Monday, 14 May 2012

HOT: BADRUL AMIN DIFITNAH


Badrul Amin yang difitnah atau Badrul Amin yang menyebar fitnah? Untuk tahu lebih lanjut sila pakat pergi ramai-ramai esok 15 Mei 2012 di Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves dan rekod kemudian upload ke Youtube. Kita pakat-pakat nilai apa yang dia akan cakap dan kelentong rakyat untuk menutup malu kes kena tangkap khalwat 'red-handed'  dengan bini orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel di Pahang.

Satu je soalan rakyat kat luar ni nak tanya dan dapatkan jawapan dari manusia bernama Badrul Amin ni, kenapa duduk berdua-duan dalam bilik hotel pukul 3 pagi? Itu sahaja....kami nak tahu. Cakap banyak tak payah. 


TAZKIRAH KEPADA AHLI PAS


Ahli PAS:
Memang benar. Sejarah telah menunjukkan bagaimana parti-parti islam setelah mendapat kuasa masih lagi berpegang dengan cara pemerintahan kafir yang sekular seperti di Turki dan Mesir sekarang. Bagaimana kita nak mendapat keyakinan bahawa setelah kita bekerjasama dengan kafir zimmi, islam boleh kembali tertegak sepertimana zaman khilafiah dulu…

Jawapan:
Kenapa perlu berkerjasama dengan orang kafir? Untuk Allah kembalikan pemerintahan islam tidak perlu kita berkerjasama dengan mana-mana orang kafir termasuklah kaffir zimmi. Apa yang umat islam perlu buat ialah kembali kepada ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhamamd saw. Ajaran islam yang mana satu untuk kita mula2 tunaikan?

Nabi Muhammad saw bersabda yang maksudnya  ‘islam tegak atas 5 tiang ’. Allah swt telah turunkan perintah2 Nya secara berperingkat dengan kebijaksanaanNya.

Bagaimana islam bangkit di Tanah Mekah dan Madinah, jalan yang sama Allah akan guna untuk bangkitkan islam di akhir zaman. Islam tidak akan sesekali bangkit melalui sistem demokrasi yg merupakan ciptaan orang kafir.

Soroti balik sejarah kebangkitan islam selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun Madinah. Lihat balik siapa sahabat2 sebelum terima islam. Mereka ialah golongan jahiliyah. Namun setelah mereka peluk islam dengan mengucap 2  kalimah syahadah (Rukun Islam pertama) di Mekah, mereka bersama Nabi saw tunaikan hak kalimah syahadah iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar iaitu cegah mungkar orang bukan islam dengan makruf iaitu diajak mengucap 2 kalimah syahadah dan cegah mungkar orang islam dengan makruf iaitu diajak mentaati perintah Allah swt. Selama 10 tahun mereka tunaikan hak kalimah syahadah bersama Nabi saw, Allah tunaikan janjiNya iaitu kurniakan iman yang teguh dalam hati sahabat yang asalnya jahiliyah. Dalam quran dan hadis jelas bahawa iman dalam hati meningkat teguh setelah jalankan kerja amar makruf nahi  mungkar yang merupakan hak kalimah syahadah iaitu Rukun Islam pertama. Sahabat telah jadi beriman dengan tunaikan hak kalimah syahadah yang sayangnya umat islam harini tidak tahu hal ini dan menyangka Rukun Islam pertama cukup dengan mengucap sahaja tanpa tunaikan hak kalimah sepertimana Nabi saw dan sahabat2 lakukan. (seumpama ucap kalimah nikah tetapi tidak tunaikan hak nikah dengan abaikan tanggungjawab sbg suami)

Ketika peristiwa Israk Mikraj, Allah turunkan perintah Allah yang kedua yang merupakan (Rukun Islam kedua) lebih kurang tahun ke 11 kerasulan Nabi saw. Selama 13tahun di mekah 2 perintah besar iaitu yang terletak pada 2 rukun islam pertama, Allah fardhukan.

Allah menjadikan sahabat2 yang asalnya jahiliyah menjadi beriman setelah mereka tunaikan 2 rukun islam yang besar ini  selama 13tahun di Mekah sebagaimana Allah sebut dalam surah Luqman bahawa 2 perintah ini Allah mahu umat islam ambil berat menunaikannya;

Luqman[17]
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang (rukun islam kedua), dan jalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak rukun islam pertama) dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Setalah Allah jadikan sahabat orang-orang yang teguh imannya, Allah kurniakan janjiNya iaitu beri kuasa kepada orang beriman seperti yang berlaku di Madinah seperti yang Allah sebut dalam Quran;

Annur[55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Di Madinah Allah sempurnakan semua perintah2 Allah. 3 Rukun Islam puasa, zakat & haji diturunkan di Madinah. Dan perintah2 Allah yang lain yang berkaitan dengan Muamalat, Munakahat, Jenayah-syariat Qisas, Takzir, Hudud, Faraidh, Siyasah (bagaimana mentadbir Negara islam) dlln yang mencakupi seluruh hidup semuanya Allah turunkan di Madinah setelah para sahabat beriman teguh dalam hati. Kuasa harta Allah turunkan ketika mereka di Madinah kerana hanya orang beriman sahaja boleh mengendali dunia kuasa harta dengan menuruti perintah2 Allah swt..

