Tuesday 31 July 2012

NIK AZIZ BUKAN ULAMA


In my opinion, Dato’ Nik Aziz is not Ulama but ahli Kitab. However all PAS members and many Muslims in Malaysia regard him as Ulama. 

In my opinion, Dato’ Nik Aziz does not have the correct understanding of Islam. Many of his recent speeches that I have heard from the Youtube are not in accordance to Quran and Hadis.

He is more a politician than Ulama. With such wrong understanding about Islam, Dato’ Nik Aziz would not be able to practice the true Islamic practices in his administration.

Sumber: KLIK

ARTIS DIDAHULUKAN, AHLI KITAB DIKEMUDIANKAN

PAS nampaknya gembira betul dengan kehadiran artis yang dikatakan mahu mendalami islam join PAS. Maka diheretlah ke hulu dan ke hilir artis-artis ini ke ceramah ceramah PAS.

Contoh terkini ialah Abby. Awalnya dia menafikan bahawa dia minat untuk join PAS, sebaliknya ke pentas ceramah PAS hanya untuk kongsi pengalaman penghijrahan dari tidak bertudung kepada bertudung.

Tapi setelah beberapa ketika, hajat hati Abby tidak dapat dirahsiakan lagi dengan dia serahkan borang PAS sebagai ahli seumur hidup. Maka dengan itu makin rancaklah dia ke pentas ceramah PAS.

Dulu Aisyah, lepas tu Bob Lokman, Hairie Othman dan terkini Abby.

Mereka dibawa kehulu kehilir untuk bercakap tentang perjuangan islam PAS. Hakikatnya mereka tidak layak untuk bercakap tentang hukum agama, tidak ada hikmah dan ilmu yang cukup untuk bercakap tentang islam kerana kecetekan ilmu tentang agama islam. 

Dulu bergelumang dengan dosa. Bergaul sesuka hati diantara yang bukan mahram. Solat dan sejadah asing buat mereka. Tudung untuk tutup kepala tidak ada.

Tapi sekarang bila join PAS, mereka seumpama sejak dari lahir belajar tentang islam. Boleh sesuka hati menghentam wanita yang belum dapat hidayah Allah untuk bertudung.

Abby seolah-olah sejak dari lahir bertudung. Keluar je ke dunia ni, Abby dah siap lengkap bertudung bila kita lihat dia sesedap hati melipat wanita yang belum dapat taufik untuk bertudung.

Abby seakan lupa diri. Siapa dia dulu. Dari mana dia dulu. Dia tidak sedar dia dulu dari longkang busuk dengan hanyir maksiat. Tapi setelah join PAS segala-galanya berubah sekelip mata.

Dia lupa asal usulnya. Menghukum orang islam yang tidak bersamanya dalam PAS sebagai bukan umat nabi saw. 

Kemana ahli kitab dalam PAS untuk menegur kemungkaran yang dibuat oleh Ustazah Segera ini?

Mana ahli kitab Harun Din, Harun Taib? 

Kenapa ahli kitab ini tidak ditonjolkan dalam banner-banner ceramah PAS? dan sebaliknya artis yang jadi Ustaz dan Ustazah segera ini begitu ditonjolkan?

Inilah tandanya PAS bukan perjuangkan islam tapi perjuangkan populariti supaya ramai orang suka dengan bawak masuk artis-artis yang sesat yang mahukan cahaya islam ke dalam parti ajaran sesat (PAS)

Rujukan: KLIK

Monday 30 July 2012

NIK ABDUH MAHU MELAYU JADI SEPERTI ROHINGYA DI MYANMAR KE?


Nik Abduh dikesan berkata dihujung rakaman ini yang membawa maksud kepada PAS sanggup buat apa sahaja untuk rampas kuasa sehinggakan karpet hijau bertukar darah merah. Ini satu kerahan dan seruan supaya pengikut PAS sanggup bermandikan darah demi rampas kuasa dari pemerintah sekarang.

Seruan macam nilah yang membawa kepada ada yang singkat akalnya bertindak seperti mamat Jaya Negara dan wanita yang membawa pedang samurai ke pejabat JPM baru-baru ni.

Ini bukti jelas bahawa Nik Abduh layak ditahan dibawah akta hasutan. Kalau dulu sumbat dalam kem tahanan Kamunting Taiping bawah akta ISA.

Puak PAS ni mahu agaknya melayu di negara ini jadi macam rakaman dibawah ini.

