Sunday, 5 February 2012
MAULIDURASUL: SUNNAH BAGINDA SAW PALING BESAR
BUKTI CINTAKAN RASULULLAH BUKAN MEMADAI SEKADAR UCAPAN SELAWAT, TETAPI BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA BAGINDA DAN MENGIKUTI AJARAN DAN SUNNAH BAGINDA SAW DAN SUNNAH BAGINDA SAW YANG PALING BESAR IALAH MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH.
Ali-Imran
[31]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Yusuf[108]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, menyeru manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata, kerja aku dan orang-orang yang mengikuti aku. Dan aku menegaskan, Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
1. Sejarah kebangkitan islam jelas menunjukkan bahawa 10 tahun pertama kerasulan Nabi Muhammad saw membuktikan sebelum Allah fardhukan rukun islam kedua pada ketika peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah saw dan sahabatnya menjalankan kewajipan kepada rukun islam pertama iaitu mencegah mungkar manusia yang tidak mengucap 2 kalimah syahadah dengan mengajak seluruh bangsa arab menerima 2 kalimah syahadah. Inilah bukti Rasulullah saw dan sahabat menunaikan hak/TUNTUTAN rukun islam pertama selepas menerima pengakuan kalimah syahadah.
2. Kerja amar makruf nahi mungkar, merupakan hak kalimah syahadah.
3. TUNTUTAN rukun islam pertama ialah menjalankan 'kerja amar makruf nahi mungkar' seperti Rasulullah saw tunjukkan.
4. Apakah kerja amar makruf nahi mungkar? Kerja amar makruf nahi mungkar ialah mencegah mungkar manusia dengan mengajak kepada yang makruf (kebaikan). Manusia ada 2 golongan umumnya iaitu golongan bukan islam dan golongan orang islam. Kemungkaran kedua-dua golongan ini wajib dicegah.Tidak ada alasan yang boleh membatalkan perintah mencegah mungkar kedua-dua golongan manusia ini.
Ali-Imran
[32]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
Al-Maidah
[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (tidak menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
Ali-Imran[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), (kerana) kamu mengajak kepada kebaikan(amar makruf) dan mencegah keburukan(nahi mungkar), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Fusillat[33]
Dan tidak ada perkataan yang lebih baik daripada perkataan orang yang menyeru manusia kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment