Saturday, 5 May 2012

HOT: SENARAI THE MOST WANTED BERSIH 3.0, RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN RIMAS SELAGI MEREKA BEBAS







Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mahu sangat pemimpin yang menjadi tunjang penggerak Bersih 3 disiasat dan ditangkap segera. Guna ISA kalau boleh kepada pemimpin2 diatas. Mereka ini manusia yang sangat jahat sedang hidup bebas di negara ini. 

Anwar, Ambiga, Azmin, Aziz, Adi dan Sabu (5A 1S)

Merekalah punca kepada rakyat yang bodoh-bodoh datang dari jauh-jauh untuk merusuh dengan ganas di ibu negara pada 28 April 2012 baru-baru ini yang menjadi sejarah hitam negara ini.

Senarai nama perusuh Bersih 3.0 telah pun dikeluarkan oleh pihak polis namun nama pemimpin Bersih 3.0 belum polis desak untuk tampil beri keterangan. Pendemo tidak akan turun kalau pemimpin mereka tidak suruh. Jadi kesalahan berat letak pada pemimpin Bersih 3.0



 
Anwar, Ambiga, Azmin, Aziz, Adi dan Sabu tidak  boleh beri alasan tak dapat kawal emosi dan tindakan pendemo kerana kerajaan sudah jangka perkara buruk akan berlaku sebab itu keraajaan mahu ia diadakan di stadium. Tapi pemimpin2 Bersih 3.0  berdegil.

Jadi kesimpulannya, tangkap ketua-ketua mereka seperti gambar diatas terlebih dahulu. Sesiapa pun tidak kebal undang2 negara ini.

Perusuh dalam Bersih 2.0 dah didakwa belum?

Friday, 4 May 2012

RED HOT CHILI PAPER: TAHNIAH BLOGGER TAUKE IKAN BONGKARKAN PENIPUAN PORTAL MALAYSIAKINI DAN SELANGORKU


Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada blogger Tauke Ikan berjaya buktikan pembohongan media pembangkang bagi menutup malu kemusnahan yang dilakukan oleh pendemo Bersih 3 baru-baru ni.

Video 1 dikeluarkan oleh Malaysiakini:


Video 2  dikeluarkan oleh Selangorku:



Video 1 yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini kedengaran suara perempuan yang jelas berbanding suara pendemo di depan Sogo menjerit-jerit dan memaki hamun polis yang konon ada orang dibawah kereta dan suruh pendemo terbalikkan kereta polis.

Video 2 yang dikeluarkan oleh portal Selangorku kedengaran suara lelaki menjerit-jerit yang konon ada orang dibawah kereta.

Sebagaimana dianalisis oleh blogger Tauke Ikan bahawa minit ke 0:10 dalam Video 1 dikeluarkan oleh Malaysiakini dan minit ke 1:44 dalam Video 2  dikeluarkan oleh Selangorku menunjukkan scene yang sama tetapi bercanggah fakta dari segi suara yang menjeri-jerit konon ada orang terperangkap bawah kereta. Percanggahan fakta ialah scene yang sama tapi dalam Video 1 hanya ada suara perempuan yang sangat jelas dan dalam Video 2 hanya ada suara lelaki yang sangat jelas. Ini jelas membuktikan bahawa Tauke Ikan berjaya buktikan bahawa kedua portal milik pembangkang ini cuba menipu rakyat dengan 'editing & dubbing' suara luar yang dimasukkan ke dalam video versi mereka semata-mata untuk membenarkan pelakuan buruk pendemo Bersih 3 menterbalikkan kereta polis yang konon demi selamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta. Ini penipuan yang jahat oleh media pembangkang.

Aku merayu KDN menarik balik lesen Malaysiakini, Selangorku & Harakah Online kerana banyak penipuan fakta telah dibuat dalam kes Bersih 3 bertujuan jahat dan berniat memburukan kerajaan pemerintah dan PDRM dan menghalalkan perbuatan buruk oleh beruk-beruk belaan pakatan rakyat.

Video dari PDRM ini dengan jelas dapat diamati tiada seorang pun pendemo menjerit ada orang di bawah kereta dan jika anda cari dengan betul, anda akan jumpa jurukamera Malaysiakini itu seorang jantan!