Friday 27 July 2012

NIK AZIZ SEMAKIN SESAT, INILAH BALASAN ALLAH MENJUAL AGAMA DEMI KUASA



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Nik Aziz bukan ulama. Ulama nama gelaran mulia bagi orang yang takut Allah seperti yang Allah terangkan dalam Quran.

Nik Aziz ialah ahli kitab. Ahli kitab suka putar belit ayat Allah dalam Quran agar kena dengan hawa nafsu. Nik Aziz seangkatan dengan ahli kitab yahudi dan nasrani yang putar belit ayat Allah dalam Injil dan Taurat.

Kalaulah takdir Allah bahawa PAS memerintah Malaysia, Islam akan jadi macam bola yang akan ditendang sana sini oleh ahli kitab PAS. Seperti syiah yang mana ketua-ketua mereka ubah Quran sesuka hati.

Celakalah Nik Aziz kalau mati tidak sempat bertaubat.

Rujukan: KLIK

Wednesday 25 July 2012

USTAZ MENIPU!!!


Ustaz ini kaki kelentong dan kaki lebong. Kopiah atas kepala tapi tipu orang. Hangit habis ditipu ahli PAS yang jahil lagi bodoh tentang islam.

Percayalah, PAS bukan memperjuangkan islam tapi menggunakan islam untuk dapat kuasa, harta dan pangkat.

Tuesday 24 July 2012

JANGAN HAIRAN DENGAN AHLI KITAB DALAM PAS MEMPERMAINKAN HUKUM HUDUD

Percayalah wahai pembaca bahawa PAS bukan perjuangkan islam tetapi mereka hanya menggunakan modal 'islam' untuk dapat kuasa yang ada pada UMNO. Itu sahaja.

Mereka bukan diketuai oleh ulama tetapi ahli-ahli kitab yang pandai menipu menggunakan modal agama untuk memperdayakan kebanyakan orang islam yang jahil tentang islam.

Jadi tidak hairan banyak fatwa sesat yang telah dikeluarkan oleh ahli kitab dalam PAS. Ahli kitab yang famous dalam PAS antaranya Nik Aziz, Hadi Awang, Nasrudin Tantawi, Harun Taib, Azizan, Harun Din dan beberapa lagi.

Ahli kitab dalam PAS sama seperti ahli kitab dalam syiah. Ahli kitab dalam PAS sama seperti ahli kitab dalam ajaran Yahudi dan Nasrani.

Ahli kitab Yahudi dan Nasrani memutarbelit ayat-ayat Allah dalam kitab suci Injil dan Taurat. Ahli kitab dalam PAS memutarbelit ayat-ayat Allah dalam kitab suci Quran.

Al-Baqarah[146]
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Ali-Imran[64]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

An-Nisa[171]
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar;
 

At-Taubah[31]
Mereka(Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
 

Perangai ahli kitab sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Memutarbelit ayat Allah supaya mereka dapat faedah dan keuntungan duniawi dengan perantaraan agama.  

Kes perlaksanaan hukum hudud ni sudah mainan politik PAS. Mereka ni buruk sangat perangai kerana berani mempermainkan ayat-ayat Allah untuk tipu ramai orang agar undi dan sokong mereka dan pastikan mereka dapat kuasa.

Rujukan: KLIK

Friday 20 July 2012

ABBY SUDAH TAKSUB PADA PERJUANGAN ISLAM YANG PALSU YANG DITERAJUI AHLI KITAB DALAM PAS


Abby percaya perjuangan PAS ialah perjuangan islam. PAS mahu berkuasa seperti mana parti-parti politik lain di dunia ini. Tidak ada perintah Allah untuk berusaha dapatkan kuasa. PAS yang mendakwa ada perintah Allah untuk dapatkan kuasa. Allah tidak pernah menyuruh seluruh nabi dan rasul yang dihantar ke dunia ini untuk dapatkan kuasa.

'Nak kuasa' bukan maksud nabi dan rasul dihantar ke dunia ini. 

Si jahil Abby tahu ke kisah Nabi Muhammad saw pernah ditawar kuasa di Mekah dengan syarat tinggalkan kerja mengajak manusia kepada Allah. Dan nabi kita telah tolak dengan berkata bukan setakat kuasa di Mekah ditawarkan bahkan kalau mereka (pembesar mekah) mampu tawarkan bulan dan matahari atas maksud supaya nabi kita tinggalkan kerja mengajak manusia kepada Allah, tidak akan nabi kita ambil kuasa, bulan dan matahari kerana nabi kita sanggup mati atas kerja mengajak manusia kepada Allah.

