1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.
2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.
3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.
4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.
5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.
Semuanya berjumlah 14 kali.
6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).
7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.
8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.
9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.
10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.
11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.
12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.
Forum: www.kelabchedet.com
Salam, Kata-kata saudara mungkin ada kebenarannya. Saya bersangka baik dengan apa yang Tun M. ucapkan. Mungkin dia telah tersalah memilih kata-kata.
ReplyDeleteSeseorang patut menasihati Tun M. agar membuat pembuat pembetulan ini. Bagi ianya jelas. Sebab dah tersebar luar sekarang ni. Itulah sebaik-baiknya. Saya sendiri yakin maksud Tun adalah seperti yang saudara nukilkan.
Harap pembetulan akan dibuat oleh Tun M. sendiri.
Inilah yg dimainkan sejak 40 tahun dulu.Hudud PAS ialah hudud Islam.Tolak PAS maka tolak Islam.Orang Melayu tahap kesedaran membacanya sgt kronik sampai apa yg disampaikan oleh pak lebai2 semuanya maksum dan betul.Tak tau nak menyelidik terlebih dulu.Cepat betul nak menghukum.
ReplyDelete