Sumber Tauke Ikan KLIK

HOT: ANGGUK-ANGGUK IKUT KATA NIK AZIZ

klik imej untuk besarkan

Kemungkaran dalam BN nik aziz nampak tapi kemungkaran dalam PAS & PR nik aziz nampak tak? Nik aziz tuduh kerajaan BN tolak islam, nik aziz tak nampak ke apakah agama rasmi negara ini? adakah kerajaan  BN mengharamkan sesiapa yang beragama islam daripada mengamalkan mana-mana perintah Allah terutamanya asas agama yang Nabi saw sebutkan iaitu 5 rukun islam? Sudah pasti BN tidak pernah mengharamkan atau menghalang mana mana umat islam daripada menunaikan perintah Allah swt bahkan kerajaan negara ini memberi kebebasan dan menggalakkan untuk islam disebarkan sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Nabi saw.

Bukti kesungguhan kerajaan mengembangkan islam, JAKIM ditubuhkan dan badan ini menganjurkan umat islam agar agama islam disampaikan kepada semua rakyat Malaysia sebab itu semasa pemerintahan perdana menteri Malaysia pertama Tuanku Abdul Rahman Al-Haj, beliau menubuhkan PERKIM yang sekarang dinaungi oleh Tun M. Sesiapa sahaja dari kaum India, Cina, Iban atau mana-mana mualaf akan diberi perlindungan dibawah PERKIM.

Wahai nik aziz mana bukti kerajaan BN tolak islam? Adakah sebab hudud? Mungkin itu punca sebenar Nik Aziz tuduh tolak islam. Kerajaan BN tidak pernah menolak hukum hudud tetapi hanya beri alasan keadaan rakyat berbilang kaum menyebabkan ada halangan untuk melaksanakanya. Seperti seorang islam yang tidak solat tetapi tidak pernah dia mengatakan dengan mulutnya bahawa "solat tidak ada dalam quran dan bukan perintah Allah", adakah kita boleh menghukumnya sbg seorang yg kafir yang batal syahadahnya?, sudah tentu tidak kerana dia masih islam dan perbuatanya tidak solat tidak membuatkannya dia jatuh kafir yang membatalkan syahadahnya. Perbuatannya tidak solat membuatkanya tergolong dalam golongan yang fasiq tetapi dia masih islam selagi dia tidak beriktikad untuk keluar islam seperti Lina Joy yang mana Ambiga menjadi peguam belanya.

Begitu juga kes hudud, orang UMNO tidak akan jatuh atau jadi kafir kerana tidak laksanakan hudud kerana UMNO tidak menafikan itu perintah Allah swt. Mungkin perbuatan itu tidak disukai oleh Allah namun tidak menjatuhkan mereka jadi kafir. Pada pandangan aku, oleh kerana pemahaman yang kurang jelas, keliru dan tidak tepat yang menyebabkan perlaksanaan hudud terbantut di negara ini. Walhal hudud boleh dilaksanakan di negara ini seperti penjelasan di sini KLIK

Jadi wahai nik aziz, kenapa kamu tuduh UMNO/BN tolak islam sehingga kamu sanggup bermusuhan dengan saudara islam kamu dan sanggup berkawan dengan DAP dan syaitan semata-mata marahkan saudara islam kamu?

Sebaliknya kamu wahai nik aziz membela semua kemungkaran pemimpin dalam PR termasuk ustaz saiful bukhari ADUN selinsing dan semua kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin PR seperti Anwar, Badrul Amin dan yang terkini Azmin. Kenapa tidak gesa mereka disiasat ikut lunas islam berdasarkan bukti2 yang ada? Ini tandanya nik aziz taksub pada asobiyah seperti yang nabi saw sebutkan dalam hadis;

HOT: HADI KELUARKAN FATWA WAJIB DEDAH AIB PEMIMPIN UNTUK ELAK RAKYAT SILAP PILIH PEMIMPIN




Pendokong dan pentaksub pakatan rakyat ada yang sesat masuk ke blog -blog mesra kerajaan yang memaparkan kisah-kisah pemimpin pembangkang yang mendedahkan kisah buruk dan jelik mereka terutamanya kes main perempuan ( dulu kisah Anwar, Mat Sabu, Badrul Amin dan yang terkini tengah panas ialah Azmin Ali) mereka jadi panas telinga dan ada yang sungguh2 beri hujah beserta hadis supaya jangan dedah aib orang. Begitu juga di FB.

