Tuesday 24 July 2012

JANGAN HAIRAN DENGAN AHLI KITAB DALAM PAS MEMPERMAINKAN HUKUM HUDUD

Percayalah wahai pembaca bahawa PAS bukan perjuangkan islam tetapi mereka hanya menggunakan modal 'islam' untuk dapat kuasa yang ada pada UMNO. Itu sahaja.

Mereka bukan diketuai oleh ulama tetapi ahli-ahli kitab yang pandai menipu menggunakan modal agama untuk memperdayakan kebanyakan orang islam yang jahil tentang islam.

Jadi tidak hairan banyak fatwa sesat yang telah dikeluarkan oleh ahli kitab dalam PAS. Ahli kitab yang famous dalam PAS antaranya Nik Aziz, Hadi Awang, Nasrudin Tantawi, Harun Taib, Azizan, Harun Din dan beberapa lagi.

Ahli kitab dalam PAS sama seperti ahli kitab dalam syiah. Ahli kitab dalam PAS sama seperti ahli kitab dalam ajaran Yahudi dan Nasrani.

Ahli kitab Yahudi dan Nasrani memutarbelit ayat-ayat Allah dalam kitab suci Injil dan Taurat. Ahli kitab dalam PAS memutarbelit ayat-ayat Allah dalam kitab suci Quran.

Al-Baqarah[146]
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

Ali-Imran[64]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

An-Nisa[171]
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar;
 

At-Taubah[31]
Mereka(Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
 

Perangai ahli kitab sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Memutarbelit ayat Allah supaya mereka dapat faedah dan keuntungan duniawi dengan perantaraan agama.  

Kes perlaksanaan hukum hudud ni sudah mainan politik PAS. Mereka ni buruk sangat perangai kerana berani mempermainkan ayat-ayat Allah untuk tipu ramai orang agar undi dan sokong mereka dan pastikan mereka dapat kuasa.

Rujukan: KLIK

1 comment: