menjadi milik masing2. Kerana itu masing2 membuat helah utk mendapatkannya.

Ditakdirkan Allah mereka lapar dan seorang daripada mereka pergi mencari makanan. 2 pemuda yang tinggal membuat perbincangan utk membahagi 2 hasil jualan emas itu dan buat komplot mahu bunuh pemuda yang pergi mendapatkan makanan utk mereka bertiga.

Setibanya pemuda yang mencari makanan di tempat emas yang ditemui, 2 pemuda yang tinggal disitu membunuhnya. Matilah pemuda yang membawa makanan tersebut.

Makanlah makanan yang dibawanya oleh 2 pemuda yang tinggal krn mereka sgt kelaparan.

Namun hajat mereka utk membahagi dua hasil jualan emas itu juga tidak kesampaian krn makanan yang dibawa itu telah diletak racun. Ini kerana pemuda yg mencari makanan td mahu membolot emas itu utk dirinya sahaja.

Matilah ketiga tiga pemuda itu lantaran berebutkan habuan dunia. Kalaulah mereka mengambil nasihat nabi isa a.s tentulah mereka selamat.

Setelah nabi isa a.s selesai urusannya, baginda a.s melalui tempat kejadian itu dan lihatlah beliau ketiga tiga pemuda tersebut mati bergelimpangan.

Moral: kuasa, harta dunia adalah milik Allah dan Allah jualah yang akan kurniakan kepada siapa yang dikehendakiNya.


Sural Ali-Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.