Thursday, 19 January 2012

PRU14 TIDAK ADA VS PRU13 YANG TERAKHIR


Penyokong UMNO dan penyokong PAS ada persamaan disisi agama Allah. Orang UMNO ada serta mengakui 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman, sama juga orang PAS. Nabi saw bilang islam tertegak atas 5 rukun, bersaksi 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat & haji. Persamaan orang PAS dan UMNO atas asas yang sangat kukuh.

Namun kerana agenda politik PAS telah kafirkan orang UMNO banyak kali lebih2 lagi bila tiba pilihanraya. Sedih sekali walhal orang UMNO dan PAS saudara seagama, mengakui tuhan yang satu, Allah swt, ikut nabi yang sama Muhammad saw.
Bukti orang2 yg bergelar ustaz dalam PAS kafirkan orang UMNO atau yang tidak menentang UMNO banyak sekali dan yang terkini ulama pujaan ahli PAS, ustaz Azhar yang senegeri dgn aku dan mang. Sedih sekali.

Bukti yang lama tak payah cakap la, aku penduduk negeri Terengganu melihat sendiri bagaimana fatwa ustaz PAS yang telah pecah belah umat islam di negeri kelahiran aku. Satu kampong solat jumaat ada 2. Imam nikah 2 kali krn taksah kalau jurunikah pertama dari UMNO. Sembelihan UMNO takboleh makan. Adik beradik dan anak beranak putus silaturahim krn fatwa sesat ustaz PAS.

Bagaimana nak sorok kesalahan fatwa songsang itu semua yang memecah belah umat islam? Nabi saw bersabda cukup untuk Allah masukkan seseorang ke dalam neraka dengan satu perkataan darinya yang memecah belah umat.

Jelas sekali, bila isu undi PAS masuk syurga yang diguna masa pilihanraya cuba dibahas ketika bukan musim pilihanraya bunyinya lain, orang salah faham la, orang salah tafsir kata-kata nik aziz. Walhal masa mengundi aku tengok dgn mata kepala di Terengganu perkataan undi PAS masuk syurga sungguh berat diperkatakan, yg mana orang UMNO takkan akan masuk syurga.

Kenangkanlah dan renungkanlah kata-kata Allah dalam Quran….

An-Nisaa: [59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Pada aku UMNO dan PAS keduanya saudara islam. Perebutan kuasa politik PAS dan UMNO seumpama 2 pasukan bola sepak merebut bola. PAS jersi hijau-putih dan UMNO jersi Biru-merah. Kalau nak tegakkan islam yang sebenar tinggalan Rasulullah saw bukan cara yang ditunjuk oleh ulama PAS tetapi ikutlah cara Muhammad saw. Kenangkanlah apa yang Rasulullah saw buat bersama sahabat 13 tahun di Mekah yang membuatkan Allah redha dengan mereka dan menguatkan iman mereka sehingga Allah tunaikan janjiNya seperti yang Allah terangkan spt dibawah;

An-Nur: [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Allah janji kurniakan kuasa kepada orang islam bila mencapai tahap iman yang teguh yg Allah redhai spt yang sahabat2 kecapi di Madinah. Allah menentukan kuasa kpd Nabi saw & sahabat di Madinah setelah mereka mentaati perintah Allah yg paling Allah redhai di Mekah selama 13tahun. Harini orang islam tinggalkan apa yang telah Nabi saw dan sahabat2 telah lakukan selama 13 di mekah dan natijahnya iman orang islam lemah dan kesan dari itu kuasa yang Allah janjikan kepada umat islam yang beriman belum Allah kurniakan.

Untuk itu umat islam terpaksa menggunakan system yang dicipta orang bukan islam dalam urusan memilih ketua kita namanya mudarat. Contoh mudah, babi haram dimakan tetapi dalam keadaan darurat takda makanan Allah izinkan makan sekadar mengalas perut. Setelah ada makanan yang Allah halalkan tinggalkan makan babi tu kerana dah ada yang baik.

Samalah keadaan umat islam sekarang, dalam keadaan belum ada segolongan orang yg beriman dikalangan kita yg mana Allah tentukan kuasa dikurniakan kpd orang beriman, kita terpaksa berkongsi kuasa dengan orang bukan islam seperti UMNO, MCA dan MIC. Keadaan ini terpaksa bukan kita meredhainya tapi terpaksa dalam keadaan mudarat sehinggalah Allah ubah seperti yang Allah janjikan setelah kita umat islam mengikuti apa yang dilakukan 13 tahun di mekah.

Lupakah PAS yang dulu pernah menuduh UMNO kafir krn berkongsi kuasa dgn MIC dan MCA, sekarang ludah itu terpaksa dijilat balik oleh PAS dengan berpakat dengan DAP dan PKR tanpa menunjuk rasa bersalah atas tuduhan lama pd UMNO? Walhal UMNO dan PAS adalah saudara seagama.

Aku tidak setuju dengan perjuangan UMNO dan PAS kerana aku bersetuju dengan perjuangan Rasulullah saw. Tapi dalam keadaan mudarat sekarang aku berpandangan UMNO lebih baik dari PAS kerana mereka tidak menggunakan agama untuk berkuasa. Aku percaya kalaulah PAS memegang negara ini bersama DAP dan PKR, apa saja kemungkaran yang dibuat oleh kerajaan BN akan diulangi sama oleh PAS malahan lebih teruk lagi. Apa yang berlaku di Terengganu dipegang oleh PAS ketika 1999-2003 sudah cukup jelas apa yang bakal berlaku nanti. Ketika itu PAS tak bersama DAP seakrab harini pun dah berkelakuan sedemikian, bayangkanlah bila dah bersama DAP.

Pesan nabi saw, aku tinggalkan Quran dan Sunnah, jika kamu berpegang pada keduanya, kamu takkan sesat selamanya.


3 comments:

  1. adakah kita dlm keadaan darurat sehingga kna trima demokrasi?

    apakah umat islam sedikit berbanding org kafir skarang d malaysia atau dunia ini?berbanding dengan ketika rasulallah saw dan para sahabat mnentang org kafir dlm menegakkan islam

    pada pndapat saya kita bkn dlm keadaan darurat skarang tetapi diseksa oleh org kafir.pilihan tetap ada pada kita umat islam.masalahnya samada kita tahan atau tak dengan siksaan org kafir itu?klau tak tahan maka bersenang la kamu d dunia ini dan tnggulah siksaan yg lebih berat dr allah d akhirat nnti...

    ReplyDelete
  2. Salam Anon 02:04 AM,

    Darurat dalam artikel di atas merujuk kepada semasa mula2 penubuhan negara ketika mendapat kemerdekaan dahulu.

    Pada ketika itu, tiada pilihan melainkan menerima sistem demokrasi sebagai cara menentukan pemerintah negara ini sehinggalah harini.

    Harini kita masih amalkan sistem demokrasi ini kerana bukan semua orang islam suka pada amalkan islam tidak kira dari parti mana mereka datang. Orang islam rata-rata belum menunaikan hak rukun islam pertama iaitu mendakwahkan kalimah syahadah kpd none muslim dan mengingatkan maksud kalimah & ajak taat Allah kpd yang sudah beragama islam, dan yang kedua orang islam belum mengerjakan solat seperti yang Allah kehendaki berjemaah.


    Jadi, walaupun kita umat islam masih ramai tapi kita orang islam sendiri masih suka langgar perintah Allah, jadi keadaan yang mana Allah datangkan kepada nabi & sahabat r.hum di Madinah belum Allah kehendaki berlaku.

    Kalau ikutkan, kita mahu sekarang ia berlaku namun bukan itu ketentuan Allah kerana Allah buat sesuatu perkara berdasarkan amalan manusia. Baik amal kita spt yang Allah kehendaki, datanglah janji Allah. Buruk amal orang islam, takkan datanglah janji Allah.

    Untuk Allah datangkan janjiNya memberi kuasa kpd orang beriman, umat islam mesti berusaha taat Allah dan Rasul bermula apa yang mereka lakukan 13 tahun di Mekah sebelum mereka dikurniakan kuasa oleh Allah di Madinah.

    ReplyDelete
  3. saudara masih ingat ketika mula2 nabi kita saw berdakwah?dia ditawarkan kuasa oleh org kafir asalkan jgn sebar islam tp klau nk amalkan islam tadak masalah..apa yg nabi kita saw kata?klau bg matahari d tngn kanan dan bulan d tngn kiri pon dia tak trima..ini yg spatutnya PM pertama kita buat..tp sayang..demi kuasa..sehingga terjerat kebanyakan org islam..syg skali org umno,pas dan segelintir dr pkr adalah org islam tp demi kuasa mcm2 jnih kekacauan kekeliruan yg depa hadapkan..lg baik kita hindarkan dr mereka dan hidup bebas dr mereka dengan mengamalkan prinsip dan cara hidup islam..insyaallah bila allah bangkitkan pemimpin yg dijanjikan..sama2 la kita berbai`ah di bwh pemimpin itu

    ReplyDelete