Friday, 27 July 2012

NIK AZIZ SEMAKIN SESAT, INILAH BALASAN ALLAH MENJUAL AGAMA DEMI KUASA



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Nik Aziz bukan ulama. Ulama nama gelaran mulia bagi orang yang takut Allah seperti yang Allah terangkan dalam Quran.

Nik Aziz ialah ahli kitab. Ahli kitab suka putar belit ayat Allah dalam Quran agar kena dengan hawa nafsu. Nik Aziz seangkatan dengan ahli kitab yahudi dan nasrani yang putar belit ayat Allah dalam Injil dan Taurat.

Kalaulah takdir Allah bahawa PAS memerintah Malaysia, Islam akan jadi macam bola yang akan ditendang sana sini oleh ahli kitab PAS. Seperti syiah yang mana ketua-ketua mereka ubah Quran sesuka hati.

Celakalah Nik Aziz kalau mati tidak sempat bertaubat.

Rujukan: KLIK

17 comments:

  1. tak tahu nak komen.......selama yang aku belajar ugama.....ni dah jauh benar berbeza......

    biarla nik ajiz sendiri yang tanggung apa yg dia cakap......

    -anti jubur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu bersama admin dak faham apa yg nik aziz katakan. kalau islam kulit, islam keturunan tak payah nak kutuk nik aziz la. belajar mdi wajib biar betul dulu. islam itu apa?.

      Delete
  2. Nik Aziz orangnya hebat
    Kemana pergi mendapat tempat
    Kerjanya kuat penuh semangat
    Menjadi pengikutnya mendapat berkat

    Parti PAS pembela bangsa
    Penyokong PAS dah mula merasa
    UMNO yang bacul saja mengambil masa
    Untuk mengenali kami yang sudah pun selesa

    Syukur Alhamdulillah penyokong bertambah
    Masa depan bangsa akan berubah
    Kiranya mandat diberikan untuk memerintah
    InsyaAllah akan kami tunaikan dengan tabah

    Usah diungkit cerita dah lepas
    Sekarang kami di era baru
    Ayuh bersama menyokong PAS
    Tak usah menjadi ahli UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan, sorry lah saya membuat komen ni sebab you dah terlalu taksub dgn PAS. saya sedih tengok otak tuan di manupulasi olih PAS. hahahaha

      Delete
  3. nik aziz tak layak dipanggil tok guru dan layak di panggil tukang karut wayang kulit wokyoh dan pok dogol

    ReplyDelete
  4. nik ajis tukang karut mcm karoot komedia x~! kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn komen anda, suruh dia ganti Sabri Yunus

      Delete
  5. Ya Allah ya Tuhanku,Engkau berilah kemenangan besar kpd UMNO/BN pada pru 13 nanti,aku ni wpun pengundi atas pagar tp aku tetap akan memilih dan pangkah BN pada pru 13 nti,sb pas tu dh nmpak sgt sesatnya,klu dia benar2 islam dia akan berbaik dgn org2 islam termasuk umno tp kenapa mereka selalu mengangap diri mereka saja yg baik,jauhkanlah bumi Malaysia ini di perintah oleh puak2 pr,aku pilih umno sb aku x pernah dengar pun umno mengkafirkan org2 pas atau pun sesiapa saja sb mereka tahu yg menentukan dosa pahala adalah Engkau ya Allah.

    ReplyDelete
  6. Satu lagi...Mat Sabu pernah kata dia rela makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan UMNO...para pencacai pun bertakbir! Salah satu ciri-ciri sesat PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila dah orang pas ni gamaknya. banyak sangat isu membuatkan orang islam pening dengan fatwa nik aziz neh.

      Delete
    2. Org bodo jah yg pening.mengaji biar habis. setakat kulit tak payah kutuk nik aziz la, wat dosa jah.

      Delete
    3. Hoi Admin kau celakakan Nik Aziz. Bawa istifarla banyak2 kau kenalkah siapa Nik Aziz tu, kau jangan pdg luar saja. celaka tu balik kat kau, aku bimbang bila kau nak mampus nanti bukan sebut Allah tapi dok sebut nam Nik Aziz.

