Tuesday 31 July 2012

ARTIS DIDAHULUKAN, AHLI KITAB DIKEMUDIANKAN

PAS nampaknya gembira betul dengan kehadiran artis yang dikatakan mahu mendalami islam join PAS. Maka diheretlah ke hulu dan ke hilir artis-artis ini ke ceramah ceramah PAS.

Contoh terkini ialah Abby. Awalnya dia menafikan bahawa dia minat untuk join PAS, sebaliknya ke pentas ceramah PAS hanya untuk kongsi pengalaman penghijrahan dari tidak bertudung kepada bertudung.

Tapi setelah beberapa ketika, hajat hati Abby tidak dapat dirahsiakan lagi dengan dia serahkan borang PAS sebagai ahli seumur hidup. Maka dengan itu makin rancaklah dia ke pentas ceramah PAS.

Dulu Aisyah, lepas tu Bob Lokman, Hairie Othman dan terkini Abby.

Mereka dibawa kehulu kehilir untuk bercakap tentang perjuangan islam PAS. Hakikatnya mereka tidak layak untuk bercakap tentang hukum agama, tidak ada hikmah dan ilmu yang cukup untuk bercakap tentang islam kerana kecetekan ilmu tentang agama islam. 

Dulu bergelumang dengan dosa. Bergaul sesuka hati diantara yang bukan mahram. Solat dan sejadah asing buat mereka. Tudung untuk tutup kepala tidak ada.

Tapi sekarang bila join PAS, mereka seumpama sejak dari lahir belajar tentang islam. Boleh sesuka hati menghentam wanita yang belum dapat hidayah Allah untuk bertudung.

Abby seolah-olah sejak dari lahir bertudung. Keluar je ke dunia ni, Abby dah siap lengkap bertudung bila kita lihat dia sesedap hati melipat wanita yang belum dapat taufik untuk bertudung.

Abby seakan lupa diri. Siapa dia dulu. Dari mana dia dulu. Dia tidak sedar dia dulu dari longkang busuk dengan hanyir maksiat. Tapi setelah join PAS segala-galanya berubah sekelip mata.

Dia lupa asal usulnya. Menghukum orang islam yang tidak bersamanya dalam PAS sebagai bukan umat nabi saw. 

Kemana ahli kitab dalam PAS untuk menegur kemungkaran yang dibuat oleh Ustazah Segera ini?

Mana ahli kitab Harun Din, Harun Taib? 

Kenapa ahli kitab ini tidak ditonjolkan dalam banner-banner ceramah PAS? dan sebaliknya artis yang jadi Ustaz dan Ustazah segera ini begitu ditonjolkan?

Inilah tandanya PAS bukan perjuangkan islam tapi perjuangkan populariti supaya ramai orang suka dengan bawak masuk artis-artis yang sesat yang mahukan cahaya islam ke dalam parti ajaran sesat (PAS)

Rujukan: KLIK

2 comments:

  1. PAS bukan sahaja mengalu-alaukan kehadiran artis kpd mereka kerana politik shj, tetapi lebih jauh drp itu ialah DUIT. Dgn adanya artis, golongan muda akan tertarik kpd hiburan disitulah PAS akan menggunakan kesempatan dgn kehadiran yg ramai utk mengutip DERMA. Janji-janji manis seperti Syurga, royalti,oren,lynas dan segala isu akan ditimbulkan agar HIMPUNAN dpt diadakan sepanjang masa, malah tidak hairan sebaik shj keputusan PRU diumumkan mereka telah mula berhimpun tidak lain tidak bukan kerana duit. Biasanya selepas setiap kali PRU isu yg biasa mereka dendangkan ialah KETELUSAN SPR. Para penceramah PAS telah sebati dgn cara itu kerana dgn cara inilah mereka blh berfoya-foya dgn duit yg melimpah ruah utk kesana kemari dlm dan luar negara. Mereka tidak akan disoal dan tidak perlu diaudit malah tidak perlu memohon duit yg mereka belanjakan. Berlainan sekali dgn pihak kerajaan yg mesti mengemukakan perkara2 tadi keatas perbelanjaan yg mereka buat. Rakyat yg datang utk mendengar ceramah dari jauh dan dekat samada bermotosikal atau sebagainya sanggup bersusah payah mengabaikan tanggugjawab terhadap keluarga, tiba dilokasi mereka DICEKIK pula, begitulah ZALIMNYA mereka. Mereka tetap akan menolak kerjasa dgn BN kerana jika mereka menerima maka peluang utk mereka membuat kerja TERKUTUK itu tiada lagi. Para penceramah akan datang dgn kapal terbang, tidor dihotel2 mewah makan sedap2 manakala pengikut terpaksa mengharungi risiko, belanja yg besar, tiduk dimasjid2 atau kakilima dan makan pun sanggup berlapar. Kalau dilihat mereka tidak langsung dijaga kebajikanya tidak seperti janji PAS "Rakyat berkebajikan".

    ReplyDelete
  2. PAS dah banyak menyesatkan umat islam di malaysia. apa gamaknya nasib ketua-ketua dorang di akhirat nanti krn dosa menyesatkan umat islam...

    ReplyDelete