Tuesday 14 August 2012

PAS DAN JEMAAH TABLIGH SAMA SPESIS


PAS ambil mudah kes ini kerana takutkan DAP. Manakala Jemaah Tabligh Malaysia tidak berdakwah kepada orang bukan islam kerana takutkan ketua-ketua mereka di India yang melarang mereka mengajak orang bukan islam kepada islam.

Walhal Allah perintahkah umat islam mencegah mungkar manusia samada mungkar yang dibuat oleh orang bukan islam dan mungkar yang dibuat oleh orang islam.

Surah Ali-Imran[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), untuk kamu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar, dengan itu kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

Surah Luqman
[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Abu Said al-Khudri r.a, sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Hadis yang berbunyi “ Demi zat yang nyawaku ditanganNya! Kamu mesti sentiasa melakukan kerja amar makruf nahi mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azabNya keatasmu, lalu kamu berdoa, maka Allah tidak akan menerima doa mu”

Hadis yang berbunyi “Kalimah Lailahailallah sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Sahabat r.hum bertanya, “ Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?” Nabi saw menjawab, “Apabila perbuatan mungkar kepada Allah terang-terangan dibuat dan mungkar ini tidak dicegah”

Apa dah jadi dengan PAS dan Jemaah Tabligh yang keduanya berupa rupa islam tapi kemungkaran paling besar berlaku tidak dicegah.

Adakah takut pada manusia PAS dan Jemaah Tabligh sanggup belakangkan perintah Allah yang utama ini?. 

Lupakah semua nabi-nabi mencegah mungkar manusia terdahulu seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab kerana mereka membuat mungkar yang sangat besar disisi Allah iaitu tidak mahu mengakui kewujudan Allah swt dan kerasulan para nabi yang dihantar.

Tidak takutkah ahli PAS dan ahli Jemaah Tabligh di akhirat nanti bila ditanya kenapa kamu tidak berkata benar tentang Aku kepada manusia yang sedang buat mungkar?

8 comments:

  1. sekiranya tuan benar-benar perihatin, apa kata tuan ikut saya.. Kita trobos setiap FB,BLOG.E MAIL dll.yang masih kufur. kita sama-sama dakwahkan mereka supaya memeluk islam walaupun hanya sepotong ayat dan jangan lupa sampaikan kepada sahabat kita yg. lain. dengan cara ini kita telah gunakan fitnah terbesar Dajjal untuk dakwah(ibarat senjata makan tuan).SAMA SAMA KITA GEGAR HATI DAN JIWA MEREKA DENGAN KALIMAH LAILAAHAILALLAH MUHAMMADURASULULLAH.

    ReplyDelete
  2. kalau tuan benar-benar perihatin apa kata tuan ikut MUJADIDAZAMAN IAITU DENGAN MENEROBOS SETIAP FB,BLOG,E MAIL(Fitnah Terbesar Dajjal) MEREKA YANG BELUM ISLAM SELURUH DUNIA DAN KITA SAMPAIKAN DAKWAH KEPADA MEREKA WALAUPUN HANYA SEPOTONG AYAT MUDAHAN JADI ASBAB HIDAYAT.KITA GUNAKAN FTD SEBAGAI MEDAN DAKWAH(ibarat senjata makan tuan)JANGAN LUPA SAMPAIKAN PADA RAKAN SE ISLAM YANG LAIN SUPAYA BUAT PERKARA YANG SAMA.SAMA-SAMA KITA GEGAR HATI DAN JIWA MEREKA DGN LAILAAHAILALLAH MUHAMMADURASULULLAH.

