ALLAH BERSAMA, PASTI MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, 21 November 2011
JANGAN LANTIK AHLI POLITIK SEBAGAI MENTERI
KPK; Jangan lantik ahli politik sebagai menteri
JAKARTA 20 Nov. - Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK), Busyro Muqoddas berkata, pelantikan ahli politik sebagai menteri akan membawa kepada amalan rasuah dan penyelewengan, katanya di sini, kelmarin.
Menurut beliau, menteri-menteri yang datang dari parti politik lebih cenderung melakukan rasuah dan oleh itu, proses seumpamanya perlu dihentikan.
“Hanya golongan profesional yang layak dengan latar belakang yang jelas sahaja patut dilantik sebagai menteri,” katanya semasa berucap di hadapan pelajar universiti di sini, kelmarin.
Pengerusi Jabatan Pengajian Rasuah di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Zaenal Arifin Muchtar menambah, menteri-menteri yang dilantik atas sebab politik kurang berkemahiran melaksanakan tanggungjawab dalam kementerian tersebut.
“Bagaimana cara untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut dengan calon yang layak merupakan isu lain yang wajar untuk diperjuangkan,” katanya. -UtusanAku lihat pengisian jawatan menteri di setiap kementerian atau jabatan oleh ahli politik jadi penyumbang besar kepada rasuah berlaku tidak kira parti pembangkang seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor dan juga dalam pemerintahan kerajaan BN sendiri.
Tambahan lagi, menteri yang dilantik dari ahli politik yang menang pilihanraya bagi memegang jawatan kementerian yang memerlukan kelayakan profesional nampak banyak kelemahan dari segi keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Lihat contoh Anwar yang diberi jawatan menteri kewangan sewaktu dalam UMNO dahulu hampir2 menggadai negara ketika krisis ekonomi 1997 dimana dia mencadangkan Malaysia terima bantuan dari IMF.
Pada kiraan aku, seorang sahaja ahli politik yang benar2 bijak hasil usaha beliau yg tidak berhenti belajar dalam setiap aspek yang memerlukan tindakan dan keputusan yang betul walaupun graduate sebagai seorang doktor iaitu Tun Mahathir. Tindakan bijak beliau pada tahun 1997 menyelamatkan Malaysia dari jadi hamba IMF.
Banyak sekali keputusan2 menteri yang memeningkan rakyat kerana tindakan & keputusan kurang cerdik seseorang menteri dalam kementerian yang diterajuinya.
Aku melihat bahawa menteri yang memegang jawatan dalam mana2 kementerian haruslah seorang profesional dan pakar dalam bidang yang terajui oleh kementerian tersebut dan bukan seorang ahli politik yang pandai bercakap tapi tindakan & keputusan jelas kelihatan seperti seorang yang bodoh dan tidak berpengetahuan.
Contoh yang jelas seperti menteri KDN sekarang jelas nampak keselamatan negara tergadai dek menjaga undi cina kepada BN.
Sebagai seorang islam yang sayangkan agama islam dan negara ini, setelah melihat perpecahan bangsa sendiri yang hampir semuanya beragama islam adalah lebih baik kita membuat tindakan berani dan bijak demi menjaga kedaulatan islam dan bangsa melayu serta negara tercinta ini.
Kalau Itali sanggup membelakangkan sistem demokrasi demi menyelamatkan negara jadi mukhlis dan bankrap dengan melantik kerajaan baru dari golongan profesional dan bukannya dari ahli politik KLIK
Kenapa tidak bijak pandai orang melayu, pemikir melayu dengan sokongan raja melayu membelakangkan sistem demokrasi demi menyelamatkan survival orang melayu yang merupakan pendokong kuat agama islam & menjaga kesucian islam dengan melantik ketua yang menjadi wakil raja melayu adalah dari yang berbangsa melayu, beragama & mengamalkan islam, neutral dari mana2 fahaman politik & dari golongan profesional.
~ pengikut Muhammad saw
TUN MENEGUR PRESTASI UMNO, MASIH TAK NGAKU!
