Saturday, 20 April 2013

PRU3 Vs PRU13


Masih ingat PRU-3 berlaku pergaduhan antara kaum?
Adakah PRU-13 akan berlaku pergaduhan antara dua saudara?

Satu pihak mau sangat merasa berkuasa.
Satu pihak mau sangat terus berkuasa.

Satu kisah zaman nabi isa a.s.....

3 pemuda bermusafir bersama nabi isa a.s dan ditengah jalan ditakdirkan Allah mereka jumpa seketul emas yang besar. Nabi Allah isa a.s melarang mereka mengambilnya tapi mereka bertiga berdegil mahu juga mengambilnya. Kerana itu nabi isa meneruskan perjalanan tanpa mereka...
Mereka bertiga mahukan emas yang besar itu menjadi milik masing2. Kerana itu masing2 membuat helah utk mendapatkannya.

Ditakdirkan Allah mereka lapar dan seorang daripada mereka pergi mencari makanan. 2 pemuda yang tinggal membuat perbincangan utk membahagi 2 hasil jualan emas itu dan buat komplot mahu bunuh pemuda yang pergi mendapatkan makanan utk mereka bertiga.

Setibanya pemuda yang mencari makanan di tempat emas yang ditemui, 2 pemuda yang tinggal disitu membunuhnya. Matilah pemuda yang membawa makanan tersebut.

Makanlah makanan yang dibawanya oleh 2 pemuda yang tinggal krn mereka sgt kelaparan.

Namun hajat mereka utk membahagi dua hasil jualan emas itu juga tidak kesampaian krn makanan yang dibawa itu telah diletak racun. Ini kerana pemuda yg mencari makanan td mahu membolot emas itu utk dirinya sahaja.

Matilah ketiga tiga pemuda itu lantaran berebutkan habuan dunia. Kalaulah mereka mengambil nasihat nabi isa a.s tentulah mereka selamat.

Setelah nabi isa a.s selesai urusannya, baginda a.s melalui tempat kejadian itu dan lihatlah beliau ketiga tiga pemuda tersebut mati bergelimpangan.

Moral: kuasa, harta dunia adalah milik Allah dan Allah jualah yang akan kurniakan kepada siapa yang dikehendakiNya.


Sural Ali-Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Thursday, 18 October 2012

NIK AZIZ DI DESAK BERUNDUR KERANA ADA YANG LEBIH LAYAK DARI DIA



'Pas akan lebih terbuka jika Nik Aziz berundur'

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pas dilihat akan lebih bersifat terbuka dan bersedia mendengar pandangan golongan muda sekiranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Mursyidul Am parti itu.

Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, selain bersifat terbuka, Pas juga berupaya melakukan transformasi politik demi kepentingan umat Islam serta tidak lagi berada di bawah cengkaman diktator.

"Walau bagaimanapun, saya yakin beliau tidak akan mudah melepaskan jawatan tersebut walaupun banyak pihak berpendapat Timbalannya, Datuk Haron Din lebih layak menggantikan beliau," katanya menerusi entri terbaru di blognya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa Menteri Besar Kelantan itu berundur selaku pemimpin tertinggi Pas kerana dilihat sering mengeluarkan kenyataan memenangkan DAP walaupun sekutunya itu jelas menentang dasar perjuangan Pas.

Sumber: KLIK

Friday, 14 September 2012

MIMPI PALSU KONON RASULULLAH KATA ANWAR JADI PEMIMPIN ISLAM



Minit 23 - 25

Dulu selepas ketiadaan Isa a.s yang telah diangkat oleh Allah swt ke langit, seorang yang mengikut ajaran Islam nabi Isa a.s telah mengubah ajaran islam yang dibawa oleh Isa a.s.

Namanya Paul dan mendakwa dia telah bermimpi dan dalam mimpi itu dia disuruh oleh Isa a.s mengubah beberapa tempat dalam kitab Injil. Antaranya konsep triniti.

Kerana dakwaan melalui mimpilah Islam yang dibawa oleh Isa a.s telah berubah hingga lahirnya agama Kristian melalui mimpi Paul.

Kes Anwar pun sama, dakwaan konon ahli Ikhwan Muslimin di Mesir bermimpi dan diberitahu oleh Rasulullah saw bhw islam akan bangkit dari Asean di negara Malaysia dan diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Buruknya dakwaan ini! Kaki liwat, kaki perempuan, kaki LGBT, kaki penipu dan juara semua kaki keburukan akan diangkat oleh Allah swt untuk memimpin islam?

Dakwaan yang nyata palsu dan penuh pembohongan seperti dakwaan Paul.

Rujukan: 1 2

Monday, 3 September 2012

HASIL DIDIKAN ANWAR, BILA ANWAR JADI PM KEBURUKAN AKAN BERLELUASA...TAK PERCAYA? BERI ANWAR JADI PM


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.

Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.

Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'

Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.