Friday 30 August 2013

TUN M TEGUR NAJIB SECARA .....

SHAH ALAM 29 Ogos - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kerajaan bersetuju menandatangani TPPA, negara mungkin akan hilang kawalan mata wang dan secara tidak langsung membuka ruang kepada perdagangan mata wang.

"Bila berlaku perdagangan mata wang, akan menekan mata wang kita dan kita akan jadi miskin.

"Ini adalah salah satu sebab saya membantah TPPA kerana akan menyebabkan krisis mata wang sekali lagi. Jadi, saya harap kerajaan tidak setuju dengan TPPA,''katanya kepada pemberita selepas melawat Red Carpet@i-City bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di sini petang ini.

Beliau mengulas kemungkinan negara-negara di rantau Asia sekali lagi berdepan krisis ekonomi pada 1997 dan 1998 jika TPPA dilaksanakan.

Dr. Mahathir berharap kerajaan tidak perlu membuat pinjaman seperti yang berlaku di Greece.

"Saya dengar kerajaan sedang cuba mengurangkan defisit dan kerajaan perlu kaji kenapa ini berlaku.

"Saya harap kerajaan tidak membelanjakan terlampau banyak duit yang kita tidak ada sehingga menyebabkan kita perlu meminjam wang seperti yang berlaku di Greece. Di Greece, mereka terus membelanjakan wang dan pada masa sama terus meminjam wang,'' katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130830/dn_02/TPPA-boleh-sebabkan-negara-alami-krisis-ekonomi---Dr-Mahathir#ixzz2dQqUyitj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tun M tukar strategi tegur Najib. Kalau Tun M tegur Pak Lah dulu secara direct sehinggakan menantu dia sanggup labelkan Tun sebagai beruk yang goyang pokok.

No comments:

Post a Comment