Wednesday 1 August 2012

KUASA DI TANGAN ALLAH, BUKAN DI TANGAN RAKYAT


Allah beri kuasa kepada siapa yang Allah kehendaki. Bila ada orang beriman iaitu mencapai tahap iman yang Allah redha, pasti Allah tunaikan janjiNya utk kurniakan kuasa kepada orang beriman. Allah redha pada Nabi Muhammad saw dan sahabat r.hum, mereka dikurniakan kuasa di Madinah setelah para sahabat jadi beriman kesan daripada 13 tahun di Mekah mereka menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak kalimah syahadah pada Rukun Islam Pertama) iaitu cegah mungkar orang bukan islam supaya menerima penyaksian 2 kalimah syahadah (dakwah kalimah syahadah) dan ajak orang islam mentaati perintah-perintah Allah.

An-Nur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Bila tidak ada orang beriman iaitu tidak mencapai tahap iman yang Allah redha kerana meninggalkan tuntutan/amal menunaikan hak Rukun Islam Pertama, Allah biarkan batil berkuasa seperti Allah biarkan Firaun lakukan kekejaman kepada bani Isreal yang merupakan orang islam tetapi engkar pd Allah dan Rasul yang dihantar pd zaman tersebut iaitu Musa a.s dan Harun a.s

Sekarang ini bila umat islam tinggalkan tuntutan Rukun Islam pertama selepas mengucap syahadah walaupun kita masih tunaikan rukun islam kedua hingga kelima, iman kita tidak dapat mencapai tahap iman yang Allah kehendaki kerana Allah menjanjikan iman yang teguh akan diberi oleh Allah kepada orang islam bermula dengan menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak rukun islam pertama).

Bila tidak ada orang islam yg mencapai tahap iman yang Allah kehendaki, maka Allah biarkan batil berkuasa dan berada diatas. Oleh kerana itu, Allah biarkan harini batil bermaharajalela seperti sistem riba, sistem demokrasi, sistem kapitalis, seks bebas, rasuah didokong termasuk oleh orang islam yang belajar agama islam. Ketua yang Allah angkat menjadi ketua orang islam ialah dari yang buruk dan zalim seperti Allah hina bani Isreal kerana engkar perintah Allah dan rasul dengan diangkat Firaun sebagai ketua. Ketua orang islam harini walau rupa islam tapi fasiq kerana hati cinta dunia, kuasa dan harta.

Jadi untuk Allah beri kita ketua yang taqwa, bijaksana, tegas, pemurah dan adil bukan ubah ketua dengan cara sistem demokrasi yang dicipta oleh orang kafir. Tetapi kita ubah amal kita dengan mentaati perintah Allah dan ajak manusia lain samada yang islam dan bukan islam  supaya mentaati perintah Allah iaitu yang bukan islam ajak mereka taat perintah Allah pertama/mula-mula pada mereka iaitu mengaku ‘Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah’ dan yang sudah islam ajak taat perintah Allah bermula dgn tunaikan hak kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji (asas agama iaitu 5 rukun islam) dan perintah-perintah Allah yang lain.

Bila orang islam lakukan semua perintah Allah tersebut, akan lahirlah orang beriman di kalangan kita seperti lahirnya para sahabat walaupun asal mereka dari orang jahiliyah. Harini umat islam sudah lakukan semua perintah Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan perintah Allah yg lain namun masih belum mencapai tahap beriman yang Allah kehendaki tandanya Allah belum lagi tunaikan janjiNya mengangkat dari kalangan orang islam jadi khalifah samada di sesebuah negara atau dunia.

Ini berpunca kerana orang islam tinggalkan satu perintah Allah yang besar iaitu tidak menunaikan tuntutan/hak rukun islam pertama iaitu menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti Nabi Muhammad saw lakukan dan mengabaikan solat. Walhal dua perintah ini besar disisi Allah yang merupakan hak Rukun Islam pertama dan Rukun Islam kedua yang mesti diambil berat menunaikanya.

Luqman
[17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Hukumnya fardu kifayah ditunaikan secara berjemaah disetiap kariah masjid dan fardu ain ditunaikan secara sendirian. Sepatutnya setiap kariah masjid mesti hidup seperti masjid Nabawi dizaman Rasulullah saw dimana mesti ada orang islam secara berjemaah lakukan kerja amar makruf nahi mungkar setiap hari dan setiap hari berjemaah menunaikan solat fardhu 5 waktu.

Surah Ali-Imran[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan dengan mengajak kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Allah akan tunaikan janjiNya beri kuasa kepada orang beriman adalah pasti dengan syarat umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw. Allah akan ubah keadaan kita dari buruk kepada baik setelah kita mentaati perintah Allah. Allah akan ubah pemimpin yang buruk kepada yang baik bila kita mentaati perintah Allah. Allah tidak akan tukar pemimpin yang buruk dengan kita langgar perintah Allah iaitu melibatkan diri dalam sistem kafir sebagaimana Allah tidak akan berkati ekonomi orang islam dengan menjalakan sistem riba.

Tidak ada perintah Allah supaya dapatkan kuasa. Yang ada ialah Allah perintah umat islam mentaati perintah Allah sehingga kita dapat redha dan Allah suka kepada kita. Bila kita dapat Allah, dapat Allah redha, dapat Allah suka kepada kita maka Allah akan beri ketua atau pemimpin umat islam yang taqwa, baik, adil, bijaksana, tegas dan pemurah.

An-Nur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Note: PERCAYA KUASA DITANGAN RAKYAT, SYRIRIK!!! ORANG KAFIR MELALUI SISTEM DEMOKRASI MENGAJAR UMAT ISLAM JADI SYIRIK DENGAN ALLAH SELAMA INI. KERANA ITULAH ALLAH MURKA KEPADA UMAT ISLAM, UMAT ISLAM BERPECAH BELAH KESAN DARI SYIRIK DENGAN ALLAH PERCAYA KUASA DITANGAN RAKYAT.

Rujukan: KLIK

1 comment: