Tuesday, 17 January 2012

PRU 14 TAK ADA DAN PRU 13 YANG TERAKHIR KERANA BERAKHIRNYA SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA


Pemerintahan dalam negara dan jajahan islam mengalami revolusi berkadaran mengikut tahap keimanan dan tahap amalan orang islam terhadap ajaran Islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw. Makin bagus ketaqwaan orang islam dan perbuatan orang islam terhadap perintah2 Allah, makin bagus pemimpin yang Allah akan angkat kepada umat islam. Makin buruk dan hilang ketaqwaan orang islam terhadap Allah dan perintah2 Allah, makin buruk pemimpin yang Allah akan angkat untuk memimpin orang islam.

"[55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." An-Nur


[105]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Al-Anbiyaa
 


[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Ya Sin
 

Thursday, 12 January 2012

ALLAH BERKUASA MENURUNKAN KERAJAAN, MENUKAR KERAJAAN & MENAIKKAN KERAJAAN BILA TIBA MASANYA


Allah akan tukar kerajaan mengikut amal rakyat Malaysia yang beragama islam. Lebih baik amal umat islam di negara ni, lebih baik kerajaan yang Allah akan angkat memerintah negara ini. Kekal buruk atau bertambah buruk amal orang islam negara ini, lebih buruk dan kekal buruk lah kerajaan yang Allah akan angkat berkuasa di negara ini.

Kalau rakyat Malaysia nakkan pemimpin yang baik dan kerajaan yang baik, usaha untuk ubah amal umat islam dari amal hantu kepada amal yang baik. Usaha untuk ubah dari syirikkan Allah kepada beriman kepada Allah.

Inilah ketetapan Allah yang tidak akan berubah selamanya sebagaimana dalam Quran.

Bila Allah suka dengan amal umat islam negara ini, pemimpin yang lebih baik dari pemimpin yang ada sekarang samada dalam UMNO(orang islam) dan PAS(orang islam) akan diangkat oleh Allah swt.

Bukan Najib, Muhyidin, Anwar, Azmin, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua bukan orang yang kuat berpolitik tetapi orang yang kuat taqwanya kepada Allah dan mengajak manusia kepada Allah swt seperti sahabat r.hum ajmaen, berlaku adil kepada setiap insan.

sumber inprasi menulis: KLIK

IJTIHAD SEORANG HAKIM

Jawatan bermakna amanah. Sesiapa yang pikul amanah bermakna mentaati perintah Allah dan sesiapa mengkhianati amanah bermakna melanggar perintah Allah. Siapa yang memilih untuk taat perintah Allah akan diberi kebaikan dan kejayaan disisi Allah swt dan sesiapa yang memilih untuk langgar perintah Allah akan ditentukan keburukan dan kegagalan disisi Allah swt.

Manusia bebas membuat pilihan samada mahu taat Allah atau engkari perintah Allah. Allah tidak akan halang orang yang memilih untuk langgar perintah Allah, orang yang memilih untuk berzina tidak akan dihalang oleh Allah malahan sehingga lahirkan zuriat namun dia akan bertanggungjawab untuk terima balasan dari Allah. Orang yang memilih untuk menipu tidak aka dihalang oleh Allah namun dia akan bertanggungjawab terhadap penipuan yang dibuatnya.

Manakala orang yang memilih untuk taat perintah Allah akan dizinkanNya dan atas pilihan yang dibuatnya akan diberi keredhaan Allah kepadanya apabila dia mentaati Allah dgn niat hanya sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah swt semata-mata.

Manusia bebas memilih. Siapa yang pilih untuk taat Allah akan diberi kebaikan dunia dan akhirat. Siapa yang pilih untuk ikut nafsu dan sukakan hati dan belakangkan apa yang Allah suka manusia buat akan diberi api dunia dan api akhirat.


Bidang kehakiman adalah sebuah institusi yang mulia kerana ia diwujudkan bertujuan memberikan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang Negara. Namun menjadi seorang hakim juga terdedah dengan pelbagai risiko seperti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, sedangkan di akhirat pula seorang hakim itu akan diancam dengan bakaran api neraka jika menjatuhkan hukuman tidak sesuai dengan yang apa yang sepatutnya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Sabda Rasulullah saw ini :

“Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api, sehingga ia menuju syurga atau neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan ad Dailami).

“ Barangsiapa diangkat menjadi seorang hakim, maka ia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud ).

Itulah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang Hakim. Di tangannya lah kebenaran adalah benar dan yang salah menjadi salah ATAU sebaliknya yang benar menjadi salah dan yang salah seolah-olah menjadi seperti benar.

