Friday 20 July 2012

ABBY SUDAH TAKSUB PADA PERJUANGAN ISLAM YANG PALSU YANG DITERAJUI AHLI KITAB DALAM PAS


Abby percaya perjuangan PAS ialah perjuangan islam. PAS mahu berkuasa seperti mana parti-parti politik lain di dunia ini. Tidak ada perintah Allah untuk berusaha dapatkan kuasa. PAS yang mendakwa ada perintah Allah untuk dapatkan kuasa. Allah tidak pernah menyuruh seluruh nabi dan rasul yang dihantar ke dunia ini untuk dapatkan kuasa.

'Nak kuasa' bukan maksud nabi dan rasul dihantar ke dunia ini. 

Si jahil Abby tahu ke kisah Nabi Muhammad saw pernah ditawar kuasa di Mekah dengan syarat tinggalkan kerja mengajak manusia kepada Allah. Dan nabi kita telah tolak dengan berkata bukan setakat kuasa di Mekah ditawarkan bahkan kalau mereka (pembesar mekah) mampu tawarkan bulan dan matahari atas maksud supaya nabi kita tinggalkan kerja mengajak manusia kepada Allah, tidak akan nabi kita ambil kuasa, bulan dan matahari kerana nabi kita sanggup mati atas kerja mengajak manusia kepada Allah.

Kesian si jahil Abby ni percaya perjuangan sesat PAS sebagai perjuangan suci dalam islam.

Abby tahu ke tidak PAS sama seperti parti politik yang hanya wujud dalam sistem demokrasi? PAS adalah parti politik dalam sistem demokrasi.

Sistem demokrasi itu sendiri tidak pernah wujud dalam ajaran suci Islam yang diwahyukan oleh Allah swt. 

Sistem demokrasi sama seperti sistem riba. Keduanya diasaskan oleh orang kafir yang cintakan dunia kuasa harta dan pangkat.

PAS mahu tegakkan islam dalam sistem orang kafir? PAS mahu majukan ekonomi islam guna sistem riba?

Bodoh lagi jahil. 

PAS buat kerja sia-sia kerana mahu tegakkan islam dalam tong najis. Sistem demokrasi ialah sistem tong najis.

Apa maksud sistem demokrasi? Apa maksud sistem monarki? Apa maksud sistem khalifah?

Ketiga-tiga sistem diatas ialah untuk memilih ketua untuk memimpin.  Diantara tiga itu mana satu ada dalam islam?

Abby tahu ke tidak bahawa sistem demokrasi dan sistem monarki tidak ada dalam islam?

Yang hanya ada dalam islam ialah sistem khalifah!

Mahu tegakkan islam tidak salah! Tapi yang salah ialah perjuangan menegakkan islam dalam sistem orang kafir yang salah.

Selamanya islam tidak akan hidup kalau tegakkan islam guna sistem orang kafir sebagaimana ekonomi orang islam takkan maju kalau guna sistem riba.

Kerana itulah, mana-mana perjuangan islam dalam sistem demokrasi selamanya tidak akan menghidupkan islam. Tengoklah apa islam yang hidup di Kelantan dan Kedah. Semuanya tipuan belaka. Kes zina tinggi, kes dadah tinggi, kes AIDS tinggi dan kes cerai tinggi.

Apa islam PAS di selangor buat? Apa berlaku pada Hassan Ali? Apa berlaku pada Anwar? Apa berlaku pada Azmin Ali?

Islam sangatkah PAS? ADUN Selinsing, ADUN Perupok apa jadi pada mereka? Siapa mereka kalau bukan bergelar ustaz? Mereka semua asalnya ahli kitab Quran seperti ahli kitab Injil dan ahli kitab Taurat yang bila ada peluang buat maksiat seperti berzina, mereka akan lakukan. Sebelum jadi ADUN peluang tak banyak sebab kuasa dan duit takda banyak. Selepas jadi ADUN mengalahkan ahli politik dalam UMNO.

Apa jenis islam dalam PAS yang menarik hati si jahil Abby untuk bersama?

Abby kata PAS ialah parti yang satu-satunya menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar?

Apa mungkar yang difaham oleh orang PAS? Apa makruf yang difaham oleh orang PAS?

Mungkar sebenar ialah yang Allah sebut dalam Quran iaitu manusia yang tidak mahu mengaku dan mengucap keesaan Allah dan kerasulan nabi iaitu enggan menerima dua kalimah syahadah seperti Abu Talib, Abu Jahal, Firaun, Namrud, Haman, Qarun dan umat terdahulu yang telah Allah binasakan. Inilah mungkar besar yang manusia buat yang mana Allah suruh semua nabi-nabi cegah.

Apa pula makruf yang Allah maksudkan dalam Quran? bukan pangkah PAS! 

Maksud sebenar makruf ialah manusia diajak mengaku keesaan Allah dan kerasulan nabi iaitu diajak mengucap 2 kalimah syahadah seperti seluruh nabi telah buat.

PAS telah sesat  menakrif apa itu mungkar dan apa itu makruf. Apa punca mereka sesat? Kerana pemimpin PAS bukan ulama yang takutkan Allah tetapi ahli kitab Quran yang telah jual agama untuk dapat kuasa pangkat dan harta.

Abby selama ini sesat tapi ingin berubah amalkan islam tetapi malang dan seribu kali sayang kerana  silap pilih jalan. PAS ialah sebahagian dari jalan sesat yang nabi sebut umatku pecah 73 golongan, 72 jalan sesat dan hanya satu jalan yang lurus iaitu yang ikut aku dan sahabatku.

PAS sesat kerana mahu tegakkan islam dalam sistem orang kafir. PAS sesat kerana dipimpin oleh ahli kitab dan bukannya ulama.

Abby juga sesat kerana memilih jalan sesat.!!!

Jalan yang lurus ialah jalan Muhammad saw dan sahabatnya yang  mahu hanya keredhaan Allah dan bukannya mahu kuasa gila ke Putrajaya.

Rujukan: KLIK

10 comments:

  1. Abby keliru dan tertipu dengan Imej Islam yang di bawa oleh Pas....ibarat orang terkena kejutan budaya...abby lak terkena kejutan agama..maka abadi lah kamu bersama Pas..Abby tidak bertanya pada orang2 hebat dalam Pas dulu..kenapa mereka keluar dari Pas.

    ReplyDelete
  2. KALAU TAK PERNAH PERGI KE TURKI, TAK PAYAH LAH MINAH NI NAK BERCAKAP FASAL SEKULAR. WAT MALU SAJ. NAMPAK SANGAT TAK FAHAM APA TU SEKULAR. JANGAN CIPTA DOSA BARU DALAM USAHA UNTUK MENGHAPUSKAN DOSA LAMA....

    ReplyDelete
  3. cer tuan tanah bagi pendapat cmner nak buat ngan malaysia ni biar ikut islam yg betol...ni dok ngutuk org jer tau.pegi jmpa AGONG ker,PM ker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh cuba ko bagitau macam tu dekat nik ajis tu, ni tidak asik nak berauta je sampaikan 1 negeri bawah dia air pun tak leh handle, susidi berjuta2 dah bagi?

      Delete
  4. Sbnrnya..mreka ank2 muda dan artis2 seperti ini mudah sgt2 terpengaruh krana mreka kurang asas2 ugama ,mereka kononnya mahu sama2 berjuang menegakkan agama..tapi mereka lupa tanggongjawab diri sendiri pada ugamanya...insaflah...nilailah diri..cerminlah diri...lengkapkah ibadah kamu untuk dibawa bekal ke akhirat nanti..itu yang penting..muhasabah diri dulu..jangan pulak nak bangun smbahyang subuh pun nk kna kjut 10 x pun tak bangun2-mereka terpengaruh dgn ustaz2 yang lbm dua didahi..tapi perangai masyaalah...(kebanyakkan ostaz2 paspispuslah...)berceramah sana sini membakar jiwa ank2 muda, meracuni pemikiran ank2 muda, kenapa ceramah/tazkirah ugama tidak diterapkan dengan nilai2 murni..apakah maknanya ini..perjuangan apa dan apa yang diperjuangkan...

    ReplyDelete
  5. i've got no comment on her cause i have thousands comment of myself. I need to make myself perfect then only i can comment on anyone. :)

    ReplyDelete
  6. pas adalah parti politik bermatlamatkan kuasa sebagai sasaran perjuangan mereka. apabila kuasa telah ada ditangan barulah mereka laksanakan perintah allah. mereka menggunakan apa saja cara asalkan kuasa jatuh ke tangan mereka. bersekongkol dengan orang kafir, membiarkan seorang yang liberal memimpin mereka, memilih orang bukan dikalangan ulama sebagai timbalan presiden, menggunakan artis yang baru mula memakai tudung sebagai jurucakap mereka yang mana kata2 mereka ini begitu pedas dan menghiris kalbu....

    ReplyDelete
  7. bro.. masa dia jadi artis dan tidak memaki tudung.. takde satu makhluk Allah pun yg mendekati dan mentarbiah beliau... camtu jugak artis2 yang ada sekrang.. takde sape yg menegur termasuk PM atau menteri.. bahkan dgn selamba je artis berkemban buat tak tahu pasal halal haram... Pak Menteri buat bodoh je... bila dia bertudung semua belasah kaw2.. Apa kata kita doakan perkara yg baik untuk dia.

    ReplyDelete
  8. Anon 14:20
    1. Knp mengharap golongan UMARAK utk mentarbiah artis2 berkemban ini jika negara ni sudah ada ramai ULAMAK? Adakah mereka yg mengaku sbg ULAMAK hanya dibenarkan berkata2 mengenai politik shj?
    2. Bertudung bukan lesen utk menghina golongan lain.
    3. Bertudung bukan bermaksud kita tak berdosa jika menyebar fitnah.
    4. Jika benar ikhlas dlm hijrah ni, knp tak berlaku adil? Knp hanya menerma maklumat dari sebelah pihak shj?

    Sama2lah kita berdoa agar Allah tunjukkan kita jalan yg benar, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. kesian kat abby...jgn akan datang anak-anak jadi magsa sudah ler...

    ReplyDelete