Thursday 22 March 2012

TAHNIAH KEPADA PELAJAR, GURU DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Terengganu kekal cemerlang

KUALA TERENGGANU 21 Mac - Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin.

Beliau berkata, Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2011 negeri itu meningkat kepada 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada 2010.

"Pencapaian itu mengatasi GPN Nasional 5.04 peratus dan rekod pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun seperti juga rekod pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.

"Saya percaya peningkatan GPN ini antaranya disebabkan penumpuan calon terhadap mata pelajaran yang diambil setelah dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dan penambahan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan itu," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM negeri di sini hari ini. -utusan

No comments:

Post a Comment