Jadi, Allah hanya kembalikan pemerintahan islam kepada umat islam bukan dengan kita libatkan diri dalam sistem demokrasi yang merupakan sistem orang kafir tetapi kita kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw sehingga Allah redha dan Dia akan tunaikan janji-janjiNya membantu orang2 beriman.

Sunday, 13 May 2012

HOT: PAS PARTI PUAK-PUAK SYAITAN




Syaitan merupakan musuh yang jelas nyata yang mana Allah sebut dalam al-Quran bahawa:

Annisa’[38]
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Yassin[60]
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"

Al-Imam Ibnu Kathir-rahimahullah-dalam Tafsirnya ketika menafsirkan ayat ini berkata: Ini adalah celaan Allah kepada mereka yang mengingkariNya di kalangan bani Adam iaitulah mereka yang mentaati syaitan sedangkan syaitan adalah musuhnya yang nyata,dan mereka yang melakukan maksiat kepada Allah sedangkan Dialah yang menciptakannya dan mengurniakan rezeki kepadanya.

[ Tafsir al-Quran al-`Azhim,Ibnu  Kathir,3/167 ]

Kerana Nik Aziz mahu berkawan dengan syaitan, Allah swt buat percakapan Nik Aziz benar benar berlaku. Allah kawankan Nik Aziz dengan puak syaitan yang menentang islam tapi berpura-pura bersama-sama dengan parti yang konon perjuangkan islam iaitu PAS walhal PAS ialah parti puak-puak syaitan. 

Parti puak syaitan ini main-mainkan agama serta senda sendakan agama dengan jual agama untuk dapat habuan dunia. Jual hukum hudud untuk dapat undi dengan berjanji untuk laksanakan hudud untuk dapat undi melayu dan berjanji dengan puak syaitan untuk tidak laksana hukum hudud.

Inilah puak-puak syaitan yang menjadi teman rapat syaitan. Antara ketua syaitan jantan ialah Karpal, Anwar, Mat Sabu, Badrol Amin dan ramai lagi dan ketua syaitan betina antaranya ialah Ambiga.

Saturday, 12 May 2012

HOT: PAS TERBELIT DENGAN FITNAH MENJUAL AGAMA UNTUK DAPAT UNDI



Agama bukan bahan mainanlah Hadi Nik Aziz Harun Taib!!! Dulu bukan main kafirkan semua orang bila beri alasan tak buat hudud. Sekarang alasan yang UMNO guna PAS guna alasan yang sama. 

Dulu Hadi keluarkan fatwa, seseorang jatuh kafir bila beri alasan tak nak buat hudud, sekarang Hadi tak jatuh kafir ke? Inilah balasan bila suka kafirkan orang, Allah balas balik pada Hadi sekarang, renung hadis kat bawah dan bawalah bertaubat sebelum hari masuk kubur tiba.


Friday, 11 May 2012

TAZKIRAH JUMAAT: UNTUK NIK AZIZ, HADI DAN AHLI PAS YANG SANGKA PAS MENEGAKKAN ISLAM



Siyasah ialah pemerintahan islam. Pemerintahan islam akan Allah kurniakan bila umat islam kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw. Selagi umat islam bergelumang dengan perjuangan sistem demokrasi yang dicipta oleh orang kafir, umat islam takkan dibantu oleh Allah swt kerana janji Allah hanya bantu umat islam bila amalkan islam yang benar dan bukan mana-mana perkara ciptaan orang kafir seperti system demokrasi dan system riba. Sebagaimana selagi kita bergelumang dengan sistem riba yang dicipta oleh kafir selagi itulah ekonomi umat islam tidak akan bersih dan hilang keberkatan.

Sistem demokrasi adalah najis sebagaimana sistem riba adalah najis kerana keduanya dicipta oleh orang  kafir. Tidak ada guna cuci najis. Buang najis dan kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw sehingga Allah redha dan Allah pasti tunaikan janjinya iaitu kurniakan kuasa pemerintahan kepada umat islam tanpa perlu kita bersekutu dengan mana2 puak kafir atau puak sekular.

Dalam system demokrasi, kuasa bukan tunggu Allah kurniakan seperti mana Nabi saw dan sahabat dikurniakan kuasa di Madinah tetapi memburu kuasa apa cara sekalipun. Matlamat halalkan cara walaupun berdamping terpaksa dengan puak-puak syaitan dan sekular. Akhirnya umat islam dilibatkan dalam fitnah yang dasyat.

