Friday 7 June 2013

NAJIB DAH KENA SANTAU HANTU CINA KE HAPE DAH NI???


Saya ingin mengetengahkan beberapa perkara-perkara serius berkenaan dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), yang merupakan sebuah senjata yang mampu memulakan sebuah pencerobohan kewangan dan keruntuhan ekonomi di mana Dr Mahathir pun tidak akan mampu membina semula. Erti kata lain, TPPA merupakan sebuah proses liberalisasi ekonomi yang mengandungi dasar-dasar mengutamakan pelaburan dunia, dimana tangan-tangan yang berkuasa sebenarnya bukan dalam pengaruh kerajaan kita tetapi kuasa pelabur-pelabur asing.

Artikel ini sebenarnya balasan kepada artikel berpaksikan pendapat yang dinukilkan oleh Paul A. Brown, Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi dalam Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia. Hakikatnya, ada pelbagai kepincangan TPPA yang mengundang tekanan dan bahaya.

Semasa Krisis Kewangan 1997, Malaysia dibawah pentadbiran Dr Mahathir telah menggunakan kaedah pemulihan yang luar biasa iaitu kawalan modal (capital controls), penambatan matawang (currency pegging), dan perbelanjaan yang banyak.

Anda boleh dapat maklumat terperinci daripada artikel ini:

https://www.facebook.com/notes/saya-sayang-tun-dr-mahathir-mohammad/peranan-malaysia-dalam-pembentukan-ekonomi-dunia/485362471535568

Daripada sini, negara-negara yang mengalami Kemerosotan Ekonomi 2009 nampak kawalan modal sebagai satu harapan yang membenarkan ekonomi kembali ke jalan pemulihan, dan ini merupakan satu fakta yang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri bersetuju. Dan serigala-serigala IMF kemudiannya membina sebuah senjata kewangan yang menakutkan, iaitu Trans-Pacific Partnership Agreement.

Yang paling mengejutkan sekali, salah satu daripada dasar TPPA ialah pengharaman kawalan modal. Maksudnya, negara-negara yang menurunkan tandatangan persetujuan tidak boleh menggunakan dasar kawalan modal jika mereka terjatuh dalam kancah krisis kewangan/ekonomi. Jadi kalau berlaku krisis ekonomi, negara tersebut tidak mempunyai ruang yang banyak untuk berusaha. Mereka semestinya akan menerima pakej suntikan kewangan IMF.

Ekonomi sebenarnya sangat fragile seperti kepingan salji. Dalam sebuah ekonomi yang berkembang pesat pun, jangan terkejut jika tiba-tiba berlaku titik noktah dan unjuran ekonomi menunjukkan angka defisit dan negatif. Pada bila-bila masa boleh berlaku krisis, terutamanya melalui institusi kewangan, contohnya Bursa Saham.

Saya boleh memberikan bukti kepada dakwaan saya dengan sepucuk surat rayuan sulit Amerika Syarikat kepada Hillary Clinton (Setiausaha Negara ketika itu), dan Timothy Geithner (Setiausaha Kewangan ketika itu), yang telah ditandatangani oleh 250 pakar-pakar ekonomi. Mereka merayu kepada Pentadbiran Obama untuk membenarkan kawalan modal dalam beberapa persetujuan dagangan mereka.

Kawalan modal merupakan sebuah dasar yang mengehadkan modal luaran kedalam atau keluar daripada ekonomi domestic untuk pengstrukturan semula ekonomi.
Saya ada lagi satu surat sulit yang ditulis kepada Timothy Geithner oleh dua wakil Parti Demokratik, yang menyatakan kerisauan mereka terhadap pengharaman kawalan modal dalam persetujuan-persetujuan dagangan Amerika Syarikat. Salah seorang daripada wakil tersebut adalah ahli Dewan Wakil Michigan (DUN Amerika Syarikat), dan saya mendesak Kauselor Brown supaya menulis surat balas kepada surat tersebut.