Tugas seorang Hakim yang arif itu adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh kerana tugas ini amat berat maka dulu Imam Abu Hanifah pernah menolak jawatan itu yang ditawarkan kepadanya walaupun beliau mempunyai cukup kelayakan bahkan tidak ada seorang pun yang lebih hebat daripadanya dari segi ilmu di waktu itu.

sumber: sangtawal

Wednesday, 11 January 2012

GEMPAR: BANTUAN ALLAH KEPADA SAIFUL, RAKYAT MALAYSIA DOAKAN KEADILAN UNTUK SAIFUL


Buletin Utama: Pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yg melepas dan membebaskan dsai isnin lalu dr tuduhan meliwat

Perkara itu disahkan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan nik suryani megat deraman

"Dengan segala bukti yang ada, saya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan".

Beliau akan bertemu Peguam Negara bagi menyatakan pendirian barisan pendakwaraya beliau dalam kes ini secepat mungkin. Sumber: Parpukari


Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Sumber: sangtawal

GEMPAR: BAPA SAIFUL AKAN BUAT SIDANG MEDIA PUKUL 5 PETANG

sumber: theUnspinner

FAKTA KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR ADA BENDA TAK KENA- AYUH BANGKIT RAKYAT YANG MAHUKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG


Saiful kamu jangan sedih, ini ujian Allah atas kamu. Hak keadilan untuk kamu dinafikan oleh manusia yang tidak takut kepada Allah kerana takutkan manusia mengatasi takut Allah.

Jutaan rakyat Malaysia sedar dan faham dan percaya bahawa keputusan mahkamah 9 Januari 2012 adalah ADA BENDA TAK KENA DENGAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA MALAYSIA.
Yang dicanang bahawa UMNO tidak terlibat dengan konspirasi Liwat 2.0 jauh meleset sebaliknya rakyat makin percaya bahawa ini semua konspirasi bagi menjayakan agenda politik BN yang konon dengan keputusan 3 Minit BUKTI badan kehakiman bebas dari mainan politik BN. Oh tidak, kami jutaan rakyat malaysia tidak percaya itu semua tapi sebaliknya kami percaya ada agenda kotor disebalik itu.

Janganlah bodohkan rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Kami bangkit dan menadah tangan pada pencinta alam semesta memberi keadilan kepada mangsa kezaliman politik kotor di Malaysia.

sumber: GOMO

ANAK EMAS NAJIB

Sumber: KLIK

Tuesday, 10 January 2012

PEMBEBASAN ANWAR TANDA SISTEM KEHAKIMAN BEBAS? OH TIDAK...


Sebenarnya untuk orang yang dapat lihat permainan kotor politik lain pandangan sebenarnya.

Pembebasan Anwar dengan bukti yang didedahkan oleh pihak pendakwaraya di mahkamah jelas menampakkan Anwar terlibat dengan pertuduhan yang dibuat dan bukti yang didedah sangat kukuh bukan setakat DNA dalam dubur namun DNA ketika Anwar dilokap, CCTV dan keterangan saiful yang cukup konsisten.

Dengan bukti yang ada yang begitu kukuh, perjalanan perbicaraan memakan masa 3 tahun lebih dan diakhir perbicaraan Anwar diputuskan bebas dengan alasan yang sangat dangkal yang dibuat oleh hakim yang tidak tahu pasal DNA krn bukan ahli & pakar dalam sains DNA seperti pakar dari HKL dan jabatan Forensik, ini menunjukkan ada tak kena dengan sistem kehakiman negara.

Sepatutnya sebagai seorang hakim yang adil sepatutnya membuat keputusan  berdasarkan bukti yang diperoleh dari ahli sains dan pakar dalam bidang DNA dan kebijaksanaan hujahan terhadap bukti-bukti yang ada yang dikemukakan oleh pendakwaraya. Namun sebaliknya berlaku semalam apabila penemuan pakar DNA dan hujahan pendakwaraya bagaikan tidak dipertimbangkan langsung sebaliknya menolak dengan alasan yang sangat dangkal.

Ijtihad hakim atas bukti yang Allah zahirkan dan bukan atas percaturan politik manusia.

Bila keputusan semalam dibaca, sebenarnya bagi yang melihat begitu dalam dan teliti sebenarnya ada benda tak kena berlaku dalam badan kehakiman negara.

Aku faham dengan keputusan semalam, Najib dan penyokong UMNO gembira kerana berjaya menepis tohmahan pembangkang bahawa kes ini konspirasi UMNO.

Namun jutaan rakyat malaysia percaya ada benda tak kena dengan keputusan semalam. Kepercayan mulai tebal dikalangan rakyat bahawa keputusan dibuat atas dasar percaturan politik Najib. PRU13 yang menjelang tiba, jika Anwar ditangkap dengan kes ini Najib takut kehilangan banyak undi atas pagar yang merupakan undi penentu samada BN atau PR yang akan memerintah negara ini. Najib takut pengundi atas pagar hilang kerana termakan tohmahan PR bahawa Anwar difitnah dan undi simpati pada Anwar meningkat dan kemungkinan besar PR akan dapat tawan Putrajaya.

Jika apa yang rakyat fikirkan ini benar, maka sebenarnya percaturan Najib untuk selamatkan kuasa BN dari jatuh kepada PR adalah sangkaan yang sangat silap. Hal ini kerana jutaan rakyat Malaysia percaya Anwar bersalah dengan begitu yang kukuh menyebelahi Saiful. Rakyat Malaysia yang mahukan keadilan untuk saiful yang jelas nyata bahawa dia tidak bersalah. Kerana apa? kerana bukti yang ada kukuh dan sumpah laknat dibuat oleh saiful sungguh mengerikan kerana jika dia berdusta laknat Allah keatasnya. Laknat Allah kepada yang berdusta atas namaNya tidak akan memakan masa lebih 3 tahun. KLIK

Jika ini benar, maka percaturan  Najib untuk selamatkan BN telah silap. Sangkaan Najib bahawa keputusan ini menandakan sistem kehakiman negara bebas dari kerajaan BN adalah silap. Malahan jutaan rakyat Malaysia percaya sistem kehakiman dipengaruhi oleh percaturan politik kerajaan BN yang takut kehilangan undi jika memutuskan Anwar bersalah. KLIK

Keputusan hakim Zabidin Md Diah melanggari perintah Allah keatasnya yang memikul amanah untuk menghakimi dengan adil berdasarkan bukti dan bukannya kerana arahan orang dek percaturan politik. Bila penghakiman dibuat dalam keadaan melanggar perintah Allah, tunggulah keputusan Allah kepada hakim dan yang mengatur hakim.

Kemurkaan Allah cepat kepada mereka yang menzalimi yang dianiayai dan doa orang yang dizalimi tidak ada hijab disisi Allah swt. Kemurkaan Allah dasyat wahai manusia. Taubatlah wahai manusia, janganlah kamu terpersona dengan dunia yang fana dan penuh dengan fitnah ini. Takutlah kepada Allah dan jangan kerana keseronokan dunia kamu menidakkan hak mereka yang dizalimi.

Sesungguhnya kehidupan yang baik ialah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah swt.

~ pengikut Muhammad saw

BILA HAKIM MELANGGAR PERINTAH ALLAH SWT, TUNGGULAH AZAB ALLAH!

Saudara usin,

Dalam kes liwat 2.0 ni bukan hakim lain yang langgar perintah Allah tapi hakim Zabidin Md Diah yang telah langgar perintah Allah.

Seperti orang yg mahu berzina, Allah izinkan dia berzina tapi rasakan azab Allah atas pilihan yang dia buat. Sama juga hakim Zabidin Md Diah ni, Allah datangkan bukti yang kukuh untuk pertuduhan bahawa anwar bersalah tapi dia ketepikan, dan Allah izinkan dia buat keputusan ikut telunjuk orang tapi dia akan rasakan azab Allah jika tidak bertaubat.

Wassalam...

~ pengikut Muhammad saw

Monday, 9 January 2012

KERAJAAN BN AKAN DIHANCURKAN OLEH ALLAH



Ini  keputusan politik! Najib takut hilang undi krn PRU13 sgt hamper krn bila  Anwar masuk dalam, Najib pikir dia akan hilang undi pengundi atas pagar yg ada simpan simpati pada Anwar! Badan kehakiman sudah tidak percaya lagi krn ada pengaruh politik! 

KERAJAAN BN AKAN DIHANCURKAN OLEH ALLAH KERANA BADAN KEHAKIMAN BUAT KEPUTUSAN YANG SALAH DAN KEPUTUSAN YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH!
BUKTI TERPAMPANG! TAPI NAFIKAN......INI SEMUA MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH SWT.

AKU DOAKAN KEHANCURAN  MEREKA YANG MEMBELAKANGKAN KEADILAN DAN TINGGALKAN KEBENARAN!!!