Thursday, 6 June 2013

AKU TAK SAYANG NAJIB...AKU SAYANG ISLAM, BANGSAKU & TANAHAIRKU


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pemimpin politik agar tidak mengheret institusi diraja dalam kancah politik dengan emosi tidak terkawal.

Baginda bertitah, tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dibuat semata-mata memuaskan hati sesetengah pihak menyebabkan ketinggian Perlembagaan menjadi permainan.

Jelas baginda, Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagaimana terkandung dalam prinsip kedua Rukun Negara mesti dijunjung semua pihak kerana raja merupakan payung kepada rakyat.

"Namun, dengan beberapa isu sensitif yang mencabar kedaulatan serta perundangan negara dewasa ini, beta pasti sedikit sebanyak institusi diraja turut terpalit dengan pelbagai kontroversi.

"Jangan diheret institusi ini dengan emosi tidak terkawal demi memuaskan hati sesetengah pihak sehingga ketinggian Perlembagaan menjadi mainan," titah baginda ketika merasmikan Seminar Institusi Raja (SIRaj) di sini hari ini.

Seminar dua hari anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertujuan memperjelas peranan institusi raja sebagai payung kepada rakyat.

Turut berangkat, Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, seluruh rakyat perlu sedar dan insaf mengenai tujuh wasiat raja Melayu yang menjadi asas kepada tertubuhnya negara Malaysia bertamadun serta berdaulat.

Sehubungan itu, titah baginda, 'ubat' paling mujarab bagi menyedarkan rakyat mengenai wasiat tersebut serta menangani isu tidak menghormati institusi diraja ialah melalui elemen pendidikan.

"Beta percaya pendedahan lebih meluas tentang konsep pemerintahan yang berteraskan sistem raja berperlembagaan wajar diketengahkan menerusi subjek Sejarah di sekolah," titah baginda.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130606/dn_01/Politik-Jangan-heret-institusi-raja#ixzz2VOi9Q94p
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kalau Najib mahu bodek cina lagi dengan dengar tuntutan kaum Cina, Anwar dan pembangkang lagi seperti meletak SPR bawah parlimen, jadikan BN satu parti, dengar tuntutan Dong Zong yang menjadi tempat pembiakan semua hantu dan pelesit yang bencikan agama Islam, kaum Melayu-Islam dan Bumiputera dan tak tahu hormat Raja-Raja Melayu. Tunggulah umat Melayu-Islam & Bumiputera akan halau Najib jauh-jauh dari perjuangan Melayu-Islam. Lebih teruk dari Pak Lah lagi. Tunggu.....

Umat Melayu-Islam sudah hilang pemimpinnya yang bertaring..pemimpin dari PAS dan PKR jauh sekali nak diharap dan harapan diletak pada UMNO tapi kalau Najib terus menerus lembut hati dengan orang yang mahu menghancurkan Islam, Umat Islam Melayu dan Bumiputera...Tunggulah kebangkitan Umat Melayu Islam untuk tolak pemimpin yang tak sayangkan Islam, Umat-Melayu dan Tanahair dan lebih pentingkan riwayat hidup dalam pentas politik.

Umat-Melayu dahagakan pemimpin yang tegas, taqwa dan bijaksana...Ya Allah kurniakanlah kami pemimpin yang Kau redha dengannya...

Maaf ye kepada pembodek najib...aku blogger tak bertuan...yang betul aku sokong..yang mungkar dan salah kena cegah...!!!!

7 comments:

  1. Aku setuju. Sebagai prnyokong tegar UMNO, aku tdk mahu bangsa & agamaku diludah & dipijak satu hari nnt. Aku heran najib ni. Yg di masih terhegeh2 ngan cina ni buat apa? tak tau lg ke mana lawan mana kawan? dia ingat umno dpt lebihan kerusi dr PRU-12 dulu pasal org cina ke org melayu? & dia ingat org2 melayu mcm aku ni pangkah UMNO pasal sayangkan dia ngan rosmah? kalau Dr.M tu lainlah! wake up najib! aku pangkah UMNO sbb sayangkan bangsa, agama & negaraku Malaysia. bukan pemimpin UMNO. Pemimpin boleh ditukar ganti tp insyaallah parti UMNO akan kekal!! Berilah perhatian & kasih sayang kat org2 Melayu Islam/pribumi sabah sarawak yg sokong UMNO tidak & kuatkan usaha penyatuan org2 melayu islam. Kalau kita dpt 90% pengundi2 melayu sokong umno & tinggalkan pembangkang, seang2 kita dpt 2/3 majoriti. tak perlu langsung walaupun 1 undi cina dr MCA/Gerakan apatah lg DAP. Fikir2kanlah wahai Najib!

    ReplyDelete
  2. AKU JUGA SETUJU

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...setuju....110%,,,

    ReplyDelete
  4. tumbangnya seorang presiden bukan dalam pru tetapi dalam pau...... semakin meluat!!! apa jenis pemimpin ntah, tak reti nk cakap.

    ReplyDelete
  5. cepatla PAU, ganti dgn yg lebih baik

    ReplyDelete
  6. aku melayu ultra6 June 2013 at 14:22

    Aku sebagai penyokong serta pengundi UMNO-BN amat kecewa apabila senario2 yg melanda di negara kita disebabkan keputusan2 yg dibuat oleh DSN:

    1. Meletakkan pemimpin Hindraf dalam senarai kabinet-apabila seorang yg tidak hormat undang2 negara diletak sebagai pemimpin,bole h byngla sendiri..

    2. Terlalu ikut cakap pembangkang sampai tertipu

    3. Meletakkan sepupu beliau yg lemah dari menteri wanita utk portfolio kabinet yg memerlukan pemimpin tegas spt kem pertahanan dan KDN.

    4. Tidak dapat mengawal isteri beliau yg kadangkala bila kita lihat dah macam menteri (sharizat berhenti pun takde effect sbb kerja beliau telah diambil alih oleh isteri PM).

    5.Terlalu lembut dan tidak tegas.

    6. Konsep politik beliau lebih kpd penggunaan wang (manusia ni bagi wang byk mana pun tak kan rasa bersyukur, lebih2 lagi penganut PAS.percayalah penganut PAS 90% yg terima BR1M tapi masih pangkah PAS. Yg tegar pulak siap pakai baju PAS/ BERSIH masa nak ambik duit. Rasa bengang pun ada).

    Ini luahan ikhlas dari aku. Aku masih lagi mengundi BN-UMNO kerana aku pikir bangsa aku masih lagi selamat dibwh parti ini. Cuma aku risau masa PRU 14 nanti byk pengundi tegar yg dah tua2 macam mak aku dah takde kat dunia ni. yanng tinggal cuma pengundi muda yg byk sokong pembangkang. Nak2 ada masalah yg aku sebutkan di atas ni.

    Aku harap DSN dapat lihat perbincangan kita dan ambil iktibar. Aku kritik kerana aku masih sayang bangsa aku.

    ReplyDelete