Tuesday, 11 June 2013

PERINGATAN UNTUK NAJIB DAN PEMIMPIN MELAYU UMNO SEBELUM MASUK KUBUR



Tidak lama lagi persidangan agung tahunan UMNO pun akan berlangsung. Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kita akan mendengar teriakan hebat, laungan penuh semangat dan iltizam yang kalau diterjemahkan, mampu mencabut Tur Sina sampai ke akar-akarnya. Kita juga akan mendengar segala macam pujian, saranan, kritikan bahkan pemujaan melampau sepertimana Anwar memuja Mahathir dalam setiap ucapannya sewaktu masih menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu.

Namun seperti biasa jugalah semua semangat membela Melayu dan Bumiputera itu hangat di dalam Dewan Merdeka sahaja. Selepas keluar dari Dewan dan selepas tamatnya persidangan maka puak-puak yang berucap sampai nak terkeluar anak tekak itu kembali semula merangka untuk diri sendiri dan puak yang menyokongnya serta kaum kerabat masing-masing. Dua tahun lagi laungan, teriakan dan semangat Melayu-Bumiputera dan mereka sahajalah yang sangat Melayu, akan kembali kedengaran.

Sebanyak 13 kali mandat telah diberikan kepada UMNO untuk terus menjadi peneraju kerajaan menerusi gabungannya dengan parti-parti yang lain. Kalau sebelum ini, UMNO kelihatan sangat terhutang budi dengan MCA dan MIC yang mewakili teras penyokong masing-masing, kali ke13 menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hanya disokong oleh Melayu-Bumiputera.

Banyak perkara yang telah UMNO lakukan dari tahun 1955 sehingga sekarang. Banyak juga kesilapan yang telah dilakukan. Dari sebuah parti yang berorientasikan kekampungan, yang menyediakan latihan mahupun bantuan kepada orang kampung yang merupakan penyokongnya termasuklah kelas masak memasak dan jahitan, sekarang ini UMNO lebih banyak bercakap tentang golf, tentang hotel lima bintang, tentang projek ratusan juta dan tentang usahasama dengan orang asing yang dikatakan lebih menguntungkan. Bahkan sehingga ada pemimpin UMNO sendiri yang melabelkan orang Melayu-Bumiputera tidak mempunyai daya saing dan berpengalaman sehingga membuatkan mereka memilih chinabeng sebagai rakan kongsi.

Puak korporat Melayu, ramainya menjadi KEPARAT Melayu. Setelah mereka naik dan diletakkan ke jawatan atau kedudukan yang baik, bukan mereka hendak pulangkan semula jasa bakti Melayu-Bumiputera yang telah menghantar mereka pada kedudukan itu, sebaliknya ramai yang mendabik dada, mereka berada dalam kondisi terbaik kerana usaha mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka amat bergantung kepada projek Kerajaan Pusat dan kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana status Bumiputera.

Lebih malang lagi bila ada manusia Melayu seperti NAZIR RAZAK dan CEO AIR ASIA X yang mula bercakap tentang RASIS dan cuba membuktikan liberalnya mereka dan tidak bergantungnya mereka kepada status Melayu yang ada pada diri. Tanpa sedikit pun terhutang budi kepada jasa Melayu-Bumiputera yang ada pada mereka, manusia seperti ini ibarat melumur tahi ke muka sendiri kerana cuba mengajar masyarakat tentang liberalisme.

Walhal sebarang kedudukan dan kemewahan yang mereka kecapi sekarang merupakan hasil bantuan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri tiada keupayaan untuk bernafas dengan sendirinya jikalau UMNO dan Melayu-Bumiputera tidak cukup RASIS sebagaimana yang mereka malukan!

Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. PRU13 telah membuktikan tanpa Melayu-Bumiputera, mereka sekarang ini hanyalah pengemis politik yang menadah tempurung di sana sini sambil berkongsi nostalgia. Masa sudah sampai untuk mereka membalas budi Melayu-Bumiputera yang selama 56 tahun hanya melihat bagaimana para pemimpin UMNO bertukar menjadi sesumpah yang cakap mereka tentang Melayu-Bumiputera hanyalah apabila mereka ada kepentingan dan pada waktu lapang. Sedangkan apabila mereka berkuasa, yang mereka pandang, yang mereka pegang, yang mereka percayakan adalah bukan Melayu-Bumiputera.