Dua surat tersebut tidak memberi fokus kepada TPPA, tetapi surat seterusnya sebenarnya ditulis mengenai TPPA, dan ditandatangai lebih daripada 100 pakar-pakar ekonomi kepada Menteri Perdagangan kebanyakan negara-negara TPPA, termasuk Mustapa Mohamed. Mereka telah mengutamakan kerisauan mereka apabila kawalan modal diharamkan.

Surat-suratnya:

http://www.ase.tufts.edu/gdae/policy_research/CapCtrlsLetter.pdf

http://democrats.financialservices.house.gov/FinancialSvcsDemMedia/file/press/112/Frank_%20Levin%20letter%20to%20Geithner%20RE%20capital%20controls_%20May%2023_%2020120003.pdf

http://ase.tufts.edu/gdae/Pubs/rp/TPPAEconomistsLetter.pdf

Biar saya terangkan bahawa TPPA mahu menggunakan dasar-dasar ketat yang telah digunakan dalam persetujuan dagangan Amerika Syarikat, termasuk pengharaman kawalan modal. Tetapi, ini bukannya perkara utama yang dirisaukan. Perkara utamanya adalah sistem pencerobohan kewangan yang dikenali sebagai Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Inilah sistem Barat yang saya betul-betul risau, kerana inilah senjata yang Wall Street telah gunakan untuk menakluki ekonomi Amerika Syarikat.

Kaunselor Brown sekadar menyentuhi bahagian luaran ISDS, dan beliau juga berkata bahawa TPPA tidak akan meragut kedaulatan negara dan ada dasar-dasar yang telah digunakan dalam pelbagai persetujuan hubungan dua-hala Malaysia. Saya desak beliau memberitahu persetujuan tersebut secara spesifik, kerana Malaysia tidak pernah mengalami kes ISDS yang melanda Germany, Canada dan Mexico.

ISDS merupakan sistem dagangan gila dimana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat luar negara diberi keutamaan untuk mengemukakan saman kepada kerajaan. Inilah elemen senjata kewangan yang saya cakap, yang akan membawa kita kepada keruntuhan ekonomi… kalau berlaku krisis, negara dibawah TPPA (termasuk Malaysia - belum tandatangani lagi) tidak boleh melaksanakan kawalan modal untuk menstabilkan kewangan dan akan dihadkan daripada pembuatan dasar baru kerana kerajaan perlu membuat analisis terlebih dahulu sekiranya dasar-dasar baru akan memberi impak kepada pelaburan asing.

Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat telah membazirkan AS$700juta kerana ISDS, dan sebahagian besar saman tersebut sebenarnya dalam kes sumber alam. Saya hanya menunggu apa-apa berita yang menyatakan Venezuela akan sertai proses rundingan. Mungkin anda berpendapat bahawa Malaysia tidak mempunyai minyak atau gas asli yang banyak. Benar, tetapi setiap titik dan sentimeter persegi adalah hak kita, dan baru-baru ini, negara kita baru sahaja memperkenalkan perlombongan thorium.

Sudah tentunya, saya tidak mahu bilangan thorium kita dicuri oleh pelabur-pelabur asing, dan tiada gunanya untuk kerajaan kita memberi desakan untuk mereka diam kerana mereka mampu mendiamkan kerajaan melalui saman yang berbilion dimana kerajaan sudah tentunya akan tewas. Bukan sahaja sumber alam, malah rokok pun boleh dijadikan isu -- jika ada pelabur asing yang datang melabur untuk industri tembakau, kerajaan perlu berhati-hati kerana jika kenaikan harga rokok memberikan kesan kepada pelaburan mereka, kerajaan boleh disaman.

Kewangan, tenaga, bahan api, projek dan pekerjaan semua akan didominasikan oleh pelabur-pelabur asing melalui TPPA. Kerajaan pula perlu mendiamkan diri oleh kerana saman, yang akan melalui undang-undang bawah tanah. Menurut sumber yang dibocorkan, mahkamah yang akan digunakan adalah mahkamah rahsia, bukannya yang didaftar.

