Thursday, 15 August 2013

UMAT MELAYU - ISLAM PERLU BANGKIT BERSATU SEBELUM NASI JADI BUBUR


Situasi sekarang menampakkan keadaan dan kes-kes yang berlaku semakin menghimpit umat melayu islam. Pemimpin melayu islam samada dalam UMNO atau PAS makin nampak tak boleh dipakai lagi jika mereka semua terus duduk diatas dan hanya sibuk menjaga batang tengkok sendiri dan menonjolkan diri sebagai ahli politik semata-mata sehinggakan apa sahaja yang tergadai samada agama bangsa dan tanahair sudah lagi tidak dihirau oleh mereka asalkan matlamat mereka dapat dan kekal berkuasa tercapai. 

Seperti yang kita semua sedia maklum, perjuangan PAS sememangnya hanya guna agama sebagai retorik semata-mata untuk raih kuasa sepertimana pemimpin UMNO telah kecapi sekian lama dan PAS bukan benar-benar mahu mendaulatkan islam contohnya kes Kalimah Allah dan isu Bible ditulis dalam bahasa melayu. 

Manakala pemimpin UMNO kekal bermasalah bermacam bagai lagi sepertimana Tun Mahathir berulangkali beri peringatan dan memburukkan lagi keadaan UMNO dapat plak ketua lembik dan sangat liberal yang tunduk kepada hampir semua desakan supaya dia kelihatan baik kepada semua golongan termasuk kepada golongan penjenayah.

Umat islam negara ini tidak lagi boleh berharap 100% kepada pemimpin melayu lagi untuk membela agama bangsa dan tanahair. Kita mesti bangkit bersatu padu demi kesucian agama Islam, martabat bangsa melayu dan keamanan & kedaulatan tanahair tercinta ini.

Kaum Cina dan bangsa lain takkan bela agama Islam melainkan mereka hanya tahu mencaci dan mengutuk agama yang suci ini!

5 comments:

  1. Saya cakap kita kena bangkit "sebelum bubur menjadi Babi".

    Nasi dah jadi bubur dah (ISA nak di adakan semula ingat boleh dapat? - Boleh ke sumbat pencetus keresahan agama di kalangan rakyat di ISA kan? jadi bubur dah)

    Orang Melayu asek sental bubur tak sedar bubur tu sikit lagi akan jadi babi. Maka ramalan Alvin dan Vivian pasangan prono umat Islam menikmati sup babi akan menjadi kenyataan .

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    tahniah atas semangat tuan dan saya sokong penuh. Sebenarnya ini perjuangan besar lagi bersejarah. Harus dilihat dlm konteks rentetan musibah yg menghimpit umat melayu sejak Sultan Mahmud dan kerajaan Melaka ditumbangkan oleh Alfonso de Albuqerque dan armada Portugis 502 tahun dulu. Masa utk umat Melayu bangkit dan bersatu di jalan Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyatuan pemimpin UMNO dan PAS tak nampak jalan tapi penyatuan umat islam insyallah akan pasti berlaku...ingatkah kita kaum Aus dan Khozroj yang berkurun lama bergaduh dan berperang akhirnya bersatu bila pemimpin yang benar-benar ikhlas bawak islam datang ke Yathrib?

      Kepada puak PAS jangan plak perasan pemimpin dan ustaz kamu tu pembawa islam yang mukhlisin, kerana mereka sama shj dengan pemimpin UMNO kejar kuasa dan pangkat dan harta.

      Delete
  3. Najib perlu berundur...segera!

    ReplyDelete
  4. Yer bangkit Melayu, Baik Umno, Pas, Pkr dan lain-lain cabang, mari kite bersatu atas nama Melayu berDaulat dan BeRaja... semua sama sahaja masing-masing ada kepentingan diri... Bangunlah wahai Sultan dan Raja-raja sekalian... Kami rakyat Tuanku mengharap perubahan, umat semakin tenat, Islam perlu di daulatkan...

    ReplyDelete