Kalau anda rasa mahu menyanggah kenyataan ini, cuba anda tanya setiap pemimpin UMNO, rumah mereka yang diubahsuai, siapakah kontraktornya... Bengkel kereta atau pusat servis kenderaan milik siapakah yang mereka jengah... Kedai pakaian milik siapa yang mereka paling gemari.... Beras keluaran syarikat mana yang mereka gunakan... Sekolah manakah yang menjadi pilihan untuk anak masing-masing....

Sembang sahaja tak guna. Jangan jadi macam PAS... Masa muktamar, masa ceramah, masa kempen, merekalah Islam. Amalan mereka sahajalah yang Islam, tetapi apabila time praktikalnya, merekalah yang paling munafiq sepertimana tahaluf siyasi mereka dengan DAP dan PKR mahupun keputusan yang amat mudah berubah...

UMNO perlu ingat, liang lahad sudah siap untuk UMNO... Kafan juga sudah tersedia. Bahkan kapur barus dan air mawar termasuklah payung kertas juga sudah tersedia. Hanya menunggu UMNO mati sahaja... Jangan salahkan Melayu-Bumiputera kalau mereka sendiri yang mentalqinkan UMNO dan manusia seperti Nazir Razak akan bercempera lari ke luar negara bagaikan kera putus ekor! Sumber SINI

Untuk pengetahuan semua pemimpin Melayu bahawa umat Melayu islam sakit hati dengan apa yang berlaku dengan polisi kerajaan sekarang yang terlalu liberal sehingga tergadai habis kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera.

6 comments:

  1. Syabas tuan. Amat tepat dan benar apa yang ditulis. Ungkapan tuan saya sokong sepenuhnya.

    Jika dilihat dari air muka pemimpin2 umno yang telah diangkat naik ke parlimen kita boleh nampak tak ada seri lagi pada muka masing2 kerana mereka telah mencemar amanah dan harapan orang2 melayu.

    Umno perlu dibersihkan sekarang. Ds najib sudah tidak berminat menolong melayu lagi maka kita terpaksa memulakan langkah baru. Jangan biarkan parasit2 menghuni dalam umno.

    ReplyDelete
  2. Tahniah krn tuan dpt meluahkan rasa hati bumiputera. Knape ada segelintir melayu kaya kini lupa daratan n memandang rendah bangsa sendiri yg masih perlu bnyk pbelaan dgn bsifat liberal songsang. Ingatlah, jk kaum cina memerintah tanah melayu ini, jgn harap mereka akan liberal kpd bukan bangsa mereka. Contoh tdekat negara jiran, tanyalah kpd melayu temasik. Contoh yg lbh dekat, lihatlah dalam syarikat swasta milik mrk n organisasi politik mrk. Jgn biarkan mata buta n telinga pekak dgn kemewahan hidup dgn sntiasa mmandang langit tinggi x tcapai d atas n x pernah lihat kpd tanah dbwh yg dipijak. Kelompok melayu kaya ini x layak jd ahli umno ttp lbh sesuai mengisytiharkn diri mrk sbg ahli PKR atau Pas. Syabas jge sya ucapkan kpd Menteri MOA yg baru yg peka n mmahami rasa hati n desakan bumiputera serta berani n mp jati diri yg jelas. Pemimpin begini yg ahli umno ingini n akan terus dberi sokongan.