Menurut Kaunselor Brown, Amerika Syarikat pun akan terbabit dalam rundingan tersebut. Ya, memang benar, kerana Wall Street dipusatkan dalam Amerika Syarikat. Inilah sebab Pengarah Public Citizen’s Global Trade Watch, Lori Wallach, begitu marah dalam media utama Persekutuan Rusia (Russia Today). Beliau telah mengetengahkan semua perjumpaan dan mesyuarat yang diadakan oleh wakil-wakil 11 negara dilakukan secara rahsia.

Saya percaya ini adalah benar kerana jika anda cari maklumat berkenaan dengan TPPA, anda tidak akan dapat secara sepenuhnya. Semuanya dirahsiakan, termasuk dasar-dasar sebenar TPPA. Salah seorang daripada rakan saya (pelajar ekonomi) berkata TPPA hanya berkenaan dengan perdagangan sahaja.

Benarkah? Dalam masa tiga tahun, TPPA telah melakukan 17 perjumpaan berahsia, dan yang paling terbaharu, perbincangan mereka berkenaan dengan visa-visa untuk pekerja. Kalau benar semuanya berkenaan dengan perdagangan, kenapa mereka berahsia, dan kebanyakan negara dalam rundingan TPPA adalah negara berdemokratik, termasuk Malaysia.

Sumber New Zealand dan Pengarah Wallach berkata Malaysia terbabit. Tetapi kenapa kerajaan Malaysia senyap dalam hal ini?

Ini sebenarnya sebuah liberalisasi ekonomi. Mereka telahpun berbincang dan sudah tentunya mencapai resolusi untuk visa kepada pekerja. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan kita senyap dalam hal ini? Dan kita memang dalam masalah imigresen. Ada banyak warga asing yang berkeliaran dalam negara kita, dan apakah impak yang TPPA boleh berikan kepada negara kita jika berlaku liberalisasi imigresen?

Sudahlah kita dirahsiakan, wakil-wakil negara TPPA pula tidak dibenarkan untuk mengikut arus demokrasi. Tiada debat. Tiada persoalan. Tiada perbincangan. Itulah yang dikatakan oleh Pengarah Wallach. Hanya diperlukan adalah ‘ya’ atau ‘tidak’, dan kali terakhir proses ini digunakan adalah semasa Presiden Richard Nixon mentadbir Amerika Syarikat (1974). Hampir 40 tahun, kenapa proses ini sedang kembali secara rahsia?

Dewan Kongres Amerika Syarikat pun tidak diberi ruangan untuk memberi undian. Sekiranya persetujuan telah dibuat, perlembagaan legislasi Amerika Syarikat akan digubal dan diubah, dalam satu draf, untuk bersesuaian dengan undang-undang TPPA. Dan selepas 45 hari, menurut Pengarah Wallach, kerajaan Amerika Syarikat perlu memberi jawapan ‘ya’, atau ‘tidak’. Jawapan ‘ya’ akan meluluskan draf tersebut.

17 perjumpaan ini sebenarnya untuk menulis semula semua undang-undang negara dan membuka ruangan yang bahaya kepada pelabur-pelabur asing untuk memonopolikan ekonomi. Sebarang kegagalan untuk mematuhi perjanjian akan dibicarakan dalam mahkamah luar sistem mahkamah sekarang.

Kerajaan akan menunduk kepada para-para pelabur, yang akan membuat dasar-dasar sendiri. Pasaran Amerika Syarikat telah berkurangan jika dibandingkan dengan dekad-dekad yang lepas, dan pasaran di Eropah pun tidak menunjukkan apa-apa pembaharuan oleh kerana Krisis Eurozone. Sejak Persekutuan Rusia telah menggunakan pelbagai langkah sekatan, negara-negara Asialah yang akan dijadikan sasaran.

Negara-negara Asia hanya melalui satu krisis kewangan yang menggegarkan, dan saya boleh jamin generasi-generasi seterusnya sejak tahun 1997 tidak ambil tahu pun. Saya telah berdebat dengan seorang pentaksub PAS yang dengan angkuh memandang rendah atas segala usaha Dr Mahathir, termasuk pemulihan daripada krisis. Saya juga pernah berlakon sebagai penyokong pembangkang untuk berdebat dengan penyokong-penyokong kerajaan dalam krisis kewangan, dan mereka bukannya ambil tahu pun.