Apa yang aku perhatikan ialah kalau kesalahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO contohnya kes Rahim Tamby Chik dan terbaru NFC, bersungguh2 mereka dedahkan aib pemimpin yang terlibat. Tak cukup di dada akhbar mereka tapi dibawa ke masjid dan surau oleh ustaz2 PAS. Alasan mereka ialah ulama politik mereka Hadi, Nik Aziz mewajibkan hal ni kerana pemimpin dipilih oleh rakyat.

Tapi bila ada kes buruk yang dibuat oleh pemimpin2 pujaan mereka, lain bunyi pula. Mereka keluarkan hadis2 supaya tutup aib saudara islam. 

Kalau begitu kenapa wajibkan dedah keburukan pemimpin UMNO? bukankah mereka orang islam?
Oh lupa amanat hadi dan fatwa nik aziz dan fatwa Azhar Idrus bahawa orang UMNO adalah kafir. 


Thursday, 3 May 2012

HOT: BUKAN 3A KENA TANGKAP TAPI 4A, SIAPA A SATU LAGI?


Inilah wajah manusia yang aku maksudkan A=Aziz yang menjadikan 3A kepada 4A. Kerana fatwa manusia atas ni yang mewajibkan sesiapa yang ingin menentang 'kezaliman' mengikut kefahamannya wajib hadir Bersih 3.0 

Kesungguhan mewajibkan fatwanya sanggup dia keluarkan duit poket sendiri untuk biayai pengikutnya yang berada di kawasannya untuk tambang bas ke KL dan tempat penginapan. Bayangkanlah kerana fatwa sesat ini ada pengikut2nya sudah berumur pun sanggup datang jauh2 dari Kelantan, Terengganu dan serata ceruk negeri semata-mata penuhi kewajipan hadiri Bersih 3.0 .Bukti ramai dari dua negeri itu ialah Masjid Ar-Rahimah Greenwood penuh pada pagi 28 April 2008, kerana masjid ni jadi tempat perkampungan mereka setiap kali demonstrasi di ibu negara diadakan sama seperti Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 (aku lupa pulak nak shoot photo sebab pergi masjid nak solat subuh malas nak ambil hal dorang ni yang tak habis2 nak mengganas)

Tengoklah gambar-gambar dibawah hasil daripada fatwa sesatnya.




Ini bala yang terjadi dari fatwa Nik Aziz.



Aku menggesa 4A ini dikenakan hukuman setimpal kerana suara-suara merekalah rakyat yang bodoh ikut membuta tuli. Sayang ISA dah tak ada, kalau zaman Tun M dulu pasti 4A ni dah masuk Tahanan Kemunting kurang-kurang 2 tahun. Aman Malaysia.


Lagu untuk Tun M sebagai penghargaan jasa Tun M kepada negara ini.

HOT HOT HOT: FATWA NIK AZIZ SAMAKAN SOLAT DENGAN DEMONSTRASI



Wahai umat islam lihatlah siapa Nik Aziz sebenarnya. Bercakap hal agama ikut sesuka hati sehingga yang waras akalnya hairan dengan apa yang Nik Aziz cakapkan. Hari demi hari kenyataan keluar dari mulutnya benar-benar menampakkan siapa sebenar Nik Aziz. Dia seorang manusia yang pandai baca quran tapi guna ayat quran untuk puaskan nafsu politik semata-mata. Pengikut taksubya dibutakan mata hati telinga oleh Allah untuk lihat kebenaran.


Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)

HOT: MENGUNDANG PADAH BILA 4 PESERTA BERSIH 3.0 DIBURU POLIS

Bila bertindak ikut hawa nafsu dan melanggar landasan syariat islam pasti mengundang padah. Kesusahan ini datang dari Allah berpunca amal buruk pendemo yang konon Nik Aziz berkata pendemo tidak ganas terutamanya pendemo dari PAS. Nik Aziz yang rempuh benteng polis di Jalan Ampang bersebelahan KLCC bukan Unit Amal PAS? yang Nasrudin Tantawi bagai orang bodoh menafikanya walhal rakaman youtube jelas nyata pemuda berpakaian Unit Amal PAS seperti dibawah;


Wednesday, 2 May 2012

HOT LAGI LA: NIK AZIZ MENENTANG AYAT QURAN?


