Sunday, 29 January 2012

2 PEMIMPIN ISLAM YANG DITIPU PULUHAN TAHUN, AKHIRNYA ALLAH KESIAN DAN BUKA JALAN KELUAR

Sebenarnya manusia yang dahagakan islam mudah ditipu dengan gaya dan rupa bentuk islam yang dipamerkan oleh sesebuah pergerakan yang kononnya memperjuangkan islam. Itulah yang berlaku kepada 2 pemimpin islam yang selama ini bergerak atas platform yang dikatakan bercita-cita tegakkan syiar islam.

Dua orang ini ialah satu dari PAS, Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi dari Jemaah Tabligh, Prof Dr Nasoha Saabin yang merupakan bekas Ketua Tabligh, Syura Jemaah Tabligh Malaysia.

Mereka berdua ini antara insan yang selama ini tertipu dengan manusia yang bertopengkan agama dan disangka ikhlas mahu tegakkan syiar islam walhal sebaliknya berlaku.

Sepanjang menjadi Syura Jemaah Tabligh Malaysia selama 30 tahun, Prof Dr Nasoha gigih bangunkan usaha jemaah tabligh di Malaysia sejak kepulangan beliau setelah tamat pengajian di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1980. Kegigihan beliau dalam bangunkan usaha dakwah atas platform Jemaah Tabligh kepada orang-orang islam di Malaysia mendapat tentangan hebat dari pemimpin Jemaah Tabligh India setelah kematian Ketua Jemaah Tabligh Dunia, Maulana Inamul Hassan rah.

Pada tahun 2008, apabila beliau mulakan dakwah kepada orang bukan islam di sekitar Kuala Lumpur beliau mendapat kecaman lebih hebat lagi dari semua pemimpin Jemaah Tabligh terutamanya dari pemimpin Jemaah Tabligh dari India. Satu peristiwa berlaku pada tahun awal 2009 di perhimpunan tahunan terbesar di Tongi, Bangladesh dimana beliau telah dikelilingi oleh hampir 30 ulama Jemaah Tabligh. Kesemua mereka menggesa Prof Dr Nasoha berhenti dari menjalankan dakwah kepada orang bukan islam dan mereka bersepakat menarik jawatan dan tidak membenarkan beliau berceramah dalam semua perhimpunan Jemaah Tabligh di Malaysia termasuk di markas tabligh Malaysia di Sri Petaling.

Prof Dr Nasoha tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam kerana selama 30 tahun beliau dalam Jemaah Tabligh, usaha inilah yang beliau cari dan merayu kepada Allah agar dimulakan kembali setelah semua orang islam tinggalkan dakwah kepada orang bukan islam secara ijtamie(berjemaah di setiap masjid) seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan sahabatnya di Masjid Madinah.

Oleh kerana beliau tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam, beliau sanggup hilang jawatan dalam Jemaah Tabligh dan tinggalkan Jemaah Tabligh Malaysia pada Julai 2009. Dengan peristiwa itu, barulah beliau sedar bahawa pemimpin Jemaah Tabligh selama ini menipu umat islam seluruh dunia bahawa mereka jemaah dakwah buktinya tidak mahu buat perintah Allah yang paling utama iaitu dakwah manusia kepada Allah, yang bukan islam diajak kepada islam dan yang sudah islam diajak jalankan kerja dakwah seperti apa yang Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan. Jemaah Tabligh hanya berminat untuk tambah ahli dan berbangga dengan ahlinya yang ramai yang mencecah jutaan orang di seluruh dunia



Sama juga apa yang berlaku pada Datuk Dr Hassan Ali, beliau ditentang hebat oleh pemimpin PAS sendiri apabila beliau berusaha membawa PAS kembali ke landasan yang betul setelah banyak tindakan PAS yang menunjukkan telah memberi kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada DAP yang menentang syiar islam ditegakkan di negara ini. Kerana beliau membongkar pemurtadan orang islam di DUMC beliau ditentang oleh pemimpin PAS. Kerana beliau menentang penjualan arak di Shah Alam, beliau ditentang oleh pemimpin PAS habis-habisan. Setiap tindakan beliau yang menegakkan syiar islam beliau dikecam dan dibenci sehinggalah apabila beliau menolak himpunan 901 semasa keputusan perbicaraan kes liwat Anwar baru-baru ini, beliau telah dibuang dari PAS.