Kesian si jahil Abby ni percaya perjuangan sesat PAS sebagai perjuangan suci dalam islam.

Abby tahu ke tidak PAS sama seperti parti politik yang hanya wujud dalam sistem demokrasi? PAS adalah parti politik dalam sistem demokrasi.

Sistem demokrasi itu sendiri tidak pernah wujud dalam ajaran suci Islam yang diwahyukan oleh Allah swt. 

Sistem demokrasi sama seperti sistem riba. Keduanya diasaskan oleh orang kafir yang cintakan dunia kuasa harta dan pangkat.

PAS mahu tegakkan islam dalam sistem orang kafir? PAS mahu majukan ekonomi islam guna sistem riba?

Bodoh lagi jahil. 

PAS buat kerja sia-sia kerana mahu tegakkan islam dalam tong najis. Sistem demokrasi ialah sistem tong najis.

Apa maksud sistem demokrasi? Apa maksud sistem monarki? Apa maksud sistem khalifah?

Ketiga-tiga sistem diatas ialah untuk memilih ketua untuk memimpin.  Diantara tiga itu mana satu ada dalam islam?

Abby tahu ke tidak bahawa sistem demokrasi dan sistem monarki tidak ada dalam islam?

Yang hanya ada dalam islam ialah sistem khalifah!

Mahu tegakkan islam tidak salah! Tapi yang salah ialah perjuangan menegakkan islam dalam sistem orang kafir yang salah.

Selamanya islam tidak akan hidup kalau tegakkan islam guna sistem orang kafir sebagaimana ekonomi orang islam takkan maju kalau guna sistem riba.

Kerana itulah, mana-mana perjuangan islam dalam sistem demokrasi selamanya tidak akan menghidupkan islam. Tengoklah apa islam yang hidup di Kelantan dan Kedah. Semuanya tipuan belaka. Kes zina tinggi, kes dadah tinggi, kes AIDS tinggi dan kes cerai tinggi.

Apa islam PAS di selangor buat? Apa berlaku pada Hassan Ali? Apa berlaku pada Anwar? Apa berlaku pada Azmin Ali?

Islam sangatkah PAS? ADUN Selinsing, ADUN Perupok apa jadi pada mereka? Siapa mereka kalau bukan bergelar ustaz? Mereka semua asalnya ahli kitab Quran seperti ahli kitab Injil dan ahli kitab Taurat yang bila ada peluang buat maksiat seperti berzina, mereka akan lakukan. Sebelum jadi ADUN peluang tak banyak sebab kuasa dan duit takda banyak. Selepas jadi ADUN mengalahkan ahli politik dalam UMNO.

Apa jenis islam dalam PAS yang menarik hati si jahil Abby untuk bersama?

Abby kata PAS ialah parti yang satu-satunya menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar?

Apa mungkar yang difaham oleh orang PAS? Apa makruf yang difaham oleh orang PAS?

Mungkar sebenar ialah yang Allah sebut dalam Quran iaitu manusia yang tidak mahu mengaku dan mengucap keesaan Allah dan kerasulan nabi iaitu enggan menerima dua kalimah syahadah seperti Abu Talib, Abu Jahal, Firaun, Namrud, Haman, Qarun dan umat terdahulu yang telah Allah binasakan. Inilah mungkar besar yang manusia buat yang mana Allah suruh semua nabi-nabi cegah.

Apa pula makruf yang Allah maksudkan dalam Quran? bukan pangkah PAS! 

Maksud sebenar makruf ialah manusia diajak mengaku keesaan Allah dan kerasulan nabi iaitu diajak mengucap 2 kalimah syahadah seperti seluruh nabi telah buat.

PAS telah sesat  menakrif apa itu mungkar dan apa itu makruf. Apa punca mereka sesat? Kerana pemimpin PAS bukan ulama yang takutkan Allah tetapi ahli kitab Quran yang telah jual agama untuk dapat kuasa pangkat dan harta.

Abby selama ini sesat tapi ingin berubah amalkan islam tetapi malang dan seribu kali sayang kerana  silap pilih jalan. PAS ialah sebahagian dari jalan sesat yang nabi sebut umatku pecah 73 golongan, 72 jalan sesat dan hanya satu jalan yang lurus iaitu yang ikut aku dan sahabatku.

PAS sesat kerana mahu tegakkan islam dalam sistem orang kafir. PAS sesat kerana dipimpin oleh ahli kitab dan bukannya ulama.

Abby juga sesat kerana memilih jalan sesat.!!!

Jalan yang lurus ialah jalan Muhammad saw dan sahabatnya yang  mahu hanya keredhaan Allah dan bukannya mahu kuasa gila ke Putrajaya.

Rujukan: KLIK

Thursday 19 July 2012

DALAM PAS TIADA ULAMA TAPI AHLI KITAB, KERANA ITU MEREKA SEMUA JADI SESAT


Kesesatan PAS lagi terserlah dengan ceramah anak Nik Aziz ini iaitu yang disampaikan Nik Abduh ketika Perhimpunan Hijau baru-baru ni.

Dalam ceramah itu, ketaksuban PAS pada warna hijau menyerlahkan betapa tebalnya sifat assabiyah PAS. Kebenaran berdasarkan pada Quran dan Sunnah dibuang jauh-jauh sebaliknya hanya cukup warna hijau sebagai lambang kebenaran perjuangan islam palsu PAS. Baju hijau, karpet hijau, payung hijau, hati hijau. Mana ayat Quran membenarkan bahawa hijau adalah tanda kebenaran. Sesat sungguh ajaran Islam PAS.

Nik Abduh menipu ahli PAS bahawa Allah perintahkan PAS merampas Putrajaya. Mana ada perintah Allah suruh dapatkan kuasa? Ayat Quran mana satu?  hadis mana satu?

Nik Abduh mengakui ahli PAS orang beriman dan ahli UMNO penyembah syaitan. Sekarang penyembah syaitan iaitu orang UMNO merampas kuasa dari orang beriman iaitu ahli PAS. Mana akidah Nik Abduh ni? Siapa yang beri kuasa? Allah atau manusia? Lupakah wirid selepas solat?

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Ayat quran diatas jelas menunjukkan kuasa pemerintahan ditentukan oleh Allah swt bukan orang yang menentukannya. PAS sudah sesat dalam sistem demokrasi dan akidah telah salah dan sesat dengan menyakini kuasa diberi oleh orang dan bukannya Allah.

Perjuangan islam PAS bukan perjuangan yang suci kerana perjuangan dapat kuasa adalah perjuangan manusia yang cinta dunia. 

Perjuangan yang suci ialah perjuangan dapatkan keredhaan Allah dan Allah akan redha bila manusia mentaati perintah-perintah Allah dan mengajak manusia mentaati perintah Allah.

PAS bukan perjuangkan supaya perintah Allah hidup tetapi supaya mereka dapat kuasa, harta dan pangkat. Pemimpin PAS menipu ahli PAS yang kononya mereka mahu tegakkan islam walhal bohong semata-mata. Hakikatnya pemimpin PAS tamak kuasa harta dan pangkat.

Buktinya apa yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Selangor ternyata PAS bukanlah menghidupkan perintah Allah tetapi sebaliknya PAS menggadaikan perintah Allah demi pangkat, kuasa dan harta.

Ramai orang islam yang jahil agama seperti golongan artis seperti Bob Lokman, Abby, Aisyah dlln yang mahu agama pergi pada PAS kerana mereka sangka PAS perjuangkan islam dan PAS dipimpin oleh ketua yang berstatus ulama.

Sebenarnya, ulama dalam PAS sebenarnya buka ulama tetapi ialah ahli kitab Quran sama seperti ahli kitab Injil dan Taurat.

Ahli kitab Injil, Taurat dan Quran berani ubah ayat Allah tetapi Ulama tidak sesekali berani ubah ayat Allah kerana Ulama takut Allah. Ahli kitab seperti Nik Aziz, Nik Abduh, Hadi Awang sangat berani tukar ayat Allah demi kuasa harta dan pangkat.

Rujukan: KLIK

Thursday 12 July 2012

RAJA PECUT SUKMA DARI TERENGGANU: TERIMA KASIH GOMO


Sumber: Gomo

WAJIB SEBARKAN KE SELURUH PELOSOK MALAYSIA: KESESATAN PAS MENJADI-JADI


KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.


Nik Azizlah bertanggungjawab atas kesesatan ahli PAS sehingga taksub membabi buta hingga langgar semua syariat islam KLIK

Wednesday 11 July 2012

'ALLAH SELAMATKAN KAMU'- SELAMAT HARI LAHIR BUAT TUN

Sumber: GAP

BUKTI HADI BUKAN ULAMA TETAPI AHLI POLITIK TEGAR


Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas.  "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. 