    ReplyDelete
  3. Tuan... Pertama saya nak tanya, sejauh mana tuan kenal dan faham dengan jemaah tabliq? Tentang pas saya tak perlu nak persoal, semua org kenal. Tolong jangan babitkan jemaah tabliq dlm soal politik atau perbalahan tuan dgn pas. Saya penyokong kerajaan, tapi saya juga berfahaman bahawa jemaah tabliq tiada cacat celanya (yang ketara). Mereka adalah satu gerakan global yang sama sekali tiada unsur merebut kuasa seperti sebuah parti politik. Tentang dakwah kpd kaum kafir, tuan patut tahu bahawa dewasa ini perangai dan akhlak umat islam adalah sama malah ada yang lebih teruk dari kaum kafir, jadi usaha tabliq untuk membetulkan umat islam 'dahulu' adalah satu usaha yang betul. Jika umat islam dah betul, pada pendapat tuan, adakah kaum kafir akan mengikut, akan terpegun dan lembut hati untuk menganut islam. Ketika ini memperbetulkan umat islam itu adalah lebih aula ... Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kau cakap? jemaah tabligh takde cacat cela?

      jemaah tabligh adalah pentaksub orang india...cacat la tu, manusia yang boleh ditaksub ialah Nabi Muhammad saw je

      apa la jemaah tabligh takde cacat cela..balik 4b bulan india pakistan bangladesh, azan berubah jadi azan india, pakaian benggali, malas kerja, perasan diri beriman sehingga panggil orang islam yang tak mengikuti jemaah tabligh sbg orang awam...pastu jemaah tabligh konon kesian kpd orang awam krn tak ikut jemaah tabligh yang disangka confirm syurga krn jadi beriman setelah keluar 4b 40h

      jemaah tabligh yakin iman kuat dgn keluar 4b 40h 3h, tapi satu ayat quran dan hadis tak jumpa utk benarkan dakwaan mereka

      sedangkan Allah sebut dlm quran bhw iman kuat bila menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan begitu juga dalam hadis menyebut iman kuat berkait dgn kerja amar makruf nahi mungkar...

      jemaah tabligh byk keluarkan hadis2 palsu utk membenarkan ajaran tabligh...

      itu baru skit tentang kepincangan dan cacat cela jemaah tabligh..

      Delete
  4. Salam saudara, boleh x agak2 saudara asingkan jemaah tabligh dgn pas? Kami bukan ahli politik ya. Dan saudara ada bukti kami xberdakwah? Jangan ssbarangan menuduh sedare. Kadang kadang ajak saudara seislam sendiri buat baik lagi susah dari yang bukan islam. Maafla tapi saya tengok saudara ni macam golongan pandai, xsalahkan kalau lembut sikit bahasa, biar nampak adab melayu kita

    ReplyDelete
  5. jemaah tabligh bagi alasan macam2 untuk tak cegah mungkar manusia...

    ReplyDelete
  6. salam..

    saya ingin beri sikit pendapat yg tak brapa hebat ni pada sdara,kalau sudi,boleh la guna pakai,kalau tak sudi,buat tak tau je la ye..

    sdara pergi la nasehat2@berpeesan2 kat org tabligh,manatau insyaallah boleh juga mereka sedar apa yg mereka telah buat silap,bukan susah nak cari mereka,kalau sdara duk k.l.sedara prgi ke masjid sri petaling,24jam penuh org kat sana,24jam juga sdara boleh nasehatkan mereka,kerja cegah mungkar ni kena 24jam tau sdara..jgn lambat2kan usaha baik ni sdara,dan jgn sia2kan peluang baik ni sdara,ini peluang cegah mungkar..ini memang sgt baik..kalau sdara duk selain dari k.l,sgt mudah juga untuk cari mereka,jgn takut sdara tak boleh cari mereka,setiap negeri ada,setiap negara pun ada..

    setakat bising2 kat medan internet ni PELUH PUN TAK KELUAR sdara..

    sdara jgn bertindak mcm org politik.air liur je keluar sampai banjir..peluh je yg belum keluar2..

    pertimbangkan saranan saya ye..jgn putus asa,kalau mereka tak mahu dgr,cuba lagi,lagi dan lagi..kna sabar,kena berterusan.mcm nabi saw..percayalah ini memang kerja baik.

    salam .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan..doakan kami dapat keluar 3hari,40hari, & 4bulan seumur hidup & ke seluruh dunia.. mudah-mudahan doa tuan Allah beri lebih lagi taufik & hidayah kepada kita semua & seluruh alam, InsyaAllah..

    ReplyDelete