Nik Aziz, nik aziz......Allah sebut syaitan musuh kamu yang nyata dalam quran tetapi kerana dendam kesumat kamu kepada saudara islam kamu yang berlainan parti politik dalam UMNO, sanggup kamu menyatakan hasrat untuk berkawan dengan syaitan untuk tumbangkan parti lawan. Mana pergi pertimbangan sebagai orang islam ni? Ya Allah.....kesian nik aziz terbelit dalam belitan syaitan patutla mahu gulingkan kerajaan pemerintah cara keganasan. Sesungguhnya nik aziz telah bercakap bertentangan dengan Quran.


Syaitan merupakan musuh yang jelas diberitakan oleh Allah dalam al-Quran sebagaimana firmanNya:


أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"


[ Yassin:60 ]
Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah-dalam Tafsirnya ketika menafsirkan ayat ini berkata: Ini adalah celaan Allah kepada mereka yang mengingkariNya di kalangan bani Adam iaitulah mereka yang mentaati syaitan sedangkan syaitan adalah musuhnya yang nyata,dan mereka yang melakukan maksiat kepada Allah sedangkan Dialah yang menciptakannya dan mengurniakan rezeki kepadanya.

[ Tafsir al-Quran al-`Azhim,Ibnu  Kathir,3/167 ]


Langkah-Langkah Syaitan Menyesatkan Manusia

Syaitan telah berjanji di hadapan Allah bahawa dia akan menyesatkan dengan pelbagai bentuk cara dan keadaan,hakikat ini dirakamkan dalam al-Quran:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ () ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ


iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).


[ Al-`Aaraf: 17 ]


HOT: FATWA TERBARU NIK AZIZ NAK LAWAN AGONG KE ORANG TUA NI?


Ini fatwa nik aziz terbaru tapi aku tak pasti ayat quran mana dia rujuk dan hadis mana dia guna. Tapi dalam Quran Allah ada sebut sedemikian;

An-Nisa' 
[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Ali Imran
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Nik aziz nampaknya semakin kemaruk nak berkuasa sehingga sanggup nak lawan pemerintah yang Allah angkatkan untuk memerintah negara ini. Seumpama tidak redha dengan apa yang berlaku gara2 nakkan kuasa cepat dah tak tahan tunggu PRU.

Sepatutnya kalau nik aziz merasakan pemerintah yang ada sekarang tidak bertepatan dengan pemerintah islam yang Allah kehendaki seperti tinggalan rasulullah saw dan sahabat, dia tak sepatutnya buat usaha tukar kerajaan yang ada dengan cara demokrasi kerana sistem ini sendiri bukan ciptaan Allah tetapi sistem ciptaan orang kafir seperti sistem riba dalam ekonomi. Bagaimana nik aziz nak perjuangkan islam dan bentuk pemerintah islam guna cara bukan islam? Seumpama nik aziz nak cuci najis, mana boleh cuci najis kerana najis takkan bersih melainkan buang najis tu dan  tak perlu nak cuci najis tu, buat apa nak cuci najis, buang jela najis tu. Nik aziz boleh cuci sistem riba dengan cara halalkan riba wahai nik aziz? Takkan berjayanya nik aziz nak perjuangkan islam dan adakan pemerintah islam dengan cara berparti ni wahai nik aziz, takkan berjayanya. Kerana cara ni ialah cara bukan islam, bagaimana Allah nak bantu? Takkan Allah bantu wahai nik aziz, tengoklah perjuangan islam ala PAS dah nak masuk 60 tahun dah tak dapat2 pun pemerintah islam, yang jelas dasar islam parti pun dibuang dah (gugur hudud dan gugur bentuk negara islam).  

Walhal rasulullah saw dan sahabat tunaikan perintah Allah di mekah selama 13 tahun dengan segala susah payah, akhirnya Allah "kurniakan" mereka kuasa di Madinah.