Saya tidak tahu sedalam manakah rakyat Asia yang lain tahu pasal krisis tersebut, tetapi sejak negara-negara mereka telah sertai rundingan-rundingan TPPA dan saya hanya dengar protes-protes yang utuh daripada Australia dan New Zealand, saya boleh kata mereka tidak ambil tahu juga. Biar saya jelaskan, liberalisasi ekonomi adalah pembukaan kepada tangan asing untuk memegang negara kita -- semuanya akan dibolot.

Menurut Dr Mahathir, saya boleh merumuskan bahawa TPPA akan membawa kita kearah kehancuran. Jika kita bersetuju, pelabur-pelabur asing akan diberi hak keutamaan mutlak dalam perolehan-perolehkan kerajaan, contohnya kontrak-kontrak dan tender-tender. Kerajaan juga tiada hak untuk menolak apa-apa tender daripada mereka kerana takut disaman kerana cuba merosakkan pelaburan mereka. Dan yang peliknya, kerajaan akan disaman melalui mahkamah bawah tanah.

Kaunselor Brown telah gagal untuk jelaskan TPPA yang sebenar. Ya, memang TPPA membuka peluang untuk kita capai ekonomi inovatif dan ekonomi ilmu, tetapi kejayaan itu akan dibolot oleh pihak luar dan rakyat akan jadi boneka sahaja. Dari mana kami datang, kami kenali tersebut sebagai kehilangan kedaulatan negara, tanpa pengisytiharaan perang senjata.

Manusia telah mencapai satu tahap baru dalam tajuk pencerobohan. Semasa zaman Alexander, negara ditakluki melalui peperangan darah (senjata); semasa era kegemilangan Amerika Syarikat, negara ditakluki melalui peperangan politik (demokrasi); dan sekarang semasa era kegemilangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, negara ditakluki melalui peperangan kewangan (liberalisasi).

Kepada Kaunselor Brown, Presiden Amerika Syarikat sebenarnya tiada hak mutlak dalam ekonomi Amerika Syarikat. Kuasa sebenar diberi kepada serigala-serigala Wall Street, iaitu IMF, Bank Dunia dan PBB.

Ada banyak lagi yang boleh dipersoalkan dan dibincangkan mengenai TPPA. Tetapi saya ingin akhiri dengan tuntutan yang mudah sahaja kepada kerajaan kita:

1. Keluarkan Paul. A Brown daripada Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia.
2. Jelaskan kenapa kerajaan senyap mengenai TPPA.
3. Jelaskan kenapa kerajaan masih lagi berunding untuk mencapai resolusi TPPA.
4. Jelaskan kenapa kerajaan tidak keluar sahaja.

Tiada negara sepatutnya menandatangani persetujuan TPPA, kerana TPPA sebenarnya berpaksi satu masa depan sahaja: pencerobohan…

Kepada Perdana Menteri Najib Razak,

KAMI DIFAHAMKAN ANDA AKAN MENANDATANGANI PERJANJIAN INI PADA BULAN OKTOBER INI, KAMI AKAN MENGHALANG SEDAYA UPAYA DAN KAMI MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA INI.

5 comments:

  1. Ini mesti angkara dalang-dalang DAP dan sekutu penjajah Barat-Zionisnya, yang MENYAMAR dari dalam UMNO untuk belit UMNO/MELAYU/ISLAM!

    Tun Dr. Mahathir patut jadi PENASIHAT MUTLAK PM/UMNO! UMNO dan NGO-NGO Melayu/Islam, jangan tunduk lagi kepada bangsa PENDATANG Cina bongkak dan tamak yang di bawa BRITISH durjana ini, yang selama ini tak habis-habis tak sedar diri. Sudahlah umat Islam asyik kena tindas di negara Barat dan sekutu mereka, Israel dan Singapura, kat Malaysia yang negara Islam ini pun, si Cina RASIS dan geng penjajah asingnya (yang makin ramai jadi penganut Kristian Zionis diterajui DAP dan sekutunya, penjajah Barat-Zionis), nak aniaya!