Selagi umat islam tidak tinggalkan ajaran islam tafsiran masing2 yang berlandaskan hawa nafsu dunia yang dibayangi kuasa, harta dunia spt yang wujud harini serta menyimpang dari islam sebenar dan kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw, selagi itulah umat islam tidak akan dapat mencapai tahap iman yang Allah kehendaki dan selagi itulah walaupun umat islam dapat peluang dapat kuasa melalui sistem demokrasi, kuasa akan menjadi sebab kepada umat islam berperang sesama sendiri.

Selagi kita bergelumang dengan sistem demokrasi yang dicipta oleh kafir selagi itulah pemimpin yang akan diangkat oleh Allah ialah orang yang sekular atau yang berupa agama tapi hati sangat mencintai dunia sehingga gadaikan agama semata-mata mahukan kuasa yang menjanjikan pangkat dan harta setelah dapat berkuasa dan natijah dari ini umat islam berpecah belah seperti yang berlaku di semua negara2 islam.

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kuasa dan harta akan dikurniakan oleh Allah setelah umat islam mencapai tahap beriman yg Allah kehendaki natijah drpd umat islam kembali amalkan islam yang sebenar yg dibawa oleh Muhammad saw spt sekalian sahabat. Dengan iman yg teguh dihati umat islam, kuasa dan  harta akan dikendali dengan mengikut perintah Allah. Sebagaimana janji Allah swt;

Surah Annur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya ntuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

KDN, HISHAM & JABATAN PEGUAM NEGARA BILA NAK AMBIL TINDAKAN PENGANJUR BERSIH 2?


 

HOT: AMBIGA RIMAS ?? KAU HERET ORANG JOIN DEMO BERSIH 3 INGAT RAKYAT TAK RIMAS? SELFISH!!!

OOO TAU PUN RIMAS YE.......

Wednesday, 9 May 2012

HOT: NURUL IZZAH NAIK HANTU?


Adakah ini rumah yang didiami hantu raya tu ? baca sini KLIK

HOT: ADAKAH PAS DAN PKR AKAN TUDUH KERAJAAN SAUDI DIBAYAR OLEH UMNO?




Berani atau tidak pemimpin PAS dan PKR bertanggungjawab atas kesalahan membenarkan ahlinya berdemo Bersih 3.0 di Tanah Suci Mekah. Apakah fatwa Nik Aziz tentang perkara ini, wajib? Adakah Nik Aziz akan menuduh Kerajaan Arab Saudi tengok dengan mata sebelah sebagaimana reaksi Nik Aziz terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam? Aku harap pihak media pergi jumpa Nik Aziz dan utarakan soalan ni. Terima Kasih.

Tuesday, 8 May 2012

YA ALLAH "SELAMATKAN MALAYSIA"

Untuk besarkan imej:
1. Browser Mozzila Firefox atau Internet Explorer di Laptop atau Desktop tekan beberapa kali Ctrl + sehingga dapat imej yang sesuai.
2. Browser di Android Smartphone atau Apple Smartphone besarkan dengan jari pada multitouch skrin.

HOT: RAKYAT GESA TARIK BALIK GELARAN DATUK KEPADA SI PENDERHAKA AMBIGA



Rakyat mahu gelaran datuk kepada petualang negara Ambiga di tarik. Gelaran ini hanya layak untuk yang berkhidmat dan berjasa kepada negara bukan pengacau dan ajak orang jadi pengacau. Si ambiga ni pendokong kepada LGBT buktinya dia yang merasmikan program Seksualiti Merdeka 2011. Si ambiga ni menyokong dalam pemurtadan umat islam buktinya dia menjadi peguam kepada Lina Joy. Si ambiga ni pendokong kepada pemansuhan islam agama rasmi negara ini tandanya dia menyokong IFC yang menuntut islam dan agama lain disamakan hak dan status.

Sumber: KLIK

Monday, 7 May 2012

HOT: HADI DICANGGAH RAKYAT TERENGGANU KERANA HASRAT PINDA PERLEMBAGAAN NEGARA JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA

Belum lagi memerintah negara ini, pemimpin-pemimpin PR sudah berangan-angan nak pinda perlembagaan negara untuk tidak lagi meletak islam sebagai agama rasmi negara. Kenyataan yang berat ini telah dibuat oleh presiden PAS yang dulunya bersungguh2 kelihatan mahu jadikan negara Malaysia sebagai negara islam. Kenapa mahu ubah? adakah ini strategi PAS untuk tawan undi bukan islam? Bagaimana pula dengan undi orang islam, tidakkan Hadi fikir kenyataan sedemikian membuatkan orang melayu islam akan marah? Tandanya wakil NGO orang melayu seperti Perkasa diatas sudah menyatakan perasaan tidak puas hati dengan Hadi.