Lihatla sejarah islam 1400 dulu wahai nik aziz. Apa yang berlaku di Mekah selama 13 tahun? ada rasulullah saw dan sahabat buat apa yang nik aziz buat?, bentuk parti dan lawan parti abu jahal abu lahab? sudah pasti tidak ada. Oleh kerana bengangnya abu jahal abu lahab dan kafir mekah pada rasulullah saw dan sahabat yang jalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak kalimah syahadah pada rukun islam pertama), sanggup mereka semua selaku pembesar mekah tawarkan kuasa, harta, wanita kepada baginda agar berhenti jalankan kerja amar makruf nahi mungkar namun baginda tolak kerana tiada lebih utama pada seorang rasul selain jalankan kerja amar makruf nahi mungkar pada manusia iaitu cegah mungkar orang bukan islam tak mengaku Allah supaya terima Allah sbg tuhan dan terima baginda saw sbg pesuruh Allah dan mengajak umat islam mentaati Allah. Ada nik aziz buat kerja amar makruf nahi mungkar dan ajar serta ajak ahli PAS spt rasulullah saw ajak sahabat lakukan kerja yang sama yg merupakan hak kalimah syahadah? Jawapannya sudah pasti TIDAK kerana selama aku dan arwah bapak aku dalam PAS dulu 90'an tidak pernah dengar nik aziz dan hadi awang serta ustaz2 PAS mengajar dalam kuliah agama mereka tentang ni melainkan asyik mengkafirkan sedara seislam tak habis2.

Disini jelas bahawa untuk tegakkan islam & pemerintah islam tidak perlu usaha "dapatkan" kuasa wahai nik aziz, hadi tetapi cukup jalankan kerja amar makruf nahi mungkar kerana Allah janjikan dengan kerja amar makruf nahi mungkar diberi iman yang kuat sebab itu 'no wonder' sahabat yang asalnya jahiliah bersama rasul jalankan kerja amar makruf nahi mungkar akhirnya Allah tukar mereka dari musyrik jadi beriman. Disini jelas bahawa sahabat jadi beriman kerana bersama rasul saw jalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti janji Allah;

Surah Ali-Imran
[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), untuk kamu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar, dengan itu kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Hadis
Abu Said al-Khudri r.a, sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Ayat quran dan hadis diatas jelas Allah tunjukkan bhw manusia jadi beriman bila tunaikan hak kalimah syahadah pada rukun islam pertama yang selama ini kita umat akhir zaman sudah abaikan dan tinggalkan termasuklah nik aziz dan hadi awang. Berlainan dengan sahabat mereka bertukar dari jahiliah kepada beriman setelah bersama rasul saw tunaikan hak kalimah syahadah iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Jelas disini Allah tunjuk kepada kita bahawa iman meningkat kepada Allah bila tunaikan kerja amar makruf nahi mungkar. Dan ini adalah perintah Allah yang harus kita ambil berat kerana ia tuntutan rukun islam pertama dan beserta solat yg merupakan rukun islam kedua (yang Allah turunkan pada peristiwa Israk Mikraj sekitar tahun ke 11 di mekah rasulullah jadi rasul) seperti ayat berikut ;

Luqman
[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Setelah jadi beriman ke tahap yang Allah kehendaki barulah Allah "kurniakan" kuasa di madinah kepada rasulullah saw dan sahabat, yang Nik Aziz dan Hadi Awang nak sangat tu tanpa buat usaha yang salah iaitu guna sistem demokrasi seperti nik aziz nak hadi buat dengan bentuk parti islam diberi nama, PAS untuk lawan UMNO dan sekiranya tak dapat lawan cara undi dalam sistem demokrasi yang terkini nik aziz nak gulingkan kerajaan cara kekerasan seperti fatwanya diatas.

Walhal kalau nik aziz, hadi awang, najib, Tun M, Muhyidin, ahli-ahli PAS & UMNO serta semua rakyat Malaysia yang islam buat apa yang rasulullah saw dan sahabat lakukan di Mekah selama 13tahun maka kita semua jadi beriman seperti sahabat, mudah je bagi Allah akan angkat pemerintah dikalangan kita yang kuat imanya dan memimpin Malaysia dengan baik dan keadilan sebenar islam seperti janji Allah dibawah;

 An-Nur
[55 Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Note: Kalau tak beriman dapat kuasa jadilah macam PAS pegang negeri aku dulu 1999 -2004. Semua kroni PAS sibuk bahagikan tanah sesama dorang. Yang tak layak terima duit biasiswa Yayasan Terengganu pun jadi layak asalkan anak pembesar PAS terengganu untuk anak belajar ke Timur Tengah. Letak orang2 PAS yang tak berkelayakan pegang jawatan2 besar dalam pentadbiran negeri dan syarikat2 dibawah kerajaan ganung seperti TDM.