    Dahlah P.Pinang bawah DAP habis TERGADAI, sekarang Selangor yang juga bawah dia pula - orang Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin terus TERHALAU! Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130607/ek_17/Outlet-Shoppes-gedung-beli-belah-17-hektar-di-KLIA, Outlet Shoppes gedung beli-belah 17 hektar di KLIA - kerajaan mesti siasat latarbelakang syarikat US ini demi KESELAMATAN negara, apalagi mahu dibina kawasan yang terlalu luas ini di kawasan strategik berhampiran KLIA (syarikat US-barat besar macam ini selalunya ada terlibat si Zionis laknat, apalagi penjajah Barat-Zionis sekutu kuat DAP):
    KUALA LUMPUR 7 Jun - Horizon Group Properties Inc dan Mainstay Properties Sdn. Bhd. akan bersama-sama melabur lebih RM180 juta untuk membangunkan fasa pertama 'The Outlet Shoppes', sebuah gedung premium di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.....

    Untuk fasa kedua, kami merancang pembangunan kediaman dan komersil, tetapi masih dalam peringkat perancangan. Fokus kami ialah gedung itu....

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

    ReplyDelete
  2. harapan kita kepada pm najib juga sudah gagal.. harapan hanya tinggal harapan.. ketegasan yg diharap tidak kunjung tiba..

    harap pm najib berundur pada pemilihan UMNO kali ini.. berilah peluang kepada orang yang lebih layak untuk memimpim UMNo.. semoga ts muhyiddin yasin dapat membawa hala tuju yang lebih baik kepada umno..

    jangan biar bangsa sendiri terkubur disebabkan terlalu keterbukaan..

    -pisau-

    ReplyDelete
  3. ntah2 dah kena mandrem....segalanya mungkin kalau diizinkan. kalau secara waras, mmg tak tau nak kata la, apa dah jadi dgn PM ni. Seeloknya, sebelum mana2 PM masuk pejabat, adakan bacaan yassin atau apa2 majlis keagamaan, mcm org nak masuk rumah baru la. kita mabil mudah mende ni, tapi tgok aje apa dah jd dgn pengikut ayah pin dan beratus2 ajaran sesat dari dulu smpai skrg, adakalnya mmg ada unsur2 SIHIR !!

    ReplyDelete
  4. PM sekarang nie,dah mcm tak lojik jer.Lepas sain TPPA mmg x boleh buat apa.Boleh catur kuasa dan masa depan politik tapi jadi boneka shj la.Jadi lambang,negara malaysia ada PM,mcm kat amerika.Berkaitan sosial ekonomi rakyat,pehak konglomerat barat main peranan.Kalau rakyat sakit2,pening2,kurang makan sbb mahal,tekanan hidup yg tinggi dll,sindri mau jawab la.BN bukan lgi pembela nasib rakyat,peranan parti politik sudah di koperatkan.Konglemerat yg bagi rezeki pada kita.Tak ikut telunjuknya,agamanya,maka susahlah org islam nak hidup.Agama pun boleh jadi isu dan jadi persaingan.Konglemerat bnyk duit,dari hasil negara kita sendiri.Tegur sahaja akan di saman.Bila dah kuat,di buli2nya kita.Kerana teguran dan tindakan utk menegakkan syariat islam,di pusingnya isu yg boleh di kenakan berkaitan perjanjian TPPA dan kemudian di ugutnya kita balik.

    ReplyDelete
  5. saya tak percaya PM kena bomoh atau dukun sebab saya ada pengalaman berjumpa banyak bomoh...
    Dahulunya saya tidak percayakan bomoh,dukun,pawang ilmu hitam, guna-guna dan sebagainya sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit hampir setahun. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi pelbagai teori tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan membantu sesama kita agar tidak tertipu dengan bomoh palsu yang berlegar dalam masyarakat. Sempat saya rakam beberapa foto perubatan beliau untuk tatapan kita dalam :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    ReplyDelete