Bayangkan bila PR memerintah negara ini nanti. Kerana desakan master PR iaitu DAP, islam akan tidak lagi jadi agama rasmi negara ini, raja-raja melayu tidak lagi jadi penaung negara ini, bahasa melayu tidak lagi jadi bahasa kebangsaan negara ini, keistimewaan agama islam, melayu dan raja-raja melayu akan dihapuskan berperingkat-peringkat. Negara ini akan jadi Republik Malaysia.

Diambang PRU13 memperlihatkan umat melayu UMNO dan PAS, PKR pecah teruk. Seumpama tiada jalan untuk diubati. Dari pemerhatian aku, UMNO nampak boleh berlembut untuk perpaduan umat islam negara ini namun tidak PAS. Mereka lebih rela berkawan baik dengan si kafir harbi dalam DAP bahkan dengan syaitan asalkan menumbangkan kerajaan zalim BN/UMNO.

Jika melihat atas kertas, pemimpin yang bukan islam yang mewakili parlimen dari DAP, PKR, MIC, MCA, Gerakan, Parti-Parti Sabah & Serawak melebihi pemimpin islam dalam parlimen. Ini merupakan satu ancaman kepada umat islam negara ini yang majoritinya kaum melayu. Apa akan berlaku jika semua ahli parlimen pembangkang yang bukan islam bersatu membentuk satu kuasa baru dalam parlimen. Tidakkah satu ancaman kepada umat islam negara ini jika kuasa baru melebihi 2/3 suara dalam parlimen. Tidakkah dengan mudah hasrat Hadi dilaksanakan kerana sudah pasti PAS akan bersama kuasa baru tersebut kerana PAS tidak mungkin akan bersama UMNO kerana pada fahaman mereka UMNO tolak islam.

Aku melihat ini sebagai masalah besar bakal berlaku jika hal di atas benar-benar berlaku. Tidakkah kita mahu lihat UMNO dan PAS bersatu. Ya saya menjangkakan hampir semua orang islam negara ini yang bukan berfahaman politik taksub akan setuju dan gembira kerana ini akan memberi satu kekuatan kepada perpaduan umat islam di negara ini.

Masalahnya, apakah jalan untuk UMNO dan PAS bersatu? 

Aku percaya untuk satukan dua kaum yang sudah bertelagah hampir 60 tahun ini mesti dengan cara yang sama yang Allah gunakan untuk satukan dua kaum bertelagah di Yathrib 1500 tahun dulu iaitu dua yang dikenali kaum Aus dan Khozroj di Madinah yang cukup terkenal dalam sejarah islam. Pemimpin yang tegas, bijaksana, beragama, rendah hati yang ada mirip pewatakan dan mirip ciri kepimpinan Rasulullah saw atau sekurangnya mirip dan ciri kepimpinan Khulafak Rasyidin harus dicari demi penyatuan UMNO dan PAS.

Apa yang terjadi di semenanjung tanah Arab 1500 tahun lepas sedang berlaku di semenanjung Tanah Melayu. Penyatuan dua kaum ini sangat kritikal demi memartabatkan islam negara ini.

Sunday, 6 May 2012

RED HOT CHILI PAPER: SALAHUDIN PAS BERSUMPAH LAKNAT!!! AZMIN DAN ANWAR BILA???


Salahudin dari  PAS bersumpah laknat bahawa tidak pernah berzina dengan isteri orang;


Datuk Najib Tun Razak bersumpah laknat di masjid bahawa tidak terlibat dan mengenali Altantuya;


Datuk Eskay bersumpah laknat tentang pendedahan video sex anwar ibrahim dan pelacur cina;



Saiful Bukhari bersumpah laknat atas pendedahan kes liwat anwar ke atas dirinya;


Azmin pula bila nak bersumpah laknat, Salahudin dah....



USTAZ AZHAR: ALLAH & RASUL MELARANG KERAS MENDERHAKA KEDUA IBU-BAPA




Allah swt menyebutnya: “Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.” (Al-Israk: 23) 

Renung dan fikirkan.

Saturday, 5 May 2012

HOT: AZMIN DI CABAR SUMPAH LAKNAT OLEH IBU SENDIRI DAN MURSYIDUL AM TERSOHOR




Ini semua bala dari Allah berkawan dengan orang jahat si Anwar Ibrahim dan bala lebih besar lagi menimpa Azmin ialah menderhaka kepada ibu sedangkan perkara buruk ini terang-terang ditegah oleh Allah swt dalam Quran.

Taubatlah Azmin sebelum masuk lubang kubur yang tiada lagi taubat disana melainkan penyesalan yang tiada kesudahannya. Jangan kau kena jadi batu macam Si Tanggang kat bawah ni udah ler.