1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah
sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara
Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan
sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi
satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok
sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4
Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak
Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz
Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan
UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik
Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan
perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang
menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
-
Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak
tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP,
MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong
PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik
Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang
berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau
haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak
melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena
pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik
Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan
hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan
dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan
Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan
mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November
1994.
10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari
perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau
nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun
1999.
11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz
Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
12. "Saya di antara orang yang
cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan
Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
13. "Para imam hendaklah
faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik
suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz
Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
14. "Negara kita Malaysia belum merdeka
lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik
Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
15. "Memang ada lagi
persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan
Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27
April 1995.
16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang
wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya
mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
–
Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
17. "Ya Allah, aku mohon
butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain
kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh
kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS
di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
18. "Tiada sebab langsung orang Islam
tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam
duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam
ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa
dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu
sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar
di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana
dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya
percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil
rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada
pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas
proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
20. "Nabi
Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di
kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima
kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
-
jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Nik Aziz bukan ulama. Ulama nama gelaran mulia bagi orang yang takut Allah seperti yang Allah terangkan dalam Quran.
Nik Aziz ialah ahli kitab. Ahli kitab suka putar belit ayat Allah dalam Quran agar kena dengan hawa nafsu. Nik Aziz seangkatan dengan ahli kitab yahudi dan nasrani yang putar belit ayat Allah dalam Injil dan Taurat.
Kalaulah takdir Allah bahawa PAS memerintah Malaysia, Islam akan jadi macam bola yang akan ditendang sana sini oleh ahli kitab PAS. Seperti syiah yang mana ketua-ketua mereka ubah Quran sesuka hati.
Celakalah Nik Aziz kalau mati tidak sempat bertaubat.
Rujukan:
KLIK