Kenapa tak nak ngaku salah? Tun M menegur adalah untuk kebaikan orang melayu, tapi Hishammudin menafikan teguran Tun sebaliknya mengatakan melayu terbela sejak 2008. Aku percaya ada yang tidak kena di mata Tun M perihal 1 Malaysia yang membuatkan melayu rasa terpinggir dalam pentadiran Najib terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan keselamatan negara ini seperti contoh biasiswa, sekolah vernakular, tindakan yang membela berlebihan Namewee yang mengutuk melayu dan islam, ISA and etc.
Seperti yang aku menulis di entry yang terdahulu, aku dengar keluhan melayu yang merasa terpinggir di bawah pentadbiran Najib kerana keistimewaan melayu banyak terhakis. Dek tidak tahan, PERKASA ditubuh kerana fungsi UMNO dilihat kurang berfungsi menjaga kepentingan melayu kerana Najib terpaksa berhempas pulas mempromosi 1 Malaysia dimana dia perlu menjaga dan memenuhi tuntutan kaum lain negara ini termasuk tuntutan supaya hak melayu dihapuskan sekiranya Najib mahu undi dan sokongan mereka.
Kerana terlalu mendambakan sokongan kaum lain, banyak kepentingan melayu dan islam tidak terjaga seperti dahulu. Kesan dari itu, melayu rasa terpinggir.
Teguran Tun M sangat berguna sebelum terlambat.
~ pengikut Muhammad saw
Saturday, 19 November 2011
Friday, 18 November 2011
PEMBENTUKAN KERAJAAN TANPA AHLI POLITIK, MALAYSIA?
ROME 17 Nov. – Perdana Menteri baru Itali, Mario Monti menubuhkan sebuah kerajaan yang dianggotai oleh tokoh bank, diplomat dan eksekutif perniagaan, tanpa melantik seorang pun ahli politik.
Monti berkata, ketiadaan ahli politik dalam Kabinetnya akan menyelamatkan parti-parti politik daripada ‘mendapat malu’ apabila kerajaan terpaksa mengambil keputusan sukar yang diperlukan bagi menyelamatkan negara ini daripada keruntuhan sistem kewangan.
Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu dan Kabinetnya mengangkat sumpah di istana Presiden semalam, dalam upacara rasmi yang menamatkan mandat kerajaan Silvio Berlusconi dan dominasi jutawan media itu terhadap politik Itali selama 17 tahun.
Monti, 68, menghadapi rintangan utama hari ini apabila beliau membentangkan agenda perundangannya di Parlimen dan mengemukakan kerajaannya untuk diluluskan oleh Senat menerusi pengundian usul percaya.
Beliau enggan membincangkan langkah berjimat cermat baru yang dirancangkan untuk mengeluarkan Itali daripada krisis hutang, sekadar berkata, pertumbuhan ekonomi menjadi keutamaan dan butir-butir agendanya akan didedahkan dalam ucapan di Parlimen hari ini.
Kata Monti, beliau akan berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi di samping menjadi Perdana Menteri sementara beliau menuntut ‘pengorbanan’ daripada semua parti politik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan memulihkan pertumbuhan.
Sementara itu di sebuah lagi negara Eropah yang dilanda masalah ekonomi, Perdana Menteri Greece, Lucas Papademos dengan mudah memperoleh kelulusan Parlimen terhadap kerajaan baru beliau, yang dibentuk minggu lepas dengan ahli politik daripada Parti Sosialis, puak konservatif dan sebuah parti kecil berhaluan kanan.
Dalam pengundian di Parlimen 300 kerusi itu, 255 anggota menyokong manakala 38 lagi menentang Kabinet Papademos. Kerajaan beliau yang dijangka memegang kuasa sehingga pilihan raya pada Februari depan, ditubuhkan bagi melaksanakan perjanjian hutang baru berjumlah 130 bilion euro (RM531 bilion) dan memperoleh dana bantuan penting untuk mengelakkan kebankrapan. –utusan
Monti berkata, ketiadaan ahli politik dalam Kabinetnya akan menyelamatkan parti-parti politik daripada ‘mendapat malu’ apabila kerajaan terpaksa mengambil keputusan sukar yang diperlukan bagi menyelamatkan negara ini daripada keruntuhan sistem kewangan.
Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu dan Kabinetnya mengangkat sumpah di istana Presiden semalam, dalam upacara rasmi yang menamatkan mandat kerajaan Silvio Berlusconi dan dominasi jutawan media itu terhadap politik Itali selama 17 tahun.
Monti, 68, menghadapi rintangan utama hari ini apabila beliau membentangkan agenda perundangannya di Parlimen dan mengemukakan kerajaannya untuk diluluskan oleh Senat menerusi pengundian usul percaya.
Beliau enggan membincangkan langkah berjimat cermat baru yang dirancangkan untuk mengeluarkan Itali daripada krisis hutang, sekadar berkata, pertumbuhan ekonomi menjadi keutamaan dan butir-butir agendanya akan didedahkan dalam ucapan di Parlimen hari ini.
Kata Monti, beliau akan berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi di samping menjadi Perdana Menteri sementara beliau menuntut ‘pengorbanan’ daripada semua parti politik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan memulihkan pertumbuhan.
Sementara itu di sebuah lagi negara Eropah yang dilanda masalah ekonomi, Perdana Menteri Greece, Lucas Papademos dengan mudah memperoleh kelulusan Parlimen terhadap kerajaan baru beliau, yang dibentuk minggu lepas dengan ahli politik daripada Parti Sosialis, puak konservatif dan sebuah parti kecil berhaluan kanan.
Dalam pengundian di Parlimen 300 kerusi itu, 255 anggota menyokong manakala 38 lagi menentang Kabinet Papademos. Kerajaan beliau yang dijangka memegang kuasa sehingga pilihan raya pada Februari depan, ditubuhkan bagi melaksanakan perjanjian hutang baru berjumlah 130 bilion euro (RM531 bilion) dan memperoleh dana bantuan penting untuk mengelakkan kebankrapan. –utusan
KALAU AHLI POLITIK MELAYU ISLAM ASYIK BERGADUH, MELAYU PECAH BELAH, ISLAM TERGADAI, NEGARA TERGADAI KEPADA MUSUH ISLAM. ADALAH KEBAIKAN BILA KERAJAAN DIBENTUK TANPA AHLI POLITIK DAN DI ANGGOTAI NON-PARTISAN DAN DIKETUAI OLEH KETUA YANG NEUTRAL YANG BOLEH MENYATUKAN MELAYU DAN BERTINDAK ADIL KEPADA SEMUA KAUM.
~ pengikut Muhammad saw
MAMPUKAH MELAYU BERSATU?
Harapan Tun Mahathir mahu melihat melayu negara ini bersatu. Adakah harapan murni Tun tercapai dengan negara ini terus amalkan sistem demokrasi yang menyaksikan selepas 54 tahun merdeka umat melayu berpecah kepada banyak kumpulan yang menjadikan bangsa melayu minoriti. Dalam sistem demokrasi, minoriti tidak dapat memerintah negara.
Harapan kita semua termasuk aku yang sayangkan bangsa melayu yang umumnya beragama islam nak melayu bersatu padu dengan mengamalkan kembali ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhamamd saw 1400 tahun dahulu.
Namun adakah harapan Tun M, harapan umat melayu dan harapan aku jadi kenyataan dengan kita amalkan sistem demokrasi?
Aku tak percaya kita boleh bersatu dengan terus mengamalkan sistem demokrasi. Memang kita semua salahkan PAS tak nak bersatu dengan UMNO dan PAS salahkan UMNO kerana tak nak islam seperti yang PAS faham yang jadi alasan PAS tak nak bersatu dengan UMNO.
Renungkan kisah yang benar2 berlaku dahulu, dua puak besar di Madinah dahulu AUS dan KHOZROJ yang bersengketa seperti UMNO dan PAS bersengketa.
AUS dan KHOZROJ adalah sebangsa iaitu Arab. Manakalah UMNO dan PAS adalah sebangsa iaitu Melayu.
Bagaimana AUS dan KHOZROJ boleh bersatu? Iaitu setelah mereka dapat ketua yang baik, bertaqwa beriman, adil iaitu Muhammad saw.
Aku berpandangan UMNO dan PAS boleh bersatu apabila dapat ketua yang neutral, adil, baik bertaqwa.