Ishh ....baru satu penggal pegang ganung dah buat perangai macam tu. Sebab itu Allah "kurniakan" kuasa kepada orang islam setelah mencapai tahap beriman sebab Allah maha mengetahui hanya orang beriman boleh menangani dan mentadbir kuasa, harta negara dan bertindak adil kepada rakyat. Selagi belum lahir orang benar-benar beriman di Malaysia ni, Nik Aziz Hadi Awang dan ahli PAS taat je(yang tidak berlawanan denga Quran & Sunnah)  pemerintah yang ada sekarang dan kalau nak Allah tukar kerajaan yang baik buat kerja yang Rasulullah saw dan sahabat lakukan seperti aku terangkan kat atas atau disini KLIK

HOT: KAMI RAKYAT GESA PDRM SIASAT KHALID ISMATH PENGANUT AGAMA SYIAH






Budak ni dan pencacai pembangkang akan pasti jawab dan spin kata si budak ni pakai baju bersih warna kuning kenapa tuduh dia yang terajang polis tu. Budak ni ada akal bab-bab menipu orang ni sebab tu dia sandang beg galas belakang untuk bawa banyak perkakas bantuan ketika emergency seperti tuala, air mineral dalam botol dan juga pakaian berbeza-beza untuk kelirukan orang ketika demo ganas berlangsung.

Kami gesa polis siasat budak syiah ni. Terima kasih PDRM.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MENGANJUR KEBAIKAN YANG BERASASKAN KEBENARAN

Islam agama yang menganjurkan kebaikan. Keburukan & kemungkaran yang berlaku juga dicegah dengan kebaikan yang Allah sebut ulang-ulang kali dalam Quran 'amar makruf nahi mungkar'. Keburukan tidak akan hilang dengan keburukan.

Seumpama gelap tidak akan hilang dengan pukul gelap bertalu-talu dengan kayu, marah dan maki hamun gelap, gelap tidak akan sesekali hilang. Gelap akan hilang lenyap bila datangkan cahaya walaupun cahaya dari bakaran sepuntung mancis.

Begitulah keburukan dan kemungkaran yang berlaku depan mata kita hanya akan hilang bila ikut apa yang Allah perintahkan kita umat islam lakukan. Percayalah pada janji2 Allah.

Tuesday, 1 May 2012

MISI MENCARI YANG BENAR: KRONOLOGI BERSIH 3.0


Minit 0:27 -
Tonton video diatas dimana babak pertama di Dataran Merdeka apa yang anda sedang saksikan ialah Unit Amal PAS(baju merah) yang sepatutnya membantu polis kawal keadaan merempuh dan diikuti oleh pendemo Bersih 3.0(baju kuning).

Minit 1:02 -
Pendemo cuba menolak benteng FRU tetapi berjaya dikawal dan pada minit ke 1:12 satu objek merah dibaling ke arah FRU.

Minit 1:54 -
Anwar dan Azmin sidang berhubung dengan bahasa isyarat yang sertai suara pendemo 'boleh masuk' 'masuk' 'masuk'.

Minit 2:20 -
Azmin turun dari tempat dia berdiri disertai dengan seorang pendemo berbangsa India (baju kuning) buka penghadang besi dan pendemo serbu masuk.

Minit 2:25 -
Beberapa orang Unit Amal PAS turut membuka penghadang besi dan pendemo lain turut serbu masuk dan dapat didengari dengan laungan takbir yang konon dengan itu membangkit semangat jihad pendemo menentang 'kerajaan zalim' pada pandangan mereka dan FRU mula tembakan water canon setelah pendemo menceroboh masuk ke kawasan diwarta larangan berhimpun.

Minit 4:14 -
Sekumpulan pendemo meraikan kejayaan Bersih 3.0 dan seorang lelaki berkaca mata berkata akan bersurai.

Minit 4:26 -
Kelihatan kereta polis datang dari arah belakang sekumpulan pendemo di Minit 4:14 diatas dan kelihatan pendemo mulai membaling objek kearah kereta polis tersebut.

Minit 4:30 -
Seorang pendemo dari sebelah kiri kereta polis melompat ke atas hud depan kereta polis tersebut.

Minit 4:34 -
Pendemo berkopiah menendang kereta polis arah depan sebelah kanan kereta dan sertai dengan balingan objek kearah kereta bertalu-talu oleh ramai pendemo.

