Wednesday, 14 August 2013

NAJIB..ADAKAH NAK TUNGGU NASIB JADI BUBUR?

Media pro-BN tidak lagi boleh menyelar kebobrokan pemimpin PR sewenang-wenangnya.

Banyak yang perlu dijawab dan ditangani oleh pembesar-pembesar BN.

Antara isunya termasuk:
1. Isu kalimah "Allah"
2. Isu pemansuhan ISA dan EO
3. Isu keselamatan awam (meningkatnya kes jenayah berat membabitkan pembunuhan bersenjata)
4. Isu kedatangan orang No 1 negara Uncle SAM dan TPPA
5 Isu penghinaan agama dan bangsa
6. Isu cadangan penjualan GLC kepentingan awam seperti MAS
7. Isu filem bertemakan perjuangan komunis yang diluluskan untuk tayangan sedangkan filem perjuangan nasionalis terpaksa ditunda beberapa kali
(... hanya beberapa contoh, banyak lagi sebenarnya)

Jika sebelum ini media pro-BN dengan lantang dan beraninya menyelar PR dengan tanpa hentinya.

Saya yakin, jika diberi ruang, media pro-BN juga mampu untuk menjawab segala isu-isu terbabit sekiranya mereka yang bertanggungjawab menjaga portfolio berkenaan dapat memberikan komen dan ulasan yang bernas.

Jangan sampai "kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada kelihatan"

Jika segala persoalan tersebut tidak terjawab, maka sia-sia sahaja berbondong-bondong rakyat keluar memangkah dacing pada pilihanraya yang lalu.

Jangan pula sampai ke tahap BN dan PR kelihatan 2x5, 5x2 sahaja

Sumber -SAM-

1 comment:

  1. najib nak makan bubur? apa lagi najib mau?

    ReplyDelete