~ pengikut Muhammad saw
Thursday, 17 November 2011
ANAK BOB LOKMAN
Sebenarnya dia bercakap berdasarkan pengalaman dia selama hidup atas muka bumi Allah ni. Selama ni dia tak subuh sebab membuta sampai matahari naik dan terus cari makanan dan terus buat apa yang dia suka nak buat. Hujung minggu membuta sampai tengahari. Itulah pengalaman Bob Lokman dalam hidup dia selama ni sepanjang jadi artis. Atas pengalaman dia buat dulu, dia bantai orang sebab konon dia baru dapat hidayah dan terus lupa diri siapa dia asal dulu dari longkang kegelapan. Dan budaya hidup ini menjadi contoh kepada anak-anaknya dirumah.
Wei Bob! kau ni jahil muraqab selama ni kau nak salahkan orang buat apa anak kau jadi hantu! Nabi saw ada sebut bahawa anak lahir elok tapi mak bapak yang corakkan anaknya jadi yahudi atau nasaro. Nabi takde sebut orang lain yang buat anak jadi hantu raya macam anak kau tu. Kesalahan kau gagal jadi bapak yang baik yang boleh jadi contoh kepada anak kau tu, kau nak letak kesalahan kau pada orang lain.
Inilah faedah yang kau belajar dari join PAS. Sendiri buat salah, tak nak ngaku, hang buh kat orang lain. Semua salah orang lain. Nanti kalau takdir Allah kau dimasukkan ke neraka, kau nak salahkan siapa? Allah takkan terima apa jua alasan kau tu, sebab setiap orang yang buat salah menanggung dosa masing2.
Kau ingat join PAS kau yakin dapat syurga Allah? Syurga yang Nik Aziz buat boleh la kau masuk sebab syaratnya undi PAS walaupun belum mengucap 2 kalimah syahadah. Namun syurga Allah bukan itu syaratnya, tetapi hanya diberi kepada yang beriman dan taat kepada Allah dengan niat semata-mata sukakan Allah atau mencari keredhaan Allah semata-mata. Dan bukannya tunjuk beramal agama, cakap agama & laung cakap perjuangkan agama supaya orang undi dalam pilihanraya, INI NAMANYA JUAL AGAMA.
Bob Lokman patut muhasabah diri banyak-banyak sebelum 'membubuh' orang lain kerana silap cakap, kau yang kena bubuh. Kan dah kena bubuh pasal anak kau tu, pandai2 salahkan orang.
~ pengikut Muhammad saw
Wednesday, 16 November 2011
ANWAR, AZIZAH & ANAKNYA TOLONG JAWAB!!!!!!
1. Kalau betul lelaki itu bukan Anwar, kenapa tidak buat laporan polis atau lantik penyiasat persendirian (kalau tak yakin dengan polis) supaya siasat siapa lelaki yang memiliki rupa yang serupa & sebijik macam Anwar?
2. Kenapa sampai sekarang Anwar, Azizah dan anaknya gagal menunjukkan jam Omega yang didakwa ada dalam simpanan yang bila ditanya oleh wartawan sampai melompat-lompat Azizah dan anaknya?
3. Kenapa tidak saman Datuk Eskay yang mendakwa bahawa dia ada bersama Anwar dalam rakaman video seks tersebut?
4. Kenapa Anwar mengelak dari bersumpah sedangkan Datuk Eskay sanggup bersumpah dan pohon Allah melaknatnya diri sendiri (Datuk Eskay) sekiranya dia berbohong?
5. Kenapa Anwar hantar Shamsul Akin (ketua pemuda PKR) buat kacau di masjid Amru Al-As sentul ketika majlis sumpah Datuk Eskay sedangkan sumpah itu laknat ke atasa dirinya sendiri (Datuk Eskay), apa kena mengena dengan Anwar kerana dia tak suruh Allah laknat Anwar?
6. Kenapa Anwar tidak mahu jalankan ujian Poligraf (ujian kesan penipuan) seperti yang dicadangkan oleh Husam, PAS sedangkan Datuk Eskay sanggup sahut cabaran Husam dengan syarat Anwar turut serta dalam ujian tersebut?
7. Kenapa CCTV di sebuah hotel-spa di Jalan Ampang merakamkan kereta milik Anwar keluar masuk ketika waktu Facebook dan Twitter Anwar didapati tidak aktif yang mana masa rakaman video, CCTV dan Facebook/Twitter synchronize ?
