Wednesday 31 July 2013

MENARIK: KISAH TIKUS BAIKI LABU


Hari ini, PM mengumumkan akan memberi apa saja kuasa kepada polis untuk membendung jenayah senjata api yang makin menjadi2.

SOALNYA? Adakah hanya kerana kali ni ianya melibatkan individu berprofil tinggi, pengasas AmBank dan Kenapakah segala jenis Akta yang bertujuan membendung dan yang boleh digunakan untuk pencegahan awal jenayah berat sewenang-wenangnya DIMANSUHKAN atas desakan / nasihat pihak tertentu??

Dan tidakkah sebelum ini kebimbangan sama telah disuarakan oleh pihak polis sendiri dan lebih2 lagi olen bekas PM kita Tun Mahathir dan mantan KPN, Tan Sri Rahim Nor??

Untuk makluman, mengikut lapuran akhbar, pihak polis menegaskan bahawa terdapat lebih kurang 2000 penjenayah professional berada di luar sana dengan termansuhnya Akta Darurat...

SO FIKIR2KANLAH wahai Tuan PM. "A simple excuse that the existing law will be abused is not the reason why it must be totally abolished!!"

- Rakyat Kelantan -

Tuesday 30 July 2013

DI ZAMAN PEMERINTAHAN NAJIB...NASIB ISLAM, MELAYU DAN TANAH TUMPAH DARAH


1. Di zaman pemerintahan Najib, budak Cina simbah surau dengan cat merah di Melaka cukup diselesaikan dengan permintaan maaf tetapi budak melayu yang bakar pintu gereja di Ulu Klang kena tindakan penjara beberapa tahun.

2. Di zaman pemerintahan Najib, Namewee hina agama islam dengan main-mainkan azan dan juga main-mainkan lagu negaraku tiada tindakan diambil malahan Najib jadikan dia sebagai ikon 1Malaysia.

3. Di zaman pemerintahan Najib, budak cina bernama Alvin dan Vivian hina agama islam dilepaskan dengan jaminan dan boleh bebas tetapi budak melayu yang pukul budak cina yang hina islam bakal berdepan dengan hukuman berat iaitu hukuman mati.

4. Di zaman pemerintahan Najib, guru cina di Johor hina orang melayu dengan perkataan bodoh tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun report polis telah dibuat oleh penjaga murid melayu di sekolah tersebut tetapi Guru besar sekolah berdepan dengan siasatan kerana menyediakan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara kerja ubah-suai kantin siap.

5. Di zaman pemerintahan Najib, filem cina berjudul The New Village yang mengangkat martabat cina komunis yang konon membebaskan negara ini dari kezaliman British telah diluluskan oleh Finas tetapi filem yang mengangkat martabat melayu Tanda Putra tidak diluluskan bertahun lama.

6. Di zaman pemerintahan Najib, ISA dihapuskan dan kesannya ahli politik semakin berani dan semakin melampau buat kacau bilau dalam negara ini.

7. Di zaman pemerintahan Najib, Akta Pencegahan Jenayah dihapuskan dan pelbagai akta yang berkaitan dengan keamanan negara dihapuskan demi menyenangkan hati pembangkang dan akhirnya tengoklah kejadian tembak mati makin mendadak akhir-akhir ini.

8. Di zaman pemerintahan Najib, Najib mencuba nasib negara ini dengan join TPP yang beri keuntungan kepada Amerika.

9. Di zaman pemerintahan Najib, Najib telah rosakkan rakyat negara ini dengan pemberian duit.

10.Di zaman pemerintahan Najib, EC (Suruhanjaya Pilihanraya) dipaksa letak bawah parlimen.

11.Di zaman pemerintahan Najib, melayu rasa sangat sakit hati berbanding bawah pemerintahan Pak Lah.

12.Di zaman pemerintahan Najib, cina dan india merasa mereka patut dapat hak sama rata dari segi agama dengan tuan tanahair ini iaitu melayu.

13. Di zaman pemerintahan Najib, cina secara terbuka dalam PRU-13 menunjukkan mereka mahu kuasa pemerintahan negara ini selepas kuasa ekonomi berada kukuh dalam genggaman mereka.

14. Di zaman pemerintahan Najib, projek GLC untuk syarikat bumiputera seperti perkhidmatan internet di sekolah-sekolah seluruh negara diserahkan kepada syarikat cina, YTL dimana sebelum ini diurus dua syarikat bumiputera iaitu JARING dan TM.