"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu
Islam," katanya. Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

 Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi. Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.  “Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu.

 “Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui.

 Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara. Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan. -SH 

Ulasan:

Di Perak, berapa kerusi PAS menang berbanding dengan DAP? terlalu kecil bukan dan Nizar jadi MB perak dulu atas percaturan DAP kerana DAP boleh pegang leher Nizar supaya ikut cakap DAP.

Di P.Pinang,  kerusi Exco kerajaan PP tak ada satu pun diberikan oleh Guan Eng ..Jadi macamana PAS cakap mereka parti  paling kuat dalam Pakatan ??

Di Selangor pulak , bila Dr Hassan Ali hilang jawatan Exco Agama .. potrfolio berkenaan itu pun dirampas oleh PKR dan tidak diberikan kepada PAS ...

Selepas Tunku Aziz tamat tempoh sebagai ahli senator negara, dua senator baru dilantik iaitu satu dari DAP dan satu lagi dari PKR...

Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.

Dalam PRU12, PAS hanya menang 23 kerusi parlimen berbanding DAP 28 dan PKR 31. Statistik ini pun dah menggambarkan siapa patut jadi 'abang besar' dalam PR.

Hadi bercakap bohong!

Tuesday 10 July 2012

'IMAM MAHDI' MUNCUL DENGAN PEDANG





Bertakbir beberapa kali dan melibaskan pedang samurai serta memecahkan cermin kereta. Mahu gulingkan kerajaan. Elemen-elemen atau doktrin ikrar PAS ada dalam fahaman pemuda dan wanita di atas. Bekas pengikut PAS pernah membongkar rahsia PAS bahawa jika PAS gagal tawan malaysia melalui demokrasi mereka akan lakukan cara kekerasan. Buktinya Bersih 3.0.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pemuda ni boleh ke blognya KLIK dan blog wanita pula di KLIK

Monday 9 July 2012

SEBAB KAMAL HISHAM SURUH UNCLE SEECKERS SERANG SULTAN JOHOR



Kalau betul Kamal Hisham tidak bersalah kenapa suruh blogger Uncle Seeckers serang Sultan Johor? 

Kalau Sultan Johor seorang ahli politik seperti Nik Aziz masuk akal lah kenapa Sultan Johor diserang begitu teruk oleh blogger dari Janda Baik.

Asalnya aku heran kenapa duk serang Sultan Johor kaw kaw. Rupa-rupanya ada sebab. Kalau Kamal Hisham tak bersalah gunalah saluran betul untuk buktikan dia tidak bersalah, kenapa guna blogger yang tak berapa betul untuk serang Sultan Johor?

Rupa-rupanya dia nak tutup kes penipuan perniagaan yang telah dibuat bertahun-tahun. Dengar video di atas ada percanggahan fakta tentang tarikh penubuhan syarikat dan tarikh syarikat beroperasi. Dimana tarikh penubuhan syarikat berlaku selepas beberapa tahun syarikatnya beroperasi.

Muka si Kamal Hisham kat dalam video atas jelas nampak buat-buat sedih tagih simpati rakyat Malaysia, kerajaan, Polis dan keluarganya.

Suaram tak nak bela dia ni ke?

Sumber: KLIK

DEMOKRASI DI MALAYSIA AKAN LENYAP DENGAN KEBANGKITAN ISLAM



DAP tanding 90 kerusi?

KUALA LUMPUR 8 Julai - DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.

Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.

Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘diturunkan pangkat’ berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Bagi DAP, ia penambahan 43 kerusi berbanding 2008 sekali gus, meletakkan parti itu dalam kedudukan terbaik dan selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin parti mereka jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya melantik Anwar.

“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.

“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa suarapakatanrakyat.com.

Pada pilihan raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi.

Sementara itu, mykmu.net pula berkata, jika pun pembangkang gagal menawan Putrajaya, DAP akan sentiasa berada tiga hingga empat langkah ke depan berbanding PKR dan Pas dalam menentukan hala tuju pakatan, sehingga parti itu layak digelar ‘abang besar’ selepas ini.

Lebih memburukkan keadaan dakwa blog itu lagi, daripada 66 kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, sehingga kini hanya 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’ dan keadaan berkenaan memberi kelebihan tambahan kepada DAP kerana rata-rata calon PKR bukan Melayu.

“Andai kata kuota pembahagian ini kekal dan dengan mengambil kira sokongan masyarakat Cina kepada DAP serta perpecahan undi Melayu, parti itu akan memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih besar. Makanya, Pas kekal sebagai balaci dan PKR akan jadi pendokong kuat DAP.