Minit  4:41 -
Seorang lagi melompat naik keatas bumbung kereta dan melompat-lompat berulang kali.

Minit 5:12 -
Kelihatan pemuda berhelmet (wartawan Al-Hijrah) sedang menghalang daripada pemandu kereta polis daripada dikasari oleh pendemo dan kerana itu dia telah dipukul bertalu-talu oleh sekumpulan ramai pendemo sehingga terbaring atas tanah.

Minit 5:30 -
Seorang pendemo berbaju belang putih hitam telah datang dari arah belakang kereta polis dan mengambil kon polis di atas tanah sebelah pemandu kereta polis tersebut dan menghentak beberapa kali polis yang sudah separa sedar di bahagian pemandu.

Minit 5:55 -
Seorang pendemo datang cuba tenangkan keadaan agar polis tidak terus dibelasah oleh pendemo lain (aku doakan Allah buka hati kau untuk dapat petunjuk yang lurus oleh Allah swt).

Minit 6:46-
Rakaman menunjukkan sebuah kenderaan polis (kelihatan seperti Nissan x-trail) dipecah oleh pendemo.


Sidang Anwar tidak menjawab soalan dari peserta Bersih 3.0 tentang kenapa Bersih 3.0 yang sepatutnya berjalan secara aman berdasarkan slogan 'Duduk Bantah' tapi bertukar ganas kerana dari pengamatannya setelah dia melihat rakaman video ia disebabkan oleh Anwar telah hijacked Bersih 3.0 dengan menyuruh pendemo buka penghalang besi dan masuk ke kawasan yang diwarta aman dari pendemo. Oleh kerana soalan itu dia telah dihalau keluar dari bilik sidang media.

Pembaca nilaikanlah siapa yang berkata benar dan siapa berbohong semata-mata memuaskan hawa nafsu untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Ingatlah Allah Maha Berkuasa dan Allah boleh buka satu persatu kebenaran bila Dia mengkehendakinya.

AZMIN BERGURU DENGAN ANWAR CARA BERSILAT


Azmin berkata, beliau amat kesal memandangkan tindakan menyiarkan bahan sedemikian adalah fitnah bersiri terhadapnya dan juga keluarganya selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak-anaknya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham.

"Kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0.

"Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telah pun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas diri beliau, isteri dan keluarganya.

"Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami.

"Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga," kata Azmin lagi.Namun kata Azmin, Umno masih mengulangi fitnah

kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap dirinya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

"Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

"Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam," kata Azmin sambil menegaskan, "saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat."

Azmin berkata, beliau mahu pimpinan Umno menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Sehubungan itu, Azmin juga menegaskan, beliau akan terus bersama-sama pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam PRU13.

KLIK

TAHNIAH: BLOGGER MYMASSA BONGKAR KEBODOHAN HUJAH NASRUDIN HASSAN TANTAWI MENEPIS DAKWAAN UNIT AMAL PAS REMPUH BENTENG POLIS



Semalam lagi aku baca kenyataan Nasrudin Hasan ni yang dia tidak mengaku Unit Amal PAS merempuh benteng Polis walhal terang-terangan dalam rakaman di Youtube (aku carik2 tak jumpa plak please share link youtube kalau jumpa ye, thanks Anonymous1 May 2012 15:19)



dan juga seperti screenshot diatas sudah cukup bukti bahawa pemimpin PR samada Pas PKR DAP kuat menipu. Buat malu je kopiah kat atas kepala tapi mulut menipu. Buang jelah kopiah tu macam pesalah perogol kena dakwa kat mahkamah kenakan kopiah masa perbicaraan nak tunjuk dah insaf kat hakim.

Sikit-sikit salahkan Umno, Polis, DBKL tapi aku yang neutral ni tengok bila pemimpin Umno ada buat salah dan ada bukti mereka letak jawatan, gentlemen.

Tapi semua pemimpin PR ni siap bukti ada seluruh rakyat tengok satu dunia tengok tapi nafikan bagai nak gila. Semua kes samada liwat 1 & 2, china doll, bersih  2 & 3 semua perkaralah dinafikan.

Takpa-takpa kerana Allah Maha Hebat dan Maha Kuasa, Allah akan tunjuk satu persatu dan Allah akan bukak satu persatu.