8. Jika benar dakwaan Anwar, kenapa Anwar tidak buat laporan polis supaya siasat penyamar yang mengguna kenderaan dan nombor plat serupa miliknya?
9. Kenapa Anwar tidak saman Dr MiM yang membongkar Facebook dan Twitter didapati tidak aktif semasa rakaman video seks dibuat?
10. Anwar cakap pada media tadi bawah dia akan lawan habis-habisan, TETAPI kenapa dia tidak buat apa-apa tindakan sebagaimana 9 SOALAN di atas selama ini & senyap je, setelah polis buka kes baru cakap nak lawan habis-habisan dan kalut cakap itu dan ini?
~ pengikut Muhammad saw
ANWAR KETAKUTAN LAGI
Kenapa anwar yakin dia kena dakwa lagi? Sebab memang dia bersalah buat laporan PALSU kerana dialah orang sebenar dalam video seks tersebut. Bila anwar sahkan dia yakin dia bakal didakwa kes laporan palsu, itulah sebenarnya pengakuan bahawa MEMANG SAYA DALAM VIDEO TU.
~ pengikut Muhammad saw
Anwar kau dah check-mate LAGI!
~ pengikut Muhammad saw
MELAYU SUDAH BOSAN DENGAN PARTI POLITIK

Komen Pembaca:
- Anonymous said...
- aku yg bekas penyokong pas ni dah benci pas dan berangan angan nak sokong/undi umno..tapi beginilah cara umno nampak gayanya aku taknak ambik hal lah pasal mengundi ni..setelah aku berborak dgn kwn2 aku nampaknya mrk pun begitu jugak..tidak ada parti yg benar2 membela org melayu yg sudah tentunya beragama islam..taktau la nanti apa akan jadi pd melayu dan tanah melayu ni...
- 16 November 2011 00:59 P
~ pengikut Muhammad saw
Tuesday, 15 November 2011
NAJIB BERINGATLAH SEBELUM KENA, LUAHAN HATI AHLI UMNO
Komen Pembaca:
- Jabalnur said...
- Najib Pemimpin UMNO. Sebagai Pemimpin umno agenda paling besar bagi Najib adalah Pembelaan Nasib bangsa Melayu - TAPI apa yang kita lihat NAjib Lebih Cina dari Cina dan dengan 1 Malaysia Najib Melayu dah hampir pupus. Apatah lagi dengan pembelaan Najib terhadap Sekolah Cina, padahal ianaya adalah BERCANGGAH dengan Perlembagaan. Saya, sebagai penyokong UMNO TIDAK akan mengundi di PRU 13 nanti kerana kecewa dengan UMNO yang telah mengabaikan nasib Melayu secara TOTAL.
PRU 13 semakin terasa bahangnya. Najib perlu dengar luahan akar umbi sebelum jadi macam Pak Lah kerana undi protes. Tambahan lagi PRU13 adalah pilihanraya umum pertama buat Najib sebagai PM. Jangan ambil mudah suara akar umbi kerana merekalah yang mempengaruhi satu sama lain dalam lingkungan masyarakat yang turun mengundi.
~ pengikut Muhammad saw
Monday, 14 November 2011
ANWAR, JALAN KAU SEMAKIN SEMPIT....
Mana alibi & bukti wahai Anwar yang kau cakap diawal kes tahun 2008 dulu? Sekarang perbicaraan dah nak tutup tirai, masa sesi pembelaan mana alibi kau wahai anwar? Kenapa tidak nurul izah & wan azizah jadi alibi kau sebab anak-beranak ni beria-ia cakap kau ada bersama mereka, kenapa tidak guna alibi ni? kalau nurul izah dan azizah jadi alibi kau seperti video dibawah kau punya orang percaya sikit, ni langsung tidak ada alibi, prof yang meeting dengan kau pun tak sanggup jadi alibi, tuan rumah pun tak sanggup jadi alibi,
so mana alibi kau ni Anwar? kenapa tak guna pak lebai Nik Aziz dan Hadi Awang jadi alebai kau?
ANWAR DAH CHECK-MATE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
~ pengikut Muhammad saw
Subscribe to:
Posts (Atom)








