Thursday, 19 April 2012

KELAH MB GANUNG...


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.

“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.

“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.

Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian sehingga tamat.“Kerajaan  Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit.“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.

Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.

Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

MANSUHKAN YURAN PASTI SEBELUM DESAK KERAJAAN MANSUH PTPTN



Email Pembaca:

komen tambahan...'analisis' tentang sekolah PASTI:

1.    kalau yuran mahal, hasil macam aulad takpe la jugak.
2.    anak murid diajar dgn silibus yg tak sesuai dgn umur disebabkan guru2 PASTI yg tak terlatih (tak melalui proses kajian & penentuan silibus secara berpusat)
3.    kualiti makanan di sekolah PASTI jauh lebih teruk drpd KEMAS
4.    yuran mahal2 sudahnya masuk ke poket mursyidul am, presiden & lebai-lebai dungu yg seumpama dengannya
5.    menghantar anak ke PASTI ibarat berbelanja LEBIH untuk kualiti pendidikan yg LEBIH BURUK
6.    secara tak sedar, ahlol2 PAS yg kononnya hidup tertekan disebabkan sara hidup yg meningkat sebenarnya merelakan diri diperbodohkan kerana terpaksa berbelanja lebih utk yuran PASTI
7.    UMNO yg takde kena mengena dgn PASTI jugaklah yg akhirnya dipersalahkan kononnya kejam, makan duit rakyat dsb
di samping bercerita pasal PTPTN, sapa2 yg rajin ke markas PAS bolehlah tlg sampaikan mesej di atas.

itu pun kalau tak takut kena pecat mcm hasan ali ataupun yg tak pernah berbaiah gugur talak 3.

p/s: terbukti PAS tak lebih daripada sekadar parti politik haram jadah
 

Wednesday, 18 April 2012

DEMO MANSUH PTPTN: HARAP SEMUA DALAM GAMBAR NI MASUK KE UNISEL SEGERA


HISHAM TOLONG BERTINDAK TEGAS, JANGAN DUK WARNING2 JE..AMBIL TINDAKAN


Kalau tak silap aku akta baru yang menggantikan ISA ada menyebut mana-mana usaha seperti membenci Yang Di-Pertuan Agong samada secara individu atau berkumpulan boleh dikenakan tindakan.

So jangan tunggu lama-lama untuk ambil tindakan wahai Hisham.

Tuesday, 17 April 2012

KANTOI: JUAL AGAMA KERANA KUASA POLITIK



Semakin PRU13 hampir, PAS start kerja tipu orang melayu yang cetek agama tapi mahukan agama. Tengok kat kain rentang yang dinaikkan di kawasan Gombak tertulis ayat Quran "Innaddii Naindallahilislam" -Sesugguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam.

Mana-mana orang yang cetek agama akan terpersona dengan sepotong ayat quran tu walhal PAS gunakan ayat quran hanyalah untuk tarik undi supaya membantu mereka bersama DAP yang bencikan islam menawan PutraJaya.

PAS konon bila PR menawan Malaysia, mereka akan kerah DAP ikut mereka dan supaya DAP ikut cakap mereka untuk tegakkan hukum-hukum islam.

Sebenarnya semua tu tak benar sama sekali dan hanyalah angan-angan yang takkan jadi kenyataan.

Percayalah wahai umat islam jangalah tertipu dengan orang yang telah jual agama untuk dapat habuan dunia pangkat kuasa harta dunia. 

Meraka hanya mahu pangkat kuasa harta dunia sebagaimana semua ahli politik mahukan.

Mereka tidak mengajak kamu wahai umat islam kepada Allah dan Rasul tetapi ajak kepada bertuhankan kepada mereka secara halus yang kamu tidak sedar. Mereka telah ubah agama islam ikut nafsu selera mereka semata mata supaya kena dengan perjuangan kotor mereka untuk berkuasa.