Takkan selamatnya orang yg berbuat dosa dan tak mengaku dan tak bertaubat ni dan Allah takkan simpan lamanya.

Semalam azmin dan anwar bagai orang gila nafikan bagi arahan pendemo rempuh benteng (menipu lagi tambah dosa) satu dosa buat tambah satu dosa baru, Allah buka buruk lagi. Tup tup harini keluar video dan gambar seiras azmin (di Youtube pagi tadi ada tapi dah diremoved oleh cybertrooper pembangkang). Nampak zahir macam blogger yang buat tapi sebenarnya Allah yang keluarkan aib mereka, blogger hanya digunakan oleh Allah utk bukak aib pemimpin penipu mcm azmin, anwar, nik aziz, hadi dan nasrudin tantawi.

Tunggu la lagi satu persatu Allah akan singkapkan segala buruk korang semua.

Tengok nik aziz beria-ria nak berkawan dgn syaitan, sekarang Allah dah izinkan dah berkawan dengan manusia berupa perangai syaitan yg sokong LGBT, murtad, pluralisme, kan nik aziz dah dapat kawan berperangai syaitan sehingga aku yg neutral ni naik menyampah tengok muka nik aziz.

Sama la dengan bekas MB negeri aku dulu si hadi, Allah dah satukan dah hati dengan ustazah ambiga sehingga sanggup perkecilkan kerisauan ustaz nasha tentang penularan LGBT di Malaysia.

Dah tak lama dah anwar azmin nik aziz hadi nasrudin dlln, semua akan Allah hancurkan dengan sehancur-hancurnya.

Tunggulah balasan dan azab Allah kerana berbuat kerosakan dimuka bumi Allah dengan menjual agama untuk dapat habuan dunia.

MyMassa KLIK

HOT: SUMPAHAN NIK AZIZ SANGGUP BERKAWAN DENGAN SYAITAN MAKAN DIRI APABILA HADI MARAHKAN USTAZ NASHA KERANA BELA LBGT BELAAN AMBIGA








Pembaca nilaikanlah dengan akal yang Allah kurniakan berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah beserta Al-Hadis. Buang baca dengan sentimen parti mana ada sokong. Inilah bukti yang Allah datangkan supaya kita ambil pengajaran jangan sesekali kita jadikan agama sebagai sebab untuk dapat dunia kuasa harta benda kerana buruk padahnya kerana agama Allah sangat suci dan tidak boleh sesekali guna agama untuk dapat habuan dunia.

Suatu ketika dulu negara digemparkan oleh fatwa Nik Aziz yang sanggup berkawan dengan syaitan asalkan dapat bantu tumbangkan kerajaan pemerintah Malaysia dengan alasan zalim. Apakah kezaliman lebih besar dari membiarkan manusia mensyirikkan Allah iaitu yang bukan islam tidak diajak kepada menerima syahadah dan yang islam tidak diajak mengamalkan islam yang benar tinggalan Muhammad saw. Nik Aziz hanya mengajar umat islam berparti dan taksub kepada parti dan berpuak2 dan mengkafirkan saudara islam yang tidak setuju dengan PAS dan Nik Aziz tidak mendakwahkan bukan islam spy mengucap 2 kalimah syahadah spt yang Rasulullah saw jalankan. Buktinya ahli PAS tidak diajar untuk jalankan kerja amar makruf nahi mungkar tinggalan Muhammad saw ini.

Kerana kebencian Nik Aziz kepada saudara islam dalam parti pemerintah yang tidak setuju dengannya sanggup dia kafirkan dan sanggup pula berkawan dengan DAP Harbi yang dengan lantang menentang negara islam. Lebih parah lagi Nik Aziz dan Hadi sanggup bersekongkol dengan seorang perempuan pendokong tegar murtad umat islam, LGBT, plurlisme iaitu Ambiga Harbi.

Bayangkan betapa Allah hina Nik Aziz dan Hadi sekarang.

Allah yang datangkan perkara ini untuk pada kita semua kenal siapa mereka sebenarnya dan sesungguhnya mereka ini tidak lebih daripada golongan yang Allah sebut dalam quran bahawa mereka adalah yang jual agama dan berupa agama tetapi gunakan untuk dapat habuan dunia. Sehinggakan teman rapat seperti Uztaz Nasha bercakap sama dengan Quran, Hadi enteng2kan....

Fikir dan nilai siapa mereka.