“Ditambah dengan sokongan wakil rakyat PKR yang bukan Melayu, bakal Perdana Menteri bukan Anwar tetapi pemimpin DAP itu sendiri dan kalau pun Anwar dilantik demi untuk menjaga perasaan orang Melayu, ia sekadar boneka seperti mana di Perak sebelum ini," dakwa blog itu lagi.

Rujukan: KLIK

Sunday 8 July 2012

Wednesday 4 July 2012

AJARAN ISLAM PAS SESAT DAN MENYESATKAN


Taksub habis. Ini benar-benar sesat dan menyesatkan. Mana satu ayat Quran dan Hadis yang membuktikan dakwaan ustaz PAS di atas benar?

Pasti tidak ada kerana sistem demokrasi tidak ada dalam islam. Betapa bodohnya ustaz dalam PAS yang menyangka perjuangan parti politik ada dalam islam. Ini bidaah terbesar yang PAS telah jaja selama ini, yang telah sesatkan ramai umat islam yang jahil tentang islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Rupanya ustaz dalam PAS nampak je macam faham islam tapi hakikatnya bodoh dan jahil tentang islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Tidak kiralah Nik Aziz, Hadi Awang, Azizan, Harun Taib, Harun Din yang bawak imej islam tapi jahil tentang perjuangan islam yang sebenar.

Sistem riba ada dalam islam wahai ustaz dan ulama PAS?

Sistem demokrasi, parti politik ada dalam islam wahai ustaz dan ulama PAS?

Sebenarnya, orang islam yang terkemudian sahaja mentakrifkan bahawa sistem demokrasi ada dalam islam seperti Syed Qutb, Maududi, Nik Aziz, Hadi Awang dan orang agama yang bergelumang dalam sistem demokrasi. Walhal dakwaan ini adalah silap, bidaah dan menyimpang dari ajaran islam sebenar.

Inilah akibat yang menimpa PAS bila memandai mandai buat bidaah dalam islam.  Jadilah seperti ustaz kat atas buat dakwaan bodoh seperti jugak Nik Aziz yang buat dakwaan bodoh mengatakan Quran adalah politik, semoga Allah buka jalan pintu taubat untuk Nik Aziz atau kalau tidak ada ketentuan hidayat dalam pengetahuan Allah untuk Nik Aziz, matikan dia cepat cepat sebelum bertambah tambah dosa menyesatkan umat islam.

Allah sebut dalam Quran bila berbantah-bantah dalam sesuatu perkara hendaklah kembali kepada Quran dan Sunnah (al-maidah 59).

Tuesday 3 July 2012

PELAKON HAIRIE MASUK 'ISLAM PAS', DIA NI SESAT PILIH JALAN...KESIAN


Ini namanya jahil muraqab. Sebab tu ramai yang jahil agama yang nak islam terus join PAS kerana menganggap PAS adalah perjuangan islam walhal tidak benar sama sekali. PAS sama seperti UMNO dan PKR, parti yang dibentuk dalam sistem demokrasi. Parti hanya hidup dalam sistem demokrasi dan parti tidak hidup dalam sistem Khalifah.

Apa tujuan sistem demokrasi, monarki dan khalifah?

Tidak lain tidak bukan ialah untuk memilih ketua atau pemimpin. Inilah persamaan ketiga-tiga sistem tersebut.

Tetapi hanya sistem khalifah ada dalam islam. Sistem khalifah berasaskan siapa yang paling terbaik dari segi taqwa, bijaksana, tegas, warak, berani bercakap benar akan dipilih sebagai ketua.

Namun sistem demokrasi dan monarki berasaskan keinginan untuk jadi kaya raya dan berkuasa.

PAS telah sesat dari ajaran islam sebenar kerana bergelumang dalam sistem orang kafir untuk tegakkan islam. Inilah batil dan membawa fitnah besar kepada islam.

Ramai orang yang jahil agama yang nak berubah jadi baik seperti Hairie, Abby, Bob Lokman, Sham kamikaze, Aisyah dan lain-lain telah tertipu dengan PAS. 

PAS bukan perjuangkan islam tapi perjuangan kuasa dan harta.

Sumber: KLIK

Monday 2 July 2012

NAZAK


Ada yang mula terasa politik membosankan KLIK kerana ia bukan sesuatu yang benar dalam islam KLIK