Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini malam tadi, selepas individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook, menyarankan supaya Ketua Polis Negara ditembak mati.
Ia susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.
Kesan individu bertanggungjawab
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah. Difahamkan, Polis Dang Wangi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk mengesan individu terbabit.
Dalam perbualan di Facebook, Murugan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan selepas dua kenalan di laman sosialnya memfitnah polis dengan mendakwa Ops Cantas Khas yang dilancarkan bagi mengesan ahli kongsi gelap dan pertubuhan tidak berdaftar di negara ini sejak 17 Ogos lalu, hanya bertujuan membunuh orang India.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.
Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
Berikutan kenyataan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi di sini semalam. - BERNAMA
Inilah keling namanya belit cam ular pastu kena gertak ..kecut. Dey!
SUDAH MASUK BUKU POLIS MANA MAU LARIIII........
ReplyDeleteGAMBAR SUDAH ADA.......AYO AYO AYO ..STUPID STUPID STUPID
India itu nama negara, Hindu itu agama. Tamil adalah bahasa orang india. Bangsa mereka tetap KELING..
ReplyDeletePatut dah lama samseng2 tu kena tembak mampus. Org ramai lama dah hidup dlm kerisauan.
ReplyDelete