Wednesday, 28 March 2012

"TUHAN DAH LUMPUH"

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

SEBENARNYA NI LAH BALA DARI TUHAN SEBENAR ALLAH RABBUL ALAMIN KEPADA MANUSIA MENGAKU TUHAN SEPERTI NAMRUD DAN FIRAUN. 

2 comments:

  1. BELUM TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT. PINTU TAUBAT KEPADA ALLAH SENTIASA TERBUKA SELAGI NYAWA KITA BELUM SAMPAI DI KERONGKONG...RENUNG-RENUNG DAN BERIMANLAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA.

    ReplyDelete
  2. Biarkan Luncai terjun dengan labu labunya! Jika labu itu sabut, ia akan timbul... jika labu itu batu, ia akan tenggelam bersama Luncai ..... Allah Maha Mengetahui....

    ReplyDelete