15. Di zaman pemerintahan Najib, apa lagi bakal berlaku.....

16. Di zaman pemerintahan Najib, ada lagikah kes orang islam-melayu akan dipijak-pijak....

17. Di zaman pemerintahan Najib, adakah islam akan jadi layu...

18. Di zaman pemerintahan Najib, adakah cina akan semakin kukuh cengkaman keatas negara ini...

19. Di zaman pemerintahan Najib, adakah penasihat-penasihat Najib akan terus memperbodohkan Najib dengan pelbagai mimpi indah..

20. Di zaman pemerintahan Najib, apa lagi......

Sebagaimana Tun M tidak pernah kenal penat lelah menggesa Pak Lah turun takhta dulu ..begitulah kami umat islam takkan kenal penat lelah menggesa Najib, Hishamudin, Nazri dan KJ tinggalkan barisan kepimpinan melayu-islam demi menjaga ketinggian agama islam, bangsa melayu dan tanah air ini..cukuplah bodohkan rakyat demi masa depan politik kamu sebagaimana pemimpin & ustaz PAS bodohkan rakyat dengan agama palsu mereka demi masa depan politik mereka....

Monday 29 July 2013

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATO' SRI ZAHID HAMIDI....


Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kami umat islam di negara ini mahu Najib, Hishamudin dan Nazri letak jawatan dan berundur dari barisan kepimpinan UMNO demi kebaikan islam, bangsa melayu dan tanahair.


Thursday 25 July 2013

NAJIB PERLU BERUNDUR SEPERTI PAK LAH...INI DESAKAN MELAYU YANG SAYANGKAN ISLAM BANGSA DAN TANAHAIR INI



Syukur to Allah atas kemenangan


 UMNO...walau apapun tetap KECEWA dgn 


kepimpinan UMNO..


Melayu TOLAK 1MALAYSIA ! 


krn CINA TETAP CINA!

Tuesday 23 July 2013

ANWAR GEMBIRA RAYUAN SAIFUL BUKHARI AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI


PUTRAJAYA: Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Muhammad Shafee berkata pada Isnin beliau menganggap pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding rayuan itu sebagai khidmat awam dan akan menjalankan tugasnya dengan baik.

Beliau berkata ia adalah kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara untuk terlibat dalam pasukan pendakwaan bagi kes jenayah berprofil tinggi.

Beliau memberitahu dia dibayar gaji untuk memastikan bahawa pelantikannya secara kontrak adalah sah.

"Ia adalah satu jumlah yang kecil semata-mata untuk memastikan kontrak saya sah," katanya yang enggan mendedahkan jumlah tersebut kepada media.

Beliau berkata tiada sebarang konflik kepentingan terhadap saya untuk bertugas sebagai pendakwa raya.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata telah diberi kebenaran oleh Peguam Negara di bawah Seksyen 379 CPC untuk bertugas mewakili kerajaan bagi rayuan jenayah.

"Saya menerima surat bertarikh 2 Julai yang ditandatangani oleh Peguam Negara pada 11 Julai. Beberapa dokumen lain mengenai kontrak saya akan dilengkapkan pada Jumaat," katanya.

Jelasnya, beliau juga boleh mengendalikan kes lain selagi tidak wujud sebarang konflik.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam respon segera, Anwar yang dilaporkan Sinar Harian membantah perlantikan Muhammad Shafee yang dianggap sebagai musuh peribadinya sejak dari tahun 1998.
“Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa,” kata Anwar dalam twitternya.
Anwar tak nak lari ke mana-mana kedutaan ke? 

Monday 22 July 2013

ADAKAH AKAR UMBI GEMBIRA DENGAN NAJIB MENGETUAI UMNO UNTUK MEMBELA UMAT ISLAM & MELAYU?


Akar umbi makin rimas dengan tindakan Najib membuat tranformasi banyak perkara yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Negara makin tergadai. Antaranya penghapusan ISA, akta kepolisian spt EO , Akta Hasutan, cadangan EC diletak dibawah parlimen dan banyak lagi desakan pembangkang dan yang terkini tengah panas dibacarakan termasuklah oleh Tun M sendiri iaitu kes TPP yang seangkatan dgn IMF.

Najib kena santau kat Cina ke?

Thursday 18 July 2013

HARAPNYA ANWAR, PR & ORANG CINA TAK KEBAL DARI UNDANG-UNDANG NI...NAMEWEE PECER?

PUTRAJAYA 17 Julai - Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, akta baharu itu juga akan mengekalkan tiga prinsip utama antaranya menangani perbuatan yang membawa permusuhan antara kaum, menghina raja-raja Melayu atau mempersoalkan keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

''Prinsip pertama (Akta Keharmonian Nasional) ialah menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja.

''Kedua, menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini dan ketiga, menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, tindakan biadab dan kurang ajar pasangan muda Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina agama Islam menunjukkan kebebasan bersuara dan penyuaraan pendapat secara tidak bertanggungjawab boleh memudaratkan masyarakat.

''Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara, kebebasan itu tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan negara.

''Saya selalu tegaskan prinsipnya iaitu kebebasan dengan bertanggungjawab dan tidak boleh menjadi kebebasan penuh jika merugikan kepentingan negara dan keharmonian masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan akan berbincang dan meneliti pandangan mengenai keperluan adanya rang undang-undang baharu yang menyamai Ordinan Darurat.

Beliau berkata, selain polis dan Peguam Negara, pandangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan mungkin Majlis Peguam akan diambil kira mengenai keperluan rang undang-undang itu.

''Ada pihak yang mahu penahanan pencegahan dibenarkan dan ada yang tidak bersetuju. Apa yang penting, sebarang perundangan mesti ada keseimbangan melindungi hak individu dan menjaga kepentingan masyarakat dan ini juga memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_01/Ganti-Akta-Hasutan-tidak-akan-jejas-kuasa-kerajaan-dalam-isu-perpaduan#ixzz2ZMuh8cGw
© Utusan Melayu (M) Bhd

PEMIMPIN UMNO DAN MELAYU JANGAN JADI PENGKHIANAT AGAMA SENDIRI...BALA ALLAH BESAR AKAN MENERJAH KAMU...INGAT!!!!!!!! ORANG ISLAM MAJORITI MELAYU SANGAT MARAH KEPADA KAMU SEMUA KERANA ADA KUASA TAPI GUNA BUKAN ATAS JALAN YANG BENAR TAPI GUNA KERANA CINTAKAN KUASA DAN HARTA..JANGAN JUAL AGAMA SEPERTI USTAZ DAN PEMIMPIN PAS....MEREKA DAH GONE CASE!!!!!!!

Wednesday 3 July 2013

INILAH AKAN JADI BILA PAS DAN KAWAN PR MEMERINTAH NEGARA INI

KAHERAH 2 Julai - Pergolakan di Mesir yang dikepalai oleh pergerakan Tamarod semakin memburuk dengan Menteri Luar, Mohammed Kamel Amr bertindak meletak jawatan hari ini.

Pergerakan Tamarod pula mendapat sokongan dalam bentuk lojistik daripada parti-parti pembangkang yang berfahaman sekular dan mereka menggunakan medium internet seperti Facebook dan Twitter untuk meraih sokongan.

Malah, khabar angin bertiup kencang tentang Kabinet Mesir pimpinan Presiden Mohammed Mursi telah meletak jawatan, tetapi dinafikan oleh Menteri Keadilan, Ahmed Suleiman.

Akhbar al Arabia sebelum ini, melaporkan sepuluh menteri Mesir turut menghantar surat peletakan jawatan selepas berjuta-juta rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan menuntut Presiden Mohammed Mursi meletak jawatan.

Seorang pegawai kanan kerajaan bagaimanapun berkata, Perdana Menteri Hisham Qandil telah menolak permohonan peletakan jawatan daripada lima menteri iaitu Menteri Pelancongan; Hisham Zaazou, Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar; Khaled Abdel-Aal, Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Atef Helmi, Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang; Hatem Bagato dan Menteri Air; Abdel Qawy Khalifa.

Gelombang peletakan jawatan ini menjadi satu tamparan baharu kepada Mursi yang turut diberi tempoh selama 48 jam oleh tentera semalam untuk menyelesaikan krisis politik di negara ini atau berdepan dengan campur tangan.

Namun, pejabat Presiden hari ini menolak amaran kata dua oleh tentera itu, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan krisis politik di Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi, pejabat Presiden bertegas akan terus bertindak mengikut cara mereka sendiri untuk mencapai perdamaian nasional.

Pejabat Presiden turut mengecam sebarang deklarasi yang akan 'memburukkan lagi perpecahan' dan 'mengancam keamanan sosial'.

Mursi sedang berunding dengan semua pasukan kebangsaan untuk memastikan perubahan demokrasi dan kehendak kebanyakan rakyat dipelihara, tambah kenyataan itu.

"Demokratik sivil Mesir adalah kejayaan paling besar kepada revolusi 25 Januari," kata pejabat Presiden yang merujuk kebangkitan rakyat 2011 di negara ini yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak. - AFP/AGENSI

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130703/lu_02/Menteri-Mesir-letak-jawatan#ixzz2XwYFKrmp
© Utusan Melayu (M) Bhd