Tuesday 23 July 2013

ANWAR GEMBIRA RAYUAN SAIFUL BUKHARI AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI


PUTRAJAYA: Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Muhammad Shafee berkata pada Isnin beliau menganggap pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding rayuan itu sebagai khidmat awam dan akan menjalankan tugasnya dengan baik.

Beliau berkata ia adalah kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara untuk terlibat dalam pasukan pendakwaan bagi kes jenayah berprofil tinggi.

Beliau memberitahu dia dibayar gaji untuk memastikan bahawa pelantikannya secara kontrak adalah sah.

"Ia adalah satu jumlah yang kecil semata-mata untuk memastikan kontrak saya sah," katanya yang enggan mendedahkan jumlah tersebut kepada media.

Beliau berkata tiada sebarang konflik kepentingan terhadap saya untuk bertugas sebagai pendakwa raya.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata telah diberi kebenaran oleh Peguam Negara di bawah Seksyen 379 CPC untuk bertugas mewakili kerajaan bagi rayuan jenayah.

"Saya menerima surat bertarikh 2 Julai yang ditandatangani oleh Peguam Negara pada 11 Julai. Beberapa dokumen lain mengenai kontrak saya akan dilengkapkan pada Jumaat," katanya.

Jelasnya, beliau juga boleh mengendalikan kes lain selagi tidak wujud sebarang konflik.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Dalam respon segera, Anwar yang dilaporkan Sinar Harian membantah perlantikan Muhammad Shafee yang dianggap sebagai musuh peribadinya sejak dari tahun 1998.
“Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa,” kata Anwar dalam twitternya.
Anwar tak nak lari ke mana-mana kedutaan ke? 

5 comments:

  1. abis kapal singh dulu musuh la ni boleh kawan dan kedua kamu adalah dari parti pembangkang..ada ke ini patut..bila kena mcm ni kamu kata tak patut..Cermin diri depan cermin lah ooiii

    ReplyDelete
  2. Apa anwar takut dekat dato shafie? kenapa x nak bawa peguam mat saleh gonh tu mai masa rayuan? kenapa malaysia dah tak ade peguam yang handal lagi ker untuk bela kes anwar?

    ReplyDelete
  3. Ini satu mimpi negeri yg menjadi kenyataan bagi Anwar.Kebimbangan yg berlegar di peringkat permulaaan kes dulu ,kini benar-benar berlaku.Mampus lah Anwar.

    ReplyDelete
  4. Mangkok tu ada berbelas peguam..kalau tak salah apa nak takut...nah dulu kau liwat jubur saipol sedap Nah ambik kau kau pulak di liwat oleh peguam hadalan..ooop bila nak bicara kapal sinki tiba tiba sakit, heran sakit berjadual majkamah, nak buta bantahan maknanya nak tangguh tangguh lagi lah tu,,da agak dah..

    ReplyDelete