Thursday, 29 March 2012

FIKIRKAN: DEMI SELAMATKAN ISLAM, MELAYU, RAJA-RAJA DAN TANAH AIR TUMPAH DARAH


Perpecahan kaum melayu di negara ini makin meruncing. Kedudukan melayu tergugat bermakna tergugatnya islam di negara ini kerana majoriti penganut agama islam di negara ini ialah melayu. Melayu berpecah bermakna undi melayu berpecah dalam mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan bagi memerintah negara ini. Melayu yang menyokong BN dan yang menyokong PR dianggarkan 50% - 50%. Jadi undi penentu bukan pada kaum melayu tetapi India dan Cina. Namun majoriti India jauh kecil berbanding Cina. Ini membuatkan undi Cina menjadi penentu samada BN atau PR yang memerintah negara ini. 

Jika melihat keadaan PRK terdahulu, undi Cina menunjukkan peningkatan kepada PR. Disini ramalan mudah boleh dilihat bahawa PRU13 kemungkinan besar pengekalan kuasa melayu di negara ini terancam jika terus bergantung kepada sistem demokrasi. PR yang kita semua maklum didominasi oleh DAP akan memastikan ini berlaku dalam PRU13 ini. Ketua PKR, Anwar dan ketua PAS, Hadi hanyalah 'kuda tunggangan' untuk DAP mencapai matlamat mereka memerintah negara ini kerana kerusi DAP dalam PR jauh lebih besar apatah lagi pemilih di Sabah Serawak turut beralih kepada DAP atas sentimen agama dimainkan sepertimana pilihanraya di negeri Serawak tahun lepas. Jika PR memerintah negara ini nanti sudah pastilah melayu akan jadi etnik kecil bila DAP pecahkan melayu mengikut dialek masing-masing seperti jawa, banjar, minang, trg, kelantan, kedah, boyan. Dan islam tidak lagi jadi agama rasmi negara ini dan hak melayu sudah pastilah hilang dan begitu juga dengan kuasa raja-raja.

Apa saja boleh berlaku sepertimana di Libya, Itali, Syria, dlln. 

Andai raja dan pembesar melayu faham situasi yang akan berlaku jika analisis diatas benar-benar berlaku dalam PRU13 nanti, sudah tentulah pergantungan kepada sistem demokrasi adalah satu tindakan tidak bijak sama sekali demi kepentingan islam, melayu, raja dan tanah air.

Desas desus ada menjangkakan bahawa sistem demokrasi berakhir selepas pembubaran parlimen nanti. PRU13 tidak akan diadakan apabila situasi diatas diambil kira kerana padahnya mungkin lebih teruk dan tragis dari 13 Mei dulu kerana melayu tidak sanggup hilang kuasa kepada cina DAP.

Jika ini berlaku, siapakah akan menentukan pemilihan ketua dari kalangan melayu yang diberi mandat untuk pembentukan kabinet baru? majlis raja-raja? wallah waklam....



Wednesday, 28 March 2012

GEMPAR: LEPAS BUBAR PARLIMEN TIDAK AKAN ADA PRU?


"TUHAN DAH LUMPUH"

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

SEBENARNYA NI LAH BALA DARI TUHAN SEBENAR ALLAH RABBUL ALAMIN KEPADA MANUSIA MENGAKU TUHAN SEPERTI NAMRUD DAN FIRAUN. 

Sunday, 25 March 2012

NEGERI SELANGOR SAMPAH BERTIMBUN


Apa yang ditulis oleh blogger Azmi Awang Kelana Jaya juga berlaku di gombak. KLIK

Sebelum ni sampah di taman perumahan saya di Gombak di pungut 3 kali seminggu tetapi sekarang sekali seminggu. Naik letih dah mata tengok sampah dalam tong depan rumah yang bertimbun.

Inilah bala dapat kerajaan negeri yang hanya pandai kririk tapi buat kerja tak pandai,

Bala besar lagi kalau Anwar jadi PM Malaysia. Manusia terkutuk yang bela manusia terkutuk, Salman Rushdie laknatullah,