Thursday 19 July 2012

DALAM PAS TIADA ULAMA TAPI AHLI KITAB, KERANA ITU MEREKA SEMUA JADI SESAT


Kesesatan PAS lagi terserlah dengan ceramah anak Nik Aziz ini iaitu yang disampaikan Nik Abduh ketika Perhimpunan Hijau baru-baru ni.

Dalam ceramah itu, ketaksuban PAS pada warna hijau menyerlahkan betapa tebalnya sifat assabiyah PAS. Kebenaran berdasarkan pada Quran dan Sunnah dibuang jauh-jauh sebaliknya hanya cukup warna hijau sebagai lambang kebenaran perjuangan islam palsu PAS. Baju hijau, karpet hijau, payung hijau, hati hijau. Mana ayat Quran membenarkan bahawa hijau adalah tanda kebenaran. Sesat sungguh ajaran Islam PAS.

Nik Abduh menipu ahli PAS bahawa Allah perintahkan PAS merampas Putrajaya. Mana ada perintah Allah suruh dapatkan kuasa? Ayat Quran mana satu?  hadis mana satu?

Nik Abduh mengakui ahli PAS orang beriman dan ahli UMNO penyembah syaitan. Sekarang penyembah syaitan iaitu orang UMNO merampas kuasa dari orang beriman iaitu ahli PAS. Mana akidah Nik Abduh ni? Siapa yang beri kuasa? Allah atau manusia? Lupakah wirid selepas solat?

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Ayat quran diatas jelas menunjukkan kuasa pemerintahan ditentukan oleh Allah swt bukan orang yang menentukannya. PAS sudah sesat dalam sistem demokrasi dan akidah telah salah dan sesat dengan menyakini kuasa diberi oleh orang dan bukannya Allah.

Perjuangan islam PAS bukan perjuangan yang suci kerana perjuangan dapat kuasa adalah perjuangan manusia yang cinta dunia. 

Perjuangan yang suci ialah perjuangan dapatkan keredhaan Allah dan Allah akan redha bila manusia mentaati perintah-perintah Allah dan mengajak manusia mentaati perintah Allah.

PAS bukan perjuangkan supaya perintah Allah hidup tetapi supaya mereka dapat kuasa, harta dan pangkat. Pemimpin PAS menipu ahli PAS yang kononya mereka mahu tegakkan islam walhal bohong semata-mata. Hakikatnya pemimpin PAS tamak kuasa harta dan pangkat.

Buktinya apa yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Selangor ternyata PAS bukanlah menghidupkan perintah Allah tetapi sebaliknya PAS menggadaikan perintah Allah demi pangkat, kuasa dan harta.

Ramai orang islam yang jahil agama seperti golongan artis seperti Bob Lokman, Abby, Aisyah dlln yang mahu agama pergi pada PAS kerana mereka sangka PAS perjuangkan islam dan PAS dipimpin oleh ketua yang berstatus ulama.

Sebenarnya, ulama dalam PAS sebenarnya buka ulama tetapi ialah ahli kitab Quran sama seperti ahli kitab Injil dan Taurat.

Ahli kitab Injil, Taurat dan Quran berani ubah ayat Allah tetapi Ulama tidak sesekali berani ubah ayat Allah kerana Ulama takut Allah. Ahli kitab seperti Nik Aziz, Nik Abduh, Hadi Awang sangat berani tukar ayat Allah demi kuasa harta dan pangkat.

Rujukan: KLIK

3 comments:

  1. DALAM PAS TAKDE ULAMAK TAPI BAYNYAK ULARMAK.

    ReplyDelete
  2. Dah peralatkan ugama untuk segala nafsu yang ada tentu Allah telah tutup pintu hidayahnya pada mereka. Sehingga mereka sangka mereka lah yang terhampir dengan Allah maka mereka ingat mereka boleh buat apa mereka suka.

    Ibarat anak Raja yang berkelakuan kurang ajar keseluruh negeri. Siapa berani menegahnya. Begitulah sombongnya PAS yang merasa di tinggikan Allah.

    ReplyDelete
  3. PAS sesat.. Undi PAS masuk neraka...

    ReplyDelete