Thursday, 18 October 2012

NIK AZIZ DI DESAK BERUNDUR KERANA ADA YANG LEBIH LAYAK DARI DIA



'Pas akan lebih terbuka jika Nik Aziz berundur'

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pas dilihat akan lebih bersifat terbuka dan bersedia mendengar pandangan golongan muda sekiranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Mursyidul Am parti itu.

Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, selain bersifat terbuka, Pas juga berupaya melakukan transformasi politik demi kepentingan umat Islam serta tidak lagi berada di bawah cengkaman diktator.

"Walau bagaimanapun, saya yakin beliau tidak akan mudah melepaskan jawatan tersebut walaupun banyak pihak berpendapat Timbalannya, Datuk Haron Din lebih layak menggantikan beliau," katanya menerusi entri terbaru di blognya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa Menteri Besar Kelantan itu berundur selaku pemimpin tertinggi Pas kerana dilihat sering mengeluarkan kenyataan memenangkan DAP walaupun sekutunya itu jelas menentang dasar perjuangan Pas.

Sumber: KLIK

No comments:

Post a Comment

Post a Comment