Wednesday 11 September 2013

PENTING: PAS BERTAMBAH LIBERAL DAN ISLAM BUKAN LAGI MATLAMAT PAS

Kalimah tauhid asas agama.

Semua tak faham maksud tersirat pihak gereja. Tahukah bahawa kalimah Allah adalah kalimah yg terdapat pada kalimah syahadah? Jika sekiranya kalimah Allah diguna oleh pihak gereja yang membawa maksud Yesus/Jesus yang miliki anak maka tidakkah anak-anak orang islam akan datang akan keliru dgn kalimah Allah yg ada pada kalimah syahadah pd rukun islam pertama? Rosak penggunaan dan pemahaman maksud kalimah Allah maka rosaklah kalimah syahadah. Maka rosaklah asas agama kerana kalimah syahadah adalah asas agama. Ini adalah usaha licik pihak gereja untuk dakwah melayu di semenanjung. Bible dalam bahasa melayu utk melayu krn india dan cina semenanjung baca bible english.

Seumpama bangunan yang gah berdiri cantik kelihatan kukuh dan teguh pada pandangan mata tetapi jika asasnya lemah maka bila datang bencana tumbanglah bangunan.

Sebegitulah keadaannya jika asas agama rosak maka seluruh agama pasti rosak walau diluar nampak cantik kerana asas agama iaitu kalimah tauhid yang letaknya dihati sudah rosak.

PAS perlekehkan usaha sebahagian besar orang islam negara ni yang mempertahankan kalimah Allah. Kata mereka kalimah Allah sibuk jaga, hukum hudud tak nak buat.

Tidakkah PAS sedar bahawa kalimah tauhid merupakan asas agama. Asas agama bukan perkara main main tapi sayang PAS berfikiran ini bukan hal besar walhal ia berkaitan dengan asas agama yang terletak pada kalimah syahadah atau kalimah tauhid.

Alhamdulillah semakin ramai yang sedar bahawa PAS tidak lagi pentingkan islam dalam perjuangkan mereka. Islam hanya sebagai alat bagi PAS untuk dapat kuasa dan Putrajaya. Bukti sangat jelas dalam kes kalimah Allah ni. PAS jadi jurucakap bagi pihak kristian supaya kalimah Allah boleh dipakai oleh kristian. 

No comments:

Post a Comment