      Delete
    4. hahaha pencacai pas butthurt! lps kesyaitanan niki ajis terbongkar, melompat suruh org beristighfar. woi mangkuk parti ajaran sesat! mu gi kelih kelate suruh tok garu mu tobat. takut nanti nak kojol bukannya mengucap, tp dok sebut UMNO, UMNO,,

      Delete
  7. YA ALLAH YA TUHANKU ENGKAU HANCURKAN PARTI POLITK PAS. BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA PARTI KERAMAT KAMI UMNO DAN BN. AMIN YARABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete
  8. Tak baiklah kalau asyik menghentam,kita kan bangsa yang berbudi bahasa.Kalau tak ada pembangkang,macam mana nak tegur kerajaan kan?Tapi mungkin pembangkang perlulah jaga kelakuan ketika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.Tegur boleh,nak lantang pun boleh,tak salah.Tapi jagalah bahasa.Pendapat saya Nik Aziz dah terlalu tua,hadis juga boleh diragui jika ianya datang dari perawi yang sudah tua dan uzur kerana masalah ingatan,kelakuan Tuan Guru Nik Aziz bagi saya terlalu digembar-gemburkan sebenarnya.Tapi nak buat macam mana ramai sangat anak muda Islam sekarang yang dah liberal,belajar Islam dari orang kafir.Dan Tuan Guru sebenarnya dah menyinggung perasaan Umat Islam dan membuatkan Islam itu hanyalah kerohanian sahaja sedangkan Islam itu mencakupi semua aspek,dunia dan juga akhirat.Cukupkah jika hanya tahu ilmu akhirat untuk jadi pemerintah,memang senang sangatlah si kafir harbi nak pijak kepala.Bukan UMNO sahaja perlu berubah,tapi semua parti politik di Malaysia perlu berubah.Wassalam...

    ReplyDelete
  9. Janganlah saling menghentam sahaja.Saya tak tahu nak sokong mana,ahli politik banyak yang tak jaga budi bahasa.Nik Aziz dah terlalu tua,Najib diam tentang isu APCO worlwide,Karpal anti-Islam,Lim Kit Siang bekerja untuk Singapura,Anuar masih lagi dengan dendam lamanya.Saya berumur 20 tahun,belum lagi 21.Kalau dah pun saya nak undi yang mana?Saya antara anak muda yang keliru dengan perjuangan parti-parto politik Malaysia ni,wasslam...

    ReplyDelete
  10. Geng UMNO ada bt salah Geng PAS pun ada bt salah,,UMNO kalah teruk pada PRU yg lepas2 pasai sebab makan duit rakyat byk sngt,semua kalut nk menang pangkat klau menang bole bt duit,dpt projek sana bt projek sini nk cpt kaya,rakyat susah langsung tak ambik tau,cakap jer ada mcm2 bantuan utk rakyat tp haram tak sampai kt rakyat sebab org atasan sapu dulu dh bnyk harta pun bantuan utk rakyat sapu lagi kt depa,,PAS pula siang malam kempen sana kempen sini,ceramah sana ceramah sinit,,kutuk sana kutuk sini,depa jer betul,yg dengar ceramah percaya plak bulat2 tak pikir betul ke tidak,macam tgk wayang kulit,,tok guru depa kencing bulat2 pun depa percaya,,cuba fikir betul2 undi PAS masuk syurga ke takde tulis dlm AL-QURAN pun, undi PAS masuk syurga susah sgt ker org PAS nk fikir,Nabi pun tak gerenti siapa yg bole masuk syurga,tok guru PAS pula bole ckp UNDI PAS masuk syurga,,suka ati tok guru depa jer nk cakap tu ckp ni langsung tak pikir,,bkn tok guru jer suka ckp merapu org kanan org kiri tok guru pun sama mcm tok guru,tok guru bole kelentong takan depa tak bole kelentong,yg sempoi nyer org2 pas senang kena kelentong..org kafir plak senang ati sebab UMNO & PAS (ISLAM) berperang sesama sendiri tunggu nk hancur jer,,pastu depa ble take over,,
    (maaf jika terpedas atau terpedih komen saya adalah supaya kita sbg ISLAM bole bersatu UMNO+PAS)

    SELAMATKAN MARUAH ISLAM DI MALAYSIA supaya tidak dipandang serong oleh bangsa lain,,

    ReplyDelete