Sebenarnya wahai Prof Dr Nasoha Saabin dan Datuk Dr Hassan Ali, bukan kamu dibuang sebenarnya tetapi kamu diselamatkan oleh Allah swt dari pergerakan islam yang menipu ribuan dan jutaan umat islam selama ini. Berapa banyak Jemaah Tabligh dan PAS mencetus porak poranda dalam masyarakat Islam.



29 comments:

  1. SeSungguhnya...untuk mendapat tempat disisi para anbia di syurga kelak, bukanlah mudah jalan yang di tempuhi......Semoga Allah S.W.T. merahmati mereka berdua...Amiiin.

    ReplyDelete
  2. tak sangka banyak ulama yang menyesatkan umat islam selama ni..patutlah nabi pernah bersabda seburuk-buruk manusia ialah ulama yang buruk

    ReplyDelete
  3. Tanda akhir zaman orang agama jual agamanya demi kemashyuran dunia. Dajjal muncul dalam keadaan berupa dan pakaian agama. Ramai ulama dunia akan ikut serta dalam tentera dajjal.

    ReplyDelete
  4. Rasulullah saw. bersabda maksudnya: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
    (Daripada Abu Hurairah r.a - Riwayat Tarmizi).

    http://hembusan-amal.blogspot.com/2011/10/golongan-orang-yang-menggadai-agama.html

    ReplyDelete
  5. lagi hadis ulama jahat:

    Rasulullah S.A.W Bersabda:

    Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
    (Hadis diriwayat Al-Hakimi)

    Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
    ( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)

    Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang datang merujuk kepada ulama(akhirat)

    Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

    ReplyDelete
  6. Aku pun tak paham kenapala ramai yang taksub...otak ada pikirla jangan main ikut je buta tuli.

    ReplyDelete
  7. Bezanya, majoriti org PAS sokong Hassan Ali.
    http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/01/ceramah-dr-hasan-ali-di-bukit-gantang_30.html

    Tapi, majoriti pengikut Dr Nasoha tinggalkan Dr Nasoha.

    Bezanya lagi, Hassan Ali inginkan kepimpinan Ulama,
    Dr Nasoha plak tafsir Quran ikut akal fikiran sendiri.

    Hang dok tak stuju Ulama tabligh tak bgi dakwah orang bukan Islam; kalu diorang bagi, jemaah kat negara kapir mcm kami ni akan disekat. Hangpa duk Malaysia senang la...Kerja Tabligh bukat kat Mesia ja...jgn la syiok sendiri. Tak bagi dakwah orang kafir tu ada sebabnya...belum sampai masa lagi.

    Tuh, org yg buat video kat atas tu org Malaysia, tapi saja buat dalam English...apa tujuan? Supaya musuh2 Allah sekat pergerakan jemaah tabligh? Minta bantuan org kapiaq la ni...

    jemaah tabligh langsung tak sama dgn jemaah PAS. Tak pernah disuruh caci/ngumpat dalam bayan. Yg sama ialah dgn ceramah PAS ialah ceramah Dr Nasoha...dok kutuk org lain je.

    ~Bomoh Marzuki~

    ReplyDelete
  8. ketaksuban orang tabligh pada ulama tabligh dah mulai nampak dgn setuju ulama mereka tukar ayat Allah. perintah Allah supaya dakwah orang bukan islam kepada agama Allah ditahan dgn alasan masa belum sampai walhal perintah dakwah bukan islam ialah hak kalimah syahadah pada rukun islam pertama, ini perintah Allah dan rasul..bukan perintah ulama tabligh atau mana2 ulama

    orang tabligh sangat taksub dan takjub kepada ulama mereka umpama ulama mereka tuhan. kalau mereka boleh setuju boleh henti dakwah bukan islam dgn alasan belum masa, tak mustahil kalau ulama mereka suruh tak solat..mereka ikut tak solat kerana ketaatan mereka kepada ulama mereka atas daripda ketaatan kepada Allah dan rasul...ni lah bala taksub spt ahli pas taksub pada nik aziz

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpernah pulak aku dengar jemaah tabligh suruh taksub dengan pemimpin..suruh xperlu solat bagai..semua tentang kebaikan..sesiapa yang duduk dalam jemaah sahaja faham usaha dakwah yang diperjuangkan..jangan cakap sedap mulut atau taip ikut suka hati..nanti hatimu Allah gelapkan..nauzubillah..jemaah tabligh dah ada sangat lama bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia..satu2nya usaha dakwah yang dilakukan dengan rela hati tanpa minta duit kerajaan, even duit awak di atas...tak macam ostad2 yang berdakwah di TV atau corong2 radio, semua dah ada harga untuk menjalankan kerja dakwah..saya tak cakap salah nak ambil duit, ambillah sekadar perlu untuk sara keluarga...tp berpada2, jangan sampai meletak keutamaan pada duit tu sehingga menjadi kemestian ada bayaran barulah nak berdakwah..wassalam..

      Delete
    2. Anonymous 30 January: Ko da buat ke...tiap hari jmpa org Islam dn bukan Islam dan dakwah mereka?

      Delete
  9. Perintah keluar di jalan Allah hanya utk org yang beriman dan sudah beragama supaya bila dia keluar dia bawa bersamanya iman dan agama dan dengan itu iman dan agama tersebar.

    Dalam jemaah tabligh semua org disuruh keluar tak kira yang baru kenal agama spt bekas penagih, peminum arak. Ini tidak sunnah, dalam j.tabligh keluar ikut tertib, ini tidak sunnah. Sunnah ialah keluar ikut mesyuarat dan mesyuarat letakkan kehendak Allah di depan. Masa keluar jalan Allah kena jumpa orang bukan islam utk ajak masuk islam dan org islam di ajak utk taat perintah Allah. Perintah pertama utk org islam sampaikan kalimah syahadah yang bukan islam dan kpd yang islam diajak buat dakwah kpd bukan islam. Kedua ajak sembahyang.

    Dalam tabligh masa keluar 3h 40h 4b yang dikatakan"Jalan Allah", orang bukan islam di biarkan dan org islam diajak keluar 3h 40h 4b, ini BIDAAH krn nabi tidak pernah buat dan nabi-nabi lain pun tidak buat. Jadi keluar "jalan Allah" dalam Jemaah tabligh bukan jalan Allah tapi jalan-jalan utk beribadah, cari makan, tido dan di selit diantaranya bersiar-siar.

    Ini bukan jalan Allah.. bolehlah utk mereka yang banyak duit, sanggup buat isteri susuh dan tipu anak isteri dan semua org islam ini "jalan Allah". Usaha Jemaah tabligh hanya utk menambahkan jumlah ahli Jemaah Tabligh. Dan kemudian buat ijtimak besar-besar dan dengan ramai ahli datang kata ini bukti kita betul sebab ramai orang datang. Jemaah Tabligh sebenarnya ialah Jemaah org india, mereka seumpama ular yang telah membelit semua ahli jemaah tabligh dan cuba membelit org lain. Alhamdulillah saya dah terlepas. Saya skg buat kerja nabi bersama Prof. Dr Nasoha Saabin..

    -faturahman johor

    ReplyDelete
  10. ORANG TABLIGH, KAU PERGI TANYA ULAMA TABLIGH KAU TU, ULAMA KAU BOLEH KE BATALKAN PERINTAH ALLAH YANG DAH FARDHU?

    DAKWAH KALIMAH SYAHADAH KPD BUKAN ISLAM IALAN HAK KALIMAH SYAHADAH PADA RUKUN ISLAM PERTAMA, 10 TAHUN PERTAMA DI MEKAH NABI SAW DAKWAHKAN KALIMAH SYAHADAH BERSAMA SAHABAT SEBELUM TURUN RUKUN ISLAM KEDUA PADA TAHUN KE 11.

    ULAMA TABLIGH KAU TU ATAS DARI ALLAH KE ? BOLEH BATALKAN PERINTAH ALLAH ? KALAU ALLAH DAH SURUH BUAT JELA..JANGAN BAGI ALASAN. KALAU TAK DAPAT BUAT, BUKA BAGI ALASAN 'MASA BELUM SAMPAI LA' TAPI BERTAUBAT.

