Thursday, 6 June 2013

GEMPAR!!! UMNO MENUJU KEHANCORAN???

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyokong cadangan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akam datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, UMNO perlu memberi keutamaan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan parti terutama selepas prestasi yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Walaupun kita menghormati proses demokrasi, namun atas kesedaran bahawa kita perlu memperkukuhkan UMNO, mahu melihat agenda transformasi jadi keutamaan dan bukannya politik dalaman, politik pemilihan.

"Atas kesedaran bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang layak memegang jawatan Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin orang yang layak untuk memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, kita sokong mereka kekal dalam pemilihan akan datang," katanya.

Khairy bercakap demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di sini petang ini.

Katanya, dengan prestasi yang lebih baik ditunjukkan UMNO pada pilihan raya umum lalu berbanding tahun sebelumnya, maka parti perlu terus memperkukuhkan kedudukannya bagi menghadapi PRU-14.

Sementara itu, pada mesyuarat itu juga Pemuda UMNO menolak sebarang cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Kita tidak menyokong diadakan parti tunggal Barisan Nasional (BN). Kita mahu kekal sebagai parti UMNO yang mewakili ahli-ahli dan juga bangsa yang ada pada hari ini.

"Kita rasakan masanya tidak sesuai untuk kita adakan parti tunggal. Kita mahu perkukuhkan UMNO untuk memastikan prestasi UMNO akan menjadi lebih cemerlang dan boleh menyumbang kemenangan besar BN pada pilihan raya akan datang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130606/po_12/Pemuda-UMNO-sokong-jawatan-tertinggi-tidak-ditandingi#ixzz2VRJL1ydb
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kenapa Presiden UMNO dah goyang ke akar umbi akan tolak sebab banyak ikut bontot Cina???

8 comments:

  1. Kenyataan yg amat malang dan tersasar dlm konteks menarik sokongan pengundi utk pru14. Pastinya pendirian yg tidak memenuhi citarasa generasi muda termasuk ahli2 pemuda umno. Memberi isyarat umno tidk demokrasi dan menjaga kepentingan kelompok atasan. Tidak memperlihatkan semangat utk memperkasa kepemimpinan umno! Lebih malang krn pendirian dibuat oleh pemuda!

    ReplyDelete
  2. Atas kesedaran MELAYU lebih utama!UMNO adalah tunjang MELAYU, biarlah akar umbi buat pilihan.Bukan hak pemimpin mensaiko akar umbi.Kenapa tak nak pertandingan?

    ReplyDelete
  3. Rata-rata ahliUMNO masih mahu DS Najib sebagai Presiden UMNO..hanya mereka yang perasan bagus sahaja yang nak jawatan tersebut...Tapi syaratnya kita minta DS Najib bela mereka yang mengundi BN dan Abaikan Cina Dap.

    ReplyDelete
  4. Kalau di tanya pada yes man jawab nya gitu lah.

    Kalau najib nak dengar betapa hebat dan masih relevan dia sebagai pm, tanya aje pada semua menteri2 dan senator2 yg dia dah lantik.

    Tak payahlah buat2 tanya lagi.

    Kami dah bosan bila kera di susu kan. Lagi memalukan bila dia buat perjanjian bacul dengan syaitan. Muka tak malu nak jadi pemimpin dan gunakan umno untuk kepentingan diri sendiri. Tak layak untuk jadi ketua bagi org2 melayu termasuklah kaki2 bodek menteri2 dalam kabinet.

    Mana2 pemimpin melayu dalam umno tolonglah keluar dan buat parti lain jika hati kamu bukan untuk org2 melayu lagi. Berambuslah cepat sebelum kamu merosakkan umno.




    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU.. BOLEH DIA BUAT PERJANJIAN SYAITAN DENGAN PENGKHIANAT NEGARA. MANUSIA JIJIK YANG TUN M DAH BUANG...DIA PERGI JUMPA...ROSAK DAH NAJIB NIH

      Delete
  5. ermm alamat ke longkangla PRU 14!

    ReplyDelete
  6. Pemimpin tertinggi UMNO tak sepatutnya gentar untuk bertanding. Ini lah masa nya untuk sendiri muhasabah dan melihat bagaimana umum ahli menilai mereka. Jangan guna paksaan dan conspirasi untuk enak-enak duduk di dalam jawatan. PRU 14 lama lagi, dan ini lah peluang untuk mengolah atau merobah kepimpinan UMNO. Rakyat umum dan penyokong UMNO ingin melihat reality dan demokrasi segar dalam UMNO. Cukup-cukup lah membodek dan mengampu.

    ReplyDelete
  7. Kegagalan Najib kerana;1)Mengawal bininya dari menyibuk menonjolkn diri mengalahkan TPM 2)berhabisan duit melobi pengundi Cina yg terang2 menolak BN 5 tahun yg lepas 3)Mengabaikan Melayu bawahan dan membela elit2 Melayu yg rasuah,kaki bodek,pandai cakap tapi tak tau kerja 4)Mengetepikan Profesional Melayu yg berbakat & ikhlas dlm pemberian kontrak,modal,peluang perniagaan dsbnya 5)gagal menyediakn rumah mampu milik kpd golongan muda yg masih menyewa & menumpang rumh ibubapa 6)mengekang budaya undertable (golf,dinner,angpau,dsbnya) oleh pegawai2 kerajaan dlm pemberian kontrak & projek.

    Kalau Najib merasa dirinya masih relevan & cemerlang, kenapa takut bertanding?Takkan nak ulang ayat lama..yg penting parti,bukan individu. Rekod beliau dah terbukti pd PRU13, kalau gagal rampas Penang takpelah alasan tsunami Cina,majorti Cina..tapi yg majoriti Melayu kat Kelantan apa dah jadi gelombang merah?Dah berape bnyk habis duit kat Kelantan? BR1M memang bagus..semua rakyat tak kira pengundi tegar PR pun dapat..tetapi kan lebih baik bagi joran dpd bagi ikan. Orang Melayu memang pandai berniaga & ikhlaS walaupun kecil2an.Warong & bengkel bawah pokok pun boleh maju tanpa bantuan pinjaman..tapi bila dah maju syg asik kena kacau Majlis.Bengkel2 & kilang2 haram yg makin besar walaupun masuk rizab jalan,longkang,tanah kerajaan pun terlepas,sebab apa? takut hilang undi ataupun ada masyukk.bandingkan Melayu ceroboh tanah utk pertanian saradiri dgn Cina ceroboh tanah sampai boleh buat kandang khinzir besar2an..siapa yg kena halau dulu?

    ReplyDelete