    ReplyDelete
  3. Usahawan2 kecil bumiputera akan terus diabaikan dan dianiayai oleh kerajaan seperti yang berlaku sekarang.Sudah tiba masanya untuk sebuah parti lain-Perkasa menggantikan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya mereka yang dilahirkan dari kalangan orang ternama tidak akan suka mengaku diri mereka melayu. Ini kerana melayu itu 1 bangsa yang dipandang rendah. Mereka akan bercakap dalam bahasa bukan melayu, makan bukan dengan budaya melayu malah kehidupan pun tidak melayu lagi. Hanya bila ada keramaian yang diwajibkan berpakaina melayu baru mereka ini akan memakai baju melayu. Jika tidak kot akan menjadi pakaian mereka.Bila mereka menberi sidang akhbar bahasa yang digunakan semestinya inggeris. Sedangkan sidang media dilakukan dalam negara dan dihadiri oleh wartawan tempatan sahaja.Nazir Razak sekali pun tidak pernah terdengar ditv bercakap bahasa melayu. Bukan Nazir malah ramai pemimpin GLC yang bersikap sedemikian. Bila ditanya kenapa bercakap orang putih jawapan nya soalan yang diberi oleh wartawan dalam bahasa inggeris. Sedangkan wartawan itu orang kita juga. Jika hidup pun tidak mahu bercakap melayu mana ada jiwa nak tolong orang melayu. jati diri melayu telah hilang dihati pemimpin korporat2 melayu.Jika jati diri sudah tiada mana ada perasaan unutk menolong bangsa sendiri. Lihat orang Indon. Semangat jati diri mereka bergitu tebal walau dimana mereka berada. Tetap dengan batik indon biarpun diluar negara. Bergitu juga rakyat Filipina. Thailand, Kenboja dan semua negara asian kecuali Singapora. UMNO seharusnya mencari jalan unutk memperkasakan kembali jati diri melayu kepada pemimpin UMNO sendiri dan mereka2 yang ada hubung kait dengan UMNO selaku tungak kerajaan. Sesuatu bangsa itu akan maju jika ada jati diri bangsanya dalam diri mereka. Contoh Jepun. Korea dan Jerman. Mereka bercakap dengan bahasa mereka belajar dengan bahasa mereka. Tak sepatah pun bahasa inggeris digunakan. Malah mereka lebih maju dari negara2 yang bercakap inggeris.
    Perkasakan kembali bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan. Tanamkan semangat melayu disetiap pemimpin. Selalu bercakap dalam bahasa melayu didalam majlis majlis resmi dalam negara biarpun ada dikalang hadiran bukan orang melayu. Sudah sampai masanya kita berani untuk memperkasakan apa sahaja yang bersangkut paut dengan melayu asal tidak melanggar tatasusila agama.

    ReplyDelete
  5. Berbahasa Melayu tidak semestinya Berjiwa Bangsa! Ada jaguh bahasa Melayu yang sudah tersasar jiwanya sehingga sanggup meletakkan negara dalam huru hara! Orang melayu tambah-tambah pula Melayu yang tidak banyak membaca agak tertutup minda dan mudah sentap emosinya! Melayu berjaya hanya mampu terjadi melalui pemantapan jati diri dan keteguhan iman! Boleh bercakap banyak bahasa, tetapi tidak lupa asal usul dan Kiblat Agama serta mendahulu kepentingan bangsa dan Negara! Masalah sekarang anak bangsa tidak mahir bahasa Melayu dan tidak fasih berbahasa Inggeris.Tidak membaca melainkan dari facebook, chat, twitter dan segalanya google! Kebolehan berfikir dan menganalisa sangat lemah. Oleh itu yang nampak diketengah bukanlah dari "cream sur la cream"! Tangkap muat kerana itu sahajalah yang ada! atau kalangan kroni?? hasilnya?? tanya jati dirinya!, lihat keteguhan imannya!, tanya Kiblatnya!Uji kepentingan bangsa pada dirinya?, tanya sayangkah dia pada Negaranya?

    ReplyDelete
  6. Sangat lah malang bila orang melayu yang berjaya dalam perniagaan/korporat lupa daratan di atas peluang dan ruang yang telah dibena di atas perjuangan orang melayu yang terdahulu di bawah panji UMNO. Apabila dah Berjaya mereka ini mendabek dada sambil melaung yang kejayaan mereka adalah di atas kehebatan mereka berkerja keras dan kelayakan yang diperolehi. Kalau bukan kerana DEB mereka-mereka ini tidak akan sampai ke paras sekarang. Nazir kalau anak orang biasa tidak akan sampai kemana pun. Nazir, memang cepat menongkat kejayaan di sebuah merchant bank sebaik sahaja Najib menjadi somebody dalam UMNO/Kerajaan. Kejam-kelip, kejam-kelip, tup-tup, boleh sampai menjadi tuan punyer bank....HEBATkan!!!! Kesimpulan nya, bersyukur dengan kejayaan, tapi jangan lah lupa daratan, dan makin teruk, menghina pulak bangsa sendiri yang nasib tidak seperti dia. Ingat, ALLAH Maha Berkuasa. Kalau ALLAH nak ambil balik, sekelip mata jer.

    ReplyDelete