Tuesday, 3 September 2013

PAHIT TAPI BENAR!!!

Nama sebenarnya Abu Al-Ahkam tapi nama panggilan yang diberi oleh Nabi saw dan orang islam pada masa itu kepadanya ialah Abu jahal yg membawa maksud 'bapa segala orang bodoh'.

Adakah Rasul bersalah memanggil Abu Ahkam sbg 'Orang bodoh'  kerana menolak ajakan nabi supaya menerima kalimah suci 'Tiada tuhan selain Allah & Muhammad pesuruh Allah' yang disertai dengan pelbagai bukti melalui mukjizat nabi saw? Pasti tidak, kerana orang bodoh mesti dipanggil orang bodoh. Adalah menipu atau bersikap hipokrit (munafik) jika orang bodoh dipanggil orang benar.

Abu Bakar di gelar As-Siddiq kerana sifatnya membenarkan setiap perkataan yang datang dari Allah dan Rasul. Orang benar dipanggil benar adalah betul. Adalah salah bila orang benar seperti Abu Bakar dipanggil orang bodoh.

Bercakap benar dituntut dalam Islam. Bersifat munafik atau bermuka-muka ditegah dalam Islam.

Tindakan & keputusan Najib dan Pak Lah sebagai PM menampakkan beliau adalah orang yang 'tidak bijak' dalam banyak perkara. Tindakannya banyak membawa kepada lemahnya kedudukan Islam dan orang melayu serta menampakkan kelemahan dan kelembikan pemimpin melayu islam yang memegang kuasa di negara ini. Setiap desakan dibuat oleh pembangkang, oleh cina, oleh india, oleh Melayu pengkhianat seperti Anwar dituruti sehingga tergadai segala mak nenek.

Keadaan bertambah parah, tindakan isterinya bertindak berlebihan-lebihan juga sangat tidak patut berlaku. Dia sepatutnya mencontohi Tun Hasmah, mesra dan rendah diri depan orang. Dan sepatutnya Najib mampu menegahnya namun kelihatan tidak begitu. Nabi saw bilang lelaki yang dikuasai oleh wanita tidak boleh jadi ketua. 

Jadi fikir-fikirkanlah, sekiranya Pak Lah boleh letak jawatan bila rakyat tak mahukannya memegang jawatan PM kerana kelemahannya dalam mengurus negara maka PM Malaysia sekarang bersiap sedialah utk berundur bila rakyat tak mahukannya lagi. Kelemahannya sbg pemimpin melayu semakin terserlah.

Nabi saw bilang bercakap benar walaupun pahit. Demi kebaikan agama Islam, bangsa melayu dan tanahair. Kami rakyat Malaysia merayu supaya Najib bermuhasabah diri dan ambil tindakan yang bijak agar keburukan dan kepincangan yang sedang berlaku tidak bertambah parah.

1 comment: