Tuesday 10 January 2012

PEMBEBASAN ANWAR TANDA SISTEM KEHAKIMAN BEBAS? OH TIDAK...


Sebenarnya untuk orang yang dapat lihat permainan kotor politik lain pandangan sebenarnya.

Pembebasan Anwar dengan bukti yang didedahkan oleh pihak pendakwaraya di mahkamah jelas menampakkan Anwar terlibat dengan pertuduhan yang dibuat dan bukti yang didedah sangat kukuh bukan setakat DNA dalam dubur namun DNA ketika Anwar dilokap, CCTV dan keterangan saiful yang cukup konsisten.

Dengan bukti yang ada yang begitu kukuh, perjalanan perbicaraan memakan masa 3 tahun lebih dan diakhir perbicaraan Anwar diputuskan bebas dengan alasan yang sangat dangkal yang dibuat oleh hakim yang tidak tahu pasal DNA krn bukan ahli & pakar dalam sains DNA seperti pakar dari HKL dan jabatan Forensik, ini menunjukkan ada tak kena dengan sistem kehakiman negara.

Sepatutnya sebagai seorang hakim yang adil sepatutnya membuat keputusan  berdasarkan bukti yang diperoleh dari ahli sains dan pakar dalam bidang DNA dan kebijaksanaan hujahan terhadap bukti-bukti yang ada yang dikemukakan oleh pendakwaraya. Namun sebaliknya berlaku semalam apabila penemuan pakar DNA dan hujahan pendakwaraya bagaikan tidak dipertimbangkan langsung sebaliknya menolak dengan alasan yang sangat dangkal.

Ijtihad hakim atas bukti yang Allah zahirkan dan bukan atas percaturan politik manusia.

Bila keputusan semalam dibaca, sebenarnya bagi yang melihat begitu dalam dan teliti sebenarnya ada benda tak kena berlaku dalam badan kehakiman negara.

Aku faham dengan keputusan semalam, Najib dan penyokong UMNO gembira kerana berjaya menepis tohmahan pembangkang bahawa kes ini konspirasi UMNO.

Namun jutaan rakyat malaysia percaya ada benda tak kena dengan keputusan semalam. Kepercayan mulai tebal dikalangan rakyat bahawa keputusan dibuat atas dasar percaturan politik Najib. PRU13 yang menjelang tiba, jika Anwar ditangkap dengan kes ini Najib takut kehilangan banyak undi atas pagar yang merupakan undi penentu samada BN atau PR yang akan memerintah negara ini. Najib takut pengundi atas pagar hilang kerana termakan tohmahan PR bahawa Anwar difitnah dan undi simpati pada Anwar meningkat dan kemungkinan besar PR akan dapat tawan Putrajaya.

Jika apa yang rakyat fikirkan ini benar, maka sebenarnya percaturan Najib untuk selamatkan kuasa BN dari jatuh kepada PR adalah sangkaan yang sangat silap. Hal ini kerana jutaan rakyat Malaysia percaya Anwar bersalah dengan begitu yang kukuh menyebelahi Saiful. Rakyat Malaysia yang mahukan keadilan untuk saiful yang jelas nyata bahawa dia tidak bersalah. Kerana apa? kerana bukti yang ada kukuh dan sumpah laknat dibuat oleh saiful sungguh mengerikan kerana jika dia berdusta laknat Allah keatasnya. Laknat Allah kepada yang berdusta atas namaNya tidak akan memakan masa lebih 3 tahun. KLIK

Jika ini benar, maka percaturan  Najib untuk selamatkan BN telah silap. Sangkaan Najib bahawa keputusan ini menandakan sistem kehakiman negara bebas dari kerajaan BN adalah silap. Malahan jutaan rakyat Malaysia percaya sistem kehakiman dipengaruhi oleh percaturan politik kerajaan BN yang takut kehilangan undi jika memutuskan Anwar bersalah. KLIK

Keputusan hakim Zabidin Md Diah melanggari perintah Allah keatasnya yang memikul amanah untuk menghakimi dengan adil berdasarkan bukti dan bukannya kerana arahan orang dek percaturan politik. Bila penghakiman dibuat dalam keadaan melanggar perintah Allah, tunggulah keputusan Allah kepada hakim dan yang mengatur hakim.

Kemurkaan Allah cepat kepada mereka yang menzalimi yang dianiayai dan doa orang yang dizalimi tidak ada hijab disisi Allah swt. Kemurkaan Allah dasyat wahai manusia. Taubatlah wahai manusia, janganlah kamu terpersona dengan dunia yang fana dan penuh dengan fitnah ini. Takutlah kepada Allah dan jangan kerana keseronokan dunia kamu menidakkan hak mereka yang dizalimi.

Sesungguhnya kehidupan yang baik ialah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah swt.

~ pengikut Muhammad saw

5 comments:

  1. betul...malahan rakyat makin percaya badan kehakiman negara telah dipengaruhi oleh tangan2 ghaib

    ReplyDelete
  2. mungkinkah sedang ada perancangan untuk "deception" yang paling dahsyat ??

    1) keputusan 901 hanya bertujuan untuk memastikan sistem kehakiman adalah bebas & rata-rata pembangkang telah mengakuinya

    2) memastikan DSAI & pengikutnya leka meraikan "kebebasan sementara"

    maka setelah 2 perkara di atas telah tercapai, maka keputusan sebenar bakal diputuskan oleh bukan seorang, tapi TIGA orang HAKIM!!

    ReplyDelete
  3. kita lihat apa lagi mainan politik depa semua ni...rakyat tunggu nak boikot pru13 sbg undi protes

    ReplyDelete
  4. Boikot PRU13 tanggungjawab pengudi atas pagar.

    ReplyDelete
  5. Sebelum membuat kesimpulan yang berspekulasi, tunggu dulu transcript hakim yang lebih panjang dari perutusan 5 minit hakim tu...

    ReplyDelete