Perpecahan kaum melayu di negara ini makin meruncing. Kedudukan melayu tergugat bermakna tergugatnya islam di negara ini kerana majoriti penganut agama islam di negara ini ialah melayu. Melayu berpecah bermakna undi melayu berpecah dalam mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan bagi memerintah negara ini. Melayu yang menyokong BN dan yang menyokong PR dianggarkan 50% - 50%. Jadi undi penentu bukan pada kaum melayu tetapi India dan Cina. Namun majoriti India jauh kecil berbanding Cina. Ini membuatkan undi Cina menjadi penentu samada BN atau PR yang memerintah negara ini.
Jika melihat keadaan PRK terdahulu, undi Cina menunjukkan peningkatan kepada PR. Disini ramalan mudah boleh dilihat bahawa PRU13 kemungkinan besar pengekalan kuasa melayu di negara ini terancam jika terus bergantung kepada sistem demokrasi. PR yang kita semua maklum didominasi oleh DAP akan memastikan ini berlaku dalam PRU13 ini. Ketua PKR, Anwar dan ketua PAS, Hadi hanyalah 'kuda tunggangan' untuk DAP mencapai matlamat mereka memerintah negara ini kerana kerusi DAP dalam PR jauh lebih besar apatah lagi pemilih di Sabah Serawak turut beralih kepada DAP atas sentimen agama dimainkan sepertimana pilihanraya di negeri Serawak tahun lepas. Jika PR memerintah negara ini nanti sudah pastilah melayu akan jadi etnik kecil bila DAP pecahkan melayu mengikut dialek masing-masing seperti jawa, banjar, minang, trg, kelantan, kedah, boyan. Dan islam tidak lagi jadi agama rasmi negara ini dan hak melayu sudah pastilah hilang dan begitu juga dengan kuasa raja-raja.
Apa saja boleh berlaku sepertimana di Libya, Itali, Syria, dlln.
Andai raja dan pembesar melayu faham situasi yang akan berlaku jika analisis diatas benar-benar berlaku dalam PRU13 nanti, sudah tentulah pergantungan kepada sistem demokrasi adalah satu tindakan tidak bijak sama sekali demi kepentingan islam, melayu, raja dan tanah air.
Desas desus ada menjangkakan bahawa sistem demokrasi berakhir selepas pembubaran parlimen nanti. PRU13 tidak akan diadakan apabila situasi diatas diambil kira kerana padahnya mungkin lebih teruk dan tragis dari 13 Mei dulu kerana melayu tidak sanggup hilang kuasa kepada cina DAP.
Jika ini berlaku, siapakah akan menentukan pemilihan ketua dari kalangan melayu yang diberi mandat untuk pembentukan kabinet baru? majlis raja-raja? wallah waklam....
No comments:
Post a Comment