Thursday, 13 June 2013

NAJIB USAHLAH LAWAN AGONG UNTUK PINDAH BADAN BEBAS-SPR KE BAWAH PARLIMEN


KUALA LUMPUR 12 Jun - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) menegaskan barisan kepemimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, barisan kepemimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen Radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepemimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah... buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat," katanya.

Abdul Aziz berkata, barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang... jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.

Beliau berkata, di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Katanya, SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibahas dan dilulus - BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_04/Kami-tidak-akan-letak-jawatan#ixzz2W3glHGO0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Najib usahlah nak menangkan hati pengundi dari kumpulan pembangkang yang tak datangkan apa-apa faedah langsung. Najib kena bijakla...ada penasihat tak salah, tapi jangan terima bulat-bulat apa penasihat bagitau. Najib kena tahu ciri-cari pemimpin islam antara yang disebut oleh Nabi Muhammad saw;

1. Pemurah tapi tidak boros
2. Tegas & berani tapi tidak zalim
3. Ramah tapi tidak pengecut

Najib jangan suruh ahli UMNO je muhasabah, diri dia juga kena muhasabah dan satu lagi janganlah isterinya Rosmah banyak sangat interframe dalam program kerajaan, belajarlah dari Tun Hasmah Ali.

1 comment:

  1. Setuju...lebih setuju kalau Najib berundur sajalah...dah GAGAL biar orang lain pulak jadi Kapten...Di Selangor, Najib GAGAL 100%. kena ambil tanggungjawab lah...

    ReplyDelete