    KAU PERGI TANYA ULAMA TABLIGH KAU TU, BOLEH DENGAN MESYUARAT ULAMA TABLIGH KAU TU TAHAN PERINTAH SOLAT, PUASA, ZAKAT & HAJI? DENGAN BERI ALASAN 'MASA BELUM SAMPAI'....

    SUNGGUH BURUK PERBUATAN MENUKAR AYAT ALLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu yg bongok..........

      Delete
  11. ohw disini geng nasoha lepak...nasoha ni tafsir Quran guna otak, dr mata nak cakap agama perasan ulama.

    ReplyDelete
  12. Anon 06:03,

    Allah perintah guna akal untuk memikirkan sesuatu perkara yang berdasarkan bukti dan dalil Quran & Sunnah. Ahli kitab yang diberikan kitab-kitab menggunakan nafsu mereka setelah jelas bukti dan dalil kedatangan Muhammad saw dalam kitab mereka dengan menolak kerasulan Muhamamd saw.

    Sama juga ulama jemaah tabligh menggunakan nafsu dalam mentafsir ayat Quran dengan beri alasan untuk tidak dakwahkan orang bukan islam walhal itu adalah perintah Allah yg sgt besar disisi Allah swt. Ia merupakan hak kalimah syahadah sebagaimana Nabi saw dan sahabat telah tunaikan hak kalimah dgn dakwah kpd bukan islam...

    sila rujuk http://www.youtube.com/watch?v=PTZZM-e6toI&feature=share

    ReplyDelete
  13. Knp harus kutuk mengutuk diantara muslim? Bukan kh kte semua bersaudara? Bknkah kita harus nasihat dan menasihati? Bukankah kte mengaku islam itu nasihah? Mengapa harus ada jatuh menjatuhkan antara satu sama lain? Bukankah setiap kumpulan yg muncul itu dipimpim oleh ulamak? Bukankah ulamak itu mempunyai ilmu dan semua dalilnya dikeluarkan belandaskan alquran, alhadis, kias dan ijmak? Tetapi pemahaman ulama-ulama terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W mungkin berbeza so sebab itu lh bnyak pergerakan islam yg berbeza-beza tp knp ada diantara kte menjatuhkan pergerakan pergerakan yg menegak kn agama ALLAH? tidak kh kte malu bahawa kta yg meruntuhkn benteng islam? Bukan yahudi n nasara yg meruntuhkn pergerakan islam tetapi dari kalangan ISLAN sendiri, alangkah ruginya kte bersatu dlm meruntuhkn benteng yg ditegak untuk mengukuhkn ISLAM itu sendiri..Masyaallah... Klu bkn kte yg tegakkn benteng ini siapa lg pada fikiran anda yg akan tegakkn benteng islam tersebut? Satu persatu benteng islam jatuh sebab kte saling runtuh meruntuhkn bkn bina membina diantara satu sama lain, bagi saya selagi tidak ada kesalahan pada agama cara penyampaian dakwah bg mne2 kumpulan selagi itu lh kte kne sokong supaya ia kukuh n terus berkembang, setiap kumpulan ada kelemahan dan dlm kelemahan itulh kte harus sokong menyokong antara satu dengan yg lain sampai ia menjadi kukuh n kukuh sampai kiamat Insyaallah..

    ReplyDelete
  14. Kpd Anonymous Mar 19, 2012 09:17 AM.. sebenarnya umat nabi mana ada kumpulan. Kita adalah satu umat. Siapa yang cakap dia ada kumpulan mereka telah memecah belahkan orang islam. Allah akan hancurkan kepada sesiapa sahaja yang cuba membawa kepada perpecahan ini. Umat nabi akan jadi umat apabila orang itu mengajak manusia kepada Allah bukan kepada kumpulan atau persatuan atau kelab atau diri sendiri. Umat islam telah tinggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w iaitu mendakwahkah kalimah Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah kepada bukan Islam dan kepada yang islam diingat tentang maksud kalimah dan di ajak untuk taat perintah Allah iaitu dakwah dan solat setiap hari. Jemaah tabligh mengajak orang islam kepada kumpulan mereka. Ahli PAS mengajak manusia mengundi PAS. UMNO pula mengajak manusia mengundi UMNO. Umat Nabi Muhammad s.a.w mengajak manusia kepada Allah dan taat perintah Allah. Kepada yang tidak mengaku Allah tuhan di ajak mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Dan kepada yang dh mengaku Allah tuhan dan Muhammad adalah rasul di ajak untuk buat dakwah dan solat cara Nabi Muhammad s.a.w... Allah akan hancurkan kepada sesiapa sahaja yang cuba menghancurkan kerja nabi. Allah telah hancurkan kuasa-kuasa besar terdahulu kerana mereka menentang kerja nabi. Sesiapa yang cuba menghancurkan kerja Nabi Muhammad s.a.w maka Allah telah buat keputusan mereka sebenarnya adalah musuh Allah. Allah yang menciptakan dan Allah yang menghancurkan. Allah akan buat keputusan mengikut hati dan amalan manusia. Jika hati manusia ingin menentang kerja nabi maka mereka Allah akan hancurkan sehancur-hancurnya sehingga orang zaman selepas mereka tidak mengenali tamadun yang telah mereka agungkan. Jika Allah bagi hidayat tiada siapa boleh sesatkan. Jika Allah telah sesatkan tiada seiapa pun boleh bagi hidayat...

    ReplyDelete
  15. Bomoh marzuki adalah orang yang jahil tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan ulama. Adakah kalau orang itu hafal Quran dan semua hadith boleh dikatakan ulama? Berapa ramai orang Yahudi yang telah hafal Quran dan Hadith... Bodoh la kita kalau cakap setakat hafal Quran dan hadith adalah ulama. Dihadapan manusia boleh la mereka berpura-pura dengan mempunyai sifat ulama. Tetapi di sisi Allah? Pasti Allah masukkan mereka ke dalam neraka. Allah mengetahui hati mereka. Kalau lah sejuta ahli jemaah cakap mereka adalah ulama tetapi Allah tidak terima mereka ulama mereka tetap bukan ulama. Ulama disisi Allah adalah orang yang takut pada Allah dan yang taat pada Allah dengan mengikut apa yang Nabi Muhammad s.a.w bagi tau. Ini baru ulama. Bukan orang yang hafal buku tebal-tebal sampai langit tu ulama. Bomoh Marzuki ni adalah orang yang bodoh sombong kerana telah memilih jalan kesesatan dengan tidak mentaati apa yang Allah perintahkan dalam Al-quran. Apa perintah Allah dalam Al-Quran pun marzuki tak tahu dan tak faham kerana dalam hati marzuki ada cinta pada dunia walaupun marzuki mungkin bukan orang kaya. Cinta dunia akan datang pada manusia walaupun orang tersebut adalah orang miskin. Ini adalah kerana mereka telah tinggalkan kerja Nabi Muhammad s.a.w. Cinta dunia adalah asas bagi segala kejahatan serta kemungkaran. Cinta dunia adalah hijab antara Allah dan manusia. Cinta dunia akan menyebabkan dunia ni huru hara. Bagaimana untuk Allah tanggalkan cinta dunia? Iaitu dengan mentaati segala perintah Allah bermula dengan kerja Nabi Muhammad s.a.w dengan cara Nabi Muhammad s.a.w dan bukan dengan cara marzuki atau cara tabligh

    ReplyDelete
  16. Orang yang bodoh tak guna berdebat dengan mereka. Mereka yang pilih jalan kesesatan. Allah akan balas kesesatan yang mereka pilih dengan neraka. Jangan la jadi macam Iblis nak salahkan Allah kerana ego sendiri dan berlagak macam iman kuat sangat sbb terlalu kuat ibadah. Itu lah sifat iblis yang angkuh, sombong dan kerana sifat yang macam tu Allah telah murka pada dia dan akhirnya dia dengki dengan orang yang Allah dah bagi hidayat untuk taat perintah Allah dan Allah jadikan khalifah di muka bumi ni.

    ReplyDelete
  17. ..masing2 cube la pikir ngn mata hati yg Allah dah bg dgn percuma uh..jgn nk sibuk salah kn org je.. asik nk jge tepi kain org sampai kain sendiri yg terselak pon xsedar,,muhasabah lah diri masing2.. kite nie umat akhir zaman..zaman yg di mana segala fitnah(keburukan) yg ade kt umat2 terdahulu akn di uji oleh Allah k ats umat ini..sampai bile kita nk asik slh kn org je..hargai lah pndangan org lain.. dan muliakn alim ulama yg haq..tntg dkwh org islm 2 ade dalil nye..Allah bg tw dlm quran.. ya ayyuhallazina amanu..aminu!!..wahai org b'iman,,b'iman lah kamu..bile turun ayt ni..shbt hairan..mrk t'tnye2..adkah kami msih blom b'iman..Nabi jwb..kamu sdh b'iman,,tp kamu kene kuatkn nye..kalau dlm bhse Arab ia dipanggil dgn ayt taukid(penegasan),,adakah m'jadi satu kslhn bg org yg mengajak manusia yg jaoh dr Allah supaya jg lebih hampir kpd Allah..spt firmn NYA..waman ahsanu qaulam mimman da'a ilallah..siapa kah yg t'baik perkataan nya dr perkatan yg menyeru manusia kpd Allah....ni msih nk slh2 kn org len..kire ok lah dye dah wt amal makruf dan nahi munkar dr kite yg asyik nk cari salah org je...fikir2 kan lah,,gune mata hati..bkn nye gune mata zahir...muhasabah diri 2..bile kita slalu cri slh org kite umpama nk katekn bahawa diri kita lah yg paling btol sbnrnye..benar la kata2 imam syafie bhwa.."aku ley kalah kn 100 org yg b'ilmu..tp aku akn klh bile b'bahas dgn org yg jahil..sbb org yg jahil akn sentiasa b'usaha utk m'negak kn kjahilannya..

    ReplyDelete
  18. salah satu daripada dosa besar adalah berdebat..
    dan ingat berdebat bukan cara nabi Muhammad saw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kenyataan yg bangang dari penyokong tabligh.perintah Allah dlm al quran sendiri suruh berdebat,ko pulak memandai kata bukan cara nabi?

      mana ko belajar ni?
      berani suruh ko reka hukum baru kata debat dosa besar?
      inikah ajaran sesat ulama tabligh yg ajar ko ke?

      klu gitu sahabat nabi Ibnu Abbas buat dosa besar la ye sebab berdebat dgn puak khawarij!!!
      ahmad deedat berdosa besar la ye sbb berdebat dgn paderi kristian!!!
      imam Abu Hanifah berdosa besar la ye sbb berdebat dgn puak Athies di zaman beliau??

      klu jahil, jgn menulis buat malu je...

      Delete
  19. saya berhenti tabligh apabila saya lihat karkoon saya banyak menyimpang dari apa yang saya pelajari dari moyang dan datuk saya SS Dato' Hj Ghazali (Mufti Perak), Hj Yeop Majlis dan Hj Jaafar Sidek dari Lambor Kanan, Parit, Perak.

    ReplyDelete
  20. Yg mana bagi pendapat... disini..semua tak pernah keluar tablig... bagi komen mengikut nafsu.. masuk jemaah tablgh dulu... bila faham tablig... batu bole komen... kalau tidak, komen jadi tunggang langgang... insyaalah...ORANG TAK PERNAH BERENANG, TAPI NAK AJAR ORANG BERENANG MENGIKUT APA YNG DIBACA DALAM BUKU, SEPATUTNYA.. TERJUN KOLAM/SUNGAI DULU.... BILADAH PANDAI BERENANG.. BARU BOLEH BAGI KOMEN CARA2 NAK BERENANG...

    ReplyDelete
  21. .................????????????.?..............KESIAN BA KITA NI;;;;;;;;;;;;;

    ReplyDelete
  22. .................kesiannya kita ni kan/??????????????/

    ReplyDelete
  23. '''''''''''''''''''''''''''''''''''kesian kita ni???

    ReplyDelete
  24. Habis siapa yang benar dan betul? Siapa yang tak tertipu? PAS betul sangat ke?

    Aku pernah berdoa agar PR menang dan nak tengok bagaimana PAS nak berdakwah dengan "Negara Islam"nya. Rasanya langkah pertama pun PAS belum buat. Yang ada disekelilingku sibuk salahkan orang itu ini...diri sendiri solat pun tidak. Apa yang PAS buat? Apa yang ulama-ulama PAS buat. Tak kan nak biarkan pengikut jahil tu sampai dapat tawan negara.

    ReplyDelete