Tuesday 3 September 2013

TOLONGLAH DENGAR RINTIHAN RAKYAT: LEPAS TAHAN & SIASAT PENGHASUT, TOLONGLAH DAKWA & BAGI HUKUMAN SETIMPAL


Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tanahair mengucapkan tahniah kepada KDN dan PDRM kerana telah menahan dan menyiasat 2 penghasut pada malam Merdeka-56 baru-baru ini. 

Baki sorang lagi yang diminta serah diri untuk bantu siasatan iaitu seorang lelaki tua yang badannya pun dah berbau 'tanah kubur'. Sepatutnya lelaki tua ini perbanyakkan amalan kebajikan seperti menggalakkan keamanan dan berusaha baiki keadaan huru hara kepada aman seperti yang dibuat oleh Tun M. Dan juga lelaki tua ini sepatutnya perbanyakkan taubat dan tingkatkan amalan untuk balik jumpa Allah di akhirat.

Tetapi malangnya lelaki tua yang badannya pun dah berbau 'tanah kubur' ini menghabiskan masa tuanya untuk buat kacau bilau dan menghasut supaya rakyat jadi gila macam mereka.

Kami sangat berharap mereka bertiga ini didakwa dan dikenakan hukuman setimpal mungkin kerana meraka ini sudah banyak kali buat hasutan supaya negara ini tergugat keamanannya.

Tolonglah Jabatan Peguam Negara bertindak. Banyak kes yang rakyat menanti-nanti supaya pengkhianat negara di beri hukuman setimpal seperti kes penghasut dalam Himpunan Bersih x.0, kes Lahad Datu, kes himpunan Blackout dlln. 

1 comment:

  1. Inilah MALAYsia, dimana undang2 boleh dikotak katik kan, boleh dipermain2kan. Tak ada negara didunia ini, dimana rakyatnya berani mengkibar bendera yang bukan bendera negara tapi di MALAYsia boleh.

    MALAYsiA BOLEH !!

    ReplyDelete