Thursday, 12 January 2012

IJTIHAD SEORANG HAKIM

Jawatan bermakna amanah. Sesiapa yang pikul amanah bermakna mentaati perintah Allah dan sesiapa mengkhianati amanah bermakna melanggar perintah Allah. Siapa yang memilih untuk taat perintah Allah akan diberi kebaikan dan kejayaan disisi Allah swt dan sesiapa yang memilih untuk langgar perintah Allah akan ditentukan keburukan dan kegagalan disisi Allah swt.

Manusia bebas membuat pilihan samada mahu taat Allah atau engkari perintah Allah. Allah tidak akan halang orang yang memilih untuk langgar perintah Allah, orang yang memilih untuk berzina tidak akan dihalang oleh Allah malahan sehingga lahirkan zuriat namun dia akan bertanggungjawab untuk terima balasan dari Allah. Orang yang memilih untuk menipu tidak aka dihalang oleh Allah namun dia akan bertanggungjawab terhadap penipuan yang dibuatnya.

Manakala orang yang memilih untuk taat perintah Allah akan dizinkanNya dan atas pilihan yang dibuatnya akan diberi keredhaan Allah kepadanya apabila dia mentaati Allah dgn niat hanya sukakan Allah dan mencari keredhaan Allah swt semata-mata.

Manusia bebas memilih. Siapa yang pilih untuk taat Allah akan diberi kebaikan dunia dan akhirat. Siapa yang pilih untuk ikut nafsu dan sukakan hati dan belakangkan apa yang Allah suka manusia buat akan diberi api dunia dan api akhirat.


Bidang kehakiman adalah sebuah institusi yang mulia kerana ia diwujudkan bertujuan memberikan ketenteraman dan keadilan di dalam masyarakat serta menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang Negara. Namun menjadi seorang hakim juga terdedah dengan pelbagai risiko seperti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, sedangkan di akhirat pula seorang hakim itu akan diancam dengan bakaran api neraka jika menjatuhkan hukuman tidak sesuai dengan yang apa yang sepatutnya.

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Hakim ada tiga; dua di antara mereka masuk neraka, sedangkan satu diantara mereka masuk syurga. iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq, lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq), maka ia masuk syurga. Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq, tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya, maka ia masuk neraka. Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya maka ia juga masuk neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)

Sabda Rasulullah saw ini :

“Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api, sehingga ia menuju syurga atau neraka.”

( Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan ad Dailami).

“ Barangsiapa diangkat menjadi seorang hakim, maka ia telah disembelih tanpa menggunakan pisau.”

( Hadis Riwayat Abu Dawud ).

Itulah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang Hakim. Di tangannya lah kebenaran adalah benar dan yang salah menjadi salah ATAU sebaliknya yang benar menjadi salah dan yang salah seolah-olah menjadi seperti benar.

Tugas seorang Hakim yang arif itu adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh kerana tugas ini amat berat maka dulu Imam Abu Hanifah pernah menolak jawatan itu yang ditawarkan kepadanya walaupun beliau mempunyai cukup kelayakan bahkan tidak ada seorang pun yang lebih hebat daripadanya dari segi ilmu di waktu itu.

sumber: sangtawal

No comments:

Post a Comment