Wednesday 1 February 2012

AHLI PAS DAN JEMAAH TABLIGH DISERU JANGAN IKUT USTAZ DAN ULAMA BUTA TULI, GUNA AKAL YANG ALLAH BERI


"JANGAN IKUT USTAZ DAN ULAMA BUTA TULI, FIKIR DENGAN GUNA AKAL YANG ALLAH KURNIAKAN BERDASARKAN BUKTI DAN DALIL AYAT QURAN DAN SUNNAH NABI SAW"


Allah perintah guna akal untuk memikirkan sesuatu perkara yang berdasarkan bukti dan dalil Quran & Sunnah. Ahli kitab yang diberikan kitab-kitab menggunakan nafsu mereka setelah jelas bukti dan dalil kedatangan Muhammad saw dalam kitab mereka dengan menolak kerasulan Muhamamd saw.

Sama juga ulama jemaah tabligh menggunakan nafsu dalam mentafsir ayat Quran dengan beri alasan untuk tidak dakwahkan orang bukan islam walhal itu adalah perintah Allah yg sgt besar disisi Allah swt. Ia merupakan hak kalimah syahadah sebagaimana Nabi saw dan sahabat telah tunaikan hak kalimah dgn dakwah kpd bukan islam.


AnNisa:[59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu... perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

5 comments:

  1. Ketika seruan dakwah Muhammad saw di kota Mekah 1400 tahun dulu, pemuka mekah terdiri daripada Abu Jahal, Abu Talib, Amru Al-As dan Abu Lahab serta yang lain buat usaha memujuk Rasulullah saw supaya hentikan dakwah kalimah syahadah kepada seluruh orang Arab. Mereka telah tawarkan harta, kuasa sebagai pembesar Mekah, wanita kepada Rasulullah saw dengan syarat hentikan dakwah kalimah syahadah.

    Namun Rasulullah saw menolak semua tawaran itu. Kata baginda saw lebih kurang 'aku tidak tinggalkan suruhan Allah swt mengajak manusia kepada Allah walaupun kamu mampu beri matahari di tangan kananku, dan beri bulan tangan kiriku, samada aku syahid atau agama Allah ini hidup atas muka bumi Allah'

    syabas prof nasoha, semua orang tabligh memulau kamu, tida mengapa asalkan Allah redha dengan perjuanganmu menegakkan kalimah haq atas muka bumi Allah swt ini.

    ReplyDelete
  2. SALAM ADMIN..

    SI FATHUL BARI NI ADALAH WAHABI..JANGAN IKUT DIA..MMG ADA BENAR APA YG DIA CAKAP,TAPI BILA DIA PETIK SOAL AKIDAH,JGN DENGAR..SESAT..DIA CAKAP SIFAT 20 TU CIPTAAN ORG GREEK,SAMBUT MAULID BIDAAH,TAREKAT SUFI SESAT,TAHLIL BIDAAH..NI LAH PENGERAKKAN WAHABI DALAM UMNO..

    UMNO PATUT BUANG DIA SBB DIA JADI DURI DLM DAGING..

    ReplyDelete
  3. kasihan geng dr.nasoha. dah mufaraqah kemudian mencela maki tak habes-habes sebar fitnah. orang yg mulut celupar itulah sebenarnya yang tak betul.

    jangan padam penakut.

    ReplyDelete
  4. To pentaksub ulama tabligh:

    Renung ayat Allah dibawah...pikirlah guna akal berdasarkan bukti dan dalil dari Al-quran,

    [60] Al-maidah
    Katakanlah: “Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”.


    [65] Al-Baqarah
    Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

    [174] Al-Baqarah
    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    [175] Al-Baqarah
    Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

    [59] An-Nisa'
    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang ... tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”

    Jangan taksub kepada sesiapa melainkan Allah dan Rasul sahaja...

    ReplyDelete
  5. Beritahu yang benar dan yang salah secara terbuka,maananya mencegah kemungkaran,mengajak kebaikan(Dakwah)menyebarkan yang salah namanya membuat Dakyah,seperti orang Tabligh beritahu seluruh dunia bahawa dengan keluar 40 hari ,3 hari dapat iman.,Bercakap tentang amalan salah yang dibuat oleh seseorang dibelakangnya namanya mengumpat dan menyebarkan dan bercakap tentang amalan seseorang yang disangka salah ,tetapi benar namanya menyebarkan Fitnah,seperti orang Jemaah Tabligh memberitahu seluruh Dunia bahawa Dr Nasoha adalah Kafir